Tuesday, March 16, 2010

Industri Filem Negara Adakah Semakin Elok Atau Teruk ??


Assalamualaikum Wbt

Sebut pasal industri filem negara, ramai yang berpendapat, industri tanah air ini sudah ditahap dapat bersaing dengan industry filem antarabangsa. Kita dapat melihat perubahan yang berlaku dalam sistem industri tanah air kita di mana, kemajuan negara sajajar dengan kemajuan industri filem tempatan, sehinggakan kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang betujuan semata-mata untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia.

Selain itu perubahan yang drastik pada industri filem negara dapat dilihat bermula dari filem karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sehinggalah sekarang ini, mutu industri filem negara semakin bertambah baik. Jika dahulunya cerita atau drama tiada warna ( cerita P.Ramlee tu ), audio yang lemah, jalan cerita yang simple dan sebagainya, kini perubahan demi perubahan telah dilakukan semata-mata untuk mejadikan mutu industri filem negara setaraf dengan dunia. Banyak anugerah filem tanah air telah mendapat pengiktirafan dunia seperti cerita "Pontianak Harum Sundal Malam, Sepet, Embun" dan sebagainya menaikkan lagi mutu filem tanah air.

Walaupun kita sibuk terkejar-kejar pengiktirafan dunia, sedarkah anda bahawa insutri tanah air kita semakin hari semakin teruk sehinggakan pada sesuatu filem atau drama tersebut tidak wujud langsung pengajaran yang dapat diambil oleh golongan ramaja mahupun golongan dewasa. Industri filem sekarang semakin malap dengan nilai-nilai murni dan kualiti pengajaran yang sangat sidikit berbanding filem-filem terdahulunya. Apa yang berlaku pada industri filem negara? .

Kisah percintaan dianggap seperti perkara biasa, merogol, mencuri, lucah, berpelukan hatta melalakukan perkara-perkara jahat itu seperti lumrah dalam kehidupan, maka lahirlah filem-filem seperti "castello, rempit, gangster, Filem Cahaya, Comolot dan sebagainya yang langsung tidak merangsang minda para remaja apatah lagi kanak-kanak yang sedang membesar. Bagaimana ingin membina generasi islam dan negara islam sekiranya dunia perfileman ini langsung tidak menunjukkan ciri-ciri islam di dalam filem tersebut. Paling ketara sekali apabila kebanyakkan cerita melayu ini jarang menunjukkan kisah seseorang bersolat subuh ataupun bersolat jemaah yang merupakan syiar islam.


Berubah Sebelum Terlambat

Baru-baru ini saya telah menonton sebuah filem tempatan arahan pengarah muda setelah disyorkan oleh kawan saya, filem tersebut diberi nama "_d_ _n S_ _p_t". Antara banyak-banyak cerita melayu yang pernah saya tonton, cerita inilah yang paling saya rasa tidak senonoh dan tiada pengajaran langsung dalam kehidupan. Walaupun ada babak-babak yang melcukan namun tidak dapat disangkal ada juga babak-bakak yang tidak patut ditayangkan dan tidak perlu ada pun dalam filem tersebut kerana ianya akan mendatangkan mudhrat kepada penonton. Kerana babak-babak itu adalah babak-babak yang selalu ada dalam industi filem antarabangsa. Mengapa filem tempatan harus mengikuti jejak langkah yang tidak senonoh itu. Walaupun telah ditapis sedikit tapi moral value yang ditunjukkan sangat teruk sehinggakan ciri-ciri keislaman rosak seluruhnya.

Industri filem sekarang ini lebih mementingkan hiburan dan lawak semata-mata tanpa mempedulikan mesej yang patut disampaikan dan juga impak kepada penonton. Kita tahu kadang-kadang filem-filem seperti ini ingin menunjukkan reality kehidupan zaman sekarang which mean memang ada perkara-perkara tersebut berlaku waktu ini, namun harus diingat kesan negatif lebih berleluasa daripada positif sekiranya cerita seperti ini ditayangkan. Tidak seperti filem-filem yang lepas seperti karya Alllayarham P.Ramlee walaupun ceritanya simple, walaupun ceritanya tanpa warna namun mesej yang disampaikan cukup jelas terhadap orang melayu terutamanya sehinggakan kita menonton beberapa kali pun tidak jemu. Tidak usah lah mengikut cara-cara barat mereka telah rosak jauh, jauh sehinggakan nafsu diagungkan keperluan diri diutamakan. 

