Assalamualaikum Wbt
Harini saya akan membawa sebuah cerita, cerita ini pernah saya sampaikan ketika tazkirah pada Daurah di Manchester baru-baru ini, disebabkan saya rasa perkara ini telah menjadi sebati dalam diri terutamanya umat Islam melayu termasuk diri saya, jadi adalah lebih baik saya memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan kepada sahabat-sahabat yang lain. Cerita berkenaan dengan sikap suka BERTANGGUH.
Panggilan jihad bergema memanggil sahabat dan menyeru semua sahabat agar bersiap sedia untuk menyahut panggilan ini. "Hayya Ala Jihad" (marilah berjihad) pada ketika itu sebuah peperangan akan berlaku iaitulah peperangan yang kita kenali sbg perang tabu'. Usai solat subuh rombongan tentera islam bergerak menuju ke medan pertempuran, meninggalkan seorang sahabat Rasulullah bernama Kaab Bin Malik. Kaab Bin Malik merupakan seorang sahabt yang releks, dan suka bertangguh dalam melakukan sesuatu, walaupun panggilan jihad telah bergegar kota Madinah, namun beliau masih lagi tidak bersiap sedia untuk peperangan tersebut.
Banyak spekulasi yang diberikan oleh sahabat lain tentang ketidakhadiran Kaab bin Malik ini dalam peperangan, ada yang mengatakan Kaab bin Malik ini terhalang oleh selimutnya ( tidur ) dan ada pula yang menidakkan pendapat tersebut, namun Rasulullah ssentiasa senyum dan bersifat Husnu Zon dengan pendapat sahabat.
Setelah berakhirnya peperangan yang dimenangi oleh Muslimin ketika itu, Rasulullah bersama tentera islam pulang ke Madinah dan sebelum itu Baginda selalunya bersolat di Masjid dahulu sebelum pulang ke rumah Baginda. Setelah Rasulullah selesai solat seramai 80 orang rijal yang tidak hadir dalam peperangan beratur untuk berjumpa dgn Rasulullah bagi memberi alasan kepada baginda termasuklah Kaab bin Malik. Kaab bin Malik menerangkan dengan jujur tanpa membela diri atau berhasrat untuk menipu.
Hilang senyuman Rasulullah dan Rasulullah menyuruh Kaab Bin Malik pulang dan Rasulullah tidak mahu berjumpa dengannya sebelum Allah putuskan hukuman kepada Kaab Bin Malik. Selepas itu beliau dipulaukan oleh sahabat2 lain atas arahan Rasulullah, setelah 40 hari, Rasulullah menyuruh isterinya untuk tinggalkan Kaab Bin Malik untuk seketika, bertambah duka perasaan Kaab Bin Malik. Diwaktu itu orang muysrik datang kepada Kaab Bin Malik menawarkan pangkat dan harta sekiranya Kaab Bin Malik keluar dari Islam, namun iman di dada Kaab Bin Malik menidakkan semua itu. (Bayangkan umat islam dah memulaukannya namun beliau masih lagi sayang pada islam, adakah kita sekuat itu? )
Selepas 50 hari pemulauan maka turunlah ayat Allah surah At-taubah ayat 117
"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang2 muhajirin dan ansar yang mengikuti Nabi dalam masa susah". Turunnya ayat ini, maka nabi mengetahui bahawa ayat ini adalah untuk Kaab Bin Malik kerana sewaktu perang badar dahulu, Kaab bin Malik bersama2 Rasulullah berjuang menegakkan Islam diwaktu kesusahan. Maka Sahabat nabi pun menjerit " wahai Kaab bergembiralah kamu, sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu" mendengar jeritan itu, Kaab Bin Malik terus sujud syukur kepada Allah seraya menginfaqkan semua hartanya untuk jalan Allah, namun niatnya dihalang oleh nabi dengan menyuruhnya menginfaqkan sebahagian sahaja dari harta beliau.
Wahai rakan-rakanku sekalian, dapat kita lihat betapa besarnya kesannya sekiranya kita mempunyai sifat bertangguh ini. Kesannya bukan pada diri kita, tetapi pada orang lain juga. Bertangguh ini semuanya berpunca dari bisikan syaitan yang membisikkan di telinga setiap anak adam yang ingin membuat esuatu yang baik, tetapi disebabkan sikap bertangguh ini maka banyak amalan yang baik tidak terjadi. Sebagai contoh bangun subuh, inilah masalah umat skrang, waktu ini ramai manusia ingin bertangguh apabila mendengar panggilan azan masih lagi lenak dengan tidur, walaupun kadang2 sudah sedar tetapi sengaja membiarkan diri lena dibuai mimpi. Bagaimana islam mahu tertegak sekiranya menteliti umat islam masih lagi dibelenggu dengan sifat-sifat seperti ini.
Mengapa orang-orang di eropah ini maju dalam pelbagai segi, kerana mereka berdisiplin, dan mereka menepati masa dan tidak suka bertangguh. Itulah yang saya rasa kita lemah dan masih lagi kurang. "istilah janji melayu" itu diagungkan dan dianggap sebagai biasa, tidak ada rasa sikit pun malu dalam diri. Bukankan dalam 10 muwasafat tarbiyah Hassan Al-Banna telah diterapkan betapa pentingnya menepati masa dalam diri individu muslim? tetapi kita melihat perkara ini sebagai perkara yang remeh. Oleh itu saya menasihati diri dan rakan-rakan sekalian agar mengikis sifat betangguh ini, kita ingin memerintah dunia suatu hari nanti, bukan mudah, hanya dengan tarbiyah yang mantap mampu mendisiplinkan diri kita.
Fikir-fikirkanlah
Wassalam
1 comment:
salam..lama tak menjenguk di blog ni..
memang sikap bertangguh ni boleh dikatakan ada pada hampir kebanyakan orang melayu kita..
harap-harapnya kita boleh berubah..bukan sekadar untuk mengejar duniawi tetapi juga untuk melaksanakan perintah-Nya..
peringatan untuk diri sendiri juga yg suka buat kerja tangguh2 dan separuh jalan...ngee..
Post a Comment