Monday, November 28, 2011

Bukan Mudah Untuk Mendapat Hidayah



Assalamualaikum


Bukan mudah untuk mendapat hidyah, itu yang hanya mampu kuucapkan setelah mendengar kuliah subuh dari bekas seorang artis terkenal Bob Lokman. Ramai orang yang terlupa bahawasanya hidayah itu datang dari Allah. Maka terpulang kepada kita untuk menjaga dan memelihara hidayah tersebut.

Bob Lokman ada seorang yang bertuah kerana masih berpeluang mendapat hidayah dari Allah setelah jauh tersesat. Bagiku beliau sangat beruntung kerana dipilih Allah untuk menjadi seorang hamba yang diberi nikmat hidayah ini. Bukan mudah untuk mendapat hidayah, ramai orang yang hanyut dan terus hanyut dengan keduniaan sehingga akhir hidupnya masih lagi hanyut. Maka mereka adalah orang yang paling rugi. Ada juga manusia yang telah mendapat hidayah dari Allah tapi mereka tidak dapat menjaga dengan baik natijahnya mereka hanyut kembali kedunia kesesatan.




Sedarkah kita, setiap hari kita memohon hidayah dari Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Kita sering menyebut dan berdoa agar Allah memberikan kita hidayah dalam surah Al-Fatihah agar kita sentiasa berada di landasan yang benar dan tidak tersimpang jauh ke arah keburukan. Kita orang yang dhaif dan lemah, kita mudah lupa dan alpa dengan dunia, tanpa hidayah Allah kita akan hanyut dibuai mimpi indah di dunia.

Oleh itu , sahabat sekalian berusaha berdoa untuk sentiasa mendapat hidayah dan apabila sudah dapat, bersyukurlah gemgamlah ia jangan sampai ia terlepas, sekali sahaja terlepas kita tidak tahu bilakah akan datang kembali.

“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memahamkan ilmu agama kepadanya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku 
Harum Rembulan Mawar 
Dingin Dihakis Keseorangan .... 

Aku masih menghitung diri .. 
Kesiangan yang panjang 
Ingin mengisi hati 

Padamu kasih 
satukan aku 
Dengan rahmatmu 
Dengan Kalimah 
Malam Siangku 
Berliku liku 
Duri Dugaan 
Siratan Cinta 

Biar di jemala mentari 
Biar di bahu gunung berapi 
pasrahku abadi untukmu ..untukmu 

Ku kembara setia disisinya ... 
Ku inginkan Bahagia abadi 
ku impikan sentosa dibawaha naungannya 
selamanya

Wassalam