Assalamualaikum Wbt
Alhamdulillah segala puji Allah, akhirnya saya mempunyai kelapangan masa untuk mengupdate blog ini serta memberikan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya kepada pembaca blog saya. Minggu lepas saya tidak berkesempatan langsung untuk mengdupdate blog ini disebabkan kesibukan melanda untuk Weekend@ Sheffield. Betullah sabda hadis betapa kita harus menghargai waktu lapang itu sebelum datangnya waktu sempit, dan saya betul-betul merasai.
Sudah 2 tahun sejak saya meninggalkan UKM, di mana walaupun saya belajar cuma hanya kurang 3 bulan,namun saya bersama rakan UKM telah berjaya menjayakan sebuah pogram terbesar kolej Ibu Zain iaitu Minggu Pengahayatan Ramadhan (MPR) pada ketika itu. Itu merupakan kenangan terindah bagi saya di UKM, tiada yang indah melainkan ukhwah antara kami. Dan sekarang, bersyukur juga kepada Allah kerana masih memberikan saya serta kawan-kawan saya di Sheffield ini pula menjayakan pogram mingguan yang terbesar di United Kingdom iaitu gabungan antara Sheffield Games pada hari sabtu dan pertandingan Nasyeed Extravaganza (NEXT) pada hari ahad yang lalu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Tahun ini saya tidak menyertai mana-mana pertandingan langsung kerana terlibat untuk menjadi officer bagi kedua-dua events tersebut, walaupun kesibukan melanda namun saya tetap boleh tersenyum kerana pengalaman yang digarap lebih dari segalanya. Banyak masalah pada mulanya, namun kami semua berusaha sedikit demi sedikit untuk mengatasinya dan Alhamdulillah we did a great job..
Bagi Sheffield games pada mulanya, masalah yang melanda adalah duit untuk menjalankan pogram tersebut, kerana tidak seperti tahun lepas, tahun ini ada 4 event yang sama berlaku di seluruh UK, jadi penyertaan itu menjadi kurang berbanding tahun lepas. Namun berkat dari Allah, Allah masih membuka jalan, di saat-saat akhir, banyak pula sponcer dari setiap department sanggup untuk memberikan dana bagi menjayakan pogram ini.
Sewaktu hari pertandingan pula saya ditugaskan untuk menjadi urusetia bagi permainan ping pong, banyak karenah yang dapat dilihat oleh peserta, kadang-kadang tu pening kepala dibuatnya. Ada yang menghargai jasa kami tidak kurang juga ada yang mengutuk kami, memperlekehkan kami dan macam-macam lagi. Saya serta sahabat-sahabat lain telah membuat yang terbaik, kami sudah memberikan yang teradil yang kami mampu, namun kami tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Tak pelah semua itu adalah pengajaran bermakna bagi kami. Saya betul-betul penat malam tersebut dan tidur awal untuk persediaan NEXT keesokannya.
Sewaktu hari pertandingan pula saya ditugaskan untuk menjadi urusetia bagi permainan ping pong, banyak karenah yang dapat dilihat oleh peserta, kadang-kadang tu pening kepala dibuatnya. Ada yang menghargai jasa kami tidak kurang juga ada yang mengutuk kami, memperlekehkan kami dan macam-macam lagi. Saya serta sahabat-sahabat lain telah membuat yang terbaik, kami sudah memberikan yang teradil yang kami mampu, namun kami tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Tak pelah semua itu adalah pengajaran bermakna bagi kami. Saya betul-betul penat malam tersebut dan tidur awal untuk persediaan NEXT keesokannya.
NEXT merupakan sebuah nasyeed competition di antara student Malaysia di seluruh UK, Sheffield merupakan pengasas kepada pertandingan ini sejak 6 tahun yang lalu, dan sekarang budaya bernasyid ini telah merebak ke leeds, pertandingan nasyid untuk wanita (NICE) dan juga NEXT di Ireland. Token appreciation to Sheffield kerana mamulakan langkah yang baik ini. Tahun ini lebih meriah apabila dijemput artis penasyid terkenal "IN-TEAM". Alhamdulillah pada mulanya semuanya berjalan lancar. Namun Allah mahu menguji kami sehingga ada dari AJK kami menangis kerana ujian ini. Pada hari jumaat 2 hari sebelum hari pertandingan, 2 orang dari 3 sahabat in team, tidak lepas imigresen kerana sedikit masalah. Mereka baru sahaja sampai UK, namun kerana tidak lepas imigresen mereka terpaksa hantar pulang pada hari yang sama ke Malaysia. Tinggallah seorang iaitu abg Hazamin.
