Tuesday, March 5, 2013

Dua Ungkapan Magic

Assalamualaikum wbt

Kita sedia maklum, media memainkan peranan yang sangat penting dalam penyampaian sesuatu isu. Media juga adalah salah satu medium yang mencorak minda rakyat. Sekiranya mentiliti rakyat mahupun pemerintah yang baik, maka media akan menjadi agensi yang terus mencorak persekitaran agar menjadi modal insan yang unggul. 

Baru-baru ini, saya menonton sebuah iklan yang ditayangkan di kaca televisyen, mungkin saya boleh katakan video ini antara video yang bagus untuk tontonan ramai, saya lebih melihat maksud dari video ini bukan tujuan video ini disampaikan walaupun saya tahu mungkn ada sesetengah pihak yang ingin menonjolkan video ini sebagai salah satu video politik, saya tolak tepi politik, saya ingin ketengahkan ucapan "terima kasih" dikalangan Malaysia. 



Sepanjang perjalanan mengembara saya dalam usaha menuntut ilmu di benua Eropah telah mengajar saya, ucapan "Terima Kasih" dan " Maafkan Saya" adalah satu ungkupan Magic yang menentukan peribadi seseorang. Di sana, begitu mudah mendengar dua ungkapan tersebut di bibir mereka, tidak kiralah apa pangkat mereka sekalipun. Itulah yang menjadikan saya kagum dengan mereka. Mereka bukan orang Islam yang sentiasa mengajar untuk berbuat baik, mereka bukan orang melayu yang kita kenali sebagai orang yang lemah lembut dan penyantun, namun mereka orang yang sentiasa menghargai orang lain tanpa ada deskriminasi. 

Namun di Malaysia, jarang sekali kita boleh mendengar ungkapan tersebut, mungkin sifat orang kita yang terlalu "Malu" atau terlalu "ego" mahupun "memandang rendah" agaknya membuatkan ucapan "terima kasih" dan "maafkan saya" sukar dikeluarkan dari mulut kita. Hanya dua patah perkataan, namun sangat berat untuk  di sebut. Jadi marilah kita kembalikan nilai budaya menghormati antara kita dengan memulakan dan selalulah menyebut dua ungkapan ini dalam kehidupan kita. Tidak salah kita mengungkapkan "Terima Kasih" selepas kita membayar, turun dari bas, teksi, setelah mendapat pertolongan orang, hatta selepas orang memudahkan perjalanan kita. Dan ringankanlah mengucapkan "Maafkan Saya" sekiranya ada kesalahan besar mahupun kesalahan kecil yang kita lakukan.

Kita yang menentukan akhlak diri kita, bagaimana mulut berbicara, tangan kaki serta pancaindera lain berfungsi semuanya menentukan hati kita. Sentiasalah menerapkan budaya "Terima Kasih" dan "Maafkan Saya" dalam diri terutamanya di dalam keluarga tercinta. 




Thursday, December 6, 2012

Sejernih Air Yang Mengalir 2


Hujan turun dengan lebatnya pada malam itu, air mengalir memecah kesunyian malam, itulah rezeki yang Allah berikan kepada hambanya, namun tidak ramai yang mensyukuri 

Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...(Surah al-Hijr, 22). 

Bunyi handphone memecah kesunyian malam

"Assalamualaikum, ye nisah ada apa", Umie memulakan

"Waalaikumsalam, Umie buat apa tu, aku rindulah kat kau", nisah menjawab manja

"Ish kau ngadalah, bilik sebelah je, kan baru jumpa tadi," umie tersenyum mendengar rengatan sahabatnya itu

" kalau rindu mari la datang bilik aku",

"Aku tengok bilik kau dah gelap la, tu yang aku malas nak masuk tadi, tapi takpelah, Umie esok kak Iza nak buat Usrah dekat Weston Park selepas asar",

"Eh Weston Park, wah macam menarik je, InsyAllah esok kita pergi sama-sama ye",

"Nisah jadi tak nak datang bilik aku ni?," umie meminta kepastian

"Takpelah, lagipun dah pukul 12 malam, tak elok anak gadis tidur lambat-lambat," Nisah bergurau

Umie tertawa kecil mendengar gurauan sahabatnya itu

"Yelah, aku nak tido la ni, terima kasih ye sayang ingatkan, ok Assalamualaikum selamat malam" umie senyum membalasnya

"hehe..Walaikumsalam "

___________________________________________________________________________

Asyraf duduk termenung memikirkan perihal semalam, bertemu dengan seorang gadis yang dikenalinya suatu ketika dahulu. 

