Friday, January 29, 2010

Konvensyen Pemikiran Al-Banna (KOBANNA 2010)

Firman Allah

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan menerjakan amal-amal yang saleh bahawa di Dia bersungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di Bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh  Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhainya untuk mereka, dan Dia benar-benar menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dlm ketakutan menjadi aman sentosa.

An Nur Ayat 55


Assalamualaikum Wbt

Ikatan Muslimin Malaysia akan mengadakan Kovensyen Pemikiran Pak Cik Hassan Al-Banna


Sape pak Cik Hassan ni?

Pak Cik Hassan atau nama betulnya Hassan Al-Banna merupakan seoarang pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Pemikirannya telah sampai ke seluruh pelusuk dunia, Sekiranya di Malaysia kita dapat lihat banyak badan-badan NGO seperti ISMA adalah antara badan yang aktif dalam menggerakkan pemikiran beliau, jesteru itu dengan rasa tangungjawab Ikatan Muslimin Malaysia akan mengadakan sebuah konvensyen pemikiran beliau butir-butirnya adala seperti berikut :

TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
TARIKH: 30 JANUARI 2010
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PETANG

Jom memeriahkannya

Untuk pelajar UK takpe nnti-nnti ada lagi peluang :)

Wednesday, January 27, 2010

Kehidupan Kita Bukan Semuanya Indah


Assalamualaikum Wbt


Bukan semua kehidupan ini indah, bukan pula kesemua manusia itu sentiasa mempunyai nasib yang baik, bukan hidup ini sentiasa disirami dengan kebahagiaan, itulah yang dapat ku gambarkan ketika ku membaca blognya..


Seorang pelajar perubatan yang sangat ku hormati, beliau juga seorang seniorku di sini, sangat dikasihi oleh ramai orang, mendapat pendidikan di negara orang itu satu kebanggaan, dapat menghabiskan pengajiaanya satu kepujiaan, tetapi perancangan Allah lebih menarik, Allah maha mengetahui setiap yang berlaku dalam diri..


Apa yang saya merepek ye??


Hidup ini bukanlah indah yang semua kita impikan, pernahkan anda terbayang satu hari anda telah berjaya di dalam hidup, tiba-tiba Allah mengujimu dengan ujian kesakitan yang  bakal meragut nyawa anda. Pernahkah anda terbayang bahawa and telah berada di klimaks pengajiaan, bakal menjadi graduan mahasiswa, tiba-tiba Allah merancang bahawa kamu harus dimasukkan ke dalam hospital kerana didapati menghidap penyakit BARAH.


Eh macam dalam drama pulak?


Baru saya mengetahui istilah kehidupan ini, bukan seindah drama yang kesemuanya happy ending, tetapi perjalanan yang berliku-liku, perancangan yang tidak dapat dijangka.


Apa yang sebenarnya terjadi ni saufi?


Suatu hari saya melihatnya, sungguh die seorang pemimpin yang sangat berkaliber, bukan sahaja pemimpin beliau juga seorang abang, kawan, senior yang sangat baik, yang selalu memberi nasihat berguna kepada kami. Beliau ketika itu berada di pengajian tahun terakhir bidang perubatan, ditakdirkan Allah, tinggal satu samester lagi sebelum beliau menjadi seorang doktor graduan UK, beliau diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat untuk dipikul, hanya orang yang hebat sahaja layak memikulnya.


Apa yang berlaku?


Beliau didapati menghidap penyakit barah tahap ke3, penyakit yang sangat ditakuti oleh ramai manusia. Dikala beliau nampak kehidupan yang bakal dilalunya cerah selepas graduate dari universiti, mengetahui hakikat beliau menghidap penyakit barah, terus gelap masa depannya. Hilang semua cahaya yang dilihatnya sebelum ini


Kini sudah setahun dia menjalankan rawatan di bumi UK ini, beliau sudah berjaya menamatkan pengajian di UK ini, tetapi terpaksa menetap di sini untk menerima rawatan Chemotherapy. Berulang kali beliau ke hospital utk menjalani rawatan dan setiap rawatan yang dilaluinya membuatkan beliau menjadi lemah dan tersungkur di dalam bilik hampir seminggu. Setelah menerima rawatan tidak silap saya 12 kali chemotherapy, beliau akhirnya diperiksa semula selepas beberapa bulan dan ternyata masih lagi ada barah dalam dirinya.


