Tuesday, April 27, 2010

Exco-Exco SMSA 09/10 ku Yang Tercinta :)

Assalamualaikum Wbt





SMSA...SMSA...SMSA...
Apakah bende itu
adakah Saufi Macho SAngat hehe..
Mestilah la bukan...


SMSA atau nama popularnye Sheffield Malaysian Society Association  merupakan sebuah badan pelajar yang mewakali pelajar Malaysia Sheffield bagi University of Sheffield. Kira kalau kat Malaysia tu, orang panggil MPP kot..takpun Pengawas huhu..


Teringatku ketika aku dilantik sebagai Vice president, pada mulanya namaku dicalon oleh seorang seniorku yang sangat baik denganku, tetapi aku menolak..kerana aku rasa aku tidak sesuai memegang jawatan tersebut, dan bukanlah aku orang yang layak untuk jawatan sebesar itu. Tapi kali kedua emcee tanya padaku adakah aku betul-betul ingin menolak dari pencalonan, maka aku menarik balik kembali kenyataanku yang pertama , jadi aku bertanding tu pun lepas kene basuh dengan senior-senior  adoi..


Seingatku..sewaktu itu ada 3 pencalonan, 2 wanita dan 1 jejaka yang macho dan bergaya..haha..undian pertama menunjukkan jejaka tersebut mendapat undian tertinggi tapi sama banyak dengan seorang dari 2 wanita orang tu lah..jadi terpaksa buat undian kedua, pada kali ini pencalonan antara seorang jejaka dan seorang wanita..pertarungan antara kaum adam dan hawa ceewah..dann.....erm..paham-paham jelah kan..kalau macho ni semua jadi haha..(pelah aku merepek ni..) takdelah..aku dipilih untuk menjawat jawatan yang pada mulanya aku tidak terpikir pun untuk mencalonkan diri. Tapi tulah bukan semua yang kita rasa tidak baik untuk kita itu adalah buruk sentiasa..pasti akan ada kebaikan di dalamnya.


Aku seorang yang paling tak suka meeting..boring tul..sebab tu sejak dari sekolah lagi..aku tidak pernah memegang jawatan perwakilan pelajar ni..boring..boring... Tapi sewaktu masuk UKM, hurm..ada seorang senior ni bagi plak jawatan Pengerusi Kelab.... kelab Islamik ..padahal berapa banyak da..pelajar agama kat situ..aku ni pelajar kejuruteraan..and macam bese gak lah..aku nak tolak..banyak kali aku jumpe die..tapi die buat bodoh je..mentang2 la aku baru masuk UKM waktu tu..tak tau nak cakap pe dah..aku pun jadilah walaupun mula-mula tak ikhlas..(pengakuan jujur). Tapi tulah ayat yang sama seperti di atas .., bukan semua yang kita rasa tidak baik untuk kita itu adalah buruk sentiasa..pasti akan ada kebaikan di dalamnya..


Berbalik kepada perletakkan jawatanku sebagai vice president SMSA ni..dilakukan pada 25/4 baru-baru ni, dalam hati rasa bestnye nak letak jawatan ni..tapi dalam masa yang sama, rasa sedih plak..bukan sebab takde kuasa dah..tapi sebab rasa sayang. Sayang sebab banyak pengalaman yang ditimba selama menjadi vice president ni. Untuk pengetahuan semua, president dan vice president menjadi perantara antara union (badan pelajar university) dan pelajar malaysia, which means banyaklah meeting dengan dorang..so dah kenal la..banyak belajar cara dorg berorganisasi,selain itu, aku dah banyak buat aktivity  smsa dengan exco-exco smsa yang lain, sangat2 best..cukup banyak pengalaman, pengalaman suka duka, pengalaman malu lagi la banyak..beselah kalo tak malu..mcm mana nak maju huhu..


Rasa sekejap je, setahun sudah berlalu, aku menjadi pilu namun itu bukanlah segalanya..hidup mest diteruskan. Betul-betul bersyukur kerana aku mengenali semua committee..macam-macam ragam dengan dorang ni..ada yang lawak, yang serius, yang cun, yang macho, yang garang, yang pelakon, yang suka nangis dan macam-macam lagi la..tp best, semua ni adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini adalah salah satu kenangan terindah bagiku semasa musafirnya aku di bumi UK. Aku rasa bersyukur, kepulanganku ke Malaysia nanti bukanlah membawa ilmu kejuruteraan semata-mata, tetapi membawa sebuah memori indah, membawa sebuah ukhwah yang erat dan sebagainya. Memang susah pada mulanya, tapi selepas berakhirnya segalanya, aku merasa begitu puas kerana telah berjaya menjalankan tugasku dengan sehabis baik.