( Mengapa Umie boleh berada di sini? Kenapa dunia sebesar ini, Umie boleh ditakdirkan bertemu dengan aku di sini? )

Sedang asyraf duduk termenung tiba-tiba

"Hoiii…"

Ilham menyergah asyraf dari belakang…

“ Termenung ape tu…fikir pasal awek ye..tapi macam tak logik je, ko kan ostaz, mana main awek-awek ni” Ilham menyakat

“ Ah kau ni, mandai-mandai je, aku tengah fikirkan pasal kampung aku la kat Malaysia, aku rindu dengan mak aku, aku kan anak mak” Asyraf bergurau bagi menghidupkan suasana. 

“ haha..ada-ada je kau ni Asyraf macam la kau sorang je tak balik, aku pun tak balik dah 3 tahun tau..ntah mak aku ingat lagi ke tak nanti”. Ilham membalas

“Kalau kau balik nanti aku pasti, kampung kau mesti meriah dengan kompang dan karpet merah, kau kan pemuda paling berjaya dan bergaya sekali di kampung kau”.
Ilham terus menyakat. 

“ Yelah-yelah kau menang, aku nak siapkan thesis aku ni cepat-cepat lepas tu nak balik MalaysiaKu yang tercinta,aku nak duk bawah ketiak mak.

Hahaha…kedua mereka gelak besar memecah kesunyian malam.

___________________________________________________________________________



“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang menciptakan langit dan bumi, banyak keagungan cipataan Allah yang kita selalu lupa, hari ini kita masih lagi di beri nikmat iman dan islam itu juga adalah satu anugerah, alangkah ruginya mereka yang hidup di dunia Allah tetapi tidak mengikut suruhan Allah, sangat-sangat rugi” Kak Iza memulakan usrah dengan tazkirah serba ringkas.

Ustazah Izzah atau lebih mesra dengan panggilan kak iza dikalangan adik-adik usrah merupakan pelajar lepasan Univeristi Yarmouk, Jordan mengambil bidang Syariah, keberadaan beliau di sini adalah kerana mengikuti suaminya yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Sheffield Hallam Univeristi dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Beliaulah yang memulakan usrah di kalangan adik-adik “undergrad” dan sangat aktif dalam mengadakan program berbentuk kerohanian hasil dari tarbiyahnya semasa menuntut di Jordan.

“ Kak iza, ana ingin meminta pendapat akak tentang isu yang heboh diperkatakan oleh masyarakat tidak kiralah di Malaysia mahupun di Negara-negara lain iaitu tentang “The diffusion of responsibility”.

Ya ana ada tengok juga video tu, sangat menarik apa yang ingin disampaikan oleh mereka dalam bentuk video, itu adalah salah satu bentuk dakwah professional dan unik” Kak Iza memulakan katanya. 

“ Jadi berbalik kepada soalan adik Umie yang comel ni, diffusion of responsibility ini adalah penyakit sebenarnya, kalau dalam bahasa melayu mungkin kita boleh cakap, jaga tepi kain sendiri jangan jaga tepi kain orang lain. Sebenarnya itu adalah istilah yang salah, kita patut menjaga tepi kain orang lain tapi biar berbatas, kita patut ada rasa tanggungjawab pada masyarakat sekeliling kita apatah lagi masyarakat sekeliling kita orang yang beragama islam. Dalam hadis popular yang selalu kita dengar, Rasulullah bersabda  :Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim).” Terang kak iza, adik-adik usrah semua mengangguk tanda setuju. 

Kak iza meneruskan penjelasannya lagi

“Jadi apa yang berlaku pada saudara kita atau masyarakat disekeliling kita, kita harus mengambil tahu, baru kita boleh memupuk rasa cintakan kepada saudara kita. Kita mengambil contoh mudah, kita nampak ada batu di tengah-tengah jalan raya, walaupun jalan raya tersebut ramai orang yang lalu lalang namun tiada siapapun pun yang teringin membuang batu tersebut, masing-masing akan fikir, alaa…orang lain nanti buang la batu tu...jika ada kemalangan terjadi, katakan tiba-tiba ada kereta langgar batu tersebut dan terbabas baru kita nak menyesal, waktu tu dah terlambat, sebab masing-masing lepas tangan sebelum ni, jadilah golongan pemula, jangan takut nak mulakan sesuatu yang baik biarpun nampak pelik, kerana Islam itu juga datang dalam keadaan asing, dan akan pulang juga dalam keadaan asing ” Jelas Kak iza panjang tapi padat. 

____________________________________________________________________________

“Asyraf ko nak ke mana tu, pakai elok-elok ni, tak ajak pun!!!” tanya Ilham 

“Aku nak pergi university la”

“pergh…rajin gilerr bakal doktor falsafah ni,”

“dah-dah jangan merepek, aku pergi dulu ye, aku nak cepat ni,”

“Yelah nanti singgah kedai "Popeye" jap, belikan aku Fish and Chip, nah ambik 2.5 pounds ni, kalau ada baki nanti ko simpan,” kata ilham membuatkan Asyraf tersenyum kerana harga fish and chip memang 2.5 pounds pun dan tak berbaki.