Baru-baru beliau sekali lagi membuat rawatan chemotherapy, tetapi kali ini dostnya sangat tinggi sehinggakan beliau terlantar di hospital hampir satu bulan, ramai yang menjenguknya dan melawatnya, beliau juga ramai sahabat, kerana beliau pernah berkhidmat di hospital tersebut seketika kerana membuat praktikal di situ. Dan akhirnya ternyata chemotherapy high dost pun tidak mampu membunuh barah dalam dirinya.


Setelah 6 tahun beliau tinggal di bumi UK ini, beliau akan pulang ke tanah air, sepatutnya seorang pelajar yang pulang ke tanah air, dengan membawa segulung ijazah itu gembira diatas kejayaannya, tetapi bukan padanya, beliau berjaya membawa pulang ijazah menjadi doktor, tetapi belum pasti boleh berkhidmat, kerana terpaksa meneruskan rawatan di Malaysia sahaja, memandangkan doktor di UK ini tidak dapat membuat apa-apa?


Apa yang kamu semua fikirkan sekiranya kamu mempunyai penyakit dan doktor tidak dapat buat apa-apa dah untuk membantumu?


Apa yang kamu semua fikir ketika kamu berada diambang kejayaan tiba-tiba kamu dapati kamu menghidap penyakit barah?


Apa yang kamu ingin lakukan sekiranya kamu rase mempunyai rancangan masa hadapan tiba-tiba perancanganmu itu berubah sama sekali?


Saya sempat berborak dengannya, saya bertanya kenapa tidak meneruskan rawatan di sini lagi? daripada di Malaysia, beliau berkata, doktor di sini tidak tau nak buat apa-apa dah, at least di Malaysia masih lagi ada perubatan traditional, and satu rangkapnya buat saya sedih sekali. 


Apakah dia?


Sekiranya aku ditakdirkan meninggal, aku meninggal disamping keluarga ku dan tanah airku..


MasyaAllah betapa tabahnya hatimu..membuatkan ku terfikir dosa-dosa lalu, Ya Allah selamatkanlah dia, aku sayangkannya kerana Mu Ya Allah..semoga dia terus tabah dalam menghadapi hidup.


Oleh itu pihak Sheffield Malaysian Society akan mengadakan Solat hajat untuk beliau pada hari Jumaat, 29 Januari 2010, Di Muslim Walfare House selepas Solat Isya' kita akan membuat sedikit majlis untuk nya selepas itu. Beliau akan berangkat ke Malaysia pada hari Ahad ini. Semoga beliau terus tabah dalam kehidupan.


Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman blog beliau di


Tolonglah doakan beliau, hari ini hari beliau esok-esok kena pada kita..mana kita tahu kan?


Wassalam

Friday, January 22, 2010

Ko Buat Pe Tu Sopi ??


Assalamualaikum kepada diriku and sape2 yang bace kalau ade yg bace la..

Sopi nape ko susah hati je?
Eh mane de susah hati pelah..

Ye ke, abih tu nape muke murung je?
Murung ke? takdelah..senyum je tak caya tgk ni :D

Loya buruk la sopi ni..dah tu kdg2 tgk macam pening je?
ooo tu bukan susah hati tu mmg pening pale pikir pasal design yang nak kene tunjuk kat supervisor

Susah ke design ni sopi?
Kalau ko pandai tak susah kot..tapi sapelah aku ni kan..

Pe yang susahnye..ko stuck ke?
Susah la..mmg stuck pun lagi2 kat part energy ni..rasenye kalau energy byk mcm sekarang ni boleh letup aku punye incinerator..

Woo..bahay tul ek kerje engineer?
Kerje engineer ni orang tak nampak sgt..sebab engineer ni main belakang2 je..yang orang nampak architech la..buruh sume dorg nmpk la..

Dah tu pe kerja engineer..?
Engineer ni pada pemahaman aku la kami ni initiate sesautu project..contoh nak process minyak..jadi kami kene design process tu dulu sebelum architech pak buruh sume buat..

Dah tau susah nape amek kos ni dulu?
Sebab dapat gi o/sea hehe..takdela memang minat..dari kecik2 waktu tadika lagi mmg cikgu ajar sopi besar nanti jadi engineer ye..

Merepek la sopi ni..?
Memang pun yang pegi percaya buat pe?

Orang tanye betul2 la..
Sebenarnye engineering ni best, sbb orang yang ambil kos ni memerlukan kreativity and bile kite tgk design kite berjaya dan dah dibangunkan itulah kepuasan yang paling bernilai..muingkin seorang guru puas hati kalau tgk anak murid berjaya macam tu gak dengan engineer.

ooo..sekarang ni pening lagi ke?
zzzzz...sekarang tgh tidor mane leh pening

Ooo kire ni tgh mimpi la ni?
ye lah kot haha..

Ok bye..lalalala...

Adegan sopi bercakap dgn diri sendiri..ni sume angkara design project ..gila-gila sopi  :D 


Wassalam

Thursday, January 14, 2010

Ada apa dengan Exam :)


Assalamualikum Wbt


Sekarang di Uk masing-masing sibuk study untuk menghadapi exam yang bakal menjelang nanti..Semuanya bertungkus lumus untuk memastikan mereka mendapat yang terbaik. Alhamdulillah satu mode yang baik bagi semua. 


Bila kite renung sejenak, kita mesti mahukan yang terbaik dalam exam, supaya kita berjaya nanti. Exam ini seakan-akan penentu bagi kita pada masa akan datang, sekiranya teruk result kita, maka gelaplah masa hadapan kita. Jadi tidak hairan masing-masing bertungkus lumus untuk menghadapi exam ini.


Dipetik dari rusydee

Cuba kita fikir kembali, sebanyak mana kita study, itu semuanya adalah exam untuk di dunia, dan sekiranya kita lulus dengan cemerlang semuanya akan cerah di dunia. Tapi bagaimanakah dengan akhirat anda? bagaimanakah dengan exam akhirat pula. Adakah kita bertungkus lumus untuk lepasinya sepertimana kita lakukan untuk exam di dunia ini. 


Kaedah nya sama, lulus exam ini akan membuatkan hidup kita cerah di masa mendatang, begitu juga dengan exam akhirat, lulus exam akhirat hidup akan kekal bahagia. Tapi bilakah exam akhirat itu? apakah yang perlu kita bersedia untuk exam akhirat nanti..Jawab-jawab





Exam akhirat wajib dan pasti akan diambil oleh setiap manusia yang hidup dalam dunia Allah ini, exam akhirat akan tiba di dalam kubur. Penjaga exam adalah Malaikat mungkar dan nakir. Dewan exam adalah liang lahad. Tarikh result keluar hari akhirat dan Result dia pastilah di Syurga atau neraka. Konsep yang sama diaplikasi dalam exam dunia ini. Mudah..


Persediaan seperti exam di dunia juga.Sesiapa yang mempunyai ilmu yang banyak maka mudahlah untuk beliau berjaya, sekiranya kita belajar pasti perlukan pengorbanan, sesiapa yang belajar lebih pasti akan dapat lebih, itu sunnatuAllah, sesiapa yang berusaha lebih pasti akan dapat hasil yang lebih. Jadi kita tengok pulak dari sudut akhirat. Sesiapa yang mempunyai iman yang lebih, akan mudah berjaya pada exam akhirat nanti, jadi yang pentingnya adalah bagaimana untuk mencari iman itu? 


Iman ini sungguh indah dan unik. Indah sebab membuatkan seseorang yang hitam boleh jadi putih, membuat hati yang sakit menjadi elok, membuat hati yang resah menjadi tenteram dan sebagainya manakala yang dikatakan unik adalah iman seseorang itu tidak dapat diwarisi. Jangan sangka ibu dan ayah yang alim akan selalunya dapat menghasilkan anak yang alim dan soleh juga, kerana iman ini adalah sesuatu yang unik, tak berusaha tak dapat. No pain no gain ok..


 Ni gambar saya waktu kecik..eceh.. hehe..



Jadi kepada semua, sama-sama kita renungkan, kita tidak mahu berjaya di dunia sahaja, kejayaan itu penting tapi dunia ini bukanlah segalanya. Kejayaan akhirat lebih utama, berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya insyAllah kita akan menjadi insan syumul yang disayangi Allah dan para malaikat nanti. Jadi marilah kita penuhkan masjid sheffield, kedatangan kalian amat dinantikan. Kita isi diri kita dengan iman :-) ok..



Selamat menjawab exam kepada ke semua sahabat saya di Sheffield khususnya dan di seantero UK dan juga dimana-mana sahaja yang akan mengambil exam. May Allah bring you a good fortune. Bittaufiq wannajah :)


Fikir-fikirkan


Wassalam





Tuesday, January 12, 2010

Hatiku Basah Kembali Final Part :)


Assalamualaikum Wbt..

Maaf sekiranya entry "hatiku basah kembali" asyik diselingkan dengan entry-entry yang lain, maka dengan itu saya ingin meringkaskan entry ini dan mungkin inilah adalah entry yang terakhir bagi hatiku basah kembali

Ya mudah untuk mengatakan ukhwah itu indah jika disandarkan kepada Allah..lidah mudah mengucapkan kata tapi di mana perbuatannya, di mana buktinya mendapatkan ukhwah itu..dan apakah bukti ukhwah itu disandarkan kepada Allah..mari kita berfikir sejenak..


Sayang Allah

Hari seterusnya saya serta ikhwah lain berniat untuk bermain sky, tapi apakan daya terdapat syarat-syarat untuk bermain sky di tempat tersebut seperti setiap kami perlulah mendapatkan latihan selama sejam sebelum boleh bermain sky (kami semua tiada kepakaran langsung untuk bermain sky). Tujuan mereka berbuat demikian adalah kerana tempat sky tersebut agak curam dan ianya digunakan oleh pemain-pemain ski handalan..jadi apakah daya kami untuk bermain ski di sana..  


Tapi tak mengapa, Allah sentiasa menyayangi kami, jadi plan diubah serta merta dan diganti dengan pendakian bukit di scotland, ini adalah pengalaman paling baik dan berharga dalam seumur hidup saya. Memang sebelum ini saya selalu mendaki bukit tak pun gunung di Malaysia semasa mukhayyam tetapi kali ini adalah lebih mencabar kerana bukit ini 100% disaluti dengan salji putih yang suci. Jadi setiap penjuru bukit sini berwarna putih..

 
Permadangan Bandar Edinburg Dari Atas Bukit SubhanAllah Cantik kan :)

Jadi yang mencabarnya adalah, licin dan juga ada yang tebal di sebahagian tempat, jadi susah untuk bergerak, tapi dengan kerjasama dengan ikhwah-ikhwah dapat juga saya meneruskan perjalanan..oh indahnya ukhwah, sepanjang perjalanan kami diminta untuk bertasbih dan bersyukur dengan pemandangan yang indah ciptaan Allah, sedangkan sehelai rambut pun manusia tidak dapat mencipta inikan pula seketul salji. (ABC bukan salji ye ) hehe..


Salju Sakinah

Sepanjang perjalanan mendaki bukit bersalji tersebut, terdapat beberapa checkpoint untuk berehat dan diselangi dengan permainan serta tazkirah. Saya diberi tugas untuk memberikan tazkirah pada checkpoint kedua dan saya mengambil tajuk dari salah satu individu muslim iaitu "Luas Ilmu Pengetahuan" saya betul-betul berminat dengan tajuk ini kerana membuatkan saya berfikir betapa kerdilnya saya sekiranya nak dibandingkan dengan ilmu Allah itu, kenapa ye?

Baiklah saya ingin membuka minda kalian semua tentang ilmu yang selama ini kita semua belajar, saya ambil contoh diri saya, ini bukan berlagak atau menunjuk-nunjuk cume sekadar contoh semata-mata. Semasa saya bersekolah rendah saya mengambil pelajaran sains, akhirnya masuk ke sekolah menengah pelajaran sains itu dipecahkan lagi kepada 3 iaitu fizik,kimia, dan biologi. Seterusnya memasuki matrik makin menjerus kepada fizik dan kimia sahaja malah biologi sudah ditinggalkan tak lupa dengan pelajaran agama seperti B.Arab, Pendidikan Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah juga terpaksa ditinggalkan walaupun saya pernah belajar semasa di ting 4 dan 5.


Tengoklah makin kita belajar makin sikit ilmu kita, semua perasan tak :)

Sekarang saya memasuki university, saya mengambil kejuruteraan kimia, jadi dalam kimia itu juga dipecahkan lagi, bukan itu sahaja untuk kejuruteraan kimia sahaja ada banyak pengkhususan dan saya mengambil pengkhususan process, jadi fullnya nama kos saya adalah chemical engineering and process. Manalah tau sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran maka makin mendalam saya belajar,makin skit ilmu saya.
Jadi adakah anda semua perasan, kita belajar-belajar tapi ilmu kita makin sikit, mana hilangnya biologi, agama dan juga lain-lain yang saya pernah belajar dulu. Betullah ilmu kita ini ibarat setitik air dilautan, MasyAllah..


Islam itu indah
Jadi berbalik kepada perjalanan mendaki bukit tersebut, yang paling saya suka adalah, pengalaman bersolat berjemaah di atas bukit yang sejuk, dan seluruhnye dikelilingi salji dengan orang lalu lalang di situ. MasyAllah sungguh mudah islam itu, sungguh Islam itu fleksible di mana-mana sahaja kita boleh beramal. Mengambil wuduk dengan menggunakan salji bersujud di atas salji, itulah pengalaman berharga dalam mencari keredhaan.

Pengalaman berharga suke-suke :)

Untuk perjalanan turun dari bukit, kami tidak turun biasa, malah kami membuat pertandingan snowboarding. Waa best..snowboarding ni sesuai dimainkan dari atas bukit hingga ke bawah..macam-macam aktiviti diadakan dengan menggunakan snowboard ni best2..


Snowboarding time 

Malam tersebut memang penat, tapi saya ditugaskan masak nasi (tugas biasa) hehe..jadi saya puas hati sebab semua makan dengan lahapnya (dah lapar and penat kan) ..banyak lagi yang boleh diceritakan..tidak mudah untuk diungkapkan satu per satu selain kita sendiri yang merasainya.



Setiap masa tangkap gambar patutlah sampai atas lambat hehe..
 Jadi kepada sesiapa yang mahu merasainya sendiri, jom sertai saya bersama ikhwah lain dalam JUMS 2010 yang insyAllah akan diadakan pada bulan disember ini dengan acara yang lebih menarik dan mencabar..

InsyAllah..carilah ilmu..carilah kawan dan sahabat yang mendekatkan diri kita kepada Allah nescaya hatimu akan basah kembali :)



Waa..seronoknye bile masa korang lompat tak ajak seh..
 
 Kami berjaya menawan bukit Edinburgh ini Alhamdulillah
 
 Macam biasalah nak interframe skit hehe..
  
Haa..ni special saje letak hehe.. :p




Terima kasih kepada semua sahabat yang telah menyertai pogram JUMS 09 ini semoga ukhwah kita kekal selamanya :)


Wassalam..

Thursday, January 7, 2010

Kalau Firaun tu Firaun Jugak


Assalamualaikum Wbt..


Kalau cerita tentang artis semua korang tau

Cerita pulak pasal bola tak kesah dalam negara atau luar negara pun korang tau sampai tarikh match satu musim korang tau

Tanye lagi games, movie pe nak keluar kat wayang semua korang tau

Tapi bila tanye pasal palestin, haram tak tau ape2..

Ada yang tahu, tapi tak ambil peduli..


Ini ke umat islam?

Mana pergi kekuatan umat islam

Mane hilangnya, Salahuddin Al-Ayubbi sekarang...

Korang tahu tak Umat Islam di Palestin kene serang

Mat salleh pun tahu tau..

Dorang pun menentang tindakan zionis laknutullah ni

Dorang tentang atas dasar kemanusia


Baru-baru ni umat Islam ditindas lagi..


Ni pasal VIVA palestin pulak...Bersusah payah rakyat dunia ni kumpul bekalan makanan ubatan dan kesemuanya lah untuk orang palestin di GAZA, tetapi disekat oleh Anjing israel yang tut..ni sape lagi kalo bukan negara firaun ni..(Eee..bengang tul)..rombongan viva palestine tu lagi 60km nak smpi GAZA tp dihalang oleh polis mesir ni..Aku tul2 tak paham la pe yang si Hosni ni pikir..die ni tak rase bersalah ke as muslim, kalo amerika ni boleh diterima lagi orang kafir dorg ni orang islam hampeh tul.. (bookmark laman web ni)






Bukan itu sahaja, Pasukan Viva palestin ni terpaksa berundur ikut jalan jauh melalui laut mediterranean ke pelabuhan El-Arish di Mesir pada malam Ahad lalu dengan menaiki sebuah kapal kargo Turki yang dalam perjalanan ke semenanjung Gaza. (palestinkini info) jadi korang paham-paham la nak sewa kapal pulak satu hal lagi..