Kepada Mr President , merangkap sahabat baikku dari Matrik (roomate) bersama-sama denganku sehingga kini, and sekarang pun selalu tidur bilik aku sebab nak bangun subuh berjemaah huhu..timecih banyak-banyak kerana banyak bagiku kekuatan, banyak bagi tunjuk ajar, dan banyak menolong aku huhu..Joe ni banyak pengalaman sebagai ketua, sebab tulah dari dulu lagi aku cakap kat die..campak la die kat mana2 pun die akan jadi ketua, kalo kene campak dalam hutan akan jadi tarzan sebab tarzan ketua beruk haha..men2 joe huhu..






Qilot sebagai setiusaha, aku selesa bekerja dengannya, tu pasal tak kesah lah dia banyak minta aku tolong, aku akan tolong sebab die buat kerje yang betul-betul efficient. Jarang nampak dia senyum, tapi sebenarnye die ni lawak orangnye hehe..






Zaty, sebagai naib setiausaha yang juga merupakan penulis minit meeting mesyuarat. Dia ni kawan sekelas dari Malaysia dan sampailah sekarang masih sama kelas yelah kami sama course hehe..orang kata bila dia masuk dalam exco smsa barulah semangat skit..hurm betul ke? kenapa tu? tepuk dada tanya diri sendiri la..






Farah sebagai bendahari, hurm..dia ni memang la buat kerja sangat100x bagus, banyak masalah account SMSA telah berjaya diselesaikan. Mula-mula ingat die ni anak mat salleh tak pun anak kacuk jepun, sebab putih sangat and muka die pun dah ala-ala jepun dah..tapi semuanya itu dusta belaka hehe..Farah ni seorang yang sistematik, tak pernah aku tengok seseorang sesistematik macam dia ni. huhu..bagus2 farah..hope can work together again. 






Sarimi sebagai Islamic officer, hurm..orang kata (cee..sume orang kata kan) Islamic officer ni kene muka suci betul ke? huhu..mungkin gak sebab bila dah jadi Islamic officer ni dia menjadi qudwah kepada orang lain kan..Sarimi ni die ni fleksible..kadang2 boleh jadi lebih sengal dari aku, kadang2 jadi bagus sangat2..takpelah yang penting mamat ni bila die kata pasti die buat..tu yang bagusnya...






Faridah atau nama glamour nye adalah freda sebagai Career and Walfare Officer. Dia ni kalau aku tak jadi exco smsa, aku sendiri pun tak kenal sangat dengan freda ni, sebab takde sebab nak cakap dengan die, and mula-mula dulu ingat ke die ni sombong susah nak bekerjasama, tapi sangkaan ku silap sama sekali. Dia ni walaupun nampak selalu sibuk, kerja exco jalan..banyak benda baru die buat untuk exco bagi bahagian die la..bagus2..Tapi lakonan dielah paling terbaik haha..oppss hanya pelajar sheffield je yang tau die ni berlakon hehe..






Tarmizi atau nama main-main die adalah meiji sebagai sport officer. Meiji telah berjaya melaksanakan antara Malaysian games yang terbesar di UK ni. Die ni betul-betul rajin, pergi kehulu ke hilir mcm tak penat je..yelah kate sport officer kan? huhu..walaupun die ni sport officer, kadang2 die juga ada menegur pasal agama, which means die ni bukan sebarangan sport officer tau..mempunyai ciri-ciri yang lain dan suka bertanya pasal agama bagus bagus meiji..huhu.. :) 






Zakwan atau nama samarannye adalah zakwancho singkatan dari zakwan macho huhu..tu aku yang bagi..saje, zakwan bertindak sebagai Special Task and Inclusion Officer..die ni sorang lagi hamba Allah yang sama kelas dengan aku. Apa yang bagusnya si zakwan atau roomate aku selalu kate di ni budak KMB (Kelab menentang Kebodohan)  haha..adalah beliau sangat matang dalam membuat keputusan. Matang dalam menyelesaikan masalah and paling best first class beb..aku punyelah susah nak dapat first class waa..tension2..die ni menjadi qudwah pada dak2 kelas aku yang lain huhu..