Asyraf berlari-lari anak ke stesen bas berhampiran dengan rumahnya beliau perlu cepat kerana siang bakal melabuhkan tirainya, dan maghrib akan tiba. 

Ketika beliau melintas jalan, tiba-tiba beliau dilanggar dengan kuat oleh dua orang pemuda berkulit gelap yang sedang berlari dari arah yang bertentangan, Asyraf jatuh tersunkur, cermin mata nya terpelanting jauh, kedua-dua pemuda tersebut menggelabah dan melarikan diri tanpa meminta maaf sedikit pun kepada asyraf.

Kepala asyraf terhentak kuat di bahu jalan menyebabkan darah mengalir keluar, dalam keadaan menahan sakit, Asyraf meraba mencari cermin matanya, tetapi yang dicapainya adalah sebuah beg tangan wanita, lalu tangan kiri asyraf meraba lagi di jalan tersebut, penglihatan Asyraf kurang jelas tanpa cermin mata.

Setelah beberapa saat meraba-raba sekitar jalan tersebut, beliau berjaya mencapai cermin matanya, tiba-tiba…

Piiin piiiiiiiiiiiiiiin……. !!!!!!!!!!!!

Please Stoooop!!!!!

Bersambung…………………………….

Wednesday, December 5, 2012

Sejernih Air Yang Mengalir 1


Kriiiiing... 


bunyi loceng memecah kesunyian pagi..mata berkelip-kelip melihat jam yang sudah pun menunjukkan pukul 5.00 pagi. Terkejut dengan waktu tersebut, umie terus bangun dan berlari ke bilik air untuk membersihkan diri dan menyiapkan diri untuk solat tahajjud serta amalan-amalan lain di waktu qiam. Pukul 5.45 pagi azan subuh akan berkumandang, jadi beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menyiapkan diri. "Alhamdulillah.."bisik hatinya, Allah masih mempermudahkan baginya untuk menunaikan tuntutan mulia iaitu berqiamullail. Ramai yang masih tidur sedangkan yang lain merintih memohon keampunan kepada Allah, meminta doa dan mendekatkan diri kepada Allah diwaktu sebegini. Kata-kata mas'ulah beliau masih lagi terngiang-ngiang di benak pemikiran Umie akan kelebihan solat tahajjud dan juga banyak diterangkan kelebihan bersolat di malam hari ini di dalam Al-Quran, Firman Allah: 

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya sedangakan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami beri kepada mereka. Seseoranpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah dikerjakan mereka".(As Sajdah, 16-17). 


Pagi yang indah, embun menitis, cahaya sayup-sayup kelihatan di ufuk timur, maka bermula lah semula kehidupan manusia, bertebaranlah manusia di setiap inci bumi ini untuk mencari rezeki. Begitulah kehidupan manusia sehari-hari. "Dan Kami Jadikan Siang Untuk Mencari Penghidupan" (An Naba',11). Umie sudah bersiap seawal 8 pagi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang mahasiswi. Dia mengenakan tudung labuh hijau kegemarannya. Walaupun persekitarannya dikelilingi dengan maksiat, aurat boleh dilihat di merata-rata tempat, pergaulan bebas menjadi kebiasaan, namun tidak sedikit pun melemahkan pendirian umie yang telah terbiasa mengenakan tudung labuh di Malaysia dan meneruskan pemakaian tudung labuh beserta baju kurung di Sheffield, UK. 


"Nisah cepat skit..kita dah lambat ni, skrang dah pukul 8.30 pagi, pukul 9 kejap lagi kelas dah nak mula ni" keluh umie. 

"Releks la umie, bas kan ada..tu ha..bas 52 ke Mappin building ada banyak la setiap 7 minit tau..kate sini UK..releks la." nisah bergurau.


Umie mengerutkan dahinya, memang benar perjalanan ke Mappin Building mengambil masa 20 minit sekiranya berjalan kaki, namun sekiranya menaiki bas perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit. Namun itu tidak membuatkan hatinya lega. 


"Ok dah siap jom turun.." nisah mengajak

Umie dari awal lagi sudah berdiri tegak di hadapan pintu menunggu sahabat baiknya itu. Mereka mengambil bas ke university setelah 5 minit menunggu, memang perkhidmatan pengankutan awam di Sheffield sangat cekap dan cepat, tiada masalah untuk tidak berkereta di sini. 




"Umie banyak la assigment kene hantar minggu ni, lecturer omputih ni..dorang yang nak raya krismas, kita pulak jadi mangsa, semua nak disiapkan sebelum krismas".keluh nisah.

"Nisah tak baik mengeluh Allah tak suka, kita kan kat negara orang, bukan negara kita, kene la ikut cara dorang, ada pulak boleh merengek pasal hal ni", terang umie.

"Umie ni orang main-main jelah, saje je nak tengok reaksi awak"

"Tulah siapa suruh kacau kita, kan dah kene ceramah free," balas umie.

Mereka berdua ketawa kecil.

_____________________________________________________________________________________________
"You are doing a good work, Asyraf, keep it up, your thesis draft is good enough, you may submit your thesis anytime if you want, have you decided the date for your viva? " supervisor asyraf bertanya..

"Thank you Dr Robert, I will try my best, nevertheless I'm not prepared for the viva yet, by next month I will inform you, InsyAllah.". Jawab Asyraf.

"What did you say?.. insssssyaal aaal.. la", tanya Dr Robert pelat.

"Oh InsyAllah mean god willing or by permission of god" jawab Asyraf

"Oh I See, you do practice your religion everywhere, that is very nice of you" puji Dr Robert.

"For me, Islam is the way of life Dr Robert, is there anything else I can do for you?"

"Oh..nothing else, you may leave now"

"Thank you Dr". Jawab Asyraf dengan penuh hormat. 

_____________________________________________________________________________________________

Asyraf berlalu pergi menuju ke makmalnya semula. Sudah hampir 4 tahun beliau mengambil masa untuk menyiapkan research project nya, mendapatkan segulung ijazah bukannya mudah, namun itu tidak menghalangnya untuk terus menuntut ilmu di tahap yang paling tertinggi iaitu phD.

Fikiran Aysraf masih berlegar-legar, walaupun beliau hampir berjaya menamatkan PhD nya, namun ada sesuatu yang dirasakan tidak cukup baginya. Hatinya tidak tenang, dia tidak mampu memikirkan apa punca nya.

"Duhai hati, mengapa kau begitu kasar denganku, apakah kesalahanku padamu?, adakah aku membuat dosa kepada Allah?, mengapa aku tidak boleh tenang?" monolog asyraf sendirian.

Asyraf bergerak ke muslim prayer room di bangunan electrical department untuk bersolat duha serta ingin mengurangkan keresahan hatinya yang tidak tahu mana puncanya. 

Firman Allah : Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talak , 2-3)

Usai solat dhuha, Asyraf berjalan menuju ke St. George library untuk meminjam buku chemical process and bioengineering, disebabkan semalam beg beliau sangat berat, beliau menangguhkan untuk meminjam buku tersebut, namun alangkah terkejutnya apabila buku tersebut sudah tiada.Memang buku tersebut agak limited kerana jarang orang menggunakannya. Beliau segera menuju ke kaunter pinjaman buku dan bertanya berkenaan buku tersebut. 




"Oh..this book has just been borrowed by that girl" kata pustakwan sambil menuding jari ke arah wanita yang baru saja berlalu pergi.

Tanpa membuang masa, Asyraf mempercepatkan langkahnya untuk mengejar wanita tersebut.

"Excuse me, sister"

Wanita tersebut berpaling

"Umie !!!!!!....." Asyraf terkejut..

"Abang Asyraf !!!!!..."

Bersambung....

Wednesday, April 4, 2012

Wanita Secantik Mutiara atau Hanya Seperti Kelapa

Assalamualaikum Wbt




Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut
panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian

Jadi wahai sahabat2 ku yang berlainan jantina dgn ku,pilihlah,mana yang kamu sukai, kamu adalah perhiasan dunia, seindah perhisan dunia itu adalah wanita solehah…=) 

Taken from My adik (Syamimi Md Zaini) 

P/S : Saya kembali menjadi seorang student, semoga Allah terus membantuku dalam perjuangan menuntut ilmu

Monday, November 28, 2011

Bukan Mudah Untuk Mendapat Hidayah



Assalamualaikum


Bukan mudah untuk mendapat hidyah, itu yang hanya mampu kuucapkan setelah mendengar kuliah subuh dari bekas seorang artis terkenal Bob Lokman. Ramai orang yang terlupa bahawasanya hidayah itu datang dari Allah. Maka terpulang kepada kita untuk menjaga dan memelihara hidayah tersebut.

Bob Lokman ada seorang yang bertuah kerana masih berpeluang mendapat hidayah dari Allah setelah jauh tersesat. Bagiku beliau sangat beruntung kerana dipilih Allah untuk menjadi seorang hamba yang diberi nikmat hidayah ini. Bukan mudah untuk mendapat hidayah, ramai orang yang hanyut dan terus hanyut dengan keduniaan sehingga akhir hidupnya masih lagi hanyut. Maka mereka adalah orang yang paling rugi. Ada juga manusia yang telah mendapat hidayah dari Allah tapi mereka tidak dapat menjaga dengan baik natijahnya mereka hanyut kembali kedunia kesesatan.




Sedarkah kita, setiap hari kita memohon hidayah dari Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Kita sering menyebut dan berdoa agar Allah memberikan kita hidayah dalam surah Al-Fatihah agar kita sentiasa berada di landasan yang benar dan tidak tersimpang jauh ke arah keburukan. Kita orang yang dhaif dan lemah, kita mudah lupa dan alpa dengan dunia, tanpa hidayah Allah kita akan hanyut dibuai mimpi indah di dunia.

Oleh itu , sahabat sekalian berusaha berdoa untuk sentiasa mendapat hidayah dan apabila sudah dapat, bersyukurlah gemgamlah ia jangan sampai ia terlepas, sekali sahaja terlepas kita tidak tahu bilakah akan datang kembali.

“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memahamkan ilmu agama kepadanya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku 
Harum Rembulan Mawar 
Dingin Dihakis Keseorangan .... 

Aku masih menghitung diri .. 
Kesiangan yang panjang 
Ingin mengisi hati 

Padamu kasih 
satukan aku 
Dengan rahmatmu 
Dengan Kalimah 
Malam Siangku 
Berliku liku 
Duri Dugaan 
Siratan Cinta 

Biar di jemala mentari 
Biar di bahu gunung berapi 
pasrahku abadi untukmu ..untukmu 

Ku kembara setia disisinya ... 
Ku inginkan Bahagia abadi 
ku impikan sentosa dibawaha naungannya 
selamanya

Wassalam

Monday, October 17, 2011

Susah ke mencari titik persamaan di Malaysia?

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan kepulanganku ke bumi tercinta Malaysia setelah selesai berjihad di bumi UK yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Semasa keberadaanku di UK, aku selalu dinasihatkan dan diingatkan bahawa perjuangan di bumi Malaysia sebenarnya lebih mencabar dengan perangai manusia yang pelbagai ragam dan sifatnya. Aku hanya mendengar dan cuba memahami apa yang murabbiku sampaikan tanpa berkata apa-apa. Memang keadaan semasa di alam univeristi adalah salah satu alam yang paling ideal untuk menyampaikan dakwah, bergerak ke sana ke sini, program di situ dan di sini namun realitinya bukanlah berdakwah di UK itu matlamatnya hanya mengambil pengalaman, mencedok segala ilmu serta mengambil ibrah dari perjuangan di sana dan Malaysia tetap menjadi medan juang yang sebenar. 


3 bulan ini banyak menyedarkan aku betapa lemahnya umat Islam di Malaysia, 3 bulan ini baru aku tahu betapa jauhnya perpaduan umat islam di Malaysia dan 3 bulan ini baru aku tahu betapa politik itu mempengaruhi kehidupan rakyat umat islam di Malaysia. Aku berasa sedih melihatkan perpecahan yang berleluasa dikalangan umat islam sehingga ada yang menganggap umat islam di Malaysia ini lebih teruk dari orang kafir. Perbezaan politik sahaja membenarkan mereka bersengketa sehingga lupa Allah berfirman
"“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujurat (49:10)]".



Aku sebenarnya agak tersinggung bilamana mereka di luar sana banyak mengutuk dan mengumpat antara satu sama lain. Inikah yang dikatakan politik dalam Islam. Aku sangat kagum dengan suasana politik di UK, mereka boleh duduk semeje dan boleh berdiskusi serta menyampaikan pendapat parti mereka dalam sesebuah isu dan perkara. Aku sendiri yang menyaksikan dan aku sendiri yang mengendalikan majlis tersebut ketika sessi temuramah bersama wakil-wakil parti di Muslim Welfare House Sheffield. 


Namun keadaan di Malaysia sangat berbeza, dan bilamana ada isu melibatkan akidah umat Islam sekali lagi aku nampak keretakan perpaduan ukhwah di situ. Bilamana ada sesetengah golongan cuba untuk naikkan islam, orang Islam sendiri yang memperlekehkan usaha tersebut. Mereka lebih melihat hasil dari usaha. Hasil itu adalah urusan Allah kita tidak berhak untuk menilainya apa yang penting kita harus hormati orang lain melakukan kerja dakwah mereka, kalau tak sokong tidak mengapa namun tidak perlu menzahirkan kepada orang lain penentangan terhadap kerja dakwah orang lain. At least mereka ada buat kerja dakwah, kita hanya tahu mengumpat kat belakang tanpa memberi sebarang pertolongan. Biarlah dia nak berdakwah macam mana sekalipun, terpekik terlolong sekalipun itu juga kerja dakwah. Kelak di akhirat itu juga dikira oleh Allah untuk bekalan menyelamatkan diri. 




Aku hanya berharap umat islam di Malaysia ini mencari titik persamaan, sekiranya terdapat perbezaan maka berlapang dadalah, tak guna mengutuk antara umat islam sendiri. Bukankah elok kita bersatu atas nama Islam bagaimana caranya itu hak masing-masing, namun perkara yang melibatkan akidah umat Islam itu tiada kompromi kita mesti bersatu menzahirkan ketidakpuasan sebagai umat Islam yang prihatin. Sehubungan itu aku ingin mengajak mereka yang sayangkan akidah untuk berHIMPUN dengan tujuan untuk menzahirkan ketidakpuasan hati kita terhadap masalah isu umat islam dan juga usaha kritianisasi yang semakin berleluasa sekarang. Aku melihat ramai sahabat2 ku diluar negara yang bersatu mempromosi aktiviti ini dan aku sangat terharu, aku tahu sekiranya mereka diberi peluang berada di Malaysia sekarang ni pasti mereka semua akan sertai himpunan tersebut.




Jom bersatu di atas akidah...


Wassalam


Pangkor, Perak



Sunday, August 21, 2011

Tinggalkan Isteri Kerana Sayangkan Allah



Assalamualaikum wbt



Mari kita tanya diri kita, apakah cita-cita atau matlamat tertinggi kita hidup di dunia? pasti ada yang meletakkan wang, anak isteri, bercuti sebagai target mereka. Adakah kita lupa tujuan penciptaan kita di dunia ini adalah semata-mata beribadat kepada Allah. Perkara yang simple, hidup di dunia ni ibarat alat untuk kebahagiaan di akhirat. Bagi sesiapa yang lupa atau mengerjar kemewahan dunia, sedarlah kebahagian di dunia ini sementara.

Sempena malam-malam terakhir Ramadhan, banyakkanlah bermuhasabah apa ntah lagi beribadat kepada Allah. Beberapa hari lalu saya baru mengetahui tentang sebuah hadis ini,

 Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, ”Bila telah memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, Nabi menghidupkan malam, membangunkan keluarganya (istrinya) dan meninggalkan istrinya (tidak berhubungan suami isteri). (HR Bukhari dan Muslim)

Apa yang saya tertarik adalah nabi meninggalkan isterinya di 10 malam terakhir. Inilah yang saya rasakan perkara yang agak sukar dilalukan bagi orang yang sudah berkahwin. Namun begitu, malam semalam semasa saya berikitkaf di salah sebuah masjid, saya merasakan masih ada yang mempraktikkan hadis ini. Saya berkenalan dengan seorang hamba Allah ini, beliau hanyalah seorang engineer bukan seorang ustaz. Isterinya seorang doktor. Apa yang saya tertarik mengenainya adalah, beliau selama 3 hari ini tidak pernah bertemu isterinya. 

Kesimpulannya, sesiapa pun kita, sekiranya ditarbiyah dengan baik, dan sanggup berkorban untuk agama, kita akan dipandang mulia oleh Allah. 

Fikir-fikirkan dan selamat beramal
Wassalam

P/s : Kalau die seorang engineer boleh lakukan, insyAllah aku juga seorang engineer boleh lakukan juga suatu hari nanti :)

Friday, August 19, 2011

Kehidupan harus diteruskan

Assalamualaikum wbt


Aku duduk termenung kerana kepenatan bermain bola malam tadi, Ya siapa kata di bulan puasa tidak boleh riadah? hak kepada badan juga harus dijaga. Kebetulan malam ini sungguh dingin dengan hujan yang turun membasahi bumi membuatkan aku mengelamun dengan lebih jauh.


Aku terkenangkan zaman persekolahanku, sungguh lucu dan indah walaupun ada padanya kenangan pahit namun itulah asam garam dalam kehidupan. Aku mempunyai banyak sekolah bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Aku banyak berpindah-pindah sekolah kerana banyak sebab, walaupun aku tidak menggemarinya namun perpindahan tersebut tidak dapat dielakkan untuk kebaikan diriku. Antara sekolah-sekolah yang pernah aku belajar suatu ketika dahulu termasuklah sekolah-sekolah tersebut




  1. Sekolah rendah kebangsaan Sg buloh
  2. Sekolah kebangsaan bandar baru sg buloh
  3. Sekolah rendah agama zahidiah
  4. Sekolah KAFA Al-Islah
  5. Sekolah agama menengah paya jaras
  6. Sekolah berasrama penuh integrasi Sabak Bernam


Banyak bukan? bermula dari sekolah inilah aku mula mengerti erti kehidupan, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Aku seperti budak-budak lain yang agak nakal. Cinta monyet? huhu aku pernah merasainya. Buat cikgu menangis ? aku pernah melakukannya. Bergaduh? aku pernah bertumbuk dengan rakan-rakanku. Bila mengenangkan balik, betullah apa yang dikatakan orang dahulu, kenangan pahit itulah yang buat kita terkenangkan suatu hari nanti dan pasti akan tersenyum mengenangkannya kembali. Itulah yang aku rasai sekarang.


