Monday, February 22, 2010

Cinta Mencinta Dicintai


Assalamualaikum Wbt

Baru-baru ni saya telah mendapat jemputan ke walimah seorang ikhwah, namun apakan daya saya tidak dapat menghadirinya kerana keberadaan saya di bumi UK ini. Perkahwinan adalah satu tuntutan yang amat di galakkan dalam Islam, Rasulullah SAW suka pada setiap muslim yang berkahwin sehinggakan ada sebuah hadis menyatakan bahawa berkahwinlah sesungguhnya Aku suka pada bilangan umat Islam yang ramai. Namun begitu perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang mudah atau sesuatu yang diikut-ikut, perkahwinan merupakan satu titik perubahan dalam hidup, perubahan yang amat ketara sehinggakan yang muda boleh menjadi matang dan yang matang boleh menjadi dewasa itulah perubahan yang perlu ditanggung oleh setiap orang yang berkahwin.


Saya masih ingat lagi kata-kata mas'ul saya berkenaan penjagaan hati dan diri, tahukah rakan sekalian apa yang kita mahukan semuanya bermula daripada diri kita. Masakan kita ini seorang yang tidak baik akan mendapat seorang bidadari yang baik, sebab yang tidak baik itu pasti akan bertemu dengan yang tidak baik. Ini telah dijanjikan oleh Allah melalui firmannya " lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik"(An- Nur 26). Itu adalah hukum alam yang tidak dapat disangkal, secara logiknya seseorang yang berada dipersekitaran yang kurang elok akan mencari teman dipersekitaran yang kurang elok juga, jadi kita perlu lihat dan teliti bagaimana kita berjumpa dengan pasangan hidup kita adakah di kelab-kelab malam atau di Masjid atau di majlis ilmu.
Sesesiapa sahaja mahukan isteri solehah ataupun suami yang soleh, kalau ditanya berbagai-bagai kesempurnaan dilihat sebagai aspek utama, tapi bagaimana dengan diri anda. Adakah kita cukup sempurna untuk mendapatkan orang yang sempurna. Sebagai contoh, anda memang seorang yang baik, tetapi anda ini sering bersalaman dengan wanita bukan muhrim sebagai tanda penghormatan sahaja bukan kerana nafsu pun. (bersalaman dengan wanita yang bukan muhrim tidak berdosa asalkan tidak bernafsu, sila rujuk blog ustaz hasrizal). Ya..mungkin tidak berdosa, tetapi, itu kan tidak elok dan adalah lebih baik kita mengelak terus dari kita melakukannya walaupun itu satu penghormatan, terbayangkah kita sekiranya isteri kita kelak akan selalu bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim sebagai satu penghormatan juga, tentu kita tidak mahu. jadi bagaimana dengan diri kita?
Begitu juga dengan mencintai seseorang sebelum akad nikahnya atau dengan kata lain bercouple, lagi-lagi di waktu valentine day ini. Ianya disambut secara besar-besaran walaupun di negara yang pemerintahnya Islam. Baru-baru ini saya mendapat tahu melalui salah sebuah surat khabar berbahasa english, sewaktu valentine day tersebut para wanita tidak digalakkan memakai "penties" bagi membuktikan cinta mereka. Apa ni? cinta apa yang dimaksudkan? adakah cinta nafsu atau cinta syaitan yang ingin diagungkan?. Adakah ini persekitaran yang elok? adakah akan lahir rijal-rijal dan nisa'-nisa' seperti Umar Alkhattab, Usamah bin Ziyd, Hassan Al-banna, Siti khadijah, Siti Fatimah dan sebagainnya. Tidak mungkin berlaku kerana ianya dari persekitaran yang tidak diredhai. 


