Showing posts with label Dakwah dan Agama. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan Agama. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Berjudi Tu Perkara Baik Ke? Kerajaan Bagi Je..






Assalamualaikum Wbt..

Bila syariat Islam tidak dijadikan sandaran maka, yang haram pun nampak halal. Merasakan telah berjaya menolak kemudharatan yang kecil tetapi pada hakikatnya telah membina kemudharatan yang lebih besar. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan oleh Timbalan Menteri Kewangan yang meng'halal'kan perkara yang sah-sah haram.

Berikut adalah kenyataan oleh beliau ( Ref Buletin Utama 6 Mei 2010)

"Aktiviti perjudian TANPA LESEN, merupakan satu aktivity yang MERUGIKAN kerajaan (berjudi takpe, jgn takde lesen je.. kerajaan rugi woo..), dan boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjan wang tanpa berlesen, jenayah terancang, penyuludupan, money laundering, dan lain-lain lagi, oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang 'prihatin' terhadap rakyat, maka kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya, sebagai langkah-langkah yang perlu dan berkesan bagi menangani masalah "buki" tanpa lesen, termasuklah MEMBENARKAN pertaruhan "buki" berhubung permainan bola sepak dilaksanakan". Riwayat Timabalan menteri Kewangan Malaysia huhu..


Apa cerita ni?

Yang bersorak adalah tauke-tauke perjudian, yang gelak adalah syaitan-syaitan, yang menangis adalah isteri-isteri, anak-anak penjudi dan sebagainya. Kononnya untuk menghormati aspek kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia ni      
(1 Malaysia beb), semua tu alasan semata-mata. Mana ada agama yang membawa kepada keburukan, mana ada agama yang menggalakan judi. Adakah mereka dapat jamin yang orang islam sendiri tidak akan berjudi sekiranya pertaruhan ini dijalankan.

Allah berfirman di dalam Al-quran


“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Sekiranya dianalisis secara teliti, kegiatan judi ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan, duit habis dipertaruhkan, tak cukup dengan duit sendiri, duit anak bini pula habis dicuri dan dirampas, keluarga diabaikan, apabila kalah pula, minum arak, pukul anak bini, pinjam ah long, yang jadi mangsa adalah keluarga, keluarga hidup dalam ketakutan, porak peranda, maka masyarakat lebih jauh dari agama, hilang pedoman, ramaja menjadi semakin rosak akhlak, negara boleh hancur.

Ingatlah wahai rakan sekalian, jangan menganggap dosa itu perkara yang mudah dan remeh, disebabkan kita mengetahui setiap dosa boleh diampunkan sekiranya kita bertaubat, tapi adakah kita tahu taubat kita diterima, jangan menyesal sekiranya di akhirat kelak, kita melihat timbunan dosa-dosa kita tidak diampunkan oleh Allah
(nauzubillahiminzalik), inikan pula dosa yang telah disebutkan dalam Al-Quran dimana setiap dosa tersebut merupakan dosa yang besar.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan masalah ini, membantah dengan sekeras-kerasnya... Walaupun saya mengetahui saya tiada hak untuk bercakap di parlimen, tetapi saya masih boleh menunjukkan rasa tidak setuju saya dengan mata pena.

Kepada rakyat Malaysia yang waras, sekiranya kita tidak menyokong perkara ini, maka kita seharusnya menyuarakan dengan segala apa bentuk. Biarlah kita tidak mendapat respond di dunia takpe..sebab setiap niat dan perbuatan kita untuk nahi mungkar diharap akan mendapat respond dari Allah.






Sebelum itu saya tinggalkan sebuah entry dari blog seorang sahabat saya tentang perumpaan judi dan anjing :



Ah Chong merupakan seorang penjual daging babi. Daging babi yang dijual oleh Ah Chong sangat laku dan dapat memberikan keuntungan yang banyak.

Satu hari, Ahmad secara kebetulan telah lalu di depan kedai Ah Chong lalu Ah Chong menyapanya.


Ah Chong : Halo Ahmad, how are u?


Ahmad : Baik baik...Amacam bisnes?

Ah Chong : Manyak baik...U tak mau tengok-tengok ka?

Ahmad : Adoi Ah Chong, saya mana boleh makan daging babi. Saya orang Islam.

Ah Chong : Takpa takpa. Jangan risau. Wa ada daging babi sembelih punya. Itu orang sembelih ada baca Bismillah sekali.

Ahmad pening. Daging babi sembelih? Baca bismillah? Ahmad terus pergi dari situ.
Cuba anda gantikan daging babi dengan perjudian bola sepak dan sembelihan itu digantikan dengan lesen daripada kerajaan.

Ada nampak persamaan di situ?


Kesimpulannya, yang Allah katakan haram tetap haram.


Fikir-Fikirkan 
Wassalam..

Sunday, May 2, 2010

Analysis Kisah Adam Maya :)








Assalamualaikum Wbt

Entry kali ini saya mahu ceritakan pasal kisah "adam maya" yang sedang hangat keudara di TV3 dari isnin hingga khamis huhu.., walaupun exam makin dekat, tetapi tidak rasa kehangatannya di sini sebab kehangatan "adam maya" lebih kuat hehe.. Kalau dahulunya Nur Kasih menjadi minat penonton di Malaysia, sekarang ianya telah bertukar kepada slot akasia adam maya. Adam maya merupakan sebuah kisah cinta di antara Adam dan Maya tentulah kan..yang dijodohkan oleh kedua-dua ibu bapa
(benda baik ni..) Jadi apabila dijodohkan oleh ibu bapa maka tiadalah kasih dan cinta antara keduanya, maka berlakulah berbagai-bagai conflict dalam rumahtangga tersebut.




Hurm kenapa cerita pasal adam maya ni? Kisah ini sekiranya dikaji adalah pertembungan antara Haq dan yang Batil, antara Syariat dan Nafsu dan antara CINTA dan KEREDHAAN. Ramai dikalangan anak muda sekarang mengagungkan cinta sehingga lupa akan syariat yang telah ditetapkan. Ramai yang menganggap cinta adalah segalanya sehingga yang haq itu diketepikan sama sekali kerana cinta. Tiada cinta tiada kebahagian betul ke?

