Monday, May 24, 2010

Marilah Kita Jalinkan Kasih Sayang Sesama Kita :)

Assalamulaikum Wbt..


Bercakap pasal kasih sayang..semuanya akan tersenyum lebar..bercakap lagi tentang kasih sayang semua hati berbunga, mana tidaknya, kasih sayang itu kurniaan besar dari Allah. Bayangkanlah hilangnya kasih sayang antara manusia, ataupun tidak pernah wujud istilah kasih sayang di dunia maka bosanlah dunia dan malaplah dunia, betapa Allah Mengetahui keperluan manusia.






Banyaklah ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis menyebut tentang kasih sayang ini, tidak perlulah saya highlight kan disini semuanya sudah maklum. Kasih sayang ini bukan tertumpu pada kekasih semata-mata, tetapi kasih sayang membawa makna yang luas, kasih kepada ibu bapa, kepada anak isteri , adik beradik hatta haiwan dan tumbuhan pun dinamakan kasih sayang. Cuma caranya yang agak berbeza..


Berhati-hati bermain dengan kasih sayang, nikmat yang Allah berikan ini bukan untuk disalahgunakan, tetapi untuk dinikmati dengan jalan yang terbaik sehingga mampu mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Kasih sayang mampu mengubah dunia, mampu mengubah perasaan dan juga mampu mengubah persekitaran. Sekali lagi nilai kasih sayang ini sangat besar.


Ingatlah wahai sahabtku sekalian, kasih sayang ini lah juga menjadi perosak kepada manusia terutamanya remaja-remaja sekarang. Tidakkah kita lupa bahawa ada syaitan sentiasa bersama kita, nafsu sentiasa menemani kita, maka kasih sayang ini adalah point utama untuk menyesatkan manusia, jadi kesannya adalah hurm...tau-tau jelah semakin meningkat masalah sosial.






Saya ingin fokuskan kepada kasih sayang sesama manusia (pakwe makwe la kot), kasih sayang ini dilihat remeh, biasalah bila kurang kefahaman agama maka kasih sayang ini dilihat persoalan hati semata-mata. Sebenarnya kasih sayang ini jauh lebih mendalam maksudnya, kasih sayang ini bukan melibatkan dua pihak sahaja tetapi melibatkan pelbagai pihak dan jangan lupa melibatkan Allah. Apabila berkasih sayang pernah kah kita terfikir, bahawa "kekasih" kita itu mempunyai ibu bapa yang perlu untuk diminta kebenaran mereka terlebih dahulu. Sebagai analogi, saya suka melihat baju sahabat saya sangat cantik dan menawan, tetapi saya perlu meminta kebenaran beliau dahulu untuk memilikinya kerana baju tersebut milik sahabat saya. Jadi adakah adil bagi saya mengambil baju kawan saya tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu, pasti tidak..saya perlu meminta kebenaran dahulu sebelum memilikinya. Jadi apabila kita berfikir dgn cara ini, maka kasih sayang itu lebih diberkati, lebih difahami dan lebih terjaga kerana ibu bapa sudah meredhainya. 


Telah Kupandang Insan Yang Seramai Ini.Maka Aku Saksikanlah Bahawa Setiap Mereka Mempunyai Kekasih Dan Kecintaan Di Hati Mereka,Sebahagian Drpd Kekasih Itu Hanya Mendampingi Ketika Waktu Senang Sahaja,Dan Sebahagian Lagi Hanya Sampai Ke Tepi Liang Kubur Sahaja,Setelah Kesemuanya Pulang Dan Meninggalkannya Seorang Diri. Tak Seorang Pun Turut Masuk Ke Dalam Kubur Untuk Menghiburkannya,Yang Kemudian Kudapati Selain AMAL YANG SOLEH,Sebab Itu Kuambil Ia Menjadi Kekasihku,Supaya Ia Kekal Menjadi Pelita Di Dalam Kuburku,Menghiburkan Dan Tidak Meninggalkanku Seorang Diri Di Dalam Kubur Nanti..... ~IMAM GHAZALI~


Kasih sayang kapada Allah adalah kasih sayang ultimate yang patut kita berikan, saya selalu terfikir, layakkah kita berkasih sayang kepada manusia ciptaan Allah sebelum kita mencintai Penciptanya. Mudah untuk diungkap susah untuk diuraikan, sebab kasih sayang Allah ini ditunjukkan pelbagai cara, kadang-kadang selepas musibah atau kadang-kadang datang tanpa disedari. Tetapi ingatlah walaubagaimanapun kita tetap Allah sayang, cuma kita sendiri tidak sayang Allah sebagaimana Allah menyayangi kita. Buktinya?? senang..kewujudan kita di dunia ini bukti hakiki bahawasanya Allah sayang pada kita, cube kita bayangkan lagi (banyak betul bayang ye..huhu..) dalam banyak-banyak sperma dikeluarkan oleh benih ayat kita, kita terpilih untuk diterima oleh ovum ibu kita, dan lahirlah kita didunia. Sekiranya Allah tidak sayang pada kita, Allah tidak akan wujudkan kita dan tidak memberikan kita kejayaan dalam menembus ovum ibu kita. Tidakkah kita berasa beruntung, itu semuanya kerja Allah.






Huhu..tiba-tiba bercakap tentang kasih sayang..hati berbunga-bunga plak, banyak idea keluar padahal ada lagi 4 paper untuk diduduki..doakan saya..insyAllah saya akan mendoakan anda semula..sebelum itu terimalah kasih sayang dari saya melalui video ini..





Jadi fikir-fikirkanlah..
Wassalam..

Tuesday, May 11, 2010

Berjudi Tu Perkara Baik Ke? Kerajaan Bagi Je..






Assalamualaikum Wbt..

Bila syariat Islam tidak dijadikan sandaran maka, yang haram pun nampak halal. Merasakan telah berjaya menolak kemudharatan yang kecil tetapi pada hakikatnya telah membina kemudharatan yang lebih besar. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan oleh Timbalan Menteri Kewangan yang meng'halal'kan perkara yang sah-sah haram.

Berikut adalah kenyataan oleh beliau ( Ref Buletin Utama 6 Mei 2010)

"Aktiviti perjudian TANPA LESEN, merupakan satu aktivity yang MERUGIKAN kerajaan (berjudi takpe, jgn takde lesen je.. kerajaan rugi woo..), dan boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjan wang tanpa berlesen, jenayah terancang, penyuludupan, money laundering, dan lain-lain lagi, oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang 'prihatin' terhadap rakyat, maka kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya, sebagai langkah-langkah yang perlu dan berkesan bagi menangani masalah "buki" tanpa lesen, termasuklah MEMBENARKAN pertaruhan "buki" berhubung permainan bola sepak dilaksanakan". Riwayat Timabalan menteri Kewangan Malaysia huhu..


Apa cerita ni?

Yang bersorak adalah tauke-tauke perjudian, yang gelak adalah syaitan-syaitan, yang menangis adalah isteri-isteri, anak-anak penjudi dan sebagainya. Kononnya untuk menghormati aspek kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia ni      
(1 Malaysia beb), semua tu alasan semata-mata. Mana ada agama yang membawa kepada keburukan, mana ada agama yang menggalakan judi. Adakah mereka dapat jamin yang orang islam sendiri tidak akan berjudi sekiranya pertaruhan ini dijalankan.

Allah berfirman di dalam Al-quran


“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Sekiranya dianalisis secara teliti, kegiatan judi ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan, duit habis dipertaruhkan, tak cukup dengan duit sendiri, duit anak bini pula habis dicuri dan dirampas, keluarga diabaikan, apabila kalah pula, minum arak, pukul anak bini, pinjam ah long, yang jadi mangsa adalah keluarga, keluarga hidup dalam ketakutan, porak peranda, maka masyarakat lebih jauh dari agama, hilang pedoman, ramaja menjadi semakin rosak akhlak, negara boleh hancur.