Azri sebagai Media Officer, mamat ni pun sama course sama dengan aku, tapi keluar nanti dia nak jadi pilot hurm macam mana tu..hehe..biar die yang jawab. Tak dinafikan azri ni mantap giler la bab media ni, ntah mana la die belajar sume bende ni..kalo sape2 rosak komputer bagi kat mamat ni elok la insyAllah..huhu..baru2 ni aku dengar die modify komputer die sampai gambar komputer die lagi lawa dari PS3. Selama penglibatan die ni..memang banyak die buat, dan jasa terbesar die yang die highlight waktu menyerahkan jawatan die adalah die telah berjaya membuang SPAM dalam YG SMSA haha..ok la tu..






Khafizah atau nama manja die adik eica..sweetnye sebagai women officer. Aku panggil die kak eica sebab die lebih tua dariku dan die ni aku anggap macam akakku sendiri. Pada pandanganku, kak eica ni, bagi je die in charge mane2 aktivity pun pasti jalan punyelah, cekap betul akak aku ni, and rasanya semua aktivity die nak buat, kalau tak halang, die akan pegang sume aktivity kot, habis sume orang takde keje haha..Sebab tu bila die minta aku tolong die, aku betul2 susah nak tolak permintaan die, so memang akan tolong die. Yang menarik pasal akak ni..bile die nangis jadi cute haha..opss...ok2 abaikan2...sorry ek akak gurau2..hehe..


Jadi itulah yang dapat kuceritakan serba sedikit yang aku paham jelah pasal dorg ni..kami semua pelajar biasa, seperti anda juga, kami juga manusia biasa seperti anda juga, kami juga mempunyai daya yang terhad seperti anda juga, apa yang membezakan kami adalah, kami telah membuat sesuatu untuk orang lain, kami telah mengorbankan sedikit masa dan usaha kami untuk kepentingan semua, kami sanggup berhadapan dengan risiko yang bermacam-macam untuk kepentingan semua. Jadi sebarang salah dan silap, kami mohon maaf, sebab kami manusia...lepas ni mungkin tidak ada keperluan untuk bersua lagi..jadi teruskan perjuangan wahai sahabat2 ku. Kita telah berjaya membangunkan SMSA..insyAllah amalan ini akan dibalas Allah suatu hari nanti takpun kat akhirat nanti..


P/S kepada exco SMSA yang baru teruskan perjuangan kami..hidupkan lagi SMSA ni..penat tau kami bangunkan dia..huhu..ada pe2 kongsi je dgn kami sementara kami masih ada di sheffield ni ok...


Bersama Exco SMSA yang Baru 2010/2011


Pengawas Sekolah


Nak gak bergambar lagi...


Yang Depan sekali tu paling macho haha..

Di bawah ini adalah kompilasi video-video yang telah buat oleh dorg ni gak...


















Sekian 
Wassalam..


P/s entry kali ini bersifat santai sebarang kata2 yang pelik2 harap dimaafkan :)

Thursday, April 22, 2010

Masihkah Adakah Karat Jahiliyah Dalam Dirimu...

Assalamualaikum Wbt...


Agak lama saya meninggalkan blog ini, sehingga ditegur oleh beberapa orang sahabat,  minta maaf atas segalanya. Sejak akhir2 ini, rasa diri ini seperti tidak layak untuk menyampaikan ilmu di dada kerana ketidaksempurnaan diri. Akhir-akhir ini rasa seperti banyak membuat dosa, tapi tidak mengapa, kita hanya manusia lemah, hanya tuhan tempat mengadu.


Teringat kata-kata dari naqib saya baru-baru ini, kata-katanya lebih kurang begini, Jangan meletakkan diri kita seperti apa yang dipandang orang pada kita, tetapi letaklah diri kita pada pandangan kita. Agak complicated kan..maksudnya, kadang-kadang orang melihat kita ni seperti tidak baik, mereka meletakkan diri kita pada tempat yang tidak baik, tetapi kita dan Allah yang mengetahui bagaimana diri kita. Begitu juga dengan kebaikan, apa yang dilihat orang akan kebaikan kita, lalu mereka menyatakan kebaikan pada diri kita tidak seharusnya kita meletakkan diri kita pada kata mereka, kerana barangkali dibelakang mereka kita ada membuat banyak kesilapan yang hanya diketahui oleh Allah. Jadi kita sendiri mengetahui kehebatan dan kelemahan kita dan disitulah kita mula memperbaiki diri.






Sedar tak kita sebenarnya banyak amalan jahiliyah yang telah meresap dalam diri kita. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, bahawasanya salah satu perbuatan jahiliyah yang tidak akan ditinggalkan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah meratapi atau menangisi dengan berlebihan akan musibah yang Allah berikan.  Setiap manusia tidak akan terlepas daripada diuji  Allah, kerana ujian tersebut dapat membuktikan iman kita kepada Allah. Namun begitu, apabila Allah  memberikan musibah dan ujian, kita sering mengeluh. Sebagai contoh, mungkin ada yang mengatakan " Kenapa Allah ni, punyalah ramai manusia di muka bumi kenapa aku juga yang kena, Kenapalah Allah ni turunkan musibah padaku sedangkan aku punyalah susah bersembahyang kepadaMu kenapa tidak diturunkan kepada mereka yang kufur padamu?" dan macam-macam lagi..sedarkah kita? mestilah kita tidak sedar,sebab kita memang sedih bangat ketika itu.Tapi ingatlah berwaspadalah dalam percakapan terutamanya ketika diuji dengan musibah, percakapan seperti tersebut adalah salah dalam agama, ianya menunjukkan seperti kita tidak berpuas hati pada takdir Allah. Dalam menghadapi kesedihan, dibolehkan untuk kita menangis, maka menangis lah sekiranya ingin menangis kerana menangis itu harus, tetapi janganlah berlebihan sehinggakan meraung dan meratapi musibah tersebut. Meratap, meraung inilah yang tidak dibolehkan dan merupakan perbuatan jahiliyah suatu ketika dahulu.


Perbuatan jahiliyah seterusnya yang dilakukan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah sikap suka mencaci, mencela dan mengutuk keturunan orang lain. Hurm ada apa dengan keturunan? "Siapa dia Kassim Selamat, lawyar, Majistrit...tidak...ahli muzik, ahli muzik !!!! ...memang pantang datuk nenek aku ahli muzik" petikan dari kisah ibu mertuaku, ayat yang simple tapi membawa maksud yang mendalam huhu.. Keturuanan bukanlah satu aset untuk kita banggakan. Islam itu mudah, kemuliaan Allah bukanlah pada keturunan, tetapi pada amalan hambanya seperti firman Allah dalam Surah Hujarat : Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih bertakwa di kalangan kamu." (Surah al-Hujrat ayat 13). Apa salah seseorang itu sekiranya dia berasal dari keluarga yang miskin, penoreh getah, penggali kubur, dan sebagainya, mengapa keluarganya dan keturunannya dicela dan diejek sebegitu sekali, bukankah mereka juga mencari makanan yang halal. Dimanakah keadilan Allah sekiranya keturunan menjadi sandaran untuk memasuki syurga? Tidak kiralah kita berketurunan raja, mahupun golongan bangsawan, kita tetap sama disisi Allah, jadi janganlah berbangga dengan keturunan kita.




Sahabatku, mari kita refleksi diri kita semula adakah masih ada karat jahiliyah yang bertapak dalam diri. Tidak guna kita bersusah payah menasihati manusia lain, menjalankan dakwah kepada orang lain sekiranya diri kita ataupun keluarga kita sendiri masih terbelenggu dengan karat jahiliyah ini. Islam datang menyuburi akidah, menyinari akhlak, dan membuang jahilyah, janganlah kita menanam semula sifat jahiliyah yang telah lama hilang dalam diri setiap muslim.


Layan dulu cite P.Ramlee hehe..





Fikir-fikirkan
Wassalam

Tuesday, April 20, 2010

Bersyukurkah Kita Beragama Islam?

Assalamualaikum..


Shh..shh..bunyi hembusanku..membuang habuk di blog ku ini huhu...agak lama ditinggalkan kerana kesibukan kerja dan jawatan. Ada orang yang menulis blog untuk melepaskan perasaan, ada yang menulis blog untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, ada juga yang tulis blog untuk berdakwah terpulang la pada niat seseorang untuk menulis blog asalkan tidak menggunakan blog ini untuk mengutuk ataupun merendahkan orang lain sudah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang masih memberikan aku 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tajuk kali ini lebih santai kerana ingin memanaskan kembali keringatku dalam menulis blog :) . Teringatku di masa dahulu, ketika aku masih belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), aku sangat rapat pada seorang seniorku. Beliau merupakan seorang ketua pelajar di sebuah kolej di mana tempat ku menetap. Setelah lama ku kenali dia, barulah ku ketahui bahawasanya beliau seorang muallaf dari seoarang kristian memeluk agama islam. Beliau berasal dari Serawak, dan merupakan seorang anak melayu. Kenapa aku mengucapkan syukur ke atas dua nikmat terbesar ini? kerana bukan semua orang lahir di dunia ini mendapat 2 nikmat tersebut.


Berbalik kepada seniorku dahulu, aku masih ingat lagi ceritanya ketika kecil. Beliau seorang yang sangat ramah dengan orang lain. Sejak dari kecil beliau selalu bergaul dengan orang melayu yang beragama islam, sehingga beliau tertarik dengan keindahan islam. Aku bertanya apakah yang menyebabkan Islam itu indah di matanya. Jawapanya mudah iaitu AZAN. Beliau suka mendengar lauangan Azan, setiap kali laungan tersebut bergema di seluruh pelusuk udara rumahnya beliau mula berasa takjub dengan kalimah yang diperkatakan satu persatu.






Setelah melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah beliau aktif dalam bersukan dan menjadi wakil sekolah dalam pertandingan bola sepak. Yang peliknya adalah, beliau tidak menceritakan minatnya terhadap Islam kepada ustaz-ustaz mahupun ustazah sebaliknya beliau hanya menceritakan kepada guru sukannya sahaja. Jadi dengan pertolongan guru sukannya, beliau telah memeluk agama Islam. Tetapi jangan ingat mudah sahaja Allah memberikan hidayah kepada seseorang, tanpa disertakan dengan pengorbanan terlebih dahulu.


Suatu hari ibu bapanya terjumpa sebuah songkok dan sebuah Al-quran di dalam biliknya di bawah bantal, beliua pun berterus terang tentang keislaman beliau, tidak tertahan dengan pengakuan tersebut, ibu bapa beliau menghalau beliau dari rumah, kebetulan sewaktu itu beliau telah mendapat tawaran ke UKM, walaubagaimana Allah mengujinya, tetapi Allah jualah yang memberikan pertolongan kerana Allah sebaik2 pertolongan. Beliau mempunyai saudara yang telah memeluk agama Islam, dan saudaranya lah yang banyak membantu beliau ketika beliau dalam kesusahan terutamanya ketika beliau kekurangan duit.


Sekarang beliau sudah berjaya, telah menamatkan pelajarannya di University dan juga telah menjadi seorang pegawai Imegresen. Beliau telah berkahwin, dan mempunyai seorang anak, saya sendiri tidak tahu adakah beliau telah berjumpa ibu bapanya. Tetapi ingatlah wahai kawan-kawan ku, Islam kita bukanlah datang dari titik peluh kita, Islam kita bukanlah datang dari pengorbanan kita, tetapi islam kita datang dari keturunan kita, yang sememangnya islam suatu hari dulu. Maka beruntunglah kita yang telah memeluk islam seadanya, kerana bahawasanya orang lain begitu susah untuk terima hidayah Allah, maka bersyukurlah kepada Allah dengan keislaman kita.


Fikir-fikirkan
Wassalam

Monday, April 5, 2010

Isu Bangsa Selalu Disalah Ertikan

Assalamualaikum


Apabila dikatakan tentang orang melayu, ramai yang memandang rendah terhadapnya. Ada yang mengatakan Melayu itu layu, tidak bermaya, rosak dan sebagainya. Mengapa jadi begini, dimana letaknya kekuatan kita dahulu? Ingatkah kita bahawa sejarah telah membuktikan orang melayu dahulu kala telah berjaya membuka mata dunia dengan kehebatan tenteranya yang telah berjaya menguasai lautan, tidakkah kita ingat bagaimana kesultanan melayu dahulu telah berjaya membuka kawasan perdangan yang besar sehinggakan ramai pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia sanggup datang walaupun jauh kerana dirasakan kawasan kesultanan melayu ini adalah kawasan strategik untuk berdagang disamping juga kawasan yang aman dan sentosa. Tidakkah kita ingat bahawa bahasa kita telah menjadi bahasa pengantar seluruh dunia? Tetapi bagaimana kedudukan melayu kita sekarang?