Malaysia adalah negara Islam, jangan jadikan ia Islam sekular, Islam itu luas dan menyuluruh bukan pada isu perkahwinan ataupun adat semata-mata. Jangan pandang rendah dengan hukum Allah kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk cipataanNya. Niat tidak menghalalkan cara, kita ingin mewujudkan rijal-rijal dan nisa'-nisa' yang boleh berjuang untuk agama, kerana umat sekarang imannya sangat lemah dibantu dengan industri filem yang menjauhkan lagi diri kita. Kerana filem ini memberi kesan yang besar dalam kehidupan. Bagaimana mahu menolong Palestine yang kini sedang kritikal menahan onak duri dari Israel laknatullah sedangkan kita asyik dibuai mimpi indah. 

Mama-mama shin chan dah masuk islam, shin chan nak jadi baik :)

Semua harus mengambil peranan yang sama, saya tidak menyuruh memboikot filem industri tempatan cukuplah meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu filem yang semakin kurang nilai pengajaran, kerana islam mengajar, sekiranya kita tidak suka pada sesuatu perkara tersebut maka hendakalah kita menghalangnya dengan perbuatan, second stage menghalang dengan percakapan dan selemah-lemah iman adalah meniddakkan dengan hati. 

Jadi wahai rakan-rakan saya, saya menasihatkan agar pandai-pandailah memilih cerita yang ingin ditonton kerana ianya akan memberi impak kepada diri kita, terutamanya dalam solat, apatah lagi dalam kehidupan seharian. Jaga diri, jaga mata, jaga iman.

Fikir-fikirkanlah
Wassalam

5 comments:

Anonymous said...

Benar sekali apa yang dikata. Tapi bukan semua cerita melayu la yang teruk. Tapi kebanyakan (most of) memang teruk. Bak kata orang utara Teghukk. hehe, semoga ada arus perubahan di masa hadapan.

Kejernihanku said...

Erm timecih syumuluislam ingat ke tadi saifulislam yang bagi komen terkejut gak tapi same je..huhu..
sy akui bukan sume cerita melayu teruk..takkan semu teruk kan..tapi tulah yang teruk tu makin menjadi2..kita tak mahu menjadi seperti filem2 seperti indonesia yang mengaku islam tetapi bercium dan berpelukan itu seperti wajib ada dalam filem terutamnya filem yang melibatkan remaja..hurm..semoga Allah melindungi kite semua dari pengaruh2 yang tidak baik2 ni..

Thaaqhib Mohammed said...

Aziz M Osman ketika ditanya mengenai genre filemnya yang makin hari makin kurang umph!.. menjawab bahawa.."Itulah yang penonton nak?"

Saya ada juga jumpa orang2 seni, dan bertanyakan soalan sama. Jawapannya, masyarakat kita masih belum rela menerima cerita berat.

~~dari situ..kita bina penilaian..jom

Anonymous said...

asal cite melayu, filem ke drama ke mesti g clubbing...apa nk jd? Sy x follow sgt drama/movie, tp bru smlm bru tgk cite Pisau Cukur, mmg kelakar la..tp actress nya pakai baju terbelah mcm tarzan... Apa2 pn productn melayu yg sy paling bangga sekali adalah filem anime GENG: pengembaraan bermula. Sgt best!

kiaaias said...

makin hri, makin teruk...
niat bukn ingin mncaci,
tpi ini adlh realiti,
bukn fantasi,
bukan mainan mimpi,
yg kita prlu sdari,
dn mmbuat refleksi,
agar hri esok lbih baik dri hari ini,