Thursday, June 24, 2010

Antara UK Dan Mesir :)

Assalamualaikum Wbt


Bumi Uk, bumi yang penuh ketengangan, suasana yang cantik, aman damai, cuaca yang sentiasa dingin seperti berada di dalam bilik ber air cond. Persekitaran yang hijau, sejuk mata memandang. Taman yang indah dihiasi dengan bunga-bungaan cantik yang berwarna warni. Namun... hatiku tetap tidak aman melihat cara hidup mereka yang jauh dengan cara hidup islam. Pemakaian yang semakin terbuka akhir-akhir ini membuatkan aku letih. Pergaulan yang melampaui batas memeningkan kepalaku. Tetapi aku tetap bersyukur kerana masih lagi berada di persekitaran yang baik di bumi UK tersebut.




Bumi Mesir, bumi yang panas, yang payah, yang penuh dengan pancaroba. Cuaca yang panas membuatkan aku terguling-guling ketika tidur. Persekitaran yang berdebu jauh berbeza dgn persekitaranku sebelum ini. Sampah sarap bersepah-sepah. Sentiasa letih dan berpeluh. Orangnya yang suka mengambil kesempatan. Sistem yang susah dan sebagainya. Namun...aku masih boleh bergembira, Masjid dapat dilihat merata-rata. Azan dapat dilaungkan dengan megahnya dan saling sambung menyambung. Pembacaan Quran dilakukan di mana-mana.  Hatiku kembali basah ketika berada di sini. Aku menjadi mudah untuk beramal. Imanku kembali bersuara. Jiwaku kembali berbicara. Resahku hilang. Walaupun hidup di sini tidak seindah di UK, namun aku tetap mampu tersenyum kerana aku mampu belajar untuk bermujahadah. Keselesaan yang melampau di UK menyebabkan aku jauh dari yang Maha Pencipta. 






Setelah seminggu exam berlalu, keadaan di Sheffield begitu lengang sekali, Menjadi lumrah pelajar Malaysia di sini untuk pulang bercuti pada setiap tahun, duit bukan menjadi masalah bagi pelajar di sini. Jadi tidak hairanlah pelajar-pelajar di sini hidup dalam keadaan mewah .Hanya segelintir pelajar Malaysia yang masih sanggup untuk mendaki bukit bagi menunaikan solat fardhu yang terbaik iaitu solat secara berjemaah di Masjid. Ya..di Sheffiled hanya orang yang layak sahaja yang dipilih Allah untuk ke Masjid. Manakan tidak, Masjid yang terletak di atas bukit memerlukan pengorbanan untuk dijejaki. Mengambil masa selama lebih kurang 20 minit (jika berjalan biasa) untuk ke sana menyebabkan hanya sebahagian manusia sahaja mampu ke sana.






Berbeza pula di Mesir, walaupun telah beberapa hari exam berlalu, namun suasana di sini semakin meriah, lebih banyak aktiviti dijalankan ketika waktu cuti. Kerinduan di tanah air ditolak ketepi. Penerusan dakwah dilakukan malah diperbanyakkan. Ukhwah dibina lebih utuh. Walaupun hidup tidaklah seindah dan semewah di UK namun itu bukan penghalang bagi mereka membelanjakan duit mereka ke jalan dakwah.






Terkadang aku terfikir, sekiranya Allah menukar cuaca dan persekitaran di Mesir ini menjadi UK dan di UK menjadi mesir kan lebih elok. Persekitaran yang cantik menunjukkan Islam itu cantik. Cuaca yang baik membuatkan Islam mudah diamalkan. Namun sangkaanku meleset sama sekali apabila aku ditegur oleh sahabatku di sini. Sekiranya Allah menukar UK kepada Mesir dan sebaliknya, maka Islam akan lebih mudah jatuh dan hanyut dalam arus duniawi. Islam akan tenggelam habis dengan kemodenan. Dan yang paling teruk adalah tiada Islam lagi di Dunia ini. Jadi bersyukurlah kepada Allah yang menjadikan Islam bertapak di Bumi yang panas dan susah ini. Kerana dengan kesusahan inilah, umat Islam dapat bangkit, lebih kuat dan dapat beramal dengan lebih banyak untuk mendapatkan syurga yang dijanjikan nikmat terbaik yang tidak tercapai oleh akal manusia.


Wallahulam...

10 comments:

joegrimjow said...

bumi malaysia lagi best
;)

Kejernihanku said...

kalo nak compare mesir malaysia dgn uk..malaysia ni sentiasa di pertengahan..dari banyak sudut hehe..

Random Talk said...

kalau nak dibandingkan dgn msia..apalah sangat setakat UK n mesir tu..huhu..

baik duk umah..bleh main dgn nazhan wajdi..~weeeeeeee...

Kejernihanku said...

to mimi : kedengaran bunyi jeles di situ haha..

Random Talk said...

to abg sopi..
x heran..~weeeeeeee...

pejuang ALLAH said...

salam, g mesir jaulah lagi ke?

Kejernihanku said...

Pejuang Allah : erm datang mesir kali ni lebih lama sbb nak rasai ramadhan kat sini.. :)

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

x sah dtg mesir x singgah rumah ana.

muhammad fakhruddin said...

Keadaan di 2 muka bumi Allah untuk kita bermuhasabah.

Tengah sibuk nak exam IELTS,rindu pula pada Bahasa Arab tatkala membaca entri ini ;)

IMmeHuda said...

berharap di,urahkan rezeki oleh allah..maka, dapat jejak kaki ke bumi mesir..cara saufi ceta ni buat k.huda teringin nk ke sana..

btw..mmg malaysia yg paling sesuai di hati kot..=) it's summer already and you are not coming home?
take care ya saufi..