Jangan Tiru Aksi Ini, Lebih Baik Tolong Mak Kat Dapur


Cakap sahaja tentang melayu pasti akan timbul imej yang buruk pada mata seseorang walaupun orang melayu sendiri. Cakap sahaja tentang melayu pasti dikaitkan dengan politik, rasuah, masalah akhlak dan sebagainya. Lihat sahaja di penjara, pusat serenti, tepi-tepi jalan, penagih dadah, kelab-kelab dan sebagainya kaum manakah yang mendominasi tempat-tempat ini. Lihatlah berapa banyak kes buang anak, zina, rogol siapa yang mengepalai jumlah tertinggi dalam permasalahan ini. Tidak cukup lagi, lihatlah siapa yang menagih simpati, memohon sedekah ditepi2 jalan, pasar malam dan sebagainya siapa yang ramai. Lihat lagi berapa percentage anak melayu yang berjaya dengan cemerlang di university-university, sekolah dan sebagainya berbanding kaum lain? Tidakkah kita rasa diri kita ini jauh ditinggalkan di belakang? Apabila timbulkan isu melayu sahaja maka ramai yang tidak berpuas hati, ini tak kena, itu tak kena, racist lah dan sebagainya. Tidak bangga dengan kaum sendiri, merasakan hidup ini lebih baik sekiranya kita ini tidak berkaum, cukuplah kita beragama Islam. Bercakap sahaja tentang Islam, isu kaum melayu terus hilang terabai,  Tetapi apabila bercakap pasal dunia, seperti tanah melayu, biasiswa bumiputera, dan hak-hak keistimewaan melayu diambil sedikit demi sedikit semua melenting. Kenapa perlu melenting sekiranya kita tahu kaum lain juga ada yang beragama Islam. Tidakkah kita bersifat adil? Wahai sahabat sekalian, Islam tidak datang begitu sahaja, tetapi islam datang dari sebuah kaum dan seterusnya berkembang keseluruh dunia yang merangkumi pelbagai kaum, jangan menafikan kepentingan kaum sendiri. 


Kita ini siapa yang menafikan hak kaum kita sendiri, sedangkan Rasulullah sendiri berbangga dengan kaumnya tanpa mengutuk kaum lain. Lupakah kita semasa fathu mekah (Pembukaan Mekah) mengapa Rasulullah mengasing dan memuakkan umat islam yang dinamakan kaum Ansar dan Muhajirin sehingga disebut dalam Al-quran dalam surah At-taubah ayat 117. Mengapa Rasulullah tidak sebut sahaja kaum Islam tidak perlu mengklasifikasikan sesebuah kaum tersebut. Tetapi sebagai menghormati setiap kabilah, maka hak kabilah tersebut tidak dinafikan walaupun mereka semuanya umat islam. Rasulullah masih lagi mempertahankan isu kaum walaupun mereka semuanya telah menganut agama Islam. 


Siapakah kita untuk menafikan kaum kita sendiri, memperkatakan perjuangan bangsa untuk islam adalah sia-sia sedangkan Rasulullah sendiri menghormati kaumnya sendiri dari kalangan Quraish. Lupakah kita siapa yang menjadi khalifah pertama selepas Rasulullah? Bukankah ianya dari kalangan Quraish iaitu Abu Bakar. Sejarah telah mencatatkan bahawa semasa perlantikan khalifah tersebut, orang ansar hampir menjadi khalifah akan tetapi disebabkan Rasulullah telah memberikan wasiat bahawa pemimpin seharusnya dari kalangan Quraish maka semua akur tidak langsung bergaduh mahupun melawan walaupun mereka dari kaum yang berbeza. 


Siapa lagi yang ingin membela bangsa kita sekiranya bukan orang melayu sendiri? Cina? India? atau mengharapkan orang putih yang membela nasib melayu. Ingatlah wahai orang melayu yang taksub pada agama dan mengabaikan isu bangsa, jatuh bangunnya Islam Di Malaysia semuanya datangnya dari orang melayu. Rosak Melayu, rosaklah Islam, Bangun Melayu Bangunlah Islam Di Malaysia. Jadi untuk memperkuatkan islam, wasilah di Malaysia hanyalah dengan memperkuatkan orang melayu itu sendiri. Bagaimana orang dari kaum lain di Malaysia ingin membela islam, apatah lagi ingin memeluk islam sekiranya melihatkan anak bangsa kita (melayu) yang sudah pasti beragama Islam, rosak, mundur dari segala aspek dan tidak mengamalkan Islam secara syumul. 


