Assalamualaikum Wbt
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tiada kata secantik bahasa, tiada cinta selain cintaNa, Tiada Pujiaan selayak denganNya. Bersyukur di atas segalanya. Tiada tempat untuk mengadu selain Allah, Allah know better
Alhamdulillah sebesar-besar nikmat adalah dua nikmat yang utama iaitu nikmat ISLAM dan IMAN, baru sahaja sebentar tadi seorang mukhallaf yang bernama Pete mengucapkan syahadah. Hatiku menjadi berdebar mendengar lafaz syahadah yang diucap satu persatu. Lalu aku refleksi diriku semula adakah aku menjadi sebagaimana ungkapan syahadah tersebut. "Tiada tuhan yang berhaq disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad Itu Persuruh Allah" lafaz yang mantap dan jitu. Adakah aku betul-betul memperlakukan apa yang diperkatakan. Sekiranya sudah mantap amalanku pastinya aku tidak melakukan dosa apabila mengingatkan syahadahku, lafaz janji ku pada Allah sebagai umat islam.
Hidayah datang dari perlbagai cara, ada yang melalui kesusahan ada juga yang melalui kesenangan. Orang-orang seperti aku yang mudah mendapat cahaya Islam haruslah bersyukur kerana Allah memilih kita untuk menjadi umat islam tidak seperti manusia lain. Ada yang harus bersusah payah untuk menjadi muslim, terpaksa mengkaji bertahun-tahun, meninggalkan kenikmatan dunia yang pernah dirasai, berkorban untuk kepentingan diri, malah ada yang perlu menentang keluarga untuk mendapatkan Islam. Maka beruntunglah orang-orang tersebut kerana mendapat nikmat Islam sedemikian rupa
Teringat padaku kisah Al-Kiflu. Al-kiflu merupakan seorang pemuda berasal dari bani Israel, Beliau ini sangat kuat membuat maksiat dan dosa, jangan tanya apa dosa yang dia buat, tapi tanya dia apa benda yang dia tak buat, semua jenis dosa dari berzina, mencuri, minum arak, bunuh dan semua jenis dosa besar yang dinyatakan dalam Al-quran semua dia buat. Hari-hari dia ni nak lawan tuhan, kalau sehari dia tak cabar tuhan tak sah. Suatu hari datang seorang wanita yang baik tetapi miskin meminta sedekah dan wanita tersebut pergi kepada Al-Kiflu kerana pada ketika itu semua orang tahu bahawa Al-kiflu ini orang yang paling kaya.
Setibanya wanita itu kepada Al-kiflu maka memintalah wanita tersebut duit lalu Al-kiflu berkata ,aku boleh memberikanmu wang 60 dinar ini tetapi sebagai gantinya kamu haruslah berzina dengan aku dahulu. Wanita tersebut serba salah, tetapi beliau sangat memerlukan wang tersebut, ada setengah pendapat mengatakan bapa wanita tersebut sakit dan sangat memerlukan duit untuk kos perubatan. Jadi dalam keadaan hati yang dukacita dan terdesak wanita tersebut terpaksa menerima syarat Al-Kiflu. Setelah duit telah diberi maka Al-kiflu itu berhajat pada perkara yang dijanjikan.
Setelah wanita itu dibaringkan, dan lelaki itu telah berada ditempat yang sepatutnya seorang suami berada pada seorang isteri (dah nak berzina dah ni) lalu menggeletar wanita tersebut dan menangis. Lalu Alkiflu bertanya kepada wanita tersebut kenapa kau menangis dan sejuk tubuh badanmu ini, adakah aku yang memaksa kau untuk berzina denganku, bukankah tadi kita dah bersetuju.
Maka wanita itu berkata, aku tidak menangis dan takut kepada kau tetapi aku menangis kerana aku takut Allah, belum pernah aku buat kerja jahat ini sekali-kali dalam hidup aku. Sekiranya bukan kerana kepaanku, aku takkan buat perkara ini. tidak pernah terfikir untuk membuat kerja ini. Kalau bukan kerana aku perlukan duit aku takkan melampaui batas seperti ini. Maka Al-kiflu pun berkata, kau seorang wanita yang miskin dan lemah tetapi takut akan tuhan, aku ini pula lelaki yang kaya dan kuat tetapi tidak sedikit pun takut pada tuhan, walhal aku yang sepatutnya takut pada tuhan lebih darimu takut pada tuhan. Oleh kerana kau lebih takut tuhan lebih daripadaku aku tidak mengkehendakimu lagi. pergilah dikau dengan duit yang kuberi itu.
Hidayah itu milik Allah, jika sekali dapat genggamlah ia jangan sampai ia terlepas, kerana bukan mudah untuk mendapatkan hidayah. Sesungguhnya berbahagia kepada manusia yang dipilih untuk diberikan hidyah oleh Allah.
Oleh itu banyakkan berdoa agar ditetapkan iman, ramai yang islam pada mulanya tetapi mati dalam kekufuran, ramai yang islam hanya pada nama, solat diabaikan segala yang disuruh Allah diketepikan, Maka hidayah Allah telah lari jauh dari orang-orang tersebut. Berdoalah kita agar terus istiqamah mendapat hidayah Allah di dunia hingga Akhirat
Fikir-fikirkan
Wassalam
1 comment:
nice entry!
mmg kita kena selalu bersyukur,diberi nikmat islam dan iman.moga hidayah Allah sentiasa ada utk kita,moga Allah pegang hati2 kita utk sentiasa berada di jalanNya,amin...
Post a Comment