Friday, October 30, 2009

Perjalananku :)

Assalamualaikum Wbt


Harini lepas Solat Jumaat aku bersama rakan2 ku ada buat group discussion
Almaklumlah Minggu depan nak kene tunjuk kat supervisor hasil research kami
Jadi Kami pun bertungkus lumus siapkan harini


Jadi lepas group discussion tu semua balik
Tapi tidak bagiku
Aku meneruskan perjalanan ku ke....
Jeng jeng jeng...


Aku meneruskan perjalananku ke bandar dengan menaiki basikalku
Yang baru beli..huhu..sukenye..
Skrang ni macam-macam ada kat bandar
Sesak dan penuh
Sebab malam ni adalah malam holloween







So banyaklah hantu-hantu merayap pegi bar2 tak pun disco2 hehe..
Kalo kat Malaysia bila kita dengar perkataan hantu
Mungkin menakutkan tapi tidak di sini
Di sini kalau sebut hantu
Dorang la hantunya huhu....sebab dorg pakai macam hantu


Kalau kat Malaysia waktu maghrib tu semua dah tutup pintu
Dengar azan maghrib mak akan kate
"sopi tutup pintu nanti syaitan masuk"
Jadi menteliti kita dari kecik memang dah diterapkan macam tu


So waktu maghrib tu agak menakutkan sebab hantu berkeliaran
Dulu waktu kecik macam tak caya sebab tak nampak pun
Tapi bila datang sini baru tau
Betul la banyak hantu berkeliaran waktu maghrib wei..hehe..


Hantu tu bukan main seksa dan seksi (Astaghfirullah)
Tapi tulah realitynya..
Inilah ujian Allah buat hamba yang lemah ni
Jadi aku pun pergi ke suatu tempat yang agak dalam skit
Mahu cari ketenangan skit dari bandar yang buat pening kepala..


Memandangkan skrang ni musim luruh
Aku pun terasa macam pelakon korea Autumn In My hearth la
Layan Feeling sorang2







Pastu nampak pulak budak kecik yang comel
Kecik-kecik comel harap besar nanti tak mabuk
Harap besar nanti kejernihan muka mu masih terserlah
Aminn







Sebab tu lah kita digalakkan berjalan
Merantau, melancong, atau apa istilah sekalipun
Supaya kita tau macam2 keindahan Allah cipta
Supaya kita ambil ikhtibar kalau benda tu benda yang tak berapa baik


Fikir-fikirkanlah
Wasslam
8.46 pm






Thursday, October 29, 2009

Kenali Tempat Anda Belajar :)

Assalamualaikum Wbt


Harini aku berasa gembira
Aku bersama rakan2ku telah berjaya
Menjumpai Chemical Engineering Department Main Entrance
Setelah 2 tahun belajar di department ni
Baru harini perasan haha..


Sebelum ni selalu ikut department lain untuk masuk department chemical engineering
Jadi memang tak lalu la main entrance department aku ni huhu..
So bile dah jumpe
Kesemua kami pun terhegeh2 nak tangkap gambar
Walaupun department under construction





Pe yang seronok sangat pun aku tak tau layan jelah


Pengajarannya adalah
  • Kenalilah betul2 tempat kamu belaja
  • Sayangi department anda sebab tulah tempat kamu manimba ilmu (so tangkap gambar la)
Wassalam
5.17 pm


Wednesday, October 28, 2009

Beruntungnya Aku Menjadi Islam


Assalamualaikum wbt


"Sesungguhnya Islam itu indah
Segalanya Indah
Bersyukur aku dilahirkan dalam keindahan Islam"


Itulah yang mampu ku ucapkan dalam hatiku ini
Pada suatu malam aku pulang ke rumah
Malam sabtu ini memang meriah
Meriah dengan manusia-manusia yang inginkan keseronokkan


Suasana begini mungkin ada di tengah bandaraya Kuala Lumpur
Tetapi bagiku di sini merata-rata boleh dilihat
Seawal pukul 8 malam


Jika sekiranya waktu itu orang Islam sedang sibuk mengingati Allah
Dengan Bersolat Isyak, Berzikir, Berselawat, Berceramah
Tetapi bagi orang yang bukan Islam
Sedang sibuk untuk mencari keseronokkan
Pergi ke Disco2 or ke Club
Mencari keseronokkan sementara
Bersama2 teman wanita mahupun teman lelakinya


Jika waktu itu Orang islam sedang sibuk untuk bersama family mereka di rumah
Tetapi bagi mereka ibu bapa ditinggalkan
Biarlah mereka hidup bebas bersama kekasih tersayang
Kau tercipta untukku dan aku untuk mu
Mungkin itulah yang mereka fikirkan


Jika waktu subuh itu Orang Islam sedang sibuk bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh
ataupun sedang bangun bermunajat kepada Allah ( Qiamullail)
Tetapi bagi sesetengah golongan ini
Pada waktu inilah mereka dalam kemabukkan
Meninggalkan dunia sementara
Melayani perasaan hilang kewarasan dan kestabilan diri
Atau mungkin ada yang pergi lebih teruk dari itu


Pilihlah Ketenangan Mana yang Kamu Cari



Jika waktu pagi yang berkat itu orang islam bersolat Dhuha
sambil bersedia untuk mencari rezeki
Tetapi bagi sesetengah golongan tersungkur tidur dengan nyenyaknya
Kerana penat berseronok dalam kemabukkan malamnya


"Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam"
Batapa cantiknya Islam 
Sentiasa ada masa mengingati Allah
Sedangkan segolongan lain hanyut mencari ketenangan sementara


Indahnya Islam
Bersyukurlah sesiapa yang beragama Islam

"Radhitubillahi Rabba Wabil Islami Diina Wabil Muhammadin Nabiyyan Warasuula"
(Aku rela dengan Allah sebagai Tuhanku Islam sebagai Agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku)


Fikir-fikirkan

Wassalam
10.23 malam





Tuesday, October 27, 2009

Semoga Berjaya Sahabatku Semua :)

Assalamualaikum Wbt

Sejak akhir2 ni agak buzy dengan kerja2 design and ade plak beberapa aktivity kene join.
Lama tak update blog ni..sampai ditegur sebab dah berhabuk dgn entry lama huhu...
Asif (maaf) ye..

Kini aku mempunyai sedikit masa..
Satu hari aku terasa letih sangat badanku ini
Dan aku rase nak tido
So aku pun tido la..
Aku masih ingat pesanan Ustaz Ahmadi (sewaktu ku f4)
Beliau kata kalau kita mengantuk jangan teruskan belajar
Tapi tidurlah..jangan memaksa diri untuk terus belajar

Ku tanya pada ustaz ku Kenapa tak boleh aku nak belajar salahkah ku??
Ustaz ku berkata
Ketahuilah Saufi sesungguhnya Manusia itu dicipta tidak semuanya sempurna
Tidak sempurna di sini adalah keterbatasan manusia itu..

Sebut saja manusia..
Pasti ada had limitnya
Jadi apa kaitannya dengan aku belajar kan?

Walaupun seseorang itu belajar memaksa diri sampai letih..
Namun otaknya fikirannya juga bekerja..
Ketahuilah Otakmu dan fikiranmu harus berhenti juga
Sebab semuanya ada hadnya

Jadi apakah jalan penyelesaiannya
TIDUR

Tidur ustaz? tanyaku
Ustaz dengan senyumnya (aku masih ingat senyumnya)
berkata kepadaku..
Tidurlar dan bangunlah pagi esok
Bangun awal2 diwaktu orang lain mungkin tidur
Bangunlah awal..dan mulakan pembelajaranmu dengan solat tahajjud
Bangunlah awal semoga hatimu fikiranmu tenang utk menerima ilmu setelah berehat ( tidur)

And Sekarang ???
Segala pesanan nya aku ingati dan ku ikuti
Alhamdulillah dia menjadi asbab kepada ku
Berjaya setakat ini..
Aku berasa bersyukur dengan kurniaan Allah padaku

Wahai sahabatku..
Tahukah manusia ini mempunyai limit..
Lagi2 time exam (di IPTA dan IPTS ) malaysia
Sekiranya kamu letih tidur lah
Berilah masa pada tubuh badanmu untuk berehat
Jangan memaksa diri
And perbanyakkan Solat

Sebab
Kejayaan itu bukan hak milik kita
Tapi hak milik Allah
Allah bagi kita pinjam je buat sementara waktu
Sebab sekali kita berjaya bukan bermakna selamanya kita akan berjaya
Jadi kejayaanmu tidak kekal
Yang kekal adalah ketaqwaanmu pada Allah
Oleh itu perbanyakkan doa kepada Allah ok..

Akhir kata
Semoga berjaya kepada sahabatk2u di Malaysia
Buatlah yang terbaik untuk Dirimu, Agamamu, Negaramu

Best regard
Mohd Saufi

Thursday, October 15, 2009

Ketenangan Hati :)

Assalamualaikum

Ketenangan hati?

Apakah itu?

Bagaimana mencarinya?




Manusia tidak akan terlepas dengan masalah2 dan dugaan

Sebab Allah akan menguji hambaNya

Firman Allah
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan :
Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji"
(Al 'Ankabut :2)

Jadi manusia PASTI akan mengalami masalah

Tapi bagaimana mencari ketenangan itu?

Ada manusia yang mencari ketenangan itu dengan pergi melancong keluar negara




Ada manusia yang ingin menyendiri dalam rumah untuk mencari ketenangan

Ada manusia lagi yang mungkin pergi ke kelab2 malam,mabuk untuk mencari ketenangan

Tapi tahukan anda?

Allah Taala telah memberikan tip2 untuk mencari ketenangan hati
(Allah yang bagi dugaan dia juga yang memberi jalan penyelesaian)

Betapa Cintanya Allah pada hambanya

Tapi Manusia tidak Sedar

Firman Allah
"Orang-Orang beriman dan menjadi tenang hati mereka dengan mengingati Allah.
Ketahuilah, Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang"
(Surah Ar Ra'd: 28)

Mengingati Allah menimbulkan kekuatan kerohanian yang sangat besar ertinya

Seperti ketabahan dalam menghadapi segala macam cabaran hidup

Kesabaran dan tidak mudah berputus asa

Firman Allah
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,
dan sesungguhnya solat itu amatlah BERAT,
Kecuali bagi orang-orang yang khusyu' iaitu orang-orang yang meyakini
bahawa mereka akan menemui tuhan mereka dan kembali kepadaNya"
(Al Baqarah: 45-46)

Kesimpulannya

Mencari ketenangan hati

Adalah dengan

SOLAT
SEMBAHYANG
SUJUD



Apa pun namanya

Yang penting adalah

Kembali Kepada Allah

Datanglah dugaan macam mana pun

Hati tetap tenang sekiranya melakukan dengan

KHUSYU' dan IKHLAS

mengharap

KEREDHAANNYA

Fikir-fikirkanlah
Wassalam

Saturday, October 3, 2009

Design Design Design Project




Assalamualaikum Wbt


Ini adalah kali pertama ku update blog ku semasa keberadaan ku di negara orang

 
 Kepada adik jangan jeles hehe..waa hensemnye pemandangan tu :p

Disebabkan adikku dah bising suruh update blog 

Aku pun tanpa segan silu mengupdate blog ini
(walopun dah lame die bising)


Walaupun ku banyak keje nak buat
(Dr Pitt yang ku 'cintai' tu dah buat kepala ku pening)

Hari pertama dah beri design projek dan harus dihantar esoknye

Aku dengan otak blank lagi 
(Maklumla baru balik bercuti)

So aku perlu ambil mase gak untuk buat assigment pertama tu

Nasib baik la mamat omputih tu terer

Dorang tu mcm tak cuti je

Otak dorg tak blank pun mcm aku huhu..

Buat laju je, hampeh tul aku tengok

Tapi takpe aku buat seadanya

And 

Tadaa.. siaplah assigment aku yang hensem itu hehe..


Sekadar hiasan, lupe nak ambil gambar waktu dah siap tu,excited sangat waktu tu :)


Sebenarnye design projek tu adalah warm up untuk design project semester ni

Saje die bagi design projek tu and suruh hantar esoknye
(Hurm ade hikmah sebenarnye sayang Dr Pitt)


Nak bagi otak budak2 ni berjalan 
(termasuk aku)

And pada hari keempat pengkuliahan ku

Aku mendapat design project yang lebih besar dan harus ku siapkan 

Semester ni gak

Tajuk die hurm..

"How to reduce the medical waste in hospital to keep environment healty and Clean"

Woo..panjangnye beb..

Tapi takpe..

As a chemical engineer

Aku akan siapakan gak design project aku ni insyAllah


InsyAllah macam ni la aku akan desing nanti sebagai Chemical Engineer


Firmah Allah
"Allah takkan mengubah nasib seseorang hamba sehingga dia sendiri yang mengubahnya"

Jadi doakan ku

Aku akan berusaha siapkan InysAllah


Cayok2

Wassalam