Saturday, December 19, 2009

Wanita Solehah :)


Assalamualaikum Wbt


Teringat daku kisah lalu..
Membuatkan ku terfikir betapa tabahnya mereka
Menegakkan syiar Allah
Walaupun berada pada keadaan yang sangat tidak menyenangkan


Aku lalu terfikir
Betapa beratnya untuk menegakkan syiar ini
Namun aku betul-betul bersyukur
Allah telah membuka mata dan hatiku
Untuk aku mempelajari
Sebuah ketabahan..
Wanita solehah...







Last summer
Ku pijakkan kakiku kebumi An-Biya'
Alhamdulillah setelah lame ku ingin memijakkan kaki di sana
Aku menjadi sangat tertarik dengan keindahan islam di sana
Namun tidak dapat dinafikan
Yang Indah itu pasti ada keburukan
Tapi bukan itu yang ingin ku sampaikan


Sedang aku berjalan bersama ikhwah yang lain
Di panas terik matahari bumi Mesir
Aku menjadi gelisah dengan kepanasan di sini
Bagaimanakah kepanasan neraka nanti


Tiba-tiba ku terlihat sekumpulan manusia
Yang betudung labuh litup
Berpurdah rapat
Aku tidak tahu meraka itu orang Malaysia atau bukan
Tapi itu bukanlah penting bagi diriku
Yang membuatkan ku terpikir
Adalah ketabahan mereka..


Ya Allah..
Betapa kuatkah mereka
Memakai tudung labuh
Menutup mahkota suci
Di panas terik matahari ini
Sedangakan aku
Memakai T-shirt selapis
Pun sudah buat ku rimas dengan kepanasana di sini


Ya Allah..
Betapa kuatkah mereka menjaga kesucian di kepanasan ini
Sedangkan di bumi UK itu
Tempatku belajar
Dunia yang sejuk
Dunia yang nyaman
Ramai di antara mereka tidak dapat memakai tudung labuh seperti itu
Ramai antara mereka yang lebih rela membuka mahkota berharga


Namun itulah yang membuatku terfikir
Bagaimana Allah menguji iman manusia
BAru ku sedari
Ujian keselesaan adalah lebih berat dari ujian kesusahan
Kerana ujian keselesaan itu menjauhkan kita dari Allah
Manakala ujian kesusahan itu mendekatkan kita dari Allah


Fikir-fikiran
Wassalam








8 comments:

munawwar said...

sopi,macam rindu kat mesir je ni.jom la datang sini lagi nnt.bole jenjalan sesama lagi skali..huhu

Unknown said...

nini mcm nk tegelak ngan ayat asopi ni..tp betulla ape yg asopi ckp..nini x kate salah pon..huhu

Anonymous said...

istilah 'segerombolan' bukan ke digunakan untuk induvidu2 jahat? (ex:penyamun;harimau yang ingin menerkam mangsa)

means macam tak sesuai je guna istilah tu untuk 'manusia yang bertudung labuh litup' (iaitu individu2 yang dijelaskan baik sifatnya di dalam entry ini)..tapi tak tahulah saya kalau penulis blog bermaksudkan sebaliknya..lebih sesuai jika menggunakan istilah 'sekumpulan' kot..

**teringat tatabahasa yang di pelajari time sekolah2 dulu je..saya bukanlah seorang pejuang tatabahasa melayu sangat..but anyway,this is such a nice entry..belajar bersyukur dengan hikmah kejadian diri..jzkk :)

Kejernihanku said...

Syukran pada anonymous..manusia ni takkan maju kalau tidak ditergur..mmg betul ana silap..hehe..ana pun bab2 tatabahasa ni kureng skit..pe2 pun..harap semua dpt paham apa yang ana sampaikan..which means mesej tersampai.. :)

IMmeHuda said...

salam..again..

mmg bagus btol penulis blog entry ni..walaupun boleh dikatakan saya ni pejuang kaum wanita moden(kononya lah..)..tetapi, what you said here is definitely true..

thanks for the reminder...

moga2 lepas ni tak lagi saya menjadi pejuang ekstrem tak bertempat...

salam senyum.. =)

Kejernihanku said...

huhu..bagus la huda ni..bercakap jujur..ini adalah pengalaman dan luahan hati saya saje..tiada pe yang perlu dibanggakan pun..

Sebab saya ni lemah..tak dpt nak atasi kekuatan wanita di sana..mereka itu Allah sediakan ganjaran yang berlipat kali ganda dari saya..

Sebab syurga adalah untuk orang hebat maka sesiapa yang berusaha untuk menjadi hebat memang layak untuk ditempatkan di syurga..jadi kite semua berusaha ke arah itu ye..huhu.. :) cheers..

IMmeHuda said...

kejernihanku said:
"Sebab syurga adalah untuk orang hebat maka sesiapa yang berusaha untuk menjadi hebat memang layak untuk ditempatkan di syurga..jadi kite semua berusaha ke arah itu ye..huhu.. :) cheers.."

huhu..kena menyahut cabaran yang paling hebat iaitu BERUSAHA MENJADI YANG HEBAT UNTUK MENDAPAT TEMPAT YANG PALING BEST --> SYURGA..

** saya mahu menjadi jutawan akhirat **

senyum..=)

Kejernihanku said...

Cabaran untuk diri saya jugak..huhu..