Ni kisah kat GAZA pulak, sebanyak 35 orang palestine kene tibai dengan tentera mesir ni..(aku kalo boleh nak tulis laknatullah tapi sbb mesir ni bukan semua jahat) dan mereke telah berjaya mencederakan kesemua 35 orang tersebut (pale otak die) setelah berlakunya demo membantah penyekatan viva palestin. (Korang bayangkanlah..bekalan tu semua untuk dorang mestilah dorang menentang..) selain itu 5 orang masuk hospital beb (tahniah kepada tentera mesir korang jawab kat akhirat nanti) ni untuk keterangan lanjut "The Voice Of Palestine" 





Lepas korang bace ni apa yang korang rase..??

Marah
Bengang
Tak tahu
Biasa je


Kalau aku memang bengang la tu pasal entry sebelum ni baik je bahasa..tapi pasal bab ni no compromise..aku bedal je kutuk..


Wahai umat islam semua..bangkitlah..doakan palestine itu semudah2 bantuan yang korang dpt berikan


Ambil ikhtibar dan ambil tahu pasal dorang sume, dorang tu saudara kita, tak kesian ke?


Banyak organisasi yang korang boleh menderma kalo kat Malaysia tu ada Aman Palestin, PACE macam2 la..Kalau kat UK ni ada Interpal. Jadi support la saudara kita ni, at least akhirat nanti Allah tanye, korang dengan besar hati jawab saya dulu rase prihatin dan sentiasa sedekah pada rakyat palestin


Ni ha aku bagi info pasal badan2 yang tolong palestin korang boleh derma kat sini


Aman Palestin 
Nama : Aman Palestine
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787 

Refence : Tabung Palestine



PaceMalaysia
Nama : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Bank : Maybank
No account : 562209608847.
Reference : VIVA Palestine


Interpal
Sila Derma ikut laman web ni


Untuk budak2 sheffield ade jugak untuk korang..
Name : A R B Mohmad
Bank : HSBC UK
Sort Code : 404131
Account Number : 41535366
Reference : Tabung Palestin 2010


Jom menderma...









Fikir-fikirkan 
Wassalam



Tuesday, January 5, 2010

Hatiku Basah Kembali :) Part 2




Assalamualaikum WBT


Saya tiba di tempat pogram pada pukul 1.30 petang. Walaupun kepenatan perjalanan masih terasa, namun apabila berjumpa dengan kawan-kawan lain di sana kepenatan itu hilang, sambil memeluk kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa melihat senyuman mereka mengucapkan selamat datang kepada saya, hati saya menjadi berbunga, itulah yang dikatakan nikmat berukhwah.







Pada hari pertama saya datang lambat ke pogram kerana menolong kawan saya memasak nasi dalam kuantiti yang besar, ini adalah pengalaman pertama, walaupun hanya memasak nasi namun penelitian itu perlu sebab sekiranya nasi kurang air atau terlebih air datanglah lauk yang sedap sekalipun pasti kesedapannya akan hilang disebabkan nasi dan Alhamdulillah berkat kerjasama, semuanya berjalan dengan lancar. Jadi sesiapa yang nak saya masak silakan hehe..


Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan, Pogram Jalinan ukhwah musim sejuk ISMA (JUMS 09) ini sepatutnya dirasmikan oleh Dr Juanda (Mufit Perlis), namun disebabkan flight penerbangan beliau terpaksa delay akibat salji yang tebal di udara maka Ustaz Azizee sebagai YDP ISMA Negeri 9 merasmikan dan seterusnya menyampaikan sedikit ceramah yang bertajuk "ke mana hala tuju kita"



Sengih Ustaz Azizee bagi ucapan :)



Seterusnya sesi ice breaking macam biasalah untuk mencairkan ais2 dalam hati supaya kesemua hati-hati ini dapat bersatu untuk mencapai objektif pogram ni :) . Seterusnya sessi makan-makan..waa bestnye makan dalam talam beramai-ramai, kepada sesiapa yang tidak boleh makan dalam talam adalah sangat rugi kerana ini adalah sunnah, Rasulullah menggalakan kita makan ramai-ramai bersama dalam satu pinggan untuk menautkan hati-hati kita..Sebelum tu apa-apa pun kene suap kawan dulu, tak kesah la kawan sebelah ke kawan depan ke, kawan kat belakang ke semua kene suap best2 :)


 Hambik makan-makan suap lagi hehe..



Pada malamnya diadakan sessi bersama ustaz Azizee, sessi ni memang menarik, yang saya tertarik apabila tiba2 ustaz azizee memberi sebuah kertas putih besar dan menyuruh setiap kumpulan untuk melukis peta dunia dengan tepat dan tandakan dimana GAZA. Tujuaan dia adalah nak tau adakah kita peka dengan situasi umat islam sekarang, kat mana meraka berada, adakah kita ini berasa jauh atau dekat dengan mereka, jadi macam-macam jenis peta la wujud tak sampai dek akal kalo tengok peta dorang hehe..


Agak-agak ni peta dunia ke? kalau tak dunia mana agaknye hehe..



Untuk games seterusnya ustaz menyuruh setiap kumpulan untuk melukis muka salah seorang daripada ahli kumpulan dan tiba-tiba ustaz mengambil dan mengoyakkan kesemua kertas tersebut menjadi cebisan kertas yang kecil dan menyuruh semua kumpulan untuk menyambungkan kembali gambar tersebut. Nah hambik punyelah susah nak mencari mane mata hidung semua, objektifnya adalah bagi kesemua ahli kumpulan mengingati wajah kawan walaupun samar-samar namun harus berusaha untuk mengingati kembali :)


Sama tak..? rambut tu mahal :p



Hari pertama habis dengan perasaan yang gembira, tak larat dah nak gelak macam-macam aksi dorg tunjuk huhu..


 
 Senyum team ni menang main ice breaking

  
 Ustaz pun senyum gak

  
 No komen :D





Bersambung...


Monday, January 4, 2010

Terima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakanku :)



Assalamualaikum Wbt



Bersyukur ke hadarat Illahi yang masih memberikanku nyawa untuk terus bernafas, meneruskan hidup untuk terus beribadah kepada Yang Maha Esa. 3 Januari 1988 tarikh keramat bagi pasangan Md Zaini dan Rashidah kerana pada hari tersebut lahirlan seorang mujahid yang akan mengubah sesuatu dalam kehidupan mereka atau mungkin akan mengubah dunia InsyAllah.


Kini aku telah berumur 22 tahun, makin dekat ku menghampiri mati, makin aku rasa diri aku mendekati Maha Pencipta, 22 tahun ? aku sendiri tidak sedar cepat sungguh masa berlalu. Betul-betul aku tidak sangka.. apa yang telah aku buat dalam kehidupan ku selama ini? Aku sendiri tidak tau..


Terima kasih kepada sahabat semua yang telah mendoakan aku (wish birthday) aku sungguh terharu..kepada sesiapa yang sudah terbaca status facebook aku, mesti kamu semua sudah mengerti apa yang aku sedang jalankan. “InsyAllah permulaan umur 22 tahun ni..setiap orang yang wish, 20 pence (RM 1) akan ku dermakan kepada tabung surau..lagi ramai wish lagi banyak aku dermakan pada surau,kuniatkan duit derma tu atas semua nama yang wish ku ..huhu..nak galakkan orang wish sambil beramal.. :)”


Pelbagai reaksi ku dapat selama satu hari ini, ada yang kata aku derma tak ikhlas, ada yang kate aku riak, ade plak yang kata aku ni terdesak mahukan wish besday. Tidak kurang juga yang memuji tindakan aku ini. Itu semua ku jadikan pengajaran dalam hidup ku ini. Aku mempunyai niat tersendiri kenapa aku buat begini.


Kepada sesiapa yang buruk sangka kepadaku, ku berikan sebab-sebab kenapa ku buat begini
1.       Aku ingin mencipta sesuatu yang menarik pada hari lahirku
2.       Aku berasa betul2 dihargai sebelum ini, jadi ku buat semua ini adalah untuk 
          menghargai orang yang wish aku
3.       Aku nak menggalakkan diri aku dan juga orang lain untuk sama-sama kita 
          ringankan tulang untuk menderma
4.       Aku akui memang aku suka kan wish, sebab tu aku buat mcm tu, tapi tahukan wish yang kamu semua berikan adalah satu doa bagiku,lagi banyak wish lagi banyak doa yang diberikan aku bersyukur.


