Thursday, November 5, 2009

Bila Lihat Keburukan Orang

Assalamualaikum Wbt




 Pada kali ni baby ni nak bagi nasihat skit dengar elok tau :)



Kita memang mudah melihat keburukan orang lain 
Dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri
Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain
Hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita.



Sebenarnya perkara sebegini sering berlaku dalam kehidupan seharian
Mungkin kita sedar atau mungkin kita tidak sedar
Sebagai contoh seorang hamba Allah ni datang ke masjid

Sedang dia duduk di masjid 
Datang seorang pemuda dan sembahyang.
Jadi dia pun lihat pemuda itu solat tak khusyuk
badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati hamba Allah pun berkata


"Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk."
Pada masa yg sama dia lupa yg dia sendiri pun sembahyang tak khusyuk!
Kadang-kadang program untuk satu minggu pun 
Dia boleh fikirkan masa tengah sembahyang.


Saya pernah mempunyai pengalaman hampir serupa
Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 12 tahun (darjah 6)
Saya bersekolah agama diwaktu petangnya
Jadi sebelum balik kami semua akan bersolat asar beramai2
Bersama-sama ustaz di surau


Kebetulan haritu saya rajin pulak kan
Saya bersolat betul-betul belakang imam
Imam saya adalah ustaz saya sendiri la
Kalau ustaz ni mestilah alim :)



Biasalah nama pun budak-budak kan


Waktu solat asar tu ade kawan saya kat sebalah ni
Solat main-main pijak-pijak kaki kawan lain
Cuit-cuit kawan lain
Saya tak main (boleh caya ke) hehe..





 Agak2 macam ni kot dulu huhu..saya yang hujung tu :)



Yang saya tak boleh tahan tu ada satu hari

Sebab ustaz saya bace bismilllah 
Bukan suara yang lantang tau
Tapi suara yang halus tapi dapat di dengari oleh kami kat belakang
Ala..macam berbisik la..
(korang paham-paham la ye)


Jadi habis sahaja ustaz cakap
"Waladdooollin" dgn suara yang berbisik tu
Ramai pulak yang sambung 
"Aaaaaminnn"
Termasuklah saya
Padahal solat asar tu
(Agaknya terkejut beruk ustaz yang tengah jadi imam tu hehe..)



Habis solat sahaja
Ustaz panggil orang yang bising yang main waktu solat tadi
Dia panggil tepat pulak tu
Pe lagi kene marah la kami sumua
Then saya berbisik dalam hati
" Pelah ustaz ni, dah jadi imam pun boleh tau ke orang main kat belakang,
ni mesti tak khusyuk ni "


Sekarang dah besar..saya terpikir 
Sanggup saya cakap mcm tu pada ustaz
walau dalam hati sekalipun


Padahal saya pun tak khusyuk tadi
Dah nama pun ustaz pasti dia ada sesuatu yang boleh 
Buatkan dia tahu kan..mungkin kasyaf ke or pe2 jelah
Sebab dia tu ustaz
Tak baik betul saya berprasangka pada ustaz

Maaf ye ustaz dulu saya nakal
Sekarang pun nakal jugak
Hehe..



Oleh itu, wahai sahabatku ingatlah

Apabila kita terlihat keburukan orang lain,
Hendaklah kita pastikan yg kita pun tidak melakukannya. 
Jika kita lakukan sekalipun
Maka hendaklah kita perbaiki diri kita dahulu


Rasulullah menggalakkan kita melihat kebaikan orang lain

Walaupun kita ni kuat ibadah
Tidak semestinya kita paling kuat ibadah ada orang lain lagi 
Yang lebih baik dari kita


Walapun kita lihat orang lain tu buat kerja kotor
Tidak semestinya dia tu kotor zahir dan batin
Kalau sekalipun die tu kotor mungkin hanya luaran sahaja
Dalaman, hatinya mungkin lebih mulia daripada kita disisi Allah
Mungkin dia kerja kotor untuk mencari rezeki yang halal

Bagi keluarga dia kan..

Jadi kita mesti melihat dari sudut yang baik (Husnu Zon)






Bagi contoh mamat tadi pula
Sekiranya kita melihat kebaikannya
Hati kita akan berkata
"Bagus mamat ni, rajin datang masjid.
Aku ni kadang-kadang je datang.
Sembahyang Jumaat je aku selalu datang pun"


Bila kita lihat kebaikan orang
InsyaAllah akan datang sifat tawadduk dalam diri kita.


Fikir-Fikirakanlah 
Wassalam

10 comments:

sweetbutterfly said...

Kalau kita bersangka baik kat orang rupanya die memang berniat buruk camne..??

Contoh: Kita tgk ade org terjenguk-jenguk kat lua kat umah jiran..ingat sedara die..rupa-rupanya pencuri..

Zaman sekarang orang mintak sedekah pon kadang-kadang kita pk buruk dah..takut kot-kot die nak pukau ke ape ke..hm...

Kejernihanku said...

Salam..

Maksudnya di sini, bukan kita hukum diri die teruk terus, tak salah kalau kita was was terhadap seseorang untuk menjaga diri kita, tp jangan melebelkan die sbg orang jahat selagi dia tak buat kejahatan, sedangkan Allah yang Maha adil pun dah tunjuk kat kita, kalau kita niat nak buat dosa tapi masih kira tak berdosa lagi sblm kita melakukan, tapi kalau kebaikan niat je terus dapat pahala..