Abg Hazamin ini datang awal bersama keluarganya kerana mahu pergi bercuti bersama familinya, mendengar rakan-rakannya terpaksa dihantar pulang semula ke Malaysia menitis air matanya kerana tidak dapat bersama-sama rakannya untuk perform bagi NEXT ini. Semangatnya terus jatuh tanpa sahabat di sisi. Kami menerima tempiasnya. Memang dugaan Allah itu datang tanpa di duga, tapi kita sebagai manusia harus berusaha bertawakkal kepada Allah kerana ujian itu untuk mendekatkan kita pada Allah.
Namun abg Hazamin masih ingin meneruskan niatnya untuk membuat persembahan untuk NEXT ini. Pada hari kejadian NEXT dijalankan (ahad lalu), sebuah kejutan telah diberikan kepada Abg Hazamin serta para audience di mana saya serta sahabt saya Hairul Adhan telah merancang sesuatu untuk abg hazamin bagi menaikkan semangat abg Hazamin. Apa dia? huhu...
Ya kami telah berjaya menghubungi rakan-rakannya yang lain dan berpakat dengan mereka untuk memberikan sedikit mukaddimah LIVE dari Malaysia. Meraka sangat suka menerima dengan hati terbuka. Tahu tak waktu tu Malaysia pukul 1.00 pagi namun mereka sanggup keluar ke studio untuk berjumpe dgn Abg Hazamin dan para audience LIVE melalui SKYPE hehe...mantap tak? Semuanya bertepuk keriangan huhu..
Yang bestnye sebabkan saya yang aturkan saya sebab saya bekerja di bahagian teknikal dan saya yang dapat cakap dgn dorang dulu sebelum dipancarkan secara kejutan kepada yang lain. Waaa..syok2 lepas ni kalo nak kawin boleh minta tolong dorg perform kat kenduri kawin hehe...dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, semangat Abg Hazamin bila melihat rakan-rakannya setia melihat beliau utnuk perform untuk NEXT ni. Saya suka semuanya gembira.
Betapa cantik perancagan Allah, setiap ujiaan itu ada hikmah, dengan ujian itu kami merasa lebih tabah, dengan ujian kami rasa lebih matang dalam berurusan, kami rasa lebih professional selepas ini dan paling best kami rasa lebih rapat dengan In-Team. Setiap ujian menambahkan pengalaman dalam diri. menambahkan usaha dan menambahkan tawakkal kepada Allah kerana ujian itu indah jika disertakan dengan keimanan kepada Allah.
Fikir-fikirkanlah
Wassalam
6 comments:
Ya Rabb....
Yastafid kullu a'dhak al-muntada 'ammah wal muhtahimin khassah bi hazal maudu'....
maudu' sa'id wa malik bil khair 'ala al-jami'.... InsyaAllahu Ta'ala wa bittaufoq lil jami'
Lakal syukrul jaziiiil !!!
next best..insyaAllah next year nk datang lagi..jemput in team lagi x?hehehe
sory Saufi... Kak Asma ingat Saufi faham... ok akak terangkan tp ayat melayu x sama dgn yg arab coz BA ayatnya indah dan berbunga.
maksudnya:-
Ya Tuhan...
rupa-rupanya setiap tajuk di dalam blog ini sangat mendatangkan faedah terutamanya n3 yg awak tulis sekarang.
tajuk yg sangat baik dan bermaknakpd semua pembaca. InsyaAllah.... membuka minda kpd semua
Terima kasih yg x terhingga !!!!
****************
yg tu je Kak Asma nk cakap. ni kali ke 2 jelajah blog saufi :-D
gmbar last tu x kenalla...haha
Kak asma' timecih..
Adik: gmbr last2 ahli inteam y bru hehe. .
Halu:mai2 dtg lg huhu
sedehnye x smpat bergambar dgn in-team.
ape pon,tahniah kpd sume yg menjayakan weekend@sheffield.
Post a Comment