Macam-macam wish yang telah diterima, ada yang lawak, ada yang kenekan, ada yang mendoakan, ada yang menulis puisi buatku (terharu) hehe..thanks ye..Timecih semua, aku doakan kepada semua yang wish aku itu semoga Allah mempermudahkan urusanmu dunia akhirat. I love all of you for the sake of Allah 
Di bawah ini adalah senarai nama yang telah mendoakan aku 
Maaf ye sekiranya ada yang tertinggal, sesungguhnya aku manusia biasa :




1.      Mak
2.      Ayah
3.      Izran Bin Kamal
4.      Pakdin
5.      Nazifu San
6.      Najah Sofia Zaini
7.      Mohd Azizee Hasan
8.      Azlin Aziz
9.      Mohd Firdaus Sudeerman
10.  Ahmad Zakwan Abd Rahman
11.  Abdunaim Abdurashid
12.  Sashie Sylvarre
13.  Jaja Zol
14.  Ahmad Taufik
15.  Mjkhadijah
16.  Aziera Najm
17.  Tasneem Yusmadi
18.  Fatimahazahrah Merican
19.  Nurhaslin Ealin
20.  Mohamad Farhan
21.  Muhammad Ghazali
22.  Amirul Micheal Raingers
23.  Rae Kahvneci
24.  Enchee Mohas
25.  Fareez Akmal
26.  Nurul Aimi Mohd Azham
27.  Zalina Rahman
28.  Zarith Nadia
29.  Nur Madihah
30.  Muhammad Iqbal Hakim
31.  Muhammad Firdaus
32.  Rasyidah Arshad
33.  Mohd Khairuk Anwar
34.  Abang Aji
35.  Siti Aishah Mohd Zameri
36.  Khairuddin Ali
37.  Asri Zulkifli
38.  Munsif Ali
39.  Muhd Azizi
40.  Shazlina Shahimi
41.  Nur Liyana Che Umar
42.  Mona Shazwani
43.  Faridzul Asyraf Mat Arifin
44.  Azlini Mustofa
45.  Naim Wahab
46.  Adleena Hanis
47.  Ahmad Syafiq Abd Lateb
48.  Hurul Ummi Abdullah
49.  Khaerul Bariyyah
50.  Normaszarina GuRlz
51.  Muhammad Helmi Zulkifli
52.  Norziatul Husna Ridzuan
53.  Ainur Roshamizan
54.  Nurdini Zaini
55.  Ahli Nujum Najib
56.  Hilman Norman
57.  Athiqallah Hamzah
58.  Ahn Dee
59.  Sritaran Mahalingam
60.  Mas Afzal Masarudin
61.  Aziz Selamat
62.  Ruzaini Shahrom
63.  Hafyz Kun
64.  Syadia Adila
65.  Munawwar Abdul Rahman
66.  Mohd Hairul Adhan Ruzan
67.  Shawani Dahari
68.  Saravanan Mahalingam
69.  Farah Liana Mohd Ramdzan
70.  Fakhrul Nizam
71.  Faizol Fadzil
72.  Azfar Shahar
73.  Mohammad Faezuddin Shamsualharis
74.  Ahmad Shuib
75.  Ammar Ehsan
76.  Nur Shazana Tukirin
77.  Nurul Izzati Mohd Fuad
78.   Kamal Haziq
79.   Saidatul Syuhada
80.  Afif
81.  Ejump
82.  Mohd Fahmi Ellias
83.  Ieda nice
84.  Sya Comey Torre
85.  Mohd Azim
86.  Sarimi Sabdin
87.  Umi Rubiah
88.  Khadijah Khairi
89.  Ahmad Tarmizi
90.  D'one Khairul Afif
91.  Latifah
92.  Mat joe
93.  Scarplexis khai
94.  Khairun Sofea
95.  Zawani Nazri
96.  Syamimi Md Zaini
97.  Farhana Yusof
98.  Hanif Salleh
99.  Hanisah Izzati
100.   Nurul Sakinah Mazlan 
101.  Atiqah sabri
102. Adam
103. Aerina Fazlin Arjunaidi




Jadi korang semua boleh tau berapa banyak aku kene dermakan pada tabung masjid :)

Wassalam