And maksud penulis di sini, sesuatu perkara yang kita pun ade keberangkalian akan buat mcm tu, tapi bile orang lain buat marah betul, tapi diri kita sendiri tak perasan kita pun pernah buat..

Rasulullah selalu memandang manusia dari sudut positif, walaupun dah tau yang orang tu bersalah Baginda masih berusah untuk menganggap die tak bersalah, seperti kisah seorang wanita yang berzina dan mengaku pada Rasulullah, dia telah mengemukan saksi semua dan mengharapkan hukumam, rasulullah berpaling muka, selama 4 kali, dan die tetep mengaku die berzina baru Rasulullah menjatuhkan hukuman..

sekian

Anonymous said...

yup..memikirkan orang lain lebih hebat dari kita lebih menenangkan jiwa..

adakah bila ada orang lebih baik dari kita, itu menghalang kita meraih keredhaanNya dan syurgaNya.. tidak bukan..malah cuba mencontohi kebaikannya dan merasakan dirinya lebih baik dari kita dalam keadaan tawaduk itulah yg membantu kita meraih keredhaanNya dan syurgaNya yg penuh nikmat..

cumanya husnu zan tidak menghalang kita untuk berdakwah, memikirkan masalah rakan2 kita yang jelas di mata (couple dsbnya), memikirkan masalah ummah..

Kejernihanku said...

Syukran ala komen madrasatuna..
mengundur bukan bererti kalah
mengalah pun bukan bererti kalah
Malah sesiapa yang tak nak rase kalah
Merasakan diri dia yang terbaik
Itulah orang yang kalah
Sebab tak ego
Ego tu adalah pakaian Allah
Hanya Allah sahaja boleh sombong dan Ego
Kita hamba takleh ada perasaan mcm tu..
K

mencari cahaya said...

ye... bet0l... sebab tu dikatakan Muslim adalah cermin bagi muslim yang lain... kadang2 kita sendiri xsedar apa yang kita buat adalah salah... lepas teng0k kesilapan pada orang, baru kita sedar apa yang kita buat juga salah...

memikirkan orang lain lebih hebat memang menenangkan jiwa, b0leh dijadikan sebagai m0tivasi kepada diri sendiri untuk meningkatkan amal ibadah...

RA said...

smua pendapat yg bgus:)

pengalamanku : mse blk msia, byk la kes curi kt kg, wlaupn die da buat kjhtn tp Allah masih memberi die peluang utk bertaubat, kita yg sedar ni kenalah usaha berdoa digerakkan hatiny utk bertaubat, mendapatkn doa yg maqbul itu satu usaha juga(igt snang ke doa trus dpt?)

de la 1 mlm,tgh hujan die msuk rumah ak, time tu trus ak tergerak hati,bgn trus pegi arah die..setiap penjuru rumah ak de kayu, kabel elektrik, paip dapur gas & parang..buat pilihan time tu,pilihanny buat x tau. klaka gak ak rse time tu, mesti terperanjat die x knal sape?sjak bile rumah En.Ali de org yg ak x penah nmpk..

heh nak pukul ke nk biar?ak pn biar die blah, tkut mati kang kne pukul maklumlah nk pukul, ak klau da pukul smpai mati, sdangkn anjing pun ak kejar smpai jd penakut anjing tu,mne xnye bleh sme laju dgn anjing tu,pastu kt tgn ad buloh mmg nasib mlg le anjing tu, alhmdllh buloh tu boleh patah:))(sbb time tgh marah)

tp pencuri ni, ak buat kptsn utk beri die pluang utk berubah smpai thn dpan..klau dpt kt ayah ak,pasti hilang anggota bdn sbb dlm rumah.

to sweetbutterfly : husnu zon,dlm mse yg sme berhati2.ambil iktibar dr sejarah,mmg bleh husnu zon tp klau xde lgkh berjge2 kita yg padah kn?.

dlu mmg pukau ni atau yg sewaktu dgnny byk, tp skrg msih byk tp xnmpk..pnah, tgh bce yasin dlm halaqah pn org ni bole htr kejahatannya kt org laen, sedara sesame sedara..

klau org yg x knal bg mknn,klau lgkh x m'hormati,tp pusingkn dr tgn kiri ke kanan 3x..ikut arah jam,mknn tu mesti pusing melalui belakang kita. tp,klau da amalkn ayat lau anzalna dlm blog sy, bce je beberapa kali rupa org tu ke kwsn tu ke, hembus dan yakin dgn Allah hancur segala kjhtnnya..kita x kasyaf sbb tu la kne ykn wlaupn x pasti. kalau da kasyaf,kita nmpk dpn mate kita khbtn Kalam Allah dgn amaln.

wallahua'lam

RA said...

adeh,pjg btol, sori sopi, komen ak hmpir pjg dgn entry ko:))

Kejernihanku said...

hehe..takpe2 bg la panjang mane pun InsyAllah kalau yang baik tu dapat dikongsi pahala yang besar menanti..huhu.. :)

joegrimjow said...

sopiyyun
tgok benda baik dngn hati
bru meresap dlm jiwa

cth
iqbal tgok ak masak
die ckp sedap
pastu dia masak
jadi tak sedap
sbb xtngok dengan hati
kekeke!
(bodoh punye contoh)

Kejernihanku said...

haha..layan jelah joe yang penting paham pe yang aku sampaikan.. :D