Monday, February 22, 2010

Cinta Mencinta Dicintai


Assalamualaikum Wbt

Baru-baru ni saya telah mendapat jemputan ke walimah seorang ikhwah, namun apakan daya saya tidak dapat menghadirinya kerana keberadaan saya di bumi UK ini. Perkahwinan adalah satu tuntutan yang amat di galakkan dalam Islam, Rasulullah SAW suka pada setiap muslim yang berkahwin sehinggakan ada sebuah hadis menyatakan bahawa berkahwinlah sesungguhnya Aku suka pada bilangan umat Islam yang ramai. Namun begitu perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang mudah atau sesuatu yang diikut-ikut, perkahwinan merupakan satu titik perubahan dalam hidup, perubahan yang amat ketara sehinggakan yang muda boleh menjadi matang dan yang matang boleh menjadi dewasa itulah perubahan yang perlu ditanggung oleh setiap orang yang berkahwin.


Saya masih ingat lagi kata-kata mas'ul saya berkenaan penjagaan hati dan diri, tahukah rakan sekalian apa yang kita mahukan semuanya bermula daripada diri kita. Masakan kita ini seorang yang tidak baik akan mendapat seorang bidadari yang baik, sebab yang tidak baik itu pasti akan bertemu dengan yang tidak baik. Ini telah dijanjikan oleh Allah melalui firmannya " lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik"(An- Nur 26). Itu adalah hukum alam yang tidak dapat disangkal, secara logiknya seseorang yang berada dipersekitaran yang kurang elok akan mencari teman dipersekitaran yang kurang elok juga, jadi kita perlu lihat dan teliti bagaimana kita berjumpa dengan pasangan hidup kita adakah di kelab-kelab malam atau di Masjid atau di majlis ilmu.
Sesesiapa sahaja mahukan isteri solehah ataupun suami yang soleh, kalau ditanya berbagai-bagai kesempurnaan dilihat sebagai aspek utama, tapi bagaimana dengan diri anda. Adakah kita cukup sempurna untuk mendapatkan orang yang sempurna. Sebagai contoh, anda memang seorang yang baik, tetapi anda ini sering bersalaman dengan wanita bukan muhrim sebagai tanda penghormatan sahaja bukan kerana nafsu pun. (bersalaman dengan wanita yang bukan muhrim tidak berdosa asalkan tidak bernafsu, sila rujuk blog ustaz hasrizal). Ya..mungkin tidak berdosa, tetapi, itu kan tidak elok dan adalah lebih baik kita mengelak terus dari kita melakukannya walaupun itu satu penghormatan, terbayangkah kita sekiranya isteri kita kelak akan selalu bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim sebagai satu penghormatan juga, tentu kita tidak mahu. jadi bagaimana dengan diri kita?
Begitu juga dengan mencintai seseorang sebelum akad nikahnya atau dengan kata lain bercouple, lagi-lagi di waktu valentine day ini. Ianya disambut secara besar-besaran walaupun di negara yang pemerintahnya Islam. Baru-baru ini saya mendapat tahu melalui salah sebuah surat khabar berbahasa english, sewaktu valentine day tersebut para wanita tidak digalakkan memakai "penties" bagi membuktikan cinta mereka. Apa ni? cinta apa yang dimaksudkan? adakah cinta nafsu atau cinta syaitan yang ingin diagungkan?. Adakah ini persekitaran yang elok? adakah akan lahir rijal-rijal dan nisa'-nisa' seperti Umar Alkhattab, Usamah bin Ziyd, Hassan Al-banna, Siti khadijah, Siti Fatimah dan sebagainnya. Tidak mungkin berlaku kerana ianya dari persekitaran yang tidak diredhai. 


Ingatlah rakan-rakan sekalian, Allah itu maha adil. Apa yang kita buat akan datang pada kita semula. Baik amalan kita baiklah hasilnya. Kepada wanita yang solehah, kamu ibarat buah yang berada di pohon yang tinggi, janganlah sekali-kali menjatuhkan martabat kamu. Kamu adalah seorang yang insan yang dipandang tinggi. Ingat suatu masa dahulu kamu semua tidak ubah seperti binatang dilayan hanya untuk memuaskan nafsu, tetapi Islam telah mengangkat kamu di makam yang tertinggi sehinggakan untuk memilikimu, puak adam ini terpaksa bersusah payah bekerja, belajar untuk mendapatkanmu.
Kepada wanita yang merendahkan martabat mereka, adakah kamu fikir mereka yang solehah, yang tidak bercakap langsung dengan lelaki, yang menjaga diri mereka agar tidak tercemar hatinya, yang selalu menundukkan pandangan itu tidak mempunyai sifat untuk berkasih sayang, tidak rasa untuk mencintai dan sebagainya tetapi apa yang kamu katakan pada mereka adalah mereka ini golongan anti-lelaki, yang hipokrit harapkan tudung sahaja labuh dan macam-macam lagi. Sungguh kamu ini tidak berfikir yang mana yang haq dan yang mana yang batil.
Hidup ini sekali, hiduplah dalam keindahan islam, mati ini juga sekali matilah dalam keindahan islam. Sekiranya mahu selamatkan umat islam saudara kita di Palestine, Iraq, dan juga ditempat-tempat lain semunya bermula dari keluarga yang baik. Mendapatkan keluarga yang baik dan bahagia harus disinari dengan iman.





Sebagai penutup saya sertakan sebuah nasyid yang bertajuk Keluarga bahagia oleh Nowseeheart . Sangat terharu dengan nasyid. Hayati betul-betul ye.. :)

Lagu : Keluarga Bahagia
By : Nowseeheart

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya, yang menimpa
Derai airnya mata mengalir, di darah kita
Membina cita-cita

Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui 
Semurni cinta, SEMURNI CINTA KELUARGA

Huuu........

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
 
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui 
Semurni cinta semurni CINTA KELUARGA

Uuuuuuuu......

Langkah remaja mu ditusuk sembilu
Kembara dewasamu di andarsu
Ingatlah pesan ibu, dengarlah pesan ayah
Kembali ke jalan Allah

Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia (ulang banyak2)

Wassalam

Friday, February 19, 2010

Oh Buah Hatiku... :)


Assalamualaikum Wbt...

Begitu cepat masa berlalu, aku menjadi keliru,
Bbertambah celaru dengan kehadiranmu.
Sebelum ini kau tiada dalam hidupku, 
Namun kini kau menambahkan senyumanku.
Ku tidak sabar menunggumu, datang kepadaku.

Oh ........
Bilakah kita kan ketemu
Bertemu bersama bermadu rindu,
Sungguh aku tidak sabar menuggu
Melihatmu menjadi penawar hatiku


Sayang...
Walaupun dirimu tidak pernah ku tatapi
Walaupun dirimu tidak pernah ku ciumi
Namun aku tahu, saat indah kita pasti bersemi
Kerana aku tidak sabar lagi
Berjumpa mu kasih di hati.

Tunggulah aku sayang
Tunggulah aku pulang
Aku ku pergi kepadamu
Mendakapmu dengan sepenuh hatiku
Mencium pipimu
Melihat gelak tawamu...
Membuatkan hatiku bahagia selalu...

Tunggulah aku wahai anak buahku..
Kita pasti akan ketemu...

Kepada kak wani sila bersalin cepat skit 
Asopi nak baby laki yang hensem macam asopi..

hehe..
Wassalam.

Wednesday, February 17, 2010

Best Tengok Video huhu...


Assalamualaikum Wbt..

Harini rasa nak membuat satu perubahan skit dalam hidup, ape tu? tak leh bagitau insyAllah manusia boleh berubah, yang pasti perubahan itu satu perkara yang amat sukar dilakukan, siapa kata mudah untuk berubah, berubah perlukan persekitaran yang lain, berubah perlukan pendirian yang kuat,dan juga berubah perlukan semangat yang kental. Ada yang kata berubah ini lebih susah dari yang susah ? hurmm apa maksudnye tu? maksudnya memang susah la. Jadi sekiranya kita melihat seseorang itu berubah dari tidak baik kepada baik maka haruslah kita menyokongnya, haruslah kita kagum padanya kerana bukan mudah untuk berubah percayalah. Sebab saya pernah melaluinya dan saya rasa kawan-kawan sekalian juga mungkin sama.

Baru-baru ni dapat sebuah video dari seorang sahabat yang menusuk kalbu. Hurm..perfect time to view the video, itulah yang boleh diungkapkan buat masa itu kerana asyik tension dengan design project..Terima kasih Iqbal kerana memberikan video ni kepada kesemua classmate beliau..

Bukan niat saya untuk memalukan diri mahupun membangga diri, tapi dari video tersebut saya agak tersentuh rupanya sudah banyak aktiviti yang dilakukan bersama rakan-rakan kelas saya ini. Masakan tidak, kami bersama-sama selama 3 tahun, sejak dari malaysia lagi, then fly ke UK bersama-sama, jadi terasa ikatan ukhwah makin menebal antara kami.

Tak nak cakap banyak jom tengak video, 






Bila pikir balik kan, bagus gak ada video ni, supaya dapat mengingatkan kita kisah lame, salah satu kelebihan nya adalah, bila sepasang kawan yang dulu nya akrab, then tiba-tiba bergaduh pastu 2 2 tak nak mengalah, kita tolong buatkan video untuk dorg yang mana video tersebut kita ambilkan gambar mereka berdua sebelum ini (kalau adalah) carilah  mana2 gambar sekalipun dalam facebook ke, friendster ke cantumkan ia, letak lagu feeling skit bagi dorang tersentuh, mane la tau dorang boleh berbaik balik.(Korang paham tak apa yang saya terangkan ni). Baguskan zaman sekarang samada kita tau menggunakan dengan baik atau tidak je, cara memujuk dengan berkesan huhu..

Ukhwah fillah abadan abada :)

Monday, February 15, 2010

Jom Mengimarahkan Masjid Sambil Merapatkan Ukhwah


Assalamualaikum Wbt

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah tuhan Semeta Alam yang menjadikan diri kita hamba yang dhaif dan tidak sempurna, kerana sekiranya diri kita ini sempurna maka kita mungkin akan menjadi riak, jika sekiranya kita ini mempunyai kuasa yang berluasa nescaya kita akan menyalahgunakan kuasa tersebut, jika sekiranya kita ini pandai nescaya kita tidak mempunyai keinginan untuk terus menuntut ilmu dalam mencari
pengalaman hidup alangkah ruginya diri kita.

Alhamdulillah saya melihat sekarang ini makin ramai warga malaysia di Sheffield ini telah berjaya memenuhkan masjid bersolat secara berjemaah bersama-sama terutamanya pada waktu isyak, Bagus... ini satu suasana yang baik dan diharap dapat diteruskan selama-lamanya, mereka (pak-pak arab semua) sudah nampak gelombang rakyat Malaysia di sini, kepada yang tidak selalu dapat hadir ke Masjid, masih tidak terlambat lagi untuk bersama menyertai gelombang ini dan datanglah ke masjid bersama-sama mengimarahkannya kerana disitulah letaknya kekuatan umat islam.


Oleh itu, setelah berbincang dengan manager Masjid Abu Hurairah (Muslim Walfare House) maka beliau telah bersetuju untuk membenarkan pembelian Meja ping pong (table tennis) untuk diletakkan di Masjid. Untuk pengetahuan semua, memang sudah menjadi tradisi bagi masjid ini mempunyai sebuah table tennis sejak permulaan pertubuhan masjid ini lagi. Antara kelebihan table tennis ini adalah dapat menggalakkan umat Islam di Sheffiled terutamanya Warga Malaysia bersama-sama mengimarahkan masjid sambil boleh merapatkan ukhwah bersama-sama.

Perlu diingatkan, masjid bukan tempat untuk bersolat semata-mata tetapi adalah untuk beribadah, beribadah di sini merujuk kepada semua perkara yang dibuat disandarkan kepada Allah dan mendapat pahala. Jadi disebabkan table tennis sebelum ini telah rosak, maka dengan rasa rendah diri saya selaku wakil Malaysia dan caretaker masjid ingin memohon sedikit bantuan kewangan atau derma untuk membeli table tennis bagi diletakkan di Masjid.

Harga yang dianggarkan adalah GBP 300 dan segala derma boleh diberi direct kepada saya atau boleh memasukkan ke dalam account saya seperti berikut

Name : Mohd Saufi Zaini
Bank : Lloyds
Sort Code : 777401
Account Number : 76494360
Reference : Table Tennis

Semoga derma yang sedikit ini akan diterima Allah kerana membantu umat islam menjadi lebih kuat dengan mengimarahkan masjid di sini.

