Assalamualaikum
Apabila dikatakan tentang orang melayu, ramai yang memandang rendah terhadapnya. Ada yang mengatakan Melayu itu layu, tidak bermaya, rosak dan sebagainya. Mengapa jadi begini, dimana letaknya kekuatan kita dahulu? Ingatkah kita bahawa sejarah telah membuktikan orang melayu dahulu kala telah berjaya membuka mata dunia dengan kehebatan tenteranya yang telah berjaya menguasai lautan, tidakkah kita ingat bagaimana kesultanan melayu dahulu telah berjaya membuka kawasan perdangan yang besar sehinggakan ramai pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia sanggup datang walaupun jauh kerana dirasakan kawasan kesultanan melayu ini adalah kawasan strategik untuk berdagang disamping juga kawasan yang aman dan sentosa. Tidakkah kita ingat bahawa bahasa kita telah menjadi bahasa pengantar seluruh dunia? Tetapi bagaimana kedudukan melayu kita sekarang?
Jangan Tiru Aksi Ini, Lebih Baik Tolong Mak Kat Dapur
Cakap sahaja tentang melayu pasti akan timbul imej yang buruk pada mata seseorang walaupun orang melayu sendiri. Cakap sahaja tentang melayu pasti dikaitkan dengan politik, rasuah, masalah akhlak dan sebagainya. Lihat sahaja di penjara, pusat serenti, tepi-tepi jalan, penagih dadah, kelab-kelab dan sebagainya kaum manakah yang mendominasi tempat-tempat ini. Lihatlah berapa banyak kes buang anak, zina, rogol siapa yang mengepalai jumlah tertinggi dalam permasalahan ini. Tidak cukup lagi, lihatlah siapa yang menagih simpati, memohon sedekah ditepi2 jalan, pasar malam dan sebagainya siapa yang ramai. Lihat lagi berapa percentage anak melayu yang berjaya dengan cemerlang di university-university, sekolah dan sebagainya berbanding kaum lain? Tidakkah kita rasa diri kita ini jauh ditinggalkan di belakang? Apabila timbulkan isu melayu sahaja maka ramai yang tidak berpuas hati, ini tak kena, itu tak kena, racist lah dan sebagainya. Tidak bangga dengan kaum sendiri, merasakan hidup ini lebih baik sekiranya kita ini tidak berkaum, cukuplah kita beragama Islam. Bercakap sahaja tentang Islam, isu kaum melayu terus hilang terabai, Tetapi apabila bercakap pasal dunia, seperti tanah melayu, biasiswa bumiputera, dan hak-hak keistimewaan melayu diambil sedikit demi sedikit semua melenting. Kenapa perlu melenting sekiranya kita tahu kaum lain juga ada yang beragama Islam. Tidakkah kita bersifat adil? Wahai sahabat sekalian, Islam tidak datang begitu sahaja, tetapi islam datang dari sebuah kaum dan seterusnya berkembang keseluruh dunia yang merangkumi pelbagai kaum, jangan menafikan kepentingan kaum sendiri.
Kita ini siapa yang menafikan hak kaum kita sendiri, sedangkan Rasulullah sendiri berbangga dengan kaumnya tanpa mengutuk kaum lain. Lupakah kita semasa fathu mekah (Pembukaan Mekah) mengapa Rasulullah mengasing dan memuakkan umat islam yang dinamakan kaum Ansar dan Muhajirin sehingga disebut dalam Al-quran dalam surah At-taubah ayat 117. Mengapa Rasulullah tidak sebut sahaja kaum Islam tidak perlu mengklasifikasikan sesebuah kaum tersebut. Tetapi sebagai menghormati setiap kabilah, maka hak kabilah tersebut tidak dinafikan walaupun mereka semuanya umat islam. Rasulullah masih lagi mempertahankan isu kaum walaupun mereka semuanya telah menganut agama Islam.
Siapakah kita untuk menafikan kaum kita sendiri, memperkatakan perjuangan bangsa untuk islam adalah sia-sia sedangkan Rasulullah sendiri menghormati kaumnya sendiri dari kalangan Quraish. Lupakah kita siapa yang menjadi khalifah pertama selepas Rasulullah? Bukankah ianya dari kalangan Quraish iaitu Abu Bakar. Sejarah telah mencatatkan bahawa semasa perlantikan khalifah tersebut, orang ansar hampir menjadi khalifah akan tetapi disebabkan Rasulullah telah memberikan wasiat bahawa pemimpin seharusnya dari kalangan Quraish maka semua akur tidak langsung bergaduh mahupun melawan walaupun mereka dari kaum yang berbeza.
