Thursday, April 22, 2010

Masihkah Adakah Karat Jahiliyah Dalam Dirimu...

Assalamualaikum Wbt...


Agak lama saya meninggalkan blog ini, sehingga ditegur oleh beberapa orang sahabat,  minta maaf atas segalanya. Sejak akhir2 ini, rasa diri ini seperti tidak layak untuk menyampaikan ilmu di dada kerana ketidaksempurnaan diri. Akhir-akhir ini rasa seperti banyak membuat dosa, tapi tidak mengapa, kita hanya manusia lemah, hanya tuhan tempat mengadu.


Teringat kata-kata dari naqib saya baru-baru ini, kata-katanya lebih kurang begini, Jangan meletakkan diri kita seperti apa yang dipandang orang pada kita, tetapi letaklah diri kita pada pandangan kita. Agak complicated kan..maksudnya, kadang-kadang orang melihat kita ni seperti tidak baik, mereka meletakkan diri kita pada tempat yang tidak baik, tetapi kita dan Allah yang mengetahui bagaimana diri kita. Begitu juga dengan kebaikan, apa yang dilihat orang akan kebaikan kita, lalu mereka menyatakan kebaikan pada diri kita tidak seharusnya kita meletakkan diri kita pada kata mereka, kerana barangkali dibelakang mereka kita ada membuat banyak kesilapan yang hanya diketahui oleh Allah. Jadi kita sendiri mengetahui kehebatan dan kelemahan kita dan disitulah kita mula memperbaiki diri.






Sedar tak kita sebenarnya banyak amalan jahiliyah yang telah meresap dalam diri kita. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, bahawasanya salah satu perbuatan jahiliyah yang tidak akan ditinggalkan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah meratapi atau menangisi dengan berlebihan akan musibah yang Allah berikan.  Setiap manusia tidak akan terlepas daripada diuji  Allah, kerana ujian tersebut dapat membuktikan iman kita kepada Allah. Namun begitu, apabila Allah  memberikan musibah dan ujian, kita sering mengeluh. Sebagai contoh, mungkin ada yang mengatakan " Kenapa Allah ni, punyalah ramai manusia di muka bumi kenapa aku juga yang kena, Kenapalah Allah ni turunkan musibah padaku sedangkan aku punyalah susah bersembahyang kepadaMu kenapa tidak diturunkan kepada mereka yang kufur padamu?" dan macam-macam lagi..sedarkah kita? mestilah kita tidak sedar,sebab kita memang sedih bangat ketika itu.Tapi ingatlah berwaspadalah dalam percakapan terutamanya ketika diuji dengan musibah, percakapan seperti tersebut adalah salah dalam agama, ianya menunjukkan seperti kita tidak berpuas hati pada takdir Allah. Dalam menghadapi kesedihan, dibolehkan untuk kita menangis, maka menangis lah sekiranya ingin menangis kerana menangis itu harus, tetapi janganlah berlebihan sehinggakan meraung dan meratapi musibah tersebut. Meratap, meraung inilah yang tidak dibolehkan dan merupakan perbuatan jahiliyah suatu ketika dahulu.


Perbuatan jahiliyah seterusnya yang dilakukan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah sikap suka mencaci, mencela dan mengutuk keturunan orang lain. Hurm ada apa dengan keturunan? "Siapa dia Kassim Selamat, lawyar, Majistrit...tidak...ahli muzik, ahli muzik !!!! ...memang pantang datuk nenek aku ahli muzik" petikan dari kisah ibu mertuaku, ayat yang simple tapi membawa maksud yang mendalam huhu.. Keturuanan bukanlah satu aset untuk kita banggakan. Islam itu mudah, kemuliaan Allah bukanlah pada keturunan, tetapi pada amalan hambanya seperti firman Allah dalam Surah Hujarat : Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih bertakwa di kalangan kamu." (Surah al-Hujrat ayat 13). Apa salah seseorang itu sekiranya dia berasal dari keluarga yang miskin, penoreh getah, penggali kubur, dan sebagainya, mengapa keluarganya dan keturunannya dicela dan diejek sebegitu sekali, bukankah mereka juga mencari makanan yang halal. Dimanakah keadilan Allah sekiranya keturunan menjadi sandaran untuk memasuki syurga? Tidak kiralah kita berketurunan raja, mahupun golongan bangsawan, kita tetap sama disisi Allah, jadi janganlah berbangga dengan keturunan kita.




Sahabatku, mari kita refleksi diri kita semula adakah masih ada karat jahiliyah yang bertapak dalam diri. Tidak guna kita bersusah payah menasihati manusia lain, menjalankan dakwah kepada orang lain sekiranya diri kita ataupun keluarga kita sendiri masih terbelenggu dengan karat jahiliyah ini. Islam datang menyuburi akidah, menyinari akhlak, dan membuang jahilyah, janganlah kita menanam semula sifat jahiliyah yang telah lama hilang dalam diri setiap muslim.


Layan dulu cite P.Ramlee hehe..





Fikir-fikirkan
Wassalam

1 comment:

kynah said...

salam.
menarik sgt.
mengajak kita sama2 mengikis karat jahiliyyah yg masih ada.