Cerita adam maya ini baik untuk kite refleksi diri kita semula. Menurut cerita ini, adam dan maya telah dijodohkan oleh ibu bapa mereka merupakan suatu perkara yang sangat baik dan dituntut dalam agama. Namun berlaku konflict dimana bekas teman lelaki Maya iaitu Dani tidak bersetuju dengan perkahwinan ini dan menginginkan Maya kembali.
(Beselah rampas awek orang memang la panas kan?). Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah konsep bercouple. Bercouple seperti tiada kesalahan langsung dalam kehidupan kita. Ianya seperti hubungan yang sah sehinggakan teman lelaki dianggap telah memilikinya 100%.

Begitu juga dalam kehidupan harian kita, tengoklah kira kanan kita, berapa banyak pasangan couple yang berjalan bersama-sama, makan bersama-sama, berdating dan sebagainya. Couple ini telah menjadi budaya masyarakat kita terutama anak muda yang inginkan keseronakan semata-mata. Jadi tidak hairanlah
banyak penguguran bayi dilakukan, banyak janin dibuang, banyak bayi ditinggalkan di dalam tong sampah dan sebagainya. Apa nak jadi dengan remaja sekarang, kita menganut agama Islam tetapi fikrah islamiyah itu ltiada dalam kehidupan kita. Saya mengambil contoh dalam kisah adam maya untuk kita lihat bagaimana fikrah anak muda sekrang. Dari cerita adam maya ini, kita dapat lihat menteliti remaja islam kita tentang konsep couple dan kahwin, dalam episode 2 berbunyi begini

Dani : Bi (Maya), kenapa tiba-tiba cerita pasal kahwin ni? kita belum habis belajar lagi .

Maya : Sebab mama dengan papa nak I kawin segera.

Dani :
Mana boleh SEGERA-SEGERA kawin ni.., ok sekarang ni kita BELUM HABIS BELAJAR, BELUM MERASA PUAS HIDUP BUJUANG, yang paling penting I BELUM BERSEDIA.


Maya : You sayang I tak ?

Dani : Ye I sayang sangat kat you (cium tangan maya???)

Maya : Kalau You sayang kat I , pergi jumpa mama dan papa cakap ye.. you setuju kawin dengan I. sekarang..
Dani : Bi mana boleh macam bi, I dah cakap kat you I tak bersedia, kalau 2 3 tahun nanti I besedia..

Ini adalah sedikit sedutan dalam kisah adam maya dimana kita dapat perhatikan menteliti remaja yang bercouple, mungkin ini contoh dari kisah tersebut, namun tidak hairan menteliti seperti ini ada pada setiap pasangan yang bercouple (terutamanya lelaki). Jadi berhati hatilah wahai kaum hawa, ramai lelaki yang tidak serius berkawan denganmu, kerana
sekiranya dia serius maka perkahwinan menjadi target yang terpenting dalam perhubungan. Kalau tidak serious, nak rasa seronok je..baik tak payah berhubung..buat dosa adalah..



Memang fitrah lelaki dijadikan untuk wanita dan begitu juga sebaliknya. Fitrah itu dikurniakan oleh Allah sebagai satu kurniaan yang besar. Fitrah berkasih sayang dan cinta mencintai. Sekiranya Allah tidak memberikan fitrah ini maka murung la dunia ni. Betapa besar kasih sayang Allah kepada kita. Lelaki akan tertarik kepada wanita begitu juga sebaliknya.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


Jadi tidak hairan bila kita melihat jantina belawan dari kita, kita akan rasakan suatu tarikan yang lain sedikit, tarikan ini akan menjadi kuat sekiranya iman kita lemah begitu juga sebaliknya.

Jadi macam mana sekarang? Takkan Allah nak biarkan manusia terumbang-ambing dengan tarikan ini kan? Jangan takut, Allah Maha Mengetahui keperluan manusia ciptaanNya. Jadi Allah telah memberi solusi bagaimana ingin menyatukan keperluan nafsu dengan cara halal, maka perkahwina merupakan perantaraan.


Firman Allah taala :

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


Betapa nikmatnya perkahwinan ini, tetapi ramai yang tidak mengetahui (termasuk saya sebab tidak kahwin lagi huhu..). Untuk mendapatkan kebahagiaan perlulah disertakan dengan pengorbanan. Perkahwinan bukan perkara yang main-main, seseorang harus besedia dengan segala yang ada supaya rumah tangga dapat berkekalan dunia akhirat.
Dengan perkahwinan segala yang tidak halal bagi lelaki dan wanita menjadi halal, dengan perkahwinan segala keperluan boleh dipuaskan dan dengan perkahwinan sempurna setengah lagi iman dalam diri. Jadi buat apa nak bercouple sekiranya kita semua tahu betapa pentingnya perkahwinan ini.




Sekarang saya mahu bandingkan antara perkahwinan dengan couple..huhu..dalam kisah adam maya juga
(banyak pengajaran yang boleh diambil dalam cerita ni, bukan tengok saje-saje tau) yang saya tertarik adalah perdebatan antara Adam dan Dani dalam episode ke 10 yang berbunyi begini

Dani : Awak jangan ingat Maya kawin dengan awak dia CINTA kan awak tau, saya kenal Maya CINTA nya hanya pada saya

Adam : Yelah Mungkin Dia bagi kau cinta..tapi dia bagi aku JIWA, KASIH, DUNIA, AKHIRAT , aku ini suami dia..dan untuk pengetahuan kau, Maya sekarang MENGANDUNG anak kami.. Assalamualaikum..(adam pergi)


Kita tengok sapa menang, si suami ke? or kekasih? , berkahwin ke? or bercouple? mana lebih untung. Bagus kan berkahwin dapat tutup terus hujah orang yang bercouple. Jadi rakan-rakan sekalian fikirkanlah dengan betul-betul, tiada gunanya bercouple, sekiranya kita tidak mampu berkahwin maka hilangkan la rasa kasih sayang itu dengan berpuasa. Jauhkan diri dari maksiat,
bagaimana ingin mendapatkan keluarga Islam sekiranya perkenalan, pergaualan dan perhubungan tidak diredhai Allah. Ya..mungkin susah, saya sendiri akui, memang susah, tapi kita tiada pilihan lain selain mengikut syariat agama yang ingin menjaga kita. Ianya seperti ibu yang marahkan kita tapi sebenarnya marah itu tanda sayang kepada kita.











