Assalamualaikum Wbt
Wahai adik-adik ku Selamat Hari Raya Aidil Adha ku ucapkan
Ku taipkan warkah ini kerana ku mencintaimu
Firman Allah
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketakwaan itulah yang dapat mencapainya" Surah Al Hajj : 37
Hari Raya Korban baru sahaja pergi meninggalkan kita,
Apakah pengajaran yang kita dapat?
Adikku..ku tahu kau telah lalui saat yang menyedihkan sejak beberapa hari ini..
Janganlah bersedih kerana Allah sentiasa bersamamu..
Kejayaan bukan datang dengan usaha semata-mata..
Kejayaan bukan datang dengan belajar sampai bengkak mata..
Tetapi kejayaan datang adalah hasil dari keredhaaan Allah..
Janganlah bersedih sekiranya kau sudah berusaha..
Kerana sesungguhnya Allah ada aturannya untukmu..
Ingatlah setiap yang berlaku padamu..
Semuanya telah ditentukan oleh Maha Pencipta..
Semoga Engkau menjadi matang dalam menghadapi dugaan Allah
Pandanglah setiap perkara yang diberikan Allah itu sebagai perkara yang baik
Sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang merintih dan merayu padaNya..
Hidup ini umpama roda, tidak selamanya kita berada dibawah
Masih ada masa untuk berubah..
Teruskan perjuanganmu..
Betulkan Niatmu untuk belajar
Pengorbananmu Pasti kan Terbayar
Jangan putus asa..
Kejayaan pasti menjadi milikmu
Salam sayang dari Abangmu
Doa dan harapan yang mampu ku sampaikan dari kejauhan ini
Wassalam :)
1 comment:
ku akn terus menjadi dewasa
Post a Comment