Ingatlah rakan-rakan sekalian, Allah itu maha adil. Apa yang kita buat akan datang pada kita semula. Baik amalan kita baiklah hasilnya. Kepada wanita yang solehah, kamu ibarat buah yang berada di pohon yang tinggi, janganlah sekali-kali menjatuhkan martabat kamu. Kamu adalah seorang yang insan yang dipandang tinggi. Ingat suatu masa dahulu kamu semua tidak ubah seperti binatang dilayan hanya untuk memuaskan nafsu, tetapi Islam telah mengangkat kamu di makam yang tertinggi sehinggakan untuk memilikimu, puak adam ini terpaksa bersusah payah bekerja, belajar untuk mendapatkanmu.
Kepada wanita yang merendahkan martabat mereka, adakah kamu fikir mereka yang solehah, yang tidak bercakap langsung dengan lelaki, yang menjaga diri mereka agar tidak tercemar hatinya, yang selalu menundukkan pandangan itu tidak mempunyai sifat untuk berkasih sayang, tidak rasa untuk mencintai dan sebagainya tetapi apa yang kamu katakan pada mereka adalah mereka ini golongan anti-lelaki, yang hipokrit harapkan tudung sahaja labuh dan macam-macam lagi. Sungguh kamu ini tidak berfikir yang mana yang haq dan yang mana yang batil.
Hidup ini sekali, hiduplah dalam keindahan islam, mati ini juga sekali matilah dalam keindahan islam. Sekiranya mahu selamatkan umat islam saudara kita di Palestine, Iraq, dan juga ditempat-tempat lain semunya bermula dari keluarga yang baik. Mendapatkan keluarga yang baik dan bahagia harus disinari dengan iman.





Sebagai penutup saya sertakan sebuah nasyid yang bertajuk Keluarga bahagia oleh Nowseeheart . Sangat terharu dengan nasyid. Hayati betul-betul ye.. :)

Lagu : Keluarga Bahagia
By : Nowseeheart

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya, yang menimpa
Derai airnya mata mengalir, di darah kita
Membina cita-cita

Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui 
Semurni cinta, SEMURNI CINTA KELUARGA

Huuu........

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
 
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui 
Semurni cinta semurni CINTA KELUARGA

Uuuuuuuu......

Langkah remaja mu ditusuk sembilu
Kembara dewasamu di andarsu
Ingatlah pesan ibu, dengarlah pesan ayah
Kembali ke jalan Allah

Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia (ulang banyak2)

Wassalam

11 comments:

joegrimjow said...

zacko summer ni
ko bile lagi?
heheheheheeee

saidAtul said...

salam, kenapa tiba2 tulis pasal walimah? sbb status aku kat fb ke?? hahahaha..

btw, best la nasihat utk muslimah tu.. jzk

Kejernihanku said...

Huhu..nape tak boleh ke aku tulis pasal kawin2 ni..nak bagi galakkan kat ko kawin cepat skit..hehe..saje terpikir nak tulis...

Joe : huhu..aku tunggu ko dulu la kang ko marah pulak aku dulu :D

sUtErA said...

salam saufi :-)

smalam lagi bace tp hari ni baru bkesempatan k0men... bagUz entrimU ini [thUmbstAndUp];-b kalo difahami betul2, selari la jugak ngn p0st k9 februari 2010 akak... what U giv, U get bAck [cume aspek pbincngn bbeza ngehee~~] apa yg kita mahu, semuanya bmula drpd diri kita... untuk menerima, kite perlu memberi... mahu mdapatkn yg terbaek, kite juga perlu mjadi yg terbaek... Allah s.w.t memang Maha Adil...

nk minx tolg bleh... tolg la bace pdngn akak ni huhu~ yg rujuk blog ust.hasrizal tu, letak la link terus... bOley memudahkn pbace terus rujuk... xrugi pun... if kite mudahkn urusan owang len, Allah juge akan mudahkn urusan kite... ne le tawu yg sdg mbace btambah jelas tentg hal ni lalu Allah mbuke pintu hati mereka utk berubah kpd yg lebih baek ke... kan ;-b

akak suke bace nasihat dan peringatan kepada para wanita tu... mharapkn stiap yg mbace dapat menerima dgn baek... smga kite semua mninggalkan dunia ini dalam keadaan husnul khatimah...

-the end- huhu~

Kejernihanku said...

