Monday, June 4, 2012

Hidup Biar Merancang

Assalamualaikum wbt



Dalam kehidupan kita, ada masa dan ketika, kita berasa 'lost' kerana tidak nampak hala tuju hidup ini. Kita masih samar-samar dengan matlamat hidup kita ini. Kita hanya mengikut apa yang disuruh tanpa mengetahui ke mana arah yang akan kita tuju. Maka jadilah kita orang yang sesat yang hanya berada di atas skrip orang lain semata-mata

Saya sempat berkongi cerita dengan adik-adik yang baru mahu mulakan hidup dan baru ingin memahami kehidupan yang sebenar. Mereka adalah adik-adik yang baru sahaja menduduki PMR dan SPM dan sekarang mereka bertanyakan pendapat saya tentang ke mana hala tuju mereka selepas ini. Jadi saya suka untuk berkongsi pendapat dan pengalaman saya tentang hal ini.

Sahabat Sekalian, hidup ini perlu ada perancangan yang sangat teliti, itulah yang membezakan mereka yang berjaya dan tidak berjaya. Saya akui saya dahulu tidak mengambil berat tentang perancangan masa hidup,  tetapi setelah menghadapi kesusahan, saya bangun dan berdiri semula kemudian merancang masa depan saya. Dan Alhamdulillah saya dapat melihat hasil dari perancangan saya sebelum ini. 

Sewaktu saya melanjutkan pelajaran di peringkat Master, kehidupan saya sangat susah, banyak bebanan kerja yang patut dilakukan dalam masa yang singkat. Saya agak kelam kabut dan tidak tahu di mana yang mahu dimulakan dulu. Sampai suatu masa, saya jadi sangat stress, saya rasa seperti batu besar sedang menghimpap saya, saya jatuh rebah dan tidak bermaya. Namun begitu, supervisor saya mengajar saya untuk merancang dalam melakukan project tersebut, dengan perlahan saya bangun dan terus berjalan selangkah demi selangkah mengikut perancangan yang diatur dan Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya. Itu adalah salah satu contoh kecil dalam perancangan.






Bagi seorang jurutera sekiranya tiada perancangan yang teliti dibuat sebelum melakukan tugas, maka keberangkalian besar apa yang dibuat itu tidak berjaya, bayangkan projek yang besar sekiranya gagal berapa banyak kerugian yang akan ditanggung oleh mereka. Bagi seorang doktor pula, tanpa perancangan yang rapi, kemungkinan besar nyawa seseorang boleh melayang kerana doktor selalunya berdepan dengan situasi yang mencemaskan demi menyelamatkan nyawa seseorang. 


Kehidupan di dunia ini memang dijadikan susah untuk menguji dan membezakan siapakah antara mereka yang gagah dan siapa antara mereka yang kecundang. Mari kita kembali menusuri sirah bilamana Nabi Adam dihantarkan ke dunia setelah melakukan kesalahan kepada Allah. Allah mengingatkan nabi Adam kehidupan di dunia tidak seperti di syurga, sekiranya kamu mahu sesuatu kamu haruslah "berusaha" barulah kamu akan dapat hasilnya. Namun sekiranya kamu jatuh, bangkitlah dan teruskan usaha dan perjuanganmu, jangan terus terduduk dan menangis kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasibmu selain daripada dirimu sendiri.






Setiap perkara mematangkan kita, pengalaman hidup bermula ketika jatuh, hikmah ujian itu indah sekiranya kita sandarkan kepada Allah, dan mereka yang paling berjaya adalah mereka yang berjaya menjejakkan kaki di syurga serta tinggallah mereka selamanya di sana (nasihat sahabat saya)


Wassalam
Mohd Saufi
UiTM Shah Alam


Ps : saya tahu saya akan lalui masa-masa yang amat perit dalam perjalanan saya menyambung pelajaran ni, jadi saya harus bersedia dari awal, dan tulis entry ni awal-awal agar bila mana saya akan sentiasa diperingatkan. Cayok-cayok (^_^)





No comments: