Sunday, December 27, 2009

Hatiku Basah Kembali :) Part 1


Assalamulaikum


Huh..kepenatan masih terasa, kehangatan ukhwah masih dapat dirasai, namun begitu saya tidak sedikit pun menyesali perjalanan saya pada kali ini, walaupun assigment masih banyak, walaupun tarikh untuk menghantar design project makin dekat, walaupun saya terpaksa meninggalkan kerja, walaupun musim sejuk ini membuatkan saya tidak boleh duduk diam, namun saya mengharunginya semata-mata ingin membasahkan hati dan mencari persaudaraan di atas jalan dakwah itulah ukhwahfillah


Firman Allah
"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” 
(Al Anfaal ayat 63)


Antara salah satu nikmat yang paling baik selain dari nikmat iman dan islam adalah nikmat ukhwah itu sendiri, bayangkan bagaimanakah hidup kita tanpa ditemani oleh rakan-rakan yang bersama-sama dengan kita mengharungi badai dan ombak dalam kehidupan, bagaimanakah kita dapat berdakwah sekiranya tiada orang disekeliling kita yang sama-sama mempunyai fikrah yang sama dalam berdakwah..


Oleh itu, baru-baru ini saya telah menghadiri satu perkhemahan musim sejuk anjuran Ikatan Muslimin Malaysia Eropah di Edinburgh Scotland yang tujuan hanya satu untuk meraih nikmat ukwah fillah. Dengan bertemakan "We share a dream" Jalinan ukhwah musim sejuk ISMA (JUMS) ini dapat membuatkan hati saya basah kembali, basah dengan ilmu baru, basah dengan ukwah yang mengalir dalam diri bak air yang jernih mengalir dengan derasnya di sungai yang bersih, itulah yang dapat saya gambarkan dan ungkapkan untuk JUMS kali ini.





Masakan tidak, tanpa pogram ini, mana mungkin saya temui dan kenali dengan lebih dekat Ustaz Azizee yang lawak dan periang yang selalu kenekan saya (maaf ye ustaz) hehe.. Farid Wajdi (Newcastle), Daniel (Dublin), Naiman (Republic Czech), Amir (Cardiff) dan ramai lagi..susah nak sebut satu2 ni..so hantar wakil kawasan sudah la ye hehe..itulah nikmat ukhwah





Bertolak dari Sheffield seawal pukul 6.30 pagi ke Edinburgh dengan manaiki trains, jangan ingat tak penat tau, saya terpaksa tukar 3 buah trains dan menaiki teksi untuk sampai ke tempat pogram tersebut, perjalan mengambil masa kira-kira 6 jam sebelum sampai ke destinasinya. Saya terpaksa menempuh salji dengan keadaan cuaca yang sejuk, tapi itu semua sedikitpun tidak membantutkan niat saya ke sana. :)

Bersambung....

Wassalam..



3 comments:

Anonymous said...

salam..wah..bila plak nk tringt kt ibu zain nie..hehehe...dh tau sidek dh xduduk ibu zain lg

munawwar said...

best la sopi..siap salji tuu.eh,sopi dah beli kamera baru ke? hehe

'Iffah Ilham Khalilah Ramlee said...

SubhanAllah..seronoknye berpenat lelah ntuk sampai ke tempat program..moga terus tsabat :)