Tuesday, December 29, 2009

Maafkan ku Palestin Ku Terleka Seketika




Assalamualaikum Wbt


Sebenarnye saya ingin meneruskan cerita saya berkenaan "hatiku basah kembali part 2" tetapi niatku terhenti apabila saya terbaca banyak artikel tentang saudara seislam kita..Terima kasih kepada senior saya saudara shahnom kerana menyedarkan saya yang lupe dengan keseronokkan dunia sementara ini.


Tahukah anda semua keadaan saudara-saudara kita di Palestin semakin hari semakin ditindas. Sedang kita sedang gembira bermain salji, sedang kita bergembira berukhwah sesama saudara islam kita di sini, kita lupa bahawa ada saudara islam kita di sana yang menderita, di sini mungkin salji turun dari langit, tetapi berbeza keadaannya di sana, peluru-peluru turun dari langit untuk memakan mangsa yang tidak bersalah. Maafkanku saudara-saudara seislam ku semua di sana. Aku sedikit terleka dan alpa dengan kesenangan di sini.





Tahukah kalian bahawa saudara kita semakin tedesak dan ditindas tanpa rasa kasian, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita besar tentang Mesir yang membina tembok besar yang memisah mesir dan gaza. MasyAllah, kenapa umat islam menindas umat islam sendiri, Implikasi dari tembok besar ini adalah bantuan akan tersekat SEPENUHNYA. Bagaimanakah keadaan saudara kita nanti





Sedarkah Anda


Sedarkah Anda


Tidak cukup dengan itu baru-baru ini sahaja tentera Israel laknatullah itu telah membunuh seramai 6 orang dalam 2 kejadian. 3 orang terbunuh semasa tentera israel mengenakan tembakan amaran kepada sekumpulan rakyat palestin yang cuba untuk melepasi kawalan keselamatan oleh pihak israel laknatullah daripada GAZA ke israel dan 3 orang yang syahid semasa pihak israel menyerang tebing barat.







Tak Sedar lagi ke?

Umat Islam makin di tindas masih lagi leka 


Tak Sedar lagi ke?


Korang tau tak keadaan di Palestin bagaimana sekarang?


Bukan itu sahaja, si tali barut israel laknatullah ni pun join sekali, sape tu? Mesir la.. ape lagi..Mesir ni lagi satu bukan sahaja dia membina tembok yang besar untuk menyekat makanan semua, tetapi ada agenda lain lagi yang mereka rancangkan untuk MUSNAHkan umat islam. Satu sumber rahsia sulit mendedahkan bahawa Mesir sedang merancang untuk menenggelamkan sempadan bahagian Palestin dengan Air laut.Tanah mesir takdelah terjejas sebab ade tembok tu..tengok tu pandai tak dorang, dalam masa yang sama menyelamatkan sempadan mesir. Antara sebab si Mesir ni nak tenggelamkan palestin ni adalah untuk mengelakkan palestin membina terowong baru ke Mesir selain itu meruntuhkan struktur terowong yang sedia ada. Air laut yang banyak garam tu boleh bagi menjejaskan kesuburan tanah palestin. ( Dipetik dari Blog Shahnom)



Masih berseronok lagi?


Seronok lah dengan apa yang korang ada sekarang


Kelak di akhirat saudara kita di Palestin menyanyakan mana kita pergi?


Kenapa tidak membantu mereka?


Apa yang kita jawab?


Kalau mereka tanya lagi..

Tahukah apa yang terjadi pada kami?


Bukankah Baitul Maqdis tu milik umat Islam?


Kenapa kamu semua tidak tolong kami?


Kamu bukan umat Islam kah?


Di mana kamu semasa kami perlukan pertolongan?


Apa kita nak jawab?


Apa kita nak jawab nanti?


Tak Malukah Kita?





Setidaknya kita mengambil tahu perkembangan yang terjadi di Palestin, ini tidak lebih pentingkan bola, EPL, politik, dunia hiburan, dan sebagainya yang melalaikan. Masing-masing bergaduh pasal masalah furu' yang kecil ni tanpa pedulikan masalah umat yang lebih besar..


Apa yang kita boleh buat?


Sebaik-baik jihad adalah berperang, sekiranya tidak mampu, lakukan apa yang termampu seperti demo Palestin di tempat masing-masing, Berdoa tu penting, tak payah tipu la tak boleh buat, semua pasti boleh buat, jangan pikirkan diri sendiri je, berdoa la untuk saudara kita yang lain juga. Banyak lagi cara yang boleh kita buat jadi jangan berlengah lagi, lakukan sesuatu untuk saudara kita seislam di Palestin, Palestin milik kita semua umat Islam..









Sedarlah Wahai Umat Islam
Sedarlah Wahai Umat Islam



Fikir-fikirkan 
Wassalam



4 comments:

Kejernihanku said...

Sedih kalau kite bergembira sedangakn saudara kita dalam ketakutan...

MSI said...

Tahniah, bertemu lagi kita dalam gerakan membela nasib Umat Islam di Palestin
Di Malaysia, rasanya hanya di Lembah Klang ada usaha untuk raih kesedaran masyarakat mengenai isu Palestin
Rata-rata masih tidak tahu akan isu terkini disana, sebut Viva Palestina yang terbayang hanyalah kereta Viva

Teruskan berjuang

Jzk

Anonymous said...

Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?

Anonymous said...

Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?