Showing posts with label Masjid Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Masjid Hidupku. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

Bila Menderma Dapat Pahala :)

BismillahiRahmaniRahim..


Hari ini aku sungguh gembira melihat matahari yang cukup indah, sudah lama ku menantikan matahari muncul untuk tempoh yang panjang. Kita seringkali lupa dengan nikmat yang Allah berikan depan mata, ataupun lupa untuk bersyukur dengan segala pemberiannya. Ya mungkin di Malaysia, mataharinya sedang terik menyinar, tetapi tidak bagi sesetengah tempat yang begitu susah untuk melihat kelibatnya, barulah ku tahu nikmat matahari pada bumiku tercinta. 


Jumaat yang baru-baru ini, seperti biasa aku ditugasakan untuk mengutip derma selepas Solat jumaat, di sini tidak seperti Malaysia, tiada tabung bergerak, kerana ditakuti akan diambil oleh sesetengah pihak, maka disebabkan itu setelah habisnya solat jumaat aku berlari keluar untuk memegang tabung di hadapan pintu utama masjid. Tidak seperti jumaat-jumaat yang lepas, Jumaat kali ini agak istimewa, kerana inilah kali pertama, kesemua masjid di Sheffield bersepakat untuk mendermakan duit jumaat bagi pembelian City Scanner untuk kegunaan Children Hospital. Niat yang satu, masing-masing bersama-sama menderma sambil beramal.


Children hospital tersebut bukanlah dimiliki oleh orang Islam, namun bukanlah itu menjadi penghalangnya, sebelum ini aku agak jahil kerana memikirkan bahawa duit hasil kutipan solat jumaat hanyalah boleh digunakan untuk orang islam sahaja, tetapi minggu ini, ianya terus mengubah pemikiranku sama sekali. Islam itu indah, dan menyeluruh bukankah kita digalakkan untuk menderma walaupun memberi kepada orang yang bukan islam, di mana ada kekurangan kita "top up" kan, itulah yang diajarkan dalam islam.


Berbeza denagn jumaat-jumaat lalu, setelah khutbah yang mantap diberikan oleh khatib berkenaan menteliti umat islam dan juga kelebihan bersedekah, maka inilah kali pertama sejak aku mula mengutip derma masjid merupakan kutipan paling tinggi sekali. Alhamdulillah, hasil dari kutipan ini telah menunjukkan, muslim di sini sangat pemurah, dan juga sekaligus menukar menteliti orang bukan islam di bumi uk ini tentang peribadi muslim di sini. Semoga Allah merahmati pada mereka yang menderma dan juga melakukan amal kebaikan. 


Berbagai-bagai ragam penderma telah kusaksikan, terkadang membuatkan ku tergelak dengan gelagat mereka, ada yang memasukkan tangannya dengan cepat sehingga nak jatuh tabung dibuatnya, ada yang masukkan 50 pound kemudian ambil 10 pound, ada yang gunakan tabung tersebut untuk tukar duit kecil, ada pula yang ingin menukarkan duit kertas kepada duit syiling untuk membayar parking kereta, tapi aku tahu kesemua mereka iklas menderma kerana Allah :)


Oleh itu, wahai teman-temanku, ringankanlah tangan untuk menderma, biarlah sedikit sekalipun, namun ingatlah ganjaran yang besar di sisi Allah. 


Wassalam

Monday, February 15, 2010

Jom Mengimarahkan Masjid Sambil Merapatkan Ukhwah


Assalamualaikum Wbt

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah tuhan Semeta Alam yang menjadikan diri kita hamba yang dhaif dan tidak sempurna, kerana sekiranya diri kita ini sempurna maka kita mungkin akan menjadi riak, jika sekiranya kita ini mempunyai kuasa yang berluasa nescaya kita akan menyalahgunakan kuasa tersebut, jika sekiranya kita ini pandai nescaya kita tidak mempunyai keinginan untuk terus menuntut ilmu dalam mencari
pengalaman hidup alangkah ruginya diri kita.

Alhamdulillah saya melihat sekarang ini makin ramai warga malaysia di Sheffield ini telah berjaya memenuhkan masjid bersolat secara berjemaah bersama-sama terutamanya pada waktu isyak, Bagus... ini satu suasana yang baik dan diharap dapat diteruskan selama-lamanya, mereka (pak-pak arab semua) sudah nampak gelombang rakyat Malaysia di sini, kepada yang tidak selalu dapat hadir ke Masjid, masih tidak terlambat lagi untuk bersama menyertai gelombang ini dan datanglah ke masjid bersama-sama mengimarahkannya kerana disitulah letaknya kekuatan umat islam.


Oleh itu, setelah berbincang dengan manager Masjid Abu Hurairah (Muslim Walfare House) maka beliau telah bersetuju untuk membenarkan pembelian Meja ping pong (table tennis) untuk diletakkan di Masjid. Untuk pengetahuan semua, memang sudah menjadi tradisi bagi masjid ini mempunyai sebuah table tennis sejak permulaan pertubuhan masjid ini lagi. Antara kelebihan table tennis ini adalah dapat menggalakkan umat Islam di Sheffiled terutamanya Warga Malaysia bersama-sama mengimarahkan masjid sambil boleh merapatkan ukhwah bersama-sama.

Perlu diingatkan, masjid bukan tempat untuk bersolat semata-mata tetapi adalah untuk beribadah, beribadah di sini merujuk kepada semua perkara yang dibuat disandarkan kepada Allah dan mendapat pahala. Jadi disebabkan table tennis sebelum ini telah rosak, maka dengan rasa rendah diri saya selaku wakil Malaysia dan caretaker masjid ingin memohon sedikit bantuan kewangan atau derma untuk membeli table tennis bagi diletakkan di Masjid.

Harga yang dianggarkan adalah GBP 300 dan segala derma boleh diberi direct kepada saya atau boleh memasukkan ke dalam account saya seperti berikut

Name : Mohd Saufi Zaini
Bank : Lloyds
Sort Code : 777401
Account Number : 76494360
Reference : Table Tennis

Semoga derma yang sedikit ini akan diterima Allah kerana membantu umat islam menjadi lebih kuat dengan mengimarahkan masjid di sini.

Sekian Wassalam

Mohd Saufi Bin Md Zaini
Caretaker Masjid Abu Hurairah
Vice President SMSA 09/10