Seperti yang ku katakan tadi, setelah zaman persekolah juga aku banyak berpindah randah. Namun aku bersyukur dengan sebab ini, aku mengenal manusia dengan lebih ramai. Antara insititusi-institusi yang pernah ku belajar adalah seperti berikut


  1. Kolej Matrikulasi Melaka
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia
  3. Malaysia Institute Chemical and Biological Technology
  4. Univeristy of Sheffield.
Di sini juga banyak dugaan yang aku hadapi dan harus kutempuhi. Aku mula mengenal sifat manusia dan mula memikir apabila berkhirnya zaman persekolahan. Bagaimana sifat ingin menjatuhkan orang lain, sifat tidak berpuas hati, sifat dengki namun begitu ada juga ramai yang bersifat baik, di sini aku mula mengenali dengan lebih luas apa itu ibadah yang sebelum ini hanyalah aku tumpukan pada solat semata-mata. Aku mengenali apa itu ukhwah, aku mengenali apa itu dakwah dan tarbiyah dan macam-macam lagi. 

Aku mula mengerti erti kehidupan sebenar apabila berada diluar negara. Negara yang maju hasil dari pemikiran manusia yang bertamadun. Manusia yang bertamadun adalah mereka yang mempunyai budi pekerti yang tinggi. Itulah yang dpt ku simpulkan hasil dari pemerhatian aku sepanjang 3 tahun berada di bumi UK. Walaupun ada segilintir dari mereka yang rosak akhlak, namun itu tidak mencacatkan pandangan aku kepada orang yang lain kerana aku yakin dalam sebuat masyarakat yang bertamadun pasti ada sebahagian kecil menjadi hasilan gagal kerana bukan semua manusia boleh terima sistem yang sama.

Dan sekarang aku telah pulang ke tanah air. Zaman belajar aku tidak terhenti sebegitu sahaja, aku masih boleh teruskan belajar, namun tidak senormal seperti dahulu. Sekarang aku perlu lebih berdikari, menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Hidup ini bukanlah indah seperti cerita-cerita fairy tale, tidak selalunya indah, pasti akan ada turun naiknya. Aku harus bersedia dengan sebaik mungkin untuk mengahrunginya kelak, insyAllah. Apa yang akan terjadi kepadaku nanti??? hanya Allah yang maha mengetahui. Apa yang aku tahu, kehidupan harus diteruskan. Aku akan terus berusaha menjadi khalifah yang baik di dunia ini kerana aku tahu, kehidupan di dunia ini adalah jambatan untuk akhirat, bukan matlamat tetapi hanyalah alat.

Wallahulam

Wassalam

Mohd Saufi Zaini
3 am
20 Ramadhan 
20 Ogos 2011

Tuesday, June 28, 2011

Keluarga Tarbiyah




Assalamualaikum wbt


Hurm..bersarang jugak lah blog ni selama ianya ditinggalkan atas banyak urusan, namun Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk terus berkongsi sedikit ilmu di sini. Pikir punya pikir nak bagi nama apa entry ni, tiba-tiba datang idea untuk ku coretkan tentang "keluarga tarbiyah".


Cakap pasal keluarga je, sering aku diusik oleh ikhwah-ikhwah lain, maklumlah perkara ni agak sensitif, kalau naik je umur, ada je orang akan ungkitkan pasal kahwin.." eh sopi dah besar dah boleh kawin". Kalau tamat belajar je " saufi enta dah habis belajar dah boleh kawin ni". Bila dah ada kerja nanti macam-macam orang akan cakap lagi mesti dikaitkan pasal perkahwinan. (sekadar introduction cerita ini)


Ramai orang inginkan keluarga bahagia? bahagia boleh dinilai dengan banyak maksud, ada yang bahagia apabila keluarganya ada harta yang banyak, ada yang bahagia apabila keluarganya dianugerahkan dengan anak yang ramai, ada yang bahagia berkeluarga dengan kekasih hatinya, dan macam-macam lagi jenis kebahagian di dalam sesebuah rumah tangga. Bagiku kebahagiaan yang paling indah apabila keluarga itu tertegak atas dasar dakwah, dan seluruh keluarganya ditarbiyah dengan baik. 


Suami yang ditarbiyah dengan baik, dididik dengan agama, akan menjadi qudwah dalam pembentukan keluarga. Hari-harinya dipenuhi dengan tazkirah kepada keluarganya. Siangnya mencari rezeki yang halal dan malamnya menjadi imam untuk keluarganya. Akhlaknya baik hasil didikan tarbiyah menjadi role model kepada isteri dan anak-anak. Halaqah menjadi teman hidupnya. Isu umat sentiasa menjadi buah mulutnya. Mendidik isteri dan  anak-anak menjadi soleh dan solehah adalah tanggunjawabnya. Kesemuanya adalah hasil dari tarbiyah yang didapatinya sebelum berkeluarga.


Isteri yang ditarbiyah dengan baik, sentiasa memahami penat lelah suami tersayang. Berusaha membantu menjadi sayap kiri suaminya. Bersama suami dikala suka dan duka sudah menjadi hobby nya. Mendidik anak-anak mengenal dan mengamalkan Islam sentiasa menjadi keutamaanya. Qudwah yang baik ditunjukkan kepada anak-anaknya. Sentiasa memberi semangat kepada suami untuk terus berjuang. Kesemuanya adalah hasil dari tarbiyah yang didapatinya sebelum berkeluarga.






