Tuesday, November 10, 2009

Makan Makan Makan

Assalamualaikum Wbt


Makanan merupakan satu keperluan asasi yang diperlukan bagi semua manusia bagi meneruskan kesinambungan hidup di dunia,
Uniknya makanan ni adalah, ianya berbeza mengikut bangsa, tempat tinggal, mahupun agama,
Bagi Muslim makanan yang baik adalah makan yang halal di sisi syara',
Makanan yang halal adalah makan yang datangnya dari sumber yang dibenarkan syara',
Perkara ini harus diambil berat terutamanya bagi golongan muslim di luar negara yang tinggal di negara yang di bawah pemerintahan bukan islam,


Kalau saya di sini, banyak makanan yang menarik-menarik dari segi zahirnya, semua kedai rase nak masuk untuk makan mungkin kerana sedap atau baunya saja dah menambat selera,
Tapi disebabkan syariat membataskan perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram makanan, maka yang haq harus ditegakkan dan yang batil harus dijauhkan,
Mungkin itulah dugaan bagi kami di sini, banyak makanan yang hanya boleh di lihat tapi tidak boleh di sentuh, apatah lagi di rase :)


Tetapi sebanyak mana pun kedai yang tidak halal, Allah masih sayangkan kami di sini, masih ada kedai yang halal yang beroperasi dan halal di sisi Islam setelah di paparkan sijil halalnya,
Jadi inilah yang menjadi makanan lunch ku setiap tengah hari menjelma



Harga Burger ni 3 pound (RM 15.00)
                                           

  Fish and Chip ni 2.50 pound (RM 12.50)


Kepada adik, kak gee dan semua rakyat malaysia jangan jeles, makanan kat sini memang besar dan banyak, sebab tahap makanan kat sini bukan untuk perut orang Malaysia hehe..
Namun sebanyak manapun kita makan, makanan ibu yang terbaik, lagi-lagi "cuk cabai" mak ku itu waa.. rindunya..sabor Saufi..


Tak kesah la kat mana kita berada, bukan kesedapan menjadi perhatian tetapi halal yang perlu dititikberatkan, makanan yang baik perlu diutamakan seperti sabda Nabi Muhammad SAW






Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Wahai manusia, sesungguhnya Allah Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang shaleh. ’ Dan firman-Nya, ‘Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’ Kemudian beliau menceritakan seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, ia menengadahkan tangannya ke langit seraya berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan.” [1] (HR. Muslim)


Hurm..kalau diperhatikan lah, pemilihan makanan sangat penting, sebab dari makanan ini lah ditentukan amalan kita,
Sebaik mana orang itu sekali pun, jika sekiranya dia tidak menjaga makanan, maka Allah tetap tidak akan menerimanya doanya,
Jadi pemilihan makanan sangat penting sebab ia berkatian dengan hati, hati yang kotor susah nak terima kebaikan, maka berlaruatan la dosa-dosa yang akan di kerjakan,


Kalau nak makan, makanlah apa sekalipun, cume larangan Allah jangan makan makana yang berunsurkan khinzir dan arak,
Kalau dulu saya selalu terpikir, kenapa yang sedap itu Allah tarik bagi manusia, tanyalah saya kepada ustaz maka jawab ustaz,
"Yang baik itu Allah nak simpan untuk akhirat, arak yang paling baik adalah di syurga nanti, di sini arak adalah yang buruk bukan yang baik, kita ada banyak lagi minuman yang sedap-sedap, macam fresh orange, Tembikai, Air Sarsi, Air sirap, soda dan macam-macam lagi kenapa perlu mencari minuman yang Allah tidak bagi, tapi tulah manusia, lagi dihalang lagi nak dilakukannya, maka dunia ini bukan pernjara bagi mereka, tetapi penjara bagi orang mukmin"


Jadi wahai sahabat sekalian, jagalah makanan mu, jagalah hatimu, jagalah amalanmu, kejayaan sebenar kita adalah di akhirat nanti, adakah dosa yang mengiringi ataupun pahala yang bersamamu nanti ?


Fikir-Fikirkan
Wassalam

8 comments:

Unknown said...

Salam..wah3..background baru nmpk..hehe...
4 ur information..i x jelezla ngan makanan asopi kat UK tu..x ingin pon..haha..:D

mencari cahaya said...

erk...!! wah... emm tol2... xjelez pon huhu~
eee mahalnye makanan tu [ikutmatawangmalaysiala ;-b]
s0sej mane... xnampak pon hikhik

setiap tghari ke...
naseb bek ade kedai makanan halal kan...
xkisah la makan ape p0n, yg pentg halal...

RA said...

hm, "cuk cabai" tu pe mende?:))
nak ckp pasal mkn ni, kt msia pun byk yg tulis halal tp mcm "undang disebalik batu" - nmpk x udang tu?x pastikn, so syubhah..(anggap udang tu bende yg lain)

yg haram, wajib ditinggalkn
yg syubhah, seelok-elokny ditinggalkan

dlm thun ni, de 1 perbincangan bab mknn kt mesir,

ksmpln yg ak dpt, mknn ni akn membina tubuh bdn kita, so klau kita x jge mknn yg dimakan atau minuman yg diminum, ia akn jd sbhgian dr kita, jika mknn itu x baik, begitu jg perangai kita.

mknn ni, aku sendiri pn x dpt nk kawal klau nk elak yg shubhah tu..so, marilah sama2 berfikir dan membuat kptsn sblm mkn. klau mkn mknn yg x baik, akn ada titik2 hitam dlm hati, klau kurang bertaubat/beristighfar, mcm mane kita nk jg/ubah diri menjadi baik di sisi Allah & manusia?

kadang2 kita lupa, kita gelak,kita gurau, kita mengarut n sbgny, tp jgn kita lupa beristighfar dan berdoa kpd Allah..:))

Anonymous said...

cuk cabai tu cucur ke??
huhu apa2pun.. menarik gak topik makan makan makan nh.. dah la tgh lapar.. huhu sabar2.. yup..dengan makanan juga akan menyebabkan hati nh baik atau sebagainya.. mudah2han.. kita semoga sentiasa diperlihara dari makanan yg shubhah..insyaAllah..

Kejernihanku said...

Cuk cabai tu adalah cucur huhu..tp org kedah panggil cuk je..rasenye resepi ni mak saya yang reka maka hanye die yang tau buat,tp saya suke sgt2 huhu..mak kate nnti sape yang jadi bakal calon isteri saya mak kene ajar buat "cuk" tu sbb sy terlalu suke hehe..thanks mak..

RA said...

haha, apsal ak cam x penah dgr nme "cuk" ni kt kampung ak??..:))

ak X SKE mkn cucur/cuk ni sopi, klau ak dtg umah ko pg2 buta, 4 bende ko jgn hidangkn

1) air kopi/nescafe
2) cucur. lg ak x mkn klau de cili dlm cucur tu
3) segala pe jenis bende masin cth ikan masin
4) petai dan adk beradikny yg berbau dan pahit(ulam)

klau la, org hidang, ak terpaksa mkn/minum, cme no 3 dan 4 mmg ak x bleh mkn, mmg ak akn tolak direct.klau x org tu kne sediakn air kosong yg sgt byk:)

Kejernihanku said...

Amboi rusydi demand betul ko ni.. tp "cuk" tu makan waktu petang la..and die mesti makan lepas masak kalo tak tak sedap huhu..byk betul pantang larang ek :)

Anonymous said...

lain kali jgn lupa buat topic "resepi cuk cabai" ek.. huhu~ teringin gak nak cuba..