Salam timecih ye kak gee. atas komen yang membina..saya sebenarnye mmg nak letak, cari punye cari..dah tak ingat entry mane..tp boleh je tanye pak cik google "hukum bersalaman dengan bukan muhrim" insyAllah adalah tu..nak bincang details pun rasa tak layak...menyedari kekhilafan diri ni sy hanya menolong sekdar yang mampu...

Lagi satu mmg salah satu idea dari entry ni saya dapat lepas saya baca blog akak tu..cume saya ubah skit sbb sy nak buat pasal kawin sebenarnye...and sebabkan saya teringat kate2 naqib saya tu pasal saya tulis mcm tu..mmg ada kene mengena dengan akak punye blog huhu... :)

IMmeHuda said...

salam..

sudenly i just had this hunch to leave a comment here..

sangat setuju dengan 'statement' bahawa perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik..dan sangat mempercayainya...it's Allah's promise after all..

cuma untuk perempuan yang merendahkan martabat mereka itu..i agree that there are some of us (women) who do not take care of themselves well..but, i think we can't be the judge here..maybe there are reasons for what had happened to them..maybe they don't know (jahil) or maybe we just need to give them plenty of chances & hopefully, hidayah Allah itu akan sampai kepada mereka..insyaallah..

i'm not the one with vast knowledge in religion..i'm just saying what i think...because a frined of mine (this one with great knowledge of ilmu Islam said : "Hidayah itu milik Allah..andai Dia ingin menganugerahkan pada yang dikehendaki-Nya, maka ghidayah itu akan sampai"

maaf andai komen ini meyakiti perasaan tuan empunya blog ini..tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa jua

but honestly, your blog is really good..lots of lessons can be taken from the many entries here..keep up the good work..

salam senyum..jaga diri elok2 di perantauan

Kejernihanku said...

Salam to huda othman..I'm really appreciate your comment..manusia takkan maju sekiranya tidak dikritik dan saya menerimanya dengan hati yang tulus ikhlas :)

Saya minta maaf andaikata statement saya " kepada wanita yang merendahkan martabat mereka" ini membuatkan ada yang tersinggung..bukan maksud saya untuk mengutuk mahupun mengeji orang tersebut, sapalah saya untuk berbuat demikian dosa sendiri pun tidak tertanggung inikan pula nak tanggung dosa orang lain.

Saya bukan nak wujudkan isu gender di sini, tapi ini adalah satu nasihat, kerana ini pernah terjadi pada kenalan sy, sy tidak memangdang rendah pada mereka yang tidak bertudung atau pun biasa2 sahaja, sy cume ingin highlightkan di sini adalah janganlah memandang rendah mereka yang mahukan kesempurnaan dalam islam, mahukan yang terbaik untuk islam, kerana itu saya katakan pada perenggan seterusnya "hidup ini sekali mati pun sekali jadi biarlah kita berada dlm keindahan islam"

Saya juga tahu, hidayah itu dtg dari Allah sy tak pertikaikan skit pun, in fact kesempurnaan islam takkan tercapai sekiranya tiada hidayah Allah..tapi hidayah Allah itu datang dari banyak asbab, mungkin datang setelah di tegur..itu pun mengikut penerimaan seseorang lah..

Jadi saya meminta maaf kepada sesiapa yang terasa hati..tiada langsung niat di hati wassalam.. :)

IMmeHuda said...

salam..

ok saufi (i just discovered the name that your friend called you..)

honestly..no hard feelings at all [i'm absolutely, positively being open & honest here..=)]

in fact..thank you for your replied comment to me..especially when you said:

"janganlah memandang rendah mereka yang mahukan kesempurnaan dalam islam, mahukan yang terbaik untuk islam.."

seperti saudara saufi yg banyak bercerita dari pengalaman, saya jugak terpengaruh dek pengalaman sendiri..honestly, before this memang saya agak memandang 'serong' pada mereka yang pakai tudung labuh sebab satu ketika dahulu mereka ini MUNGKIN tidak menegur dgn cara yang betol (ini mengikut pendapat peribadi saya lah - don't know whether it's correct or not, being a young & foolish person at that time..)

keadaan itu menyebabkan saya agak prejudis kepada golongan ini tetapi..selepas baca ur comment, terasa kepala seperti diketuk dengan benda keras..baru tersedar..baru terasa betapa teruknya pemikiran radikal saya ini..(still need to improvise & ammend so many ugly characteristics that i have..huhu)

and for that..thanks a million for the comment..

i am truly appreciate that..

salam senyum...jaga diri di perantauan =)

Kejernihanku said...

Wahai cikgu..saya dah tulis nama penuh saya pada profil tu huhu...

macam ni lah cikgu..saya ni bukan mula nya terus jadi baik..saya ada zaman gelap dulunya..ada orang bernasib baik terus terima hidayah yang Allah berikan dan die sentiasa berada dalam zon yang selamat which means persekitaran die semuanya orang yang baik2 bertudung labuh islamik..berkopiah sume lah...maka orang tu adalah orang yang beruntung..

Tapi bagi saya, tidak..saya bermula dari bawah..sy tidak terus terima tarbiyah dengan persekitaran..sy juga memandang rendah pada seseiapa yang berkopiah tapi cakap ikut sedap hati je..tidak menunjukkan imej peribadi orang yang baik la maksudnye..tapi setelah lama kelamaan sy baru akui, bukanlah kopiah yang menjadi kayu ukur baik atau buruknya seseorang itu tetapi ilmu amal dan hati yang menjadi tunjang kepada keperibadian yang mulia..kopiah atau tudung labuh sebenarnya adalah bukti bahawa orang ini ingin menjadi terbaik dalam menegakkan syiar islam tp itu bukanlah describe segalanya kerana after all orang yang berpakaian kopiah mahupun tudung labuh ini adalah manusia dan manusia sentiasa melakukan kesilapan..jadi jgn kerna seorang rosak semua imej orang yang inginkan kesempurnaan dlm islam ini.

Begitu juga orang yang memakai tudung labuh, seperti kes cikgu huda ni..mmg mereka ini adakalanya tidak dapat menunjukkan qudwah yang baik sentiasa kerana mereka manusia pasti ada salah skit skit tp jgn salahkan mereka yang lain dengan memandang rendah pada mereka yang lain. itu salah...kita harus rasa kagum pada mereka kerana bukan mudah untuk berubah dan bukan mudah untuk menjadi wanita solehah..

Saya ada adik perempuan, dan die telah berjinak dengan tudung labuh ini, first skali sy kate pada die semasa die berniat untuk memakai tudung labuh adalah...every hijab you wear has it responsibilty..lagi besar tudung tu lagi tinggi t/jawab sbb org akan pandang tinggi..jadi t/jwb akan b'lipat kali ganda..adakah die bersedia..sepatutnye setiap muslimah kene sedar hal tu..even org yg pakai tudung skali pun mcm tu gak..org yg tak pakai tudung akan melihat anda..jd org yg bertudung ni ada t/jwb menjaga imej wanita solehah juga..the principle is similar..

So jgn judge orang kerana satu kesalahan, sbb kita tak layak menghakimi orang lain hanya Allah yang layak..yang penting kite sendiri buat yang terbaik utk agama..jadi mari same2 kite ubah menteliti kita ok...

Cheers.. :)

Kejernihanku said...

komen di atas saya tujukan kepada diri saya dan kesemua sahabat blogger saya...semoga sama2 kita dapat memperhebatkan diri..kerana orang yang hebat adalah orang yang berjaya memperhebatkan orang lain...
Jzkl

IMmeHuda said...

salam saufi..

maaflah ye..i'm the ignorant type..so,jarang sgt bukak profile orang..huhu..so, mmg tak perasan sgt bab2 nama ni..sorry again..

can u please juz call me kak huda instead of cikgu? sebab, sy tak pernah ngajar saufi..terasa kekok plak bila saufi pangil sy cekgu..(well, still trying to get used to the title)..is that ok? after all, i think panggilan kakak tue sounds friendlier, i guess..but, still, it's up to u...=)

senyum...and take care =)