Ingatlah wahai rakan sekalian, jangan menganggap dosa itu perkara yang mudah dan remeh, disebabkan kita mengetahui setiap dosa boleh diampunkan sekiranya kita bertaubat, tapi adakah kita tahu taubat kita diterima, jangan menyesal sekiranya di akhirat kelak, kita melihat timbunan dosa-dosa kita tidak diampunkan oleh Allah
(nauzubillahiminzalik), inikan pula dosa yang telah disebutkan dalam Al-Quran dimana setiap dosa tersebut merupakan dosa yang besar.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan masalah ini, membantah dengan sekeras-kerasnya... Walaupun saya mengetahui saya tiada hak untuk bercakap di parlimen, tetapi saya masih boleh menunjukkan rasa tidak setuju saya dengan mata pena.

Kepada rakyat Malaysia yang waras, sekiranya kita tidak menyokong perkara ini, maka kita seharusnya menyuarakan dengan segala apa bentuk. Biarlah kita tidak mendapat respond di dunia takpe..sebab setiap niat dan perbuatan kita untuk nahi mungkar diharap akan mendapat respond dari Allah.






Sebelum itu saya tinggalkan sebuah entry dari blog seorang sahabat saya tentang perumpaan judi dan anjing :



Ah Chong merupakan seorang penjual daging babi. Daging babi yang dijual oleh Ah Chong sangat laku dan dapat memberikan keuntungan yang banyak.

Satu hari, Ahmad secara kebetulan telah lalu di depan kedai Ah Chong lalu Ah Chong menyapanya.


Ah Chong : Halo Ahmad, how are u?


Ahmad : Baik baik...Amacam bisnes?

Ah Chong : Manyak baik...U tak mau tengok-tengok ka?

Ahmad : Adoi Ah Chong, saya mana boleh makan daging babi. Saya orang Islam.

Ah Chong : Takpa takpa. Jangan risau. Wa ada daging babi sembelih punya. Itu orang sembelih ada baca Bismillah sekali.

Ahmad pening. Daging babi sembelih? Baca bismillah? Ahmad terus pergi dari situ.
Cuba anda gantikan daging babi dengan perjudian bola sepak dan sembelihan itu digantikan dengan lesen daripada kerajaan.

Ada nampak persamaan di situ?


Kesimpulannya, yang Allah katakan haram tetap haram.


Fikir-Fikirkan 
Wassalam..

Monday, May 10, 2010

Dimanakah Letaknya Kecantikan Wanita :)

Assalamualaikum Wbt


Dimanakah Letaknya Kecantikan Wanita ??
Adakah Pada Lirikan Mata Yang Menggoda
Senyuman Yang Mempersona
Gelakan Yang Manja
Atau Pakaian Yang Menjolok Mata


Ramai Yang Berpendapat Kecantikan Luaran Menjadi Ukuran 
Hanya Segelintir Berpendapat Agama Menjadi Nilaian

Tetapi Ingatlah Wanita Yang Cantik Itu
Adalah Wanita Yang 

Menjaga Maruahnya
Menjaga Pergaulan 
Menjaga Tatatertibnya 
Menjaga Keimanannya 
Menjaga Kesetiaanya

Sopan Santunnya Penyejuk Rasa
Pakaianya Sopan Melambangkan Kegadisan Islam
Menghormati Orang Yang Lebih Tua Menunjukkan Keperibadiannya Mulia

Itulah Ciri-Ciri Kecantikan Seorang Wanita Islam....





Adakah anda ingin menjadi golongan di sebelah kanan ini ataupun disebelah kiri ??

Fikir-fikirkanlah
Wassalam..

Sunday, May 2, 2010

Analysis Kisah Adam Maya :)








Assalamualaikum Wbt

Entry kali ini saya mahu ceritakan pasal kisah "adam maya" yang sedang hangat keudara di TV3 dari isnin hingga khamis huhu.., walaupun exam makin dekat, tetapi tidak rasa kehangatannya di sini sebab kehangatan "adam maya" lebih kuat hehe.. Kalau dahulunya Nur Kasih menjadi minat penonton di Malaysia, sekarang ianya telah bertukar kepada slot akasia adam maya. Adam maya merupakan sebuah kisah cinta di antara Adam dan Maya tentulah kan..yang dijodohkan oleh kedua-dua ibu bapa
(benda baik ni..) Jadi apabila dijodohkan oleh ibu bapa maka tiadalah kasih dan cinta antara keduanya, maka berlakulah berbagai-bagai conflict dalam rumahtangga tersebut.




Hurm kenapa cerita pasal adam maya ni? Kisah ini sekiranya dikaji adalah pertembungan antara Haq dan yang Batil, antara Syariat dan Nafsu dan antara CINTA dan KEREDHAAN. Ramai dikalangan anak muda sekarang mengagungkan cinta sehingga lupa akan syariat yang telah ditetapkan. Ramai yang menganggap cinta adalah segalanya sehingga yang haq itu diketepikan sama sekali kerana cinta. Tiada cinta tiada kebahagian betul ke?

Cerita adam maya ini baik untuk kite refleksi diri kita semula. Menurut cerita ini, adam dan maya telah dijodohkan oleh ibu bapa mereka merupakan suatu perkara yang sangat baik dan dituntut dalam agama. Namun berlaku konflict dimana bekas teman lelaki Maya iaitu Dani tidak bersetuju dengan perkahwinan ini dan menginginkan Maya kembali.
(Beselah rampas awek orang memang la panas kan?). Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah konsep bercouple. Bercouple seperti tiada kesalahan langsung dalam kehidupan kita. Ianya seperti hubungan yang sah sehinggakan teman lelaki dianggap telah memilikinya 100%.

Begitu juga dalam kehidupan harian kita, tengoklah kira kanan kita, berapa banyak pasangan couple yang berjalan bersama-sama, makan bersama-sama, berdating dan sebagainya. Couple ini telah menjadi budaya masyarakat kita terutama anak muda yang inginkan keseronakan semata-mata. Jadi tidak hairanlah
banyak penguguran bayi dilakukan, banyak janin dibuang, banyak bayi ditinggalkan di dalam tong sampah dan sebagainya. Apa nak jadi dengan remaja sekarang, kita menganut agama Islam tetapi fikrah islamiyah itu ltiada dalam kehidupan kita. Saya mengambil contoh dalam kisah adam maya untuk kita lihat bagaimana fikrah anak muda sekrang. Dari cerita adam maya ini, kita dapat lihat menteliti remaja islam kita tentang konsep couple dan kahwin, dalam episode 2 berbunyi begini

Dani : Bi (Maya), kenapa tiba-tiba cerita pasal kahwin ni? kita belum habis belajar lagi .

Maya : Sebab mama dengan papa nak I kawin segera.

Dani :
Mana boleh SEGERA-SEGERA kawin ni.., ok sekarang ni kita BELUM HABIS BELAJAR, BELUM MERASA PUAS HIDUP BUJUANG, yang paling penting I BELUM BERSEDIA.


Maya : You sayang I tak ?

Dani : Ye I sayang sangat kat you (cium tangan maya???)

Maya : Kalau You sayang kat I , pergi jumpa mama dan papa cakap ye.. you setuju kawin dengan I. sekarang..
Dani : Bi mana boleh macam bi, I dah cakap kat you I tak bersedia, kalau 2 3 tahun nanti I besedia..

Ini adalah sedikit sedutan dalam kisah adam maya dimana kita dapat perhatikan menteliti remaja yang bercouple, mungkin ini contoh dari kisah tersebut, namun tidak hairan menteliti seperti ini ada pada setiap pasangan yang bercouple (terutamanya lelaki). Jadi berhati hatilah wahai kaum hawa, ramai lelaki yang tidak serius berkawan denganmu, kerana
sekiranya dia serius maka perkahwinan menjadi target yang terpenting dalam perhubungan. Kalau tidak serious, nak rasa seronok je..baik tak payah berhubung..buat dosa adalah..



Memang fitrah lelaki dijadikan untuk wanita dan begitu juga sebaliknya. Fitrah itu dikurniakan oleh Allah sebagai satu kurniaan yang besar. Fitrah berkasih sayang dan cinta mencintai. Sekiranya Allah tidak memberikan fitrah ini maka murung la dunia ni. Betapa besar kasih sayang Allah kepada kita. Lelaki akan tertarik kepada wanita begitu juga sebaliknya.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


Jadi tidak hairan bila kita melihat jantina belawan dari kita, kita akan rasakan suatu tarikan yang lain sedikit, tarikan ini akan menjadi kuat sekiranya iman kita lemah begitu juga sebaliknya.

Jadi macam mana sekarang? Takkan Allah nak biarkan manusia terumbang-ambing dengan tarikan ini kan? Jangan takut, Allah Maha Mengetahui keperluan manusia ciptaanNya. Jadi Allah telah memberi solusi bagaimana ingin menyatukan keperluan nafsu dengan cara halal, maka perkahwina merupakan perantaraan.


Firman Allah taala :

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


Betapa nikmatnya perkahwinan ini, tetapi ramai yang tidak mengetahui (termasuk saya sebab tidak kahwin lagi huhu..). Untuk mendapatkan kebahagiaan perlulah disertakan dengan pengorbanan. Perkahwinan bukan perkara yang main-main, seseorang harus besedia dengan segala yang ada supaya rumah tangga dapat berkekalan dunia akhirat.
Dengan perkahwinan segala yang tidak halal bagi lelaki dan wanita menjadi halal, dengan perkahwinan segala keperluan boleh dipuaskan dan dengan perkahwinan sempurna setengah lagi iman dalam diri. Jadi buat apa nak bercouple sekiranya kita semua tahu betapa pentingnya perkahwinan ini.




Sekarang saya mahu bandingkan antara perkahwinan dengan couple..huhu..dalam kisah adam maya juga
(banyak pengajaran yang boleh diambil dalam cerita ni, bukan tengok saje-saje tau) yang saya tertarik adalah perdebatan antara Adam dan Dani dalam episode ke 10 yang berbunyi begini

Dani : Awak jangan ingat Maya kawin dengan awak dia CINTA kan awak tau, saya kenal Maya CINTA nya hanya pada saya

Adam : Yelah Mungkin Dia bagi kau cinta..tapi dia bagi aku JIWA, KASIH, DUNIA, AKHIRAT , aku ini suami dia..dan untuk pengetahuan kau, Maya sekarang MENGANDUNG anak kami.. Assalamualaikum..(adam pergi)


Kita tengok sapa menang, si suami ke? or kekasih? , berkahwin ke? or bercouple? mana lebih untung. Bagus kan berkahwin dapat tutup terus hujah orang yang bercouple. Jadi rakan-rakan sekalian fikirkanlah dengan betul-betul, tiada gunanya bercouple, sekiranya kita tidak mampu berkahwin maka hilangkan la rasa kasih sayang itu dengan berpuasa. Jauhkan diri dari maksiat,
bagaimana ingin mendapatkan keluarga Islam sekiranya perkenalan, pergaualan dan perhubungan tidak diredhai Allah. Ya..mungkin susah, saya sendiri akui, memang susah, tapi kita tiada pilihan lain selain mengikut syariat agama yang ingin menjaga kita. Ianya seperti ibu yang marahkan kita tapi sebenarnya marah itu tanda sayang kepada kita.











Fikir-fikirkanlah
Wassalam