 "Takkan melayu hilang di dunia kalau melayu tahu asal usulnya"


Untuk memperkasakan Islam di Malaysia adalah dengan memperkasakan bangsa melayu dahulu, buanglah jauh-jauh isu politik dalam memperjuangkan anak bangsa. Jangan mengikut emosi dalam berdakwah tetapi selidiklah dahulu permasalahan di Malaysia sebelum menghukum orang lain. Adakah kita mahu membina negara islam dengan gejala sosial dan permasalahan yang menjadi-jadi sekarang ini terutamanya orang melayu. Berapa lama boleh bertahan? Bagaimana ingin membina rumah meletakkan atap yang baik sekiranya tiangnya dan dasarnya rosak? Adakah dengan atap sahaja yang baik akan menjamin rumah itu tidak runtuh? takpun Adakah kita akan membina atap rumah dahulu sebelum memacak tiang rumah ? Tidakkah perlu kita menyediakan tiang rumah yang kuat dan teguh sebelum kita dapat membina atap rumah? Adakah tiang rumah, bersedia untuk menampung atap rumah yang berat dan kuat? kita tidak mahu membina rumah yang boleh diduduki seminggu tak pun sebulan tak pun setahun, akan tetapi sekali kita dapat membina rumah, kita akan pastikan rumah itu akan sentiasa teguh menjadi sebuah rumah yang megah selama mungkin.


Tujuan saya menyuarakan isu bangsa dan islam ini bukanlah kerana saya bersifat recist, saya mempunyai ramai kawan dari kaum yang berbeza, dan bukanlah melayu itu matlamatnya, akan tetapi melayu itu adalah wasilah untuk mencapai sebuah negara islam tanpa mengetepikan hak kaum lain. Ini kerana kaum majority yang memegang islam di Malaysia adalah melayu, bangsa lain yang beragama islam semuanya mengharapkan melayu bangun dahulu, mengamalkan islam sepenuhnya, meniggalkan permasalah gejala sosial barulah boleh membentuk negara Islam. Jangan biarkan sejarah berulang lagi, jangan biarkan umat islam melayu especially jatuh lagi, kita pernah dimalukan dahulu. Bangunnya melayu di Malaysia, maka Islam akan menjadi kuat. Takperlu fikir nak tarik orang yang bukan beragama islam untuk menganut agama islam sekiranya, bangsa kita sendiri yang hanya islam pada nama tidak menunjukkan qudwah. 





Fikir-Fikirkanlah
Wassalam

Thursday, April 1, 2010

Sikap Bertangguh

Assalamualaikum Wbt


Harini saya akan membawa sebuah cerita, cerita ini pernah saya sampaikan ketika tazkirah pada Daurah di Manchester baru-baru ini, disebabkan saya rasa perkara ini telah menjadi sebati dalam diri terutamanya umat Islam melayu termasuk diri saya, jadi adalah lebih baik saya memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan kepada sahabat-sahabat yang lain. Cerita berkenaan dengan sikap suka BERTANGGUH.


Panggilan jihad bergema memanggil sahabat dan menyeru semua sahabat agar bersiap sedia untuk menyahut panggilan ini. "Hayya Ala Jihad" (marilah berjihad) pada ketika itu sebuah peperangan akan berlaku iaitulah peperangan yang kita kenali sbg perang tabu'. Usai solat subuh rombongan tentera islam bergerak menuju ke medan pertempuran, meninggalkan seorang sahabat Rasulullah bernama Kaab Bin Malik. Kaab Bin Malik merupakan seorang sahabt yang releks, dan suka bertangguh dalam melakukan sesuatu, walaupun panggilan jihad telah bergegar kota Madinah, namun beliau masih lagi tidak bersiap sedia untuk peperangan tersebut.


