Wednesday, January 27, 2010

Kehidupan Kita Bukan Semuanya Indah


Assalamualaikum Wbt


Bukan semua kehidupan ini indah, bukan pula kesemua manusia itu sentiasa mempunyai nasib yang baik, bukan hidup ini sentiasa disirami dengan kebahagiaan, itulah yang dapat ku gambarkan ketika ku membaca blognya..


Seorang pelajar perubatan yang sangat ku hormati, beliau juga seorang seniorku di sini, sangat dikasihi oleh ramai orang, mendapat pendidikan di negara orang itu satu kebanggaan, dapat menghabiskan pengajiaanya satu kepujiaan, tetapi perancangan Allah lebih menarik, Allah maha mengetahui setiap yang berlaku dalam diri..


Apa yang saya merepek ye??


Hidup ini bukanlah indah yang semua kita impikan, pernahkan anda terbayang satu hari anda telah berjaya di dalam hidup, tiba-tiba Allah mengujimu dengan ujian kesakitan yang  bakal meragut nyawa anda. Pernahkah anda terbayang bahawa and telah berada di klimaks pengajiaan, bakal menjadi graduan mahasiswa, tiba-tiba Allah merancang bahawa kamu harus dimasukkan ke dalam hospital kerana didapati menghidap penyakit BARAH.


Eh macam dalam drama pulak?


Baru saya mengetahui istilah kehidupan ini, bukan seindah drama yang kesemuanya happy ending, tetapi perjalanan yang berliku-liku, perancangan yang tidak dapat dijangka.


Apa yang sebenarnya terjadi ni saufi?


Suatu hari saya melihatnya, sungguh die seorang pemimpin yang sangat berkaliber, bukan sahaja pemimpin beliau juga seorang abang, kawan, senior yang sangat baik, yang selalu memberi nasihat berguna kepada kami. Beliau ketika itu berada di pengajian tahun terakhir bidang perubatan, ditakdirkan Allah, tinggal satu samester lagi sebelum beliau menjadi seorang doktor graduan UK, beliau diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat untuk dipikul, hanya orang yang hebat sahaja layak memikulnya.


Apa yang berlaku?


Beliau didapati menghidap penyakit barah tahap ke3, penyakit yang sangat ditakuti oleh ramai manusia. Dikala beliau nampak kehidupan yang bakal dilalunya cerah selepas graduate dari universiti, mengetahui hakikat beliau menghidap penyakit barah, terus gelap masa depannya. Hilang semua cahaya yang dilihatnya sebelum ini


Kini sudah setahun dia menjalankan rawatan di bumi UK ini, beliau sudah berjaya menamatkan pengajian di UK ini, tetapi terpaksa menetap di sini untk menerima rawatan Chemotherapy. Berulang kali beliau ke hospital utk menjalani rawatan dan setiap rawatan yang dilaluinya membuatkan beliau menjadi lemah dan tersungkur di dalam bilik hampir seminggu. Setelah menerima rawatan tidak silap saya 12 kali chemotherapy, beliau akhirnya diperiksa semula selepas beberapa bulan dan ternyata masih lagi ada barah dalam dirinya.


Baru-baru beliau sekali lagi membuat rawatan chemotherapy, tetapi kali ini dostnya sangat tinggi sehinggakan beliau terlantar di hospital hampir satu bulan, ramai yang menjenguknya dan melawatnya, beliau juga ramai sahabat, kerana beliau pernah berkhidmat di hospital tersebut seketika kerana membuat praktikal di situ. Dan akhirnya ternyata chemotherapy high dost pun tidak mampu membunuh barah dalam dirinya.


Setelah 6 tahun beliau tinggal di bumi UK ini, beliau akan pulang ke tanah air, sepatutnya seorang pelajar yang pulang ke tanah air, dengan membawa segulung ijazah itu gembira diatas kejayaannya, tetapi bukan padanya, beliau berjaya membawa pulang ijazah menjadi doktor, tetapi belum pasti boleh berkhidmat, kerana terpaksa meneruskan rawatan di Malaysia sahaja, memandangkan doktor di UK ini tidak dapat membuat apa-apa?


Apa yang kamu semua fikirkan sekiranya kamu mempunyai penyakit dan doktor tidak dapat buat apa-apa dah untuk membantumu?


Apa yang kamu semua fikir ketika kamu berada diambang kejayaan tiba-tiba kamu dapati kamu menghidap penyakit barah?


Apa yang kamu ingin lakukan sekiranya kamu rase mempunyai rancangan masa hadapan tiba-tiba perancanganmu itu berubah sama sekali?


Saya sempat berborak dengannya, saya bertanya kenapa tidak meneruskan rawatan di sini lagi? daripada di Malaysia, beliau berkata, doktor di sini tidak tau nak buat apa-apa dah, at least di Malaysia masih lagi ada perubatan traditional, and satu rangkapnya buat saya sedih sekali. 


Apakah dia?


Sekiranya aku ditakdirkan meninggal, aku meninggal disamping keluarga ku dan tanah airku..


MasyaAllah betapa tabahnya hatimu..membuatkan ku terfikir dosa-dosa lalu, Ya Allah selamatkanlah dia, aku sayangkannya kerana Mu Ya Allah..semoga dia terus tabah dalam menghadapi hidup.


Oleh itu pihak Sheffield Malaysian Society akan mengadakan Solat hajat untuk beliau pada hari Jumaat, 29 Januari 2010, Di Muslim Walfare House selepas Solat Isya' kita akan membuat sedikit majlis untuk nya selepas itu. Beliau akan berangkat ke Malaysia pada hari Ahad ini. Semoga beliau terus tabah dalam kehidupan.


Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman blog beliau di


Tolonglah doakan beliau, hari ini hari beliau esok-esok kena pada kita..mana kita tahu kan?


Wassalam

No comments: