Saturday, November 28, 2009

Warkah Buat Adikku :)

Assalamualaikum Wbt




Wahai adik-adik ku Selamat Hari Raya Aidil Adha ku ucapkan


Ku taipkan warkah ini kerana ku mencintaimu


Firman Allah
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketakwaan itulah yang dapat mencapainya" Surah Al Hajj : 37


Hari Raya Korban baru sahaja pergi meninggalkan kita,


Apakah pengajaran yang kita dapat?


Adikku..ku tahu kau telah lalui saat yang menyedihkan sejak beberapa hari ini..


Janganlah bersedih kerana Allah sentiasa bersamamu..


Kejayaan bukan datang dengan usaha semata-mata..


Kejayaan bukan datang dengan belajar sampai bengkak mata..


Tetapi kejayaan datang adalah hasil dari keredhaaan Allah..


Janganlah bersedih sekiranya kau sudah berusaha..


Kerana sesungguhnya Allah ada aturannya untukmu..


Ingatlah setiap yang berlaku padamu..


Semuanya telah ditentukan oleh Maha Pencipta..


Semoga Engkau menjadi matang dalam menghadapi dugaan Allah



Pandanglah setiap perkara yang diberikan Allah itu sebagai perkara yang baik



Sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang merintih dan merayu padaNya..


Hidup ini umpama roda, tidak selamanya kita berada dibawah


Masih ada masa untuk berubah..


Teruskan perjuanganmu..


Betulkan Niatmu untuk belajar


Pengorbananmu Pasti kan Terbayar



Jangan putus asa..


Kejayaan pasti menjadi milikmu







Salam sayang dari Abangmu
Doa dan harapan yang mampu ku sampaikan dari kejauhan ini


Wassalam :)









Monday, November 16, 2009

Multi Level Marketing vs Dakwah Islamiah :)

Assalamualaikum Wbt


Sebut pasal Multi Level Marketing (MLM) ni,
Banyak cerita menarik yang boleh dijadikan pengajaran untuk menegakkan Syiar Islam
Apa kene mengena MLM dengan Syiar Islam?
hurm..


MLM adalah satu pernigaan sistem penjualan yang melibatkan pelanggan sebagai tenaga penyalur secara langsung. Harga barang yang ditawarkan di setiap tingkat pelanggan adalah harga produk ditambah komision yang menjadi hak pelanggan karena secara tidak langsung telah membantu kelancaran perniagaan tersebut.


Banyaklah hukum hakam tentang MLM ni, tapi bukan itu yang saya ingin ceritakan,
Kerana saya bukan ustaz, mahupun muallim yang tahu secara detail tentang hukum hakam tersebut.


Apa yang menarik tentang MLM ni adalah setiap pelanggan mereka adalah duit..
Tidak kiralah sesiapa yang mereka lihat, seperti kawan, cikgu, lecturer, mahupun orang sekitar itu adalah duit..


Saya mempunyai seorang kawan yang bergiat aktif dalam MLM ni, beliau pernah memberi tahu saya sesautu fakta yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi..


"Saufi..bagi kami (orang yang bergiat aktif dalam MLM) ni setiap orang yang lalu, adalah pelanggan..kami tak lihat seorang itu, sebagai seorang, tetapi kami melihat seorang itu sebagai ramai. Katakanlah ahmad membeli produk aku..sebenarnya bukan ahmad sahaja yang akan membeli produk akan tapi dibelakang ahmad itu ramai lagi yang berpotensi untuk dia tarik membeli produk aku, seperti adik beradik dia, rakan-rakan dia, and kenalan dia, dan dibelakang mereka ramai lagi yang boleh tarik orang lain..Jadi  AKU TIDAK LIHAT SEORANG ITU SEBAGAI SEORANG, TETAPI SEORANG ITU SEBAGAI RAMAI"




Jangan tiru aksi ini, bahaya Allah marah, haram pegang tangan bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim :)


Wahai rakan-rakanku yang dihormati,
Apa yang saya coretkan di atas adalah menteliti seorang sahabat bergiat aktif dalam perniagaanya, saya bersyukur kerana dia telah membuka minda dan fikiran saya dalam melihat seseorang..


Bukan bermaksud saya minat dengan perniagaan MLM ni, saya cume berminat dengan cara dia melihat orang dan dengan itu saya ingin kaitkan dengan  DAKWAH ISLAMIAH



Anggaplah Pelanggan tersebut adalah Mad'u, orang yang bergiat aktif adalah Daie, dan produk tersebut adalah dakwah, maka apakah yang terlintas di fikiran anda?
Sebenarnya orang Islam semua terlibat dengan MLM, tapi MLM kita berbeza,
Saya ingin membuka minda para pembaca dari sudut dakwah..


Jom sertai kami dalam berdakwah takbir "Allahu Akhbar" :)


Dalam konteks dakwah, seorang daie melihat orang disekeling mereka sebagai mad'u, dan harus melihat seorang mad'u bukan sebagai seorang tetapi sebagai ramai kerana lagi mad'u yang berpotensi dibelakangnya..Ini adalah aplikasi dari MLM yang saya sebutkan tadi


Sekiranya para daie melihat setiap orang dari sudut tersebut, maka mereka pasti akan lebih bersungguh-sungguh dalam usaha berdakwah..bayangkan sorang daie boleh menarik seorang hamba Allah ini, dan hamba Allah ni menarik rakan-rakan atau keluarganya yang lain dan yang lain pun menarik yang lain berapa banyakkah pahala seorang daie ni akan dapat...MasyaAllah sungguh besar pahalanya..


Seorang peniaga MLM sekiranya mereka tidak bergiat aktif, maka tiada keuntungan bagi mereka, jadi perkara yang sama harus dilakukan oleh daie seorang daie harus bergiat aktif dalam mencari "pelanggan", mungkin kita tidak nampak hasilnya di dunia, tetapi hasil yang Allah berikan sangat jauh lebih bernilai di akhirat nanti, sehingga kita tertanya-tanya dari manakah pahala yang sebesar ini kita dapat..Maka jawab Allah "Ini adalah hasil dari perniagaanmu (dakwah) di dunia" 


Asyik Tidur Je Tak Boring Ke?



Jadi sebagai kesimpulan mari kita bandingkan perniagaan mana yang lebih untung MLM vs Dakwah


Multi Level Marketing MLM
Bagi peniaga MLM perniagaan mereka adalah product yang mereka ingin jualkan, pelanggan mereka adalah manusia sekeliling, harga yang mereka dapat adalah duit dan pangkat


Dakwah
Perniagaan daie adalah mengajak manusia kembali kepada Allah, pelanggan daie adalah manusia sekeliling, harga yang diperolehi adalah pahala yang berpanjangan


Fikir-Fikirkan
Wassalam :)

Wednesday, November 11, 2009

Tribute To Kak Eica For The "Projek Gila" :-)



Thanks Kak Eica..bedal jelah, asal ade "porke" kat gambar saya tu kak huhu..
Jangan lupe tolong saya food festival nanti ok 
Hehe..




Tuesday, November 10, 2009

Makan Makan Makan

Assalamualaikum Wbt


Makanan merupakan satu keperluan asasi yang diperlukan bagi semua manusia bagi meneruskan kesinambungan hidup di dunia,
Uniknya makanan ni adalah, ianya berbeza mengikut bangsa, tempat tinggal, mahupun agama,
Bagi Muslim makanan yang baik adalah makan yang halal di sisi syara',
Makanan yang halal adalah makan yang datangnya dari sumber yang dibenarkan syara',
Perkara ini harus diambil berat terutamanya bagi golongan muslim di luar negara yang tinggal di negara yang di bawah pemerintahan bukan islam,


Kalau saya di sini, banyak makanan yang menarik-menarik dari segi zahirnya, semua kedai rase nak masuk untuk makan mungkin kerana sedap atau baunya saja dah menambat selera,
Tapi disebabkan syariat membataskan perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram makanan, maka yang haq harus ditegakkan dan yang batil harus dijauhkan,
Mungkin itulah dugaan bagi kami di sini, banyak makanan yang hanya boleh di lihat tapi tidak boleh di sentuh, apatah lagi di rase :)


Tetapi sebanyak mana pun kedai yang tidak halal, Allah masih sayangkan kami di sini, masih ada kedai yang halal yang beroperasi dan halal di sisi Islam setelah di paparkan sijil halalnya,
Jadi inilah yang menjadi makanan lunch ku setiap tengah hari menjelma



Harga Burger ni 3 pound (RM 15.00)
                                           

  Fish and Chip ni 2.50 pound (RM 12.50)


Kepada adik, kak gee dan semua rakyat malaysia jangan jeles, makanan kat sini memang besar dan banyak, sebab tahap makanan kat sini bukan untuk perut orang Malaysia hehe..
Namun sebanyak manapun kita makan, makanan ibu yang terbaik, lagi-lagi "cuk cabai" mak ku itu waa.. rindunya..sabor Saufi..


Tak kesah la kat mana kita berada, bukan kesedapan menjadi perhatian tetapi halal yang perlu dititikberatkan, makanan yang baik perlu diutamakan seperti sabda Nabi Muhammad SAW






Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Wahai manusia, sesungguhnya Allah Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang shaleh. ’ Dan firman-Nya, ‘Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’ Kemudian beliau menceritakan seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, ia menengadahkan tangannya ke langit seraya berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan.” [1] (HR. Muslim)


Hurm..kalau diperhatikan lah, pemilihan makanan sangat penting, sebab dari makanan ini lah ditentukan amalan kita,
Sebaik mana orang itu sekali pun, jika sekiranya dia tidak menjaga makanan, maka Allah tetap tidak akan menerimanya doanya,
Jadi pemilihan makanan sangat penting sebab ia berkatian dengan hati, hati yang kotor susah nak terima kebaikan, maka berlaruatan la dosa-dosa yang akan di kerjakan,


Kalau nak makan, makanlah apa sekalipun, cume larangan Allah jangan makan makana yang berunsurkan khinzir dan arak,
Kalau dulu saya selalu terpikir, kenapa yang sedap itu Allah tarik bagi manusia, tanyalah saya kepada ustaz maka jawab ustaz,
"Yang baik itu Allah nak simpan untuk akhirat, arak yang paling baik adalah di syurga nanti, di sini arak adalah yang buruk bukan yang baik, kita ada banyak lagi minuman yang sedap-sedap, macam fresh orange, Tembikai, Air Sarsi, Air sirap, soda dan macam-macam lagi kenapa perlu mencari minuman yang Allah tidak bagi, tapi tulah manusia, lagi dihalang lagi nak dilakukannya, maka dunia ini bukan pernjara bagi mereka, tetapi penjara bagi orang mukmin"


Jadi wahai sahabat sekalian, jagalah makanan mu, jagalah hatimu, jagalah amalanmu, kejayaan sebenar kita adalah di akhirat nanti, adakah dosa yang mengiringi ataupun pahala yang bersamamu nanti ?


Fikir-Fikirkan
Wassalam

Perubahan Demi Kebaikan InsyAllah

Assalamualaikum Wbt


Hurm my blog is under constuction


Nape saya ubah background belakang ?
Banyak sebabnya


Nape saya ubah background  saya?
Sebab saya sakit mata la pandang background warne hitam
(sebelum ni warna hitam tak best)


Nape saya ubah background saya?
Sebab bile pandang warne hitam je hati rase panas je
(Takut hati jadi hitam kot )


Nape saya ubah background saya?
Sebab background yang colourful or hitam je rase macam budak-budak



Nape saya ubah background saya?
Sebab saya tengok ramai yang buat background putih dan simple


Nape saya ubah background saya?
Sebab kebanyakkan ustaz2 background warne putih je tapi ramai yang lawat
(so tak kesah la)



Nape saya ubah background saya?
Sebab saya ada azam baru lah..


Nape saya ubah background saya?
Sebab saya suke warna putih ni


Nape saya ubah background saya?
Sebab saya rase tenang bile tgk background skrang


Nape saya ubah background saya?
Dah tiba masanya saya menulis blog secara SERIUS


Nape saya ubah background saya
Saya punya pasal la ...blog saya..



Sekian

Wassalam




Thursday, November 5, 2009

Bila Lihat Keburukan Orang

Assalamualaikum Wbt




 Pada kali ni baby ni nak bagi nasihat skit dengar elok tau :)



Kita memang mudah melihat keburukan orang lain 
Dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri
Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain
Hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita.



Sebenarnya perkara sebegini sering berlaku dalam kehidupan seharian
Mungkin kita sedar atau mungkin kita tidak sedar
Sebagai contoh seorang hamba Allah ni datang ke masjid

Sedang dia duduk di masjid 
Datang seorang pemuda dan sembahyang.
Jadi dia pun lihat pemuda itu solat tak khusyuk
badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati hamba Allah pun berkata


"Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk."
Pada masa yg sama dia lupa yg dia sendiri pun sembahyang tak khusyuk!
Kadang-kadang program untuk satu minggu pun 
Dia boleh fikirkan masa tengah sembahyang.


Saya pernah mempunyai pengalaman hampir serupa
Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 12 tahun (darjah 6)
Saya bersekolah agama diwaktu petangnya
Jadi sebelum balik kami semua akan bersolat asar beramai2
Bersama-sama ustaz di surau


Kebetulan haritu saya rajin pulak kan
Saya bersolat betul-betul belakang imam
Imam saya adalah ustaz saya sendiri la
Kalau ustaz ni mestilah alim :)



Biasalah nama pun budak-budak kan


Waktu solat asar tu ade kawan saya kat sebalah ni
Solat main-main pijak-pijak kaki kawan lain
Cuit-cuit kawan lain
Saya tak main (boleh caya ke) hehe..





 Agak2 macam ni kot dulu huhu..saya yang hujung tu :)



Yang saya tak boleh tahan tu ada satu hari

Sebab ustaz saya bace bismilllah 
Bukan suara yang lantang tau
Tapi suara yang halus tapi dapat di dengari oleh kami kat belakang
Ala..macam berbisik la..
(korang paham-paham la ye)


Jadi habis sahaja ustaz cakap
"Waladdooollin" dgn suara yang berbisik tu
Ramai pulak yang sambung 
"Aaaaaminnn"
Termasuklah saya
Padahal solat asar tu
(Agaknya terkejut beruk ustaz yang tengah jadi imam tu hehe..)



Habis solat sahaja
Ustaz panggil orang yang bising yang main waktu solat tadi
Dia panggil tepat pulak tu
Pe lagi kene marah la kami sumua
Then saya berbisik dalam hati
" Pelah ustaz ni, dah jadi imam pun boleh tau ke orang main kat belakang,
ni mesti tak khusyuk ni "


Sekarang dah besar..saya terpikir 
Sanggup saya cakap mcm tu pada ustaz
walau dalam hati sekalipun


Padahal saya pun tak khusyuk tadi
Dah nama pun ustaz pasti dia ada sesuatu yang boleh 
Buatkan dia tahu kan..mungkin kasyaf ke or pe2 jelah
Sebab dia tu ustaz
Tak baik betul saya berprasangka pada ustaz

Maaf ye ustaz dulu saya nakal
Sekarang pun nakal jugak
Hehe..



Oleh itu, wahai sahabatku ingatlah

Apabila kita terlihat keburukan orang lain,
Hendaklah kita pastikan yg kita pun tidak melakukannya. 
Jika kita lakukan sekalipun
Maka hendaklah kita perbaiki diri kita dahulu


Rasulullah menggalakkan kita melihat kebaikan orang lain

Walaupun kita ni kuat ibadah
Tidak semestinya kita paling kuat ibadah ada orang lain lagi 
Yang lebih baik dari kita


Walapun kita lihat orang lain tu buat kerja kotor
Tidak semestinya dia tu kotor zahir dan batin
Kalau sekalipun die tu kotor mungkin hanya luaran sahaja
Dalaman, hatinya mungkin lebih mulia daripada kita disisi Allah
Mungkin dia kerja kotor untuk mencari rezeki yang halal

Bagi keluarga dia kan..

Jadi kita mesti melihat dari sudut yang baik (Husnu Zon)






Bagi contoh mamat tadi pula
Sekiranya kita melihat kebaikannya
Hati kita akan berkata
"Bagus mamat ni, rajin datang masjid.
Aku ni kadang-kadang je datang.
Sembahyang Jumaat je aku selalu datang pun"


Bila kita lihat kebaikan orang
InsyaAllah akan datang sifat tawadduk dalam diri kita.


Fikir-Fikirakanlah 
Wassalam

Sunday, November 1, 2009

Berubah Perlukan Pengorbanan

Assalamualaikum Wbt


Hari ini adalah hari yang begitu meletihkan bagiku
Semalam pergi ke Malaysian Games di Nottingham
Ingatke nak masuk pertandingan congkak
Cintailah permainan tradisional kita :)
Memang dah bersiap sedia dah
So bila sampai kat tempat bertanding


Tengok je kesemuanya perempuan yang masuk bertannding
Mak Ai.. macam mana ni..
Duit dah bayar dah..
Nak main ke tak nak
Kalau main nanti mungkin tersentuh tangan perempuan pulak
Kalau tak main rugi nanti





So kene buat keputusan waktu tu gak
Antara syariat agama ataupun duit
Jadi aku tarik diri memilih agama sebagai priority
Dan kuberikan pada wakil wanita untuk menggantikan tempatku

Keputusan untuk tarik diri sebenarnya adalah satu perubahan
Pada mulanya aku tidak mahu tarik diri
Tapi aku harus berundur juga dikuatiri berlaga tangan

So ada pengorbanan yang telah kulakukan iaitu Duit


Rakan-rakan sekalian itu hanyalah satu contoh yang kecil
Yang berlaku dalam hidupku semalam
Tapi ada banyak lagi perkara yang memerlukan 
Kita untuk membuat keputusan
Yang memerlukan pengorbanan untuk mengubahnya




Aku baru menerima mesej dari seseorang yang aku anggap seperti adikku sendiri
'Abang sopi , "markonah "(bukan name sebenar) sedih la..
Markonah baru je balik rumah dengan outfit yang baru
Setelah berada lama kat sebuah institusi yang jauh dari rumah
Baru markonah berpeluang nak balik rumah'


Markonah dah mula untuk berani pakai tudung labuh
Tapi bila balik je kawan2 dia persekitaran dia sendiri perli dia


'Saya sedih la abang sopi
Saya tak kuat kat sini (rumah)
Dorang ingat ustazah je ke yang boleh pakai tudung labuh'


Jadi aku pun menenangkan "markonah"
Ku berikan bebrapa nasihat untuk dia istiqamah dalam membuat sesuatu yang elok
Anggaplah semuanya dugaan dari Allah
Perkataan last sekali aku berikan kepadnya
"Berubah perlukan Pengorbanan"


Si Markonah tu sebenarnya baru mengenal tarbiyah
Jadi hasrat hatinya untuk berubah sedikit demi sedikit
Bersyukur kerana dia dapat memasuki ke institusi tersebut
Sebab jauh dari rumah dia rasakan dapat ketenangan
(mungkin betul la apa yang orang cakap kalau nak belajar tak leh tinggal dekat dengan rumah hurm)



Bukan sebab rumahnya yang menjadikan dia tak berapa elok
Tapi tempat lama dia, kawan lama dia dan persekitaran lamanya
Yang menyebabkan dia dulunya bersikap sosial


Alhamdulillah Allah masih memberikan hidayah kepadanya
Maka dia adalah orang terpilih untuk mengenal tarbiyah
Jadi bila dah berubah macam2 dia akan terima
Bukan mudah nak berubah ke arah kebaikkan
Ada pengorbanan yang perlu dibayar untuk sesuatu kebaikkan







Harap2 si "Markonah" terus tsabat dalam mencari hidayah Allah
dan istiqamah dalam bertudung labuh
Sekiranya baca entry ni..
Entry ni Abang sopi berikan khas untuk anda..


Jangan sedih2 Allah bersamamu ok


Wassalam
12.48 pm