Anak-anak yang ditarbiyah dengan baik, akhlak mereka terjaga. Budi pekerti mereka terserlah. Sentiasa menunjukkan akhlak yang baik kepada rakan dan sahabat lain. Menasihati dan dinasihati sentiasa bersama mereka. Sentiasa menjadi rujukan orang ramai. Hati mereka sentiasa tertaut kepada Allah. Jiwa mereka sentiasa dekat dengan Allah. Mereka adalah orang yang ditarbiyah dengan baik oleh ibu bapa mereka. 


Adakah wujudnya keluarga sebegini. Ya....pastinya wujud...kesemuanya bermula dari tarbiyah maka akan lahirlah keluarga yang dinamakan "keluarga tarbiyah".





Fikir-fikirkan
Wassalam


P/s : ISMA akan menganjurkan KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM pada 9 Julai 8 pg- 5 ptg. Nak pergi tapi tak balik lagi kepada sesiapa yang ada kesempatan boleh lah pergi ye huhu..




Friday, April 15, 2011

Permainan tradisional dan Facebook

Assalamualaikum wbt

Dalam dunia yang serba moden ini, banyak urusan telah dipermudahkan banyak urusan menjadi senang tidak kurang juga keburukan yang mendatang. Yang paling menarik tentang dunia moden ni adalah laman sosial facebook. Tak perlu describe lebih semua orang pun tahu tentang laman sosial ni. Facebook banyak memberi pengaruh terutamanya kepada golongan remaja masa kini.


Kalau dulu, kanak-kanak sekolah rendah pandai bermain guli, batu seremban, congkak, konda kondi, main lompat getah, baling selipar, galah panjang dan sebagainya. Namun permainan itu seakan hapus ditelan zaman. Semuanya gara-gara facebook dan laman sosial lain. Bukan lah facebook membawa keburukan sentiasa cuma bagi saya arus permainan traditional ini merupakan sebuah pengalaman hidup yang bermakna. Saya bangga mengatakan saya pandai bermain congkak, batu seremban, dan lain-lain kerana itu merupakan sebuah pengalaman yang saya tak dapat lupakan. Namun zaman sekarang, mereka tidak mempedulikannya.


Zaman kanak-kanak kini berlalu dengan lebih pantas, kerana pengalaman bermain dengan permainan tradisional ini tidak ada dalam ingatan. Meraka cepat menjadi dewasa seiring dengan arus kemodenan. Permainan tradisitonal diganti dengan permainan maya seperti farmville, counter strike, dota dan sebagainya. Sesungguhnya mereka telah hilang satu zaman bermakna dalam hidup.




Bercakap tentang facebook pula, bermacam-macam faedah dan keburukan terdapat di dalamnya bergantung kepada si pengguna. Saya tergelak apabila sahabat saya mengatakan, facebook telah menjadikan dunia ini kurang sejam dari 24 jam kepada 23 jam. Kenapa ye? kerana 1 jam lagi diperuntukkan untuk bermain facebook sahaja. Bila difikirkan semula itulah penangan yang diberikan oleh laman web tersebut.


Bagi saya sebagai seorang pelajar oversea, dengan adanya facebook ini saya rasa lebih dekat dengan keluarga saya, mahupun kenalan saya yang berada di malaysia. Sentiasa ada update yang saya ketahui melalaui facebook. Itulah impak yang terbesar facebook telah beri pada saya. Saya suka melihat profile kawan-kawan saya untuk mengetahui update terkini. Kadang-kadang tergelak, apabila saya melihat status yang disediakan oleh facebook seperti "single, married, divorced,it's complicated, open in relationship dan lain-lain". Pada hemat saya dalam islam hanya single dan married sahaja yang sah untuk dipamerkan yang lain ada yang haram dan ada yang kurang elok untuk diceritakan kepada orang lain.


Dalam konteks dakwah, facebook sangat memberi peranan untuk menyampaikan mesej, nota, mahupun link-link yang baik. Masakan tidak, facebook telah memperamaikan sahabat-sahabat saya membaca mesej dakwah di dalam blog saya. Rating yang tertinggi adalah dari facebook sendiri apabila saya meng"link"kan entry saya di facebook. Ada aktivis dakwah yang hanya menulis note di facebook dan hasilnya ianya dikongsi dengan ramai orang dan mesej dakwah disampaikan dengan cepat dan berkesan. 


Jadi sebagai kesimpulan, arus kemodenan tidak selalunya membawa keburukan. Ia telah banyak memajukan fikiran dan gaya hidup. Semuanya terpulang kepada si pengguna bagaimana untuk mengaplikasikan kemajuan ini dengan baik.






Wassalam


Fikir-fikirkan
Selamat Beramal