Siapa lagi yang ingin membela bangsa kita sekiranya bukan orang melayu sendiri? Cina? India? atau mengharapkan orang putih yang membela nasib melayu. Ingatlah wahai orang melayu yang taksub pada agama dan mengabaikan isu bangsa, jatuh bangunnya Islam Di Malaysia semuanya datangnya dari orang melayu. Rosak Melayu, rosaklah Islam, Bangun Melayu Bangunlah Islam Di Malaysia. Jadi untuk memperkuatkan islam, wasilah di Malaysia hanyalah dengan memperkuatkan orang melayu itu sendiri. Bagaimana orang dari kaum lain di Malaysia ingin membela islam, apatah lagi ingin memeluk islam sekiranya melihatkan anak bangsa kita (melayu) yang sudah pasti beragama Islam, rosak, mundur dari segala aspek dan tidak mengamalkan Islam secara syumul.
"Takkan melayu hilang di dunia kalau melayu tahu asal usulnya"
Untuk memperkasakan Islam di Malaysia adalah dengan memperkasakan bangsa melayu dahulu, buanglah jauh-jauh isu politik dalam memperjuangkan anak bangsa. Jangan mengikut emosi dalam berdakwah tetapi selidiklah dahulu permasalahan di Malaysia sebelum menghukum orang lain. Adakah kita mahu membina negara islam dengan gejala sosial dan permasalahan yang menjadi-jadi sekarang ini terutamanya orang melayu. Berapa lama boleh bertahan? Bagaimana ingin membina rumah meletakkan atap yang baik sekiranya tiangnya dan dasarnya rosak? Adakah dengan atap sahaja yang baik akan menjamin rumah itu tidak runtuh? takpun Adakah kita akan membina atap rumah dahulu sebelum memacak tiang rumah ? Tidakkah perlu kita menyediakan tiang rumah yang kuat dan teguh sebelum kita dapat membina atap rumah? Adakah tiang rumah, bersedia untuk menampung atap rumah yang berat dan kuat? kita tidak mahu membina rumah yang boleh diduduki seminggu tak pun sebulan tak pun setahun, akan tetapi sekali kita dapat membina rumah, kita akan pastikan rumah itu akan sentiasa teguh menjadi sebuah rumah yang megah selama mungkin.
Tujuan saya menyuarakan isu bangsa dan islam ini bukanlah kerana saya bersifat recist, saya mempunyai ramai kawan dari kaum yang berbeza, dan bukanlah melayu itu matlamatnya, akan tetapi melayu itu adalah wasilah untuk mencapai sebuah negara islam tanpa mengetepikan hak kaum lain. Ini kerana kaum majority yang memegang islam di Malaysia adalah melayu, bangsa lain yang beragama islam semuanya mengharapkan melayu bangun dahulu, mengamalkan islam sepenuhnya, meniggalkan permasalah gejala sosial barulah boleh membentuk negara Islam. Jangan biarkan sejarah berulang lagi, jangan biarkan umat islam melayu especially jatuh lagi, kita pernah dimalukan dahulu. Bangunnya melayu di Malaysia, maka Islam akan menjadi kuat. Takperlu fikir nak tarik orang yang bukan beragama islam untuk menganut agama islam sekiranya, bangsa kita sendiri yang hanya islam pada nama tidak menunjukkan qudwah.
Fikir-Fikirkanlah
Wassalam
3 comments:
presiden persatuan cina muslim juga bersetuju, kena bagi melayu islam kat malaysia ni baik dulu, baru senang mereka nak buat dakwah pada kaum cina di Malaysia..
waallahua'lam
SALAM..
Jangan taku bila kita digelar rasis.. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya..
Orang melayu makin berpecah, hilang sopan santunnya. Kuat sangat berpolitik dan bermusuh.. Tak macam org cina, parti lain2 pun mereka masih boleh bersatu.. Cuba perhatikan baju rasmi MCA, GERAKAN dan DAP, bajunya warna putih kan? Apa maksudnya tu?
Ada orang perjuangkan Melayu sampai lupa Islam.. Ada orang juga perjuangkan Islam sampai lupakan Melayunya.. Kalau tak nak Islam tak payah guna nama Islam, dan kalau tak nak terima Melayu, jangan cakap bahasa Melayu, cakaplah bahasa Islam.. Bahasa Islam bahasa ape ye?
Baguslah saufi berfikir tentang bangsa dan agama ni.. Sebab banyak pemuda kita ni yang tak kisah tu sume, tahunya melepak, merempit dan g kedai mamak tengok MU lawan ARSENAL..
Wasalam.. Selamat bertukar idea..
Madrasatuna : Syukran Ala Komen
Jamal : syukran tentang pendapat anta..hehe..bahasa islam? b.arab kot hehe..kita boleh memperjuangkan islam tapi jgn tolak unsur melayu ke tepi..after all melayu adalah umat majority di malaysia..ana tak nafikan bahawa islam tidak memerlukan melayu tetapi melayulah yang memerlukan islam, tp berbeza waqi' di malaysia, keruntuhan melayu melambangkan runtuhnya islam, kerana setiap orang melayu itu islam, jdi jgn pandang ringan isu bangsa melayu dalam berdakwah...erm..
Post a Comment