Fikir-fikirkanlah
Wassalam

Thursday, April 22, 2010

Masihkah Adakah Karat Jahiliyah Dalam Dirimu...

Assalamualaikum Wbt...


Agak lama saya meninggalkan blog ini, sehingga ditegur oleh beberapa orang sahabat,  minta maaf atas segalanya. Sejak akhir2 ini, rasa diri ini seperti tidak layak untuk menyampaikan ilmu di dada kerana ketidaksempurnaan diri. Akhir-akhir ini rasa seperti banyak membuat dosa, tapi tidak mengapa, kita hanya manusia lemah, hanya tuhan tempat mengadu.


Teringat kata-kata dari naqib saya baru-baru ini, kata-katanya lebih kurang begini, Jangan meletakkan diri kita seperti apa yang dipandang orang pada kita, tetapi letaklah diri kita pada pandangan kita. Agak complicated kan..maksudnya, kadang-kadang orang melihat kita ni seperti tidak baik, mereka meletakkan diri kita pada tempat yang tidak baik, tetapi kita dan Allah yang mengetahui bagaimana diri kita. Begitu juga dengan kebaikan, apa yang dilihat orang akan kebaikan kita, lalu mereka menyatakan kebaikan pada diri kita tidak seharusnya kita meletakkan diri kita pada kata mereka, kerana barangkali dibelakang mereka kita ada membuat banyak kesilapan yang hanya diketahui oleh Allah. Jadi kita sendiri mengetahui kehebatan dan kelemahan kita dan disitulah kita mula memperbaiki diri.






Sedar tak kita sebenarnya banyak amalan jahiliyah yang telah meresap dalam diri kita. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, bahawasanya salah satu perbuatan jahiliyah yang tidak akan ditinggalkan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah meratapi atau menangisi dengan berlebihan akan musibah yang Allah berikan.  Setiap manusia tidak akan terlepas daripada diuji  Allah, kerana ujian tersebut dapat membuktikan iman kita kepada Allah. Namun begitu, apabila Allah  memberikan musibah dan ujian, kita sering mengeluh. Sebagai contoh, mungkin ada yang mengatakan " Kenapa Allah ni, punyalah ramai manusia di muka bumi kenapa aku juga yang kena, Kenapalah Allah ni turunkan musibah padaku sedangkan aku punyalah susah bersembahyang kepadaMu kenapa tidak diturunkan kepada mereka yang kufur padamu?" dan macam-macam lagi..sedarkah kita? mestilah kita tidak sedar,sebab kita memang sedih bangat ketika itu.Tapi ingatlah berwaspadalah dalam percakapan terutamanya ketika diuji dengan musibah, percakapan seperti tersebut adalah salah dalam agama, ianya menunjukkan seperti kita tidak berpuas hati pada takdir Allah. Dalam menghadapi kesedihan, dibolehkan untuk kita menangis, maka menangis lah sekiranya ingin menangis kerana menangis itu harus, tetapi janganlah berlebihan sehinggakan meraung dan meratapi musibah tersebut. Meratap, meraung inilah yang tidak dibolehkan dan merupakan perbuatan jahiliyah suatu ketika dahulu.


Perbuatan jahiliyah seterusnya yang dilakukan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah sikap suka mencaci, mencela dan mengutuk keturunan orang lain. Hurm ada apa dengan keturunan? "Siapa dia Kassim Selamat, lawyar, Majistrit...tidak...ahli muzik, ahli muzik !!!! ...memang pantang datuk nenek aku ahli muzik" petikan dari kisah ibu mertuaku, ayat yang simple tapi membawa maksud yang mendalam huhu.. Keturuanan bukanlah satu aset untuk kita banggakan. Islam itu mudah, kemuliaan Allah bukanlah pada keturunan, tetapi pada amalan hambanya seperti firman Allah dalam Surah Hujarat : Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih bertakwa di kalangan kamu." (Surah al-Hujrat ayat 13). Apa salah seseorang itu sekiranya dia berasal dari keluarga yang miskin, penoreh getah, penggali kubur, dan sebagainya, mengapa keluarganya dan keturunannya dicela dan diejek sebegitu sekali, bukankah mereka juga mencari makanan yang halal. Dimanakah keadilan Allah sekiranya keturunan menjadi sandaran untuk memasuki syurga? Tidak kiralah kita berketurunan raja, mahupun golongan bangsawan, kita tetap sama disisi Allah, jadi janganlah berbangga dengan keturunan kita.




Sahabatku, mari kita refleksi diri kita semula adakah masih ada karat jahiliyah yang bertapak dalam diri. Tidak guna kita bersusah payah menasihati manusia lain, menjalankan dakwah kepada orang lain sekiranya diri kita ataupun keluarga kita sendiri masih terbelenggu dengan karat jahiliyah ini. Islam datang menyuburi akidah, menyinari akhlak, dan membuang jahilyah, janganlah kita menanam semula sifat jahiliyah yang telah lama hilang dalam diri setiap muslim.


Layan dulu cite P.Ramlee hehe..





Fikir-fikirkan
Wassalam

Monday, April 5, 2010

Isu Bangsa Selalu Disalah Ertikan

Assalamualaikum


Apabila dikatakan tentang orang melayu, ramai yang memandang rendah terhadapnya. Ada yang mengatakan Melayu itu layu, tidak bermaya, rosak dan sebagainya. Mengapa jadi begini, dimana letaknya kekuatan kita dahulu? Ingatkah kita bahawa sejarah telah membuktikan orang melayu dahulu kala telah berjaya membuka mata dunia dengan kehebatan tenteranya yang telah berjaya menguasai lautan, tidakkah kita ingat bagaimana kesultanan melayu dahulu telah berjaya membuka kawasan perdangan yang besar sehinggakan ramai pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia sanggup datang walaupun jauh kerana dirasakan kawasan kesultanan melayu ini adalah kawasan strategik untuk berdagang disamping juga kawasan yang aman dan sentosa. Tidakkah kita ingat bahawa bahasa kita telah menjadi bahasa pengantar seluruh dunia? Tetapi bagaimana kedudukan melayu kita sekarang?


Jangan Tiru Aksi Ini, Lebih Baik Tolong Mak Kat Dapur


Cakap sahaja tentang melayu pasti akan timbul imej yang buruk pada mata seseorang walaupun orang melayu sendiri. Cakap sahaja tentang melayu pasti dikaitkan dengan politik, rasuah, masalah akhlak dan sebagainya. Lihat sahaja di penjara, pusat serenti, tepi-tepi jalan, penagih dadah, kelab-kelab dan sebagainya kaum manakah yang mendominasi tempat-tempat ini. Lihatlah berapa banyak kes buang anak, zina, rogol siapa yang mengepalai jumlah tertinggi dalam permasalahan ini. Tidak cukup lagi, lihatlah siapa yang menagih simpati, memohon sedekah ditepi2 jalan, pasar malam dan sebagainya siapa yang ramai. Lihat lagi berapa percentage anak melayu yang berjaya dengan cemerlang di university-university, sekolah dan sebagainya berbanding kaum lain? Tidakkah kita rasa diri kita ini jauh ditinggalkan di belakang? Apabila timbulkan isu melayu sahaja maka ramai yang tidak berpuas hati, ini tak kena, itu tak kena, racist lah dan sebagainya. Tidak bangga dengan kaum sendiri, merasakan hidup ini lebih baik sekiranya kita ini tidak berkaum, cukuplah kita beragama Islam. Bercakap sahaja tentang Islam, isu kaum melayu terus hilang terabai,  Tetapi apabila bercakap pasal dunia, seperti tanah melayu, biasiswa bumiputera, dan hak-hak keistimewaan melayu diambil sedikit demi sedikit semua melenting. Kenapa perlu melenting sekiranya kita tahu kaum lain juga ada yang beragama Islam. Tidakkah kita bersifat adil? Wahai sahabat sekalian, Islam tidak datang begitu sahaja, tetapi islam datang dari sebuah kaum dan seterusnya berkembang keseluruh dunia yang merangkumi pelbagai kaum, jangan menafikan kepentingan kaum sendiri. 


Kita ini siapa yang menafikan hak kaum kita sendiri, sedangkan Rasulullah sendiri berbangga dengan kaumnya tanpa mengutuk kaum lain. Lupakah kita semasa fathu mekah (Pembukaan Mekah) mengapa Rasulullah mengasing dan memuakkan umat islam yang dinamakan kaum Ansar dan Muhajirin sehingga disebut dalam Al-quran dalam surah At-taubah ayat 117. Mengapa Rasulullah tidak sebut sahaja kaum Islam tidak perlu mengklasifikasikan sesebuah kaum tersebut. Tetapi sebagai menghormati setiap kabilah, maka hak kabilah tersebut tidak dinafikan walaupun mereka semuanya umat islam. Rasulullah masih lagi mempertahankan isu kaum walaupun mereka semuanya telah menganut agama Islam. 


Siapakah kita untuk menafikan kaum kita sendiri, memperkatakan perjuangan bangsa untuk islam adalah sia-sia sedangkan Rasulullah sendiri menghormati kaumnya sendiri dari kalangan Quraish. Lupakah kita siapa yang menjadi khalifah pertama selepas Rasulullah? Bukankah ianya dari kalangan Quraish iaitu Abu Bakar. Sejarah telah mencatatkan bahawa semasa perlantikan khalifah tersebut, orang ansar hampir menjadi khalifah akan tetapi disebabkan Rasulullah telah memberikan wasiat bahawa pemimpin seharusnya dari kalangan Quraish maka semua akur tidak langsung bergaduh mahupun melawan walaupun mereka dari kaum yang berbeza. 


Siapa lagi yang ingin membela bangsa kita sekiranya bukan orang melayu sendiri? Cina? India? atau mengharapkan orang putih yang membela nasib melayu. Ingatlah wahai orang melayu yang taksub pada agama dan mengabaikan isu bangsa, jatuh bangunnya Islam Di Malaysia semuanya datangnya dari orang melayu. Rosak Melayu, rosaklah Islam, Bangun Melayu Bangunlah Islam Di Malaysia. Jadi untuk memperkuatkan islam, wasilah di Malaysia hanyalah dengan memperkuatkan orang melayu itu sendiri. Bagaimana orang dari kaum lain di Malaysia ingin membela islam, apatah lagi ingin memeluk islam sekiranya melihatkan anak bangsa kita (melayu) yang sudah pasti beragama Islam, rosak, mundur dari segala aspek dan tidak mengamalkan Islam secara syumul. 


 "Takkan melayu hilang di dunia kalau melayu tahu asal usulnya"


Untuk memperkasakan Islam di Malaysia adalah dengan memperkasakan bangsa melayu dahulu, buanglah jauh-jauh isu politik dalam memperjuangkan anak bangsa. Jangan mengikut emosi dalam berdakwah tetapi selidiklah dahulu permasalahan di Malaysia sebelum menghukum orang lain. Adakah kita mahu membina negara islam dengan gejala sosial dan permasalahan yang menjadi-jadi sekarang ini terutamanya orang melayu. Berapa lama boleh bertahan? Bagaimana ingin membina rumah meletakkan atap yang baik sekiranya tiangnya dan dasarnya rosak? Adakah dengan atap sahaja yang baik akan menjamin rumah itu tidak runtuh? takpun Adakah kita akan membina atap rumah dahulu sebelum memacak tiang rumah ? Tidakkah perlu kita menyediakan tiang rumah yang kuat dan teguh sebelum kita dapat membina atap rumah? Adakah tiang rumah, bersedia untuk menampung atap rumah yang berat dan kuat? kita tidak mahu membina rumah yang boleh diduduki seminggu tak pun sebulan tak pun setahun, akan tetapi sekali kita dapat membina rumah, kita akan pastikan rumah itu akan sentiasa teguh menjadi sebuah rumah yang megah selama mungkin.


Tujuan saya menyuarakan isu bangsa dan islam ini bukanlah kerana saya bersifat recist, saya mempunyai ramai kawan dari kaum yang berbeza, dan bukanlah melayu itu matlamatnya, akan tetapi melayu itu adalah wasilah untuk mencapai sebuah negara islam tanpa mengetepikan hak kaum lain. Ini kerana kaum majority yang memegang islam di Malaysia adalah melayu, bangsa lain yang beragama islam semuanya mengharapkan melayu bangun dahulu, mengamalkan islam sepenuhnya, meniggalkan permasalah gejala sosial barulah boleh membentuk negara Islam. Jangan biarkan sejarah berulang lagi, jangan biarkan umat islam melayu especially jatuh lagi, kita pernah dimalukan dahulu. Bangunnya melayu di Malaysia, maka Islam akan menjadi kuat. Takperlu fikir nak tarik orang yang bukan beragama islam untuk menganut agama islam sekiranya, bangsa kita sendiri yang hanya islam pada nama tidak menunjukkan qudwah. 





Fikir-Fikirkanlah
Wassalam

Friday, March 12, 2010

Akhlak Mulia dan Daie Tidak Dapat Dipisahkan


Assalamulaikum wbt

Semasa sessi persekolah dulu, saya pernah menjawat jawatan sebagai pembimbing rakan sebaya, (PRS) ada yang kate "perosak rakan sebaya" huhu..and the sewaktu saya berada di Matrikulasi saya pernah menjawat jawatan sebagai pembimbing rakan dinamik (PRD), kerja yang sama cuma berbeza nama. Sebenarnye agak mencabar menjadi seorang PRS/ PRD, mungkin ramai antara mereka yang memandang rendah seseorang PRS kerana siapalah saya untuk menegur orang atau memberi nasihat sedangkan mereka mengetahui bagaimana diri saya ini. Bukan mudah untuk membuatkan orang lain percaya pada kita, dan seterusnya mampu berkongsi masalah dengan seorang PRS, bukan mudah untuk mereka meminta pendapat dengan rakan sebaya sendiri sedangkan masih ada guru atau orang yang lebih tua untuk diminta nasihat.Jadi itulah cabaran yang harus saya tangani.

Seorang PRS mestilah mempunyai sifat-sifat seperti caring, understanding, patient, postive thinking dan sebagainya (itu yang saya pelajari dulu la huhu..). Dengan adanya sifat-sifat seperti itu, barulah seseorang PRS akan layak menjadi pendengar yang baik. Apabila difikir balik, sebenarnya sifat-sifat seperti itulah yang diperlukan oleh seorang daie. Mana mungkin, mad'u akan percaya (Siqah ) pada daie sekiranya para duat tidak mempunyai sifat-sifat yang hasanah. 

Memang sukar untuk membuatkan orang lain percaya kepada kita, dan sekiranya kepercayaan itu hilang maka susah untuk mendapatkan semula. Saya selalu diingatkan oleh mas'ul saya berkenaan dengan penjagaan diri hati dan iman, kerana dari situ sahaja orang lain dapat menilai kita baik dan buruk. Sekiranya mereka melihat kita buruk maka hilang kepercayaan meraka untuk mengikut mahupun mendengar kata-kata kita (daie). 

Dari setiap segi, seorang daie harus menjadi qudwah yang baik kepada mereka yang lain, tidak kiralah semasa bermain bola, makan, belajar hatta tidur sekalipun haruslah dengan elok sekali. Kita lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW menjadi qudwah yang baik dari setiap segi kehidupan beliau, dari sekecil-kecil perkara seperti adab bercakap sehingga sebesar-besar perkara seperti berperang telah ditunjukkan qudwah hasanah kepada mereka yang lain. Dan kebanyakkan mereka yamg memeluk islam ketika itu adalah kerana melihatkan sifat-sifat mulai Nabi kita SAW.

Jadi pengaruh akhlak itu sangat tinggi, tidak perlu bercakap banyak, hanya tunjukkan dengan perbuatan sudah menarik hati mereka untuk mengikut para daie. Ya.. bukan mudah untuk menjadi seorang yang baik akhlaknya kerana kadang-kadang kita pasti akan terlanjur, tapi ingatlah kita hanya insan yang biasa, maka sekali tersasar dari landasan berbalik la semula dan janganlah mengalah, jadi marilah sama-sama bermuhasabah diri, saya juga masih banyak yang perlu dibetulkan, bukankah kita sesama islam harus ingat mengingati. 


InsyaAllah fikir-fikitkanlah
Wassalam

Friday, March 5, 2010

Saya Nak Bidadari Saya Nak Bidadari :)


Asslamualaikum Wbt

Perhatian entry ini khas dan sesuai untuk mereka yang mempunyai hawa nafsu sahaja ...

Selalunya menarik bila membicarakan dunia bidadari. Mereka adalah makhluq yang Allah ciptakan sempurna tanpa cela. Semua orang mengimpikan bisa bersanding dengannya. Hati kan melayang mengangkasa karena kegirangan mendengar keelokannya. Ketaajuban kan membuncah kala membaca sifat-sifat mereka. Serasa ingin hidup bersama mereka dan tak berpisah tuk selamanya. Memandang mereka bisa memancarkan rasa kedamaian. Anugerah kecantikan mereka membuat mata terpana dan terpesona sembari berkata, “Maha suci Allah yang menciptakan kecantikan dan keindahan..”


Macam ni ke bidadari? tidak...pasti lagi cantik 
Semua sifat yang tertera dalam Al-Qur’an dan As-sunah tentang bidadari yang bermata jeli mungkin sudah dideskripsikan dengan jelas oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dan dinukil oleh Asy-Sya’rani dalam bukunya, ‘Tanbih Al-Mughtarrin.” Gambaran yang membuat hati siapa pun menjadi tegang dan berdegup kencang.

Beliau mengatakan,
"Jika kamu meminta mereka untuk menikah di jannah, mereka itu adalah para perawan yang mengalir pada tubuh mereka darah muda. Seperti bunga mawar dan buah apel yang tidak terbungkus dan seperti buah delima yang mulus. Matahari terbit dari wajahnya yang indah dan kilat menyambar di antara sela-sela giginya ketika tersenyum. Jika dia memeluk suaminya, dia akan memeluk seperti pelukan antara bumi dan matahari. Jika dia berbicara, pmebicaraannya seperti seorang yang bercengkerama dengan kekasihnya. Jika dipeluk, dia melekat seperti dua ranting yang saling bertautan.

Pipinya yang bening bisa digunakan untuk bercermin dan tulangnya yang putih kelihatan dari balik dagingnya, jika kulit dan dagingnya tidak tertutupi. Jika dia melihat dunia, maka antara langit dan bumi akan dipenuhi bau wanginya, sehingga mulut manusia akan senantiasa membaca tahlil, takbir dan tasbih. Apa yang ada di barat dan timur akan berdandan untuknya, dan setiap mata akan melihatnya dan terpejam untuk melihat selainnya. Cahayanya akan meredupkan cahaya matahari seperti matahari yang meredupkan cahaya bintang, dan akan beriman kepada Allah seluruh manusia yang ada di atasnya.
 

Jilbab yang ada di atas kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya, hasrat untuk menikahinya lebih besar daripada segalanya. Semakin lama waktu bertambah, dia akan kelihatan semakin cantik dan indah. Semakin hari akan semakin bertambah cinta dan erat. Dia tidak pernah haidh, melahirkan dan nifas. Suci dari kotoran, air ludah, kencing, air besar dan kotoran lainnya.


Kegadisannya tidak akan pernah hilang dan muda selamanya. Kecantikannya tidak pudar dan tidak ada rasa bosan untuk menggaulinya. Dia hanya ingin melayani suaminya dan tidak pernah tertarik pada selainnya dan sebaliknya, sehingga dia merupakan puncak ketenangan dan hawa nafsu.


Jika melihatnya akan menggembirakan dan jika diperintah untuk taat, dia pun mentaatinya. Jika suaminya meninggalkannya, maka dia akan menjaga diri dan keamanannya. Dia seorang perawan yang sebelumnya tidak pernah tersentuh oleh manusia atau jin, sehingga setiap kali melihatnya akan menimbulkan rasa gembira.

Setiap kali berbicara dengannya, seakan di telinga dipenuhi permata yang indah. Jika dia telanjang (upss. Astaghfirullah…), seluruh istana dan ruangan penuh dengan cahaya.


 Ini pula bagaimana? tidak pasti lebih cantik...

Jika kamu bertanya tentang usia


Dia usianya masih sangat muda


Jika bertanya tentang kecantikan


Pernahkah kamu melihat matahari dan bulan?


Jika kamu bertanya tentang matanya,


Seperti warna paling hitam di tempat yang paling putih (sangat jelita)


Jika kamu bertanya tentang bentuk tubuhnya


Pernahkah anda melihat pohon yang langsing


Jika kamu bertanya tentang buah dadanya,


Ia seperti buah delima yang lembut


Jika kamu bertanya tentang warna kulitnya


Dia seperti yakut dan marjan


Bagaimana bayangan anda ketika wanita tersenyum di hadapan suaminya, maka jannah pun menjadi terang dengan senyumannya. Jika dia pindah dari satu istana ke istana yang lain, anda akan mengatakan matahari berpindah dari satu poros ke poros yang lainnya. Jika suaminya tiba, alangkah mesra sambutannya. Jika ia memeluk betapa hangat pelukannya.


Jika dia bernyanyi, suaranya terasa nikmat di telinga dan mata. Jika dia merayu dan merajuk, rayuan dan rajukannya terasa nikmat. Jika dia memeluk, tidak ada pelukan yang lebih hangat darinya. Dan jika dia memberi sesuatu atau menerima, tidak ada cara sebaik yang dilakukannya.
(wah sekarang ni mesti tengah asyik membaca, ada yang lebih menarik lagi jom kita teruskan huhu..  *_* ).

Jadi setiap yang indah haruslah datang dari yang susah dahulu..bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai sekiranya tiada usaha untuk mendapatkannya. Hanya orang yang betul-betul hebat plus istiqamah akan mendapatkannya, apakah dia?

Wah ini ke bidadari? pasti tidak... lebih cantik lagi 


Qiyamullail, Mahar Bidadari ?


Qiyamullail bukanlah satu-satunya mahar bidadari. Jalan kebaikan menuju jannah beragam bentuknya, dan itu merupakan karunia Allah Ta’ala bagi hamba-hamba-Nya. Terlebih bagi para mujahid fi sabilillah, di mana mereka mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk Allah Ta’ala dengan jannah sebagai imbalannya. Terlampau banyak kisah romantis yang menyebutkan pertemuan calon syahid dengan bidadari. Yang paling fenomenal adalah bidadari yang bernama 'ainul mardhiyah.


Pun, dengan qiyamullail. Ia merupakan mahar bagi peminang bidadari. Inilah senandung para bidadari yang menyindir orang-orang yang bersemangat banci namun merindukan bersanding dengan mereka yang bermata jeli;


Apakah kamu meminta bidadari sepertiku


Sedangkan kedua matamu tertidur


Tidurnya kekasih bagiku hukumnya haram


Karena kami diciptakan bagi setiap orang


Yang memperbanyak shalat dan shiyam


Azhar bin Mughits Rahimahullah berkata, “Suatu malam aku bermimpi bertemu dengan seorang bidadari yang sangat cantik, lalu aku katakan kepadanya, milik siapa kamu ?” Dia menjawab, “Milik orang yang bangun malam pada musim dingin.”


Sebagian salaf ada yang enggan menghidupkan malam, lalu datanglah seseorang di dalam mimpinya sembari berkata kepadanya, “Bukankah kamu ingin segera meminang, lalu mengapa kamu bermalas-malasan ? Dia menjawab, “Bagaimana caranya ? “ Orang itu menjawab, “Bangunlah kamu di waktu malam, atau tidakkah kamu tahu bahwa orang yang mengerjakan shalat malam, malaikat berkata, “Peminang sudah bangun menemui pinangannya.”


Azhar bin Tsabit At-Taghlibi juga berkata, “Ayahku termasuk orang yang senang bangun malam. Pada suatu hari ayahku bangun malam, aku bermimpi melihat seorang yang wanita cantik yang menyerupai wanita dunia. Aku katakan padanya, “Siapa kamu ?” Dia menjawab, “Bidadari.” Aku bertanya, “Maukah kamu nikah dengan aku ?” Dia menjawab, “Pinanglah aku wahai tuanku, dan berilah maharku ?” Aku bertanya kepadanya, “Apa maharmu ?” Dia menjawab, “Tahajud yang panjang.”


Namun, dari kisah ahlul lail, orang yang sering qiyamullail yang paling indah adalah apa yang pernah dialami oleh tabi’in agung, Abu Sulaiman Ad-Darani. Kisahnya singkat namun kata-kata bidadari yang menegurnya terasakan keindahannya bagi orang yang membaca kisahnya.


Malam indah itu terasa sangat istimewa….

Bisa berjumpa dengan bidadari adalah karunia ilahi. Hanya orang-orang pilihan yang diberi kelebihan ini. Beruntung nian orang yang mendapatkan kemuliaan bertemu bidadari. Di antara mereka adalah Abu Sulaiman Ad-Darani.


Abu Sulaiman Ad-Darani adalah seorang tabi'in yang menjadikan qiyamullail sebagai mahar bidadari. Acapkali ia mendapatkan kenikmatan luar biasa tatkala berkhalwat dengan Allah Ta'ala. Kelezatan munajat itu melahirkan sebuah kebahagiaan dan ketenangan batin yang merupakan puncak segala kebahagiaan. Sehingga pengalaman spiritualnya ini membuahkan kata-kata yang memiliki ruh spirit iman yang akan selalu menghiasi referensi-referensi tentang indahnya qiyamullail. Katanya, "Sungguh kenikmatan yang dirasakan orang yang bermunajat di kegelapan malam jauh lebih lezat dari pada kesenangan yang didapatkan oleh orang yang suka bercanda dan berhura-hura."

Hingga pada suatu malam, ia bertemu dengan makhluk yang diimpikannya, bidadari yang bermata jeli. Ia menuturkan kisahnya, "Ketika aku sedang sujud dalam qiyamul lail, kantuk menyerangku hingga aku tertidur. Tiba-tiba ada bidadari datang yang menggerakkan kakinya untuk membangunkanku sembari berkata menegur, "Duhai kekasihku…., apakah kedua matamu bisa terpejam padahal Sang Raja, Allah Ta'ala tidak pernah tidur untuk melihat orang-orang yang bertahajud di malam hari ? Alangkah jeleknya mata yang lebih mementingkan tidur dari pada lezatnya bermunajat kepada Dzat yang Maha Perkasa. Bangunlah. Sungguh kematian sudah dekat dan orang yang bercinta bersua dengan orang yang dicinta. Lantas, apa makna tidurmu ini ?"

Bidadari itu melanjutkan kata-katanya, “Duhai kekasihku…., Duhai sayangku….,Duhai permata hatiku…..,Apakah kedua matamu tidur padahal aku selalu menantimu di tempat pingitanku selama sekian tahun lamanya (dalam riwayat lain 500 tahun) ?"

Mendengar teguran seperti itu, Abu Sulaiman Ad-Darani bangun dengan bermandikan keringat dingin karena malu. Namun tutur kata bidadari yang indah nan manis selalu terkenang dan terekam kuat dalam pendengaran dan hatinya, "Duhai kekasihku…., duhai sayangku....duhai permata hatiku…." Kata-kata itu terasa indah dan nikmat bagi orang yang mendengar dari kekasihnya, apatah lagi dari bidadari.

Ah bidadari-bidadari, apakah kalian juga menanti kami seperti engkau menanti Abu Sulaiman Ad-Darani….?
 
  Macam ni ke keadaan syurga nanti? pasti tidak...lebih nikmat :)
 
Bagi seorang wanita, kamu adalah ketua bidadari syurga buat suamimu, jadi berusahlah agar kamu dan suamimu bersama-sama memasuki syurga yang penuh nikmat, takkan nak biarkan suamimu mendapat bidadari lain tanpa kamu di sisi kan? huhu...
 
Senyum...
Wassalam
 
Taken From Ibnu Abdul Bari :)

Monday, November 16, 2009

Multi Level Marketing vs Dakwah Islamiah :)

Assalamualaikum Wbt


Sebut pasal Multi Level Marketing (MLM) ni,
Banyak cerita menarik yang boleh dijadikan pengajaran untuk menegakkan Syiar Islam
Apa kene mengena MLM dengan Syiar Islam?
hurm..


MLM adalah satu pernigaan sistem penjualan yang melibatkan pelanggan sebagai tenaga penyalur secara langsung. Harga barang yang ditawarkan di setiap tingkat pelanggan adalah harga produk ditambah komision yang menjadi hak pelanggan karena secara tidak langsung telah membantu kelancaran perniagaan tersebut.


Banyaklah hukum hakam tentang MLM ni, tapi bukan itu yang saya ingin ceritakan,
Kerana saya bukan ustaz, mahupun muallim yang tahu secara detail tentang hukum hakam tersebut.


Apa yang menarik tentang MLM ni adalah setiap pelanggan mereka adalah duit..
Tidak kiralah sesiapa yang mereka lihat, seperti kawan, cikgu, lecturer, mahupun orang sekitar itu adalah duit..


Saya mempunyai seorang kawan yang bergiat aktif dalam MLM ni, beliau pernah memberi tahu saya sesautu fakta yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi..