Banyak spekulasi yang diberikan oleh sahabat lain tentang ketidakhadiran Kaab bin Malik ini dalam peperangan, ada yang mengatakan Kaab bin Malik ini terhalang oleh selimutnya ( tidur ) dan ada pula yang menidakkan pendapat tersebut, namun Rasulullah ssentiasa senyum dan bersifat Husnu Zon dengan pendapat sahabat. 


Setelah berakhirnya peperangan yang dimenangi oleh Muslimin ketika itu, Rasulullah bersama tentera islam pulang ke Madinah dan sebelum itu Baginda selalunya bersolat di Masjid dahulu sebelum pulang ke rumah Baginda. Setelah Rasulullah selesai solat seramai 80 orang rijal yang tidak hadir dalam peperangan beratur untuk berjumpa dgn Rasulullah bagi memberi alasan kepada baginda termasuklah Kaab bin Malik. Kaab bin Malik menerangkan dengan jujur tanpa membela diri atau berhasrat untuk menipu. 


Hilang senyuman Rasulullah dan Rasulullah menyuruh Kaab Bin Malik pulang dan Rasulullah tidak mahu berjumpa dengannya sebelum Allah putuskan hukuman kepada Kaab Bin Malik. Selepas itu beliau dipulaukan oleh sahabat2 lain atas arahan Rasulullah, setelah 40 hari, Rasulullah menyuruh isterinya untuk tinggalkan Kaab Bin Malik untuk seketika, bertambah duka perasaan Kaab Bin Malik. Diwaktu itu orang muysrik datang kepada Kaab Bin Malik menawarkan pangkat dan harta sekiranya Kaab Bin Malik keluar dari Islam, namun iman di dada Kaab Bin Malik menidakkan semua itu. (Bayangkan umat islam dah memulaukannya namun beliau masih lagi sayang pada islam, adakah kita sekuat itu? )


Selepas 50 hari pemulauan maka turunlah ayat Allah surah At-taubah ayat 117
"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang2 muhajirin dan ansar yang mengikuti Nabi dalam masa susah". Turunnya ayat ini, maka nabi mengetahui bahawa ayat ini adalah untuk Kaab Bin Malik kerana sewaktu perang badar dahulu, Kaab bin Malik bersama2 Rasulullah berjuang menegakkan Islam diwaktu kesusahan. Maka Sahabat nabi pun menjerit " wahai Kaab bergembiralah kamu, sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu" mendengar jeritan itu, Kaab Bin Malik terus sujud syukur kepada Allah seraya menginfaqkan semua hartanya untuk jalan Allah, namun niatnya dihalang oleh nabi dengan menyuruhnya menginfaqkan sebahagian sahaja dari harta beliau.


Wahai rakan-rakanku sekalian, dapat kita lihat betapa besarnya kesannya sekiranya kita mempunyai sifat bertangguh ini. Kesannya bukan pada diri kita, tetapi pada orang lain juga. Bertangguh ini semuanya berpunca dari bisikan syaitan yang membisikkan di telinga setiap anak adam yang ingin membuat esuatu yang baik, tetapi disebabkan sikap bertangguh ini maka banyak amalan yang baik tidak terjadi. Sebagai contoh bangun subuh, inilah masalah umat skrang, waktu ini ramai manusia ingin bertangguh apabila mendengar panggilan azan masih lagi lenak dengan tidur, walaupun kadang2 sudah sedar tetapi sengaja membiarkan diri lena dibuai mimpi. Bagaimana islam mahu tertegak sekiranya menteliti umat islam masih lagi dibelenggu dengan sifat-sifat seperti ini.


Mengapa orang-orang di eropah ini maju dalam pelbagai segi, kerana mereka berdisiplin, dan mereka menepati masa dan tidak suka bertangguh. Itulah yang saya rasa kita lemah dan masih lagi kurang. "istilah janji melayu" itu diagungkan dan dianggap sebagai biasa, tidak ada rasa sikit pun malu dalam diri. Bukankan dalam 10 muwasafat tarbiyah Hassan Al-Banna telah diterapkan betapa pentingnya menepati masa dalam diri individu muslim? tetapi kita melihat perkara ini sebagai perkara yang remeh. Oleh itu saya menasihati diri dan rakan-rakan sekalian agar mengikis sifat betangguh ini, kita ingin memerintah dunia suatu hari nanti, bukan mudah, hanya dengan tarbiyah yang mantap mampu mendisiplinkan diri kita. 


Fikir-fikirkanlah 
Wassalam