"Saufi..bagi kami (orang yang bergiat aktif dalam MLM) ni setiap orang yang lalu, adalah pelanggan..kami tak lihat seorang itu, sebagai seorang, tetapi kami melihat seorang itu sebagai ramai. Katakanlah ahmad membeli produk aku..sebenarnya bukan ahmad sahaja yang akan membeli produk akan tapi dibelakang ahmad itu ramai lagi yang berpotensi untuk dia tarik membeli produk aku, seperti adik beradik dia, rakan-rakan dia, and kenalan dia, dan dibelakang mereka ramai lagi yang boleh tarik orang lain..Jadi  AKU TIDAK LIHAT SEORANG ITU SEBAGAI SEORANG, TETAPI SEORANG ITU SEBAGAI RAMAI"




Jangan tiru aksi ini, bahaya Allah marah, haram pegang tangan bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim :)


Wahai rakan-rakanku yang dihormati,
Apa yang saya coretkan di atas adalah menteliti seorang sahabat bergiat aktif dalam perniagaanya, saya bersyukur kerana dia telah membuka minda dan fikiran saya dalam melihat seseorang..


Bukan bermaksud saya minat dengan perniagaan MLM ni, saya cume berminat dengan cara dia melihat orang dan dengan itu saya ingin kaitkan dengan  DAKWAH ISLAMIAH



Anggaplah Pelanggan tersebut adalah Mad'u, orang yang bergiat aktif adalah Daie, dan produk tersebut adalah dakwah, maka apakah yang terlintas di fikiran anda?
Sebenarnya orang Islam semua terlibat dengan MLM, tapi MLM kita berbeza,
Saya ingin membuka minda para pembaca dari sudut dakwah..


Jom sertai kami dalam berdakwah takbir "Allahu Akhbar" :)


Dalam konteks dakwah, seorang daie melihat orang disekeling mereka sebagai mad'u, dan harus melihat seorang mad'u bukan sebagai seorang tetapi sebagai ramai kerana lagi mad'u yang berpotensi dibelakangnya..Ini adalah aplikasi dari MLM yang saya sebutkan tadi


Sekiranya para daie melihat setiap orang dari sudut tersebut, maka mereka pasti akan lebih bersungguh-sungguh dalam usaha berdakwah..bayangkan sorang daie boleh menarik seorang hamba Allah ini, dan hamba Allah ni menarik rakan-rakan atau keluarganya yang lain dan yang lain pun menarik yang lain berapa banyakkah pahala seorang daie ni akan dapat...MasyaAllah sungguh besar pahalanya..


Seorang peniaga MLM sekiranya mereka tidak bergiat aktif, maka tiada keuntungan bagi mereka, jadi perkara yang sama harus dilakukan oleh daie seorang daie harus bergiat aktif dalam mencari "pelanggan", mungkin kita tidak nampak hasilnya di dunia, tetapi hasil yang Allah berikan sangat jauh lebih bernilai di akhirat nanti, sehingga kita tertanya-tanya dari manakah pahala yang sebesar ini kita dapat..Maka jawab Allah "Ini adalah hasil dari perniagaanmu (dakwah) di dunia" 


Asyik Tidur Je Tak Boring Ke?



Jadi sebagai kesimpulan mari kita bandingkan perniagaan mana yang lebih untung MLM vs Dakwah


Multi Level Marketing MLM
Bagi peniaga MLM perniagaan mereka adalah product yang mereka ingin jualkan, pelanggan mereka adalah manusia sekeliling, harga yang mereka dapat adalah duit dan pangkat


Dakwah
Perniagaan daie adalah mengajak manusia kembali kepada Allah, pelanggan daie adalah manusia sekeliling, harga yang diperolehi adalah pahala yang berpanjangan


Fikir-Fikirkan
Wassalam :)

Wednesday, October 28, 2009

Beruntungnya Aku Menjadi Islam


Assalamualaikum wbt


"Sesungguhnya Islam itu indah
Segalanya Indah
Bersyukur aku dilahirkan dalam keindahan Islam"


Itulah yang mampu ku ucapkan dalam hatiku ini
Pada suatu malam aku pulang ke rumah
Malam sabtu ini memang meriah
Meriah dengan manusia-manusia yang inginkan keseronokkan


Suasana begini mungkin ada di tengah bandaraya Kuala Lumpur
Tetapi bagiku di sini merata-rata boleh dilihat
Seawal pukul 8 malam


Jika sekiranya waktu itu orang Islam sedang sibuk mengingati Allah
Dengan Bersolat Isyak, Berzikir, Berselawat, Berceramah
Tetapi bagi orang yang bukan Islam
Sedang sibuk untuk mencari keseronokkan
Pergi ke Disco2 or ke Club
Mencari keseronokkan sementara
Bersama2 teman wanita mahupun teman lelakinya


Jika waktu itu Orang islam sedang sibuk untuk bersama family mereka di rumah
Tetapi bagi mereka ibu bapa ditinggalkan
Biarlah mereka hidup bebas bersama kekasih tersayang
Kau tercipta untukku dan aku untuk mu
Mungkin itulah yang mereka fikirkan


Jika waktu subuh itu Orang Islam sedang sibuk bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh
ataupun sedang bangun bermunajat kepada Allah ( Qiamullail)
Tetapi bagi sesetengah golongan ini
Pada waktu inilah mereka dalam kemabukkan
Meninggalkan dunia sementara
Melayani perasaan hilang kewarasan dan kestabilan diri
Atau mungkin ada yang pergi lebih teruk dari itu


Pilihlah Ketenangan Mana yang Kamu Cari



Jika waktu pagi yang berkat itu orang islam bersolat Dhuha
sambil bersedia untuk mencari rezeki
Tetapi bagi sesetengah golongan tersungkur tidur dengan nyenyaknya
Kerana penat berseronok dalam kemabukkan malamnya


"Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam"
Batapa cantiknya Islam 
Sentiasa ada masa mengingati Allah
Sedangkan segolongan lain hanyut mencari ketenangan sementara


Indahnya Islam
Bersyukurlah sesiapa yang beragama Islam

"Radhitubillahi Rabba Wabil Islami Diina Wabil Muhammadin Nabiyyan Warasuula"
(Aku rela dengan Allah sebagai Tuhanku Islam sebagai Agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku)


Fikir-fikirkan

Wassalam
10.23 malam