Sekian Wassalam

Mohd Saufi Bin Md Zaini
Caretaker Masjid Abu Hurairah
Vice President SMSA 09/10

Palestine's Conference


Assalamualaikum Wbt

Tahun lepas aku agak sedih kerana tidak dapat menyertai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis Anjuran Ikatan Muslimin Malaysia yang diadakan secara besar-besaran di Komplek PWTC Kuala Lumpur disebabkan keberadaan ku di UK ini. Tetapi Alhamdulillah, Allah telah memberikan peluang yang lain bagiku untuk bersama-sama merasai keperitan rakyat palestin dengan mengikuti sebuah majlis iaitu "Palestine Conference" yang juga diadakan secara besar-besaran di Manchester anjuran Federation Of Student Islamic Society (FOSIS).

Ini adalah sessi kedua macam sessi temuramah la..

Antara penceramah jemputan adalah seperti John Roze, Dr Azzam Tamimi yang sangat dikenali di seantero UK sebagai aktivis dalam memperjuangkan Isu Palestine ini. Saya sangat tertarik dengan semangat yang diberikan oleh mereka untuk menegakkan kebenaran. Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti bagaimana Palestine di tawan, Sejarah Zionisme, Ekonomi Palestine, Semangat juang rakyat palestine dan sebagainya.

Banyak isu yang timbul menyedarkan saya yang selama ini mungkin kurang teliti ataupun tidak sedar dengan kebangkitan rakyat palestine. Yang paling menarik minat saya dalah Dr Azzam Tamimi dengan ceramah yang sungguh bersemangat bergegar dewan conference tersebut dibuatnya. Antara isu yang dibangkitkan adalah kemana perginya semangat juang orang Islam dalam bersama-sama berusaha untuk menyelamatkan rakyat palestine. Semangat juang yang disebutkan bukanlah semata-mata pergi berjihad, kerana umat islam sekarang masih lemah tetapi semangat yang harus ada pada islam sekarang adalah dengan menyedarkan umat islam yang lain bahawa Palestine dalam bahaya. Kesemua umat islam di Dunia ini perlu sedar bahawa Palestine dan Baitulmuqaddis dalam bahaya. 

Sekiranya semangat ini dibangkitkan dari semasa ke semasa atau dipupuk dari kecil lagi bahawa umat islam di Palestine ditindas maka suatu hari nanti pasti akan lahir rijal-rijal dan nisa' nisa' yang kuat dan boleh berjihad di jalan Allah. Selain itu isu yang dibangkitkan adalah Hamas, hamas merupakan Ikhwanul Muslimin di Palestine, ada yang mengatakan Hamas itu jahat, tetapi sebernarnya sangkaan mereka adalah jauh sama sekali. Beliau berkata hamas merupakan manusia yang dipilih Allah untuk berjihad di bumi Palestine, maka mereka sangat beruntung, sekiranya hamas kalah sekalipun, pasti akan ada yang menggantikan hamas dalam memperjuagkan bumi palestine. Itu adalah janji Allah, Allah takkan membiarkan umat islam dan baitulmuqaddis dirampas sepenuhnya oleh Israel laknatullah.

Conference bermula pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 7 malam, segala pengalaman yang diambil cukup menyedarkan saya, walaupun saya terlepas satu sessi kerana pergi makan lunch huhu.. Saya sempat membeli jersey Palestine, mendapat topi palestine, bendera, pen dan juga gelang palestine, so lepas ni kalo nak pergi demo dah ada kelengkapan lengkap All palestine go go :)

Wassalam

Sunday, February 14, 2010

Raja Yang Adil Raja Disembah Raja Yang Zalim Raja Disanggah


Assalamualaikum Wbt

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah tuhan Semeta Alam yang menjadikan diriku ini seorang hamba yang dhaif yang tidak sempurna, kerana sekiranya aku ini sempurna maka aku akan menjadi riak, jika sekiranya aku ini mempunyai kuasa nescaya aku akan menyalahgunakan kuasa tersebut, jika sekiranya aku ini pandai nescaya aku tidak mempunyai keinginan untuk terus menuntut ilmu dalam mencari pengalaman hidup alangkah ruginya diriku ini. Alhamdulillah kerana menjadikan aku hamba yang lemah kerana itu aku berusaha untuk menjadikan diriku terbaik bagi mendekatkan diri kepada mu Ya Allah..(permulaan yang agak feeling skit huhu..)

Blog ini dibuka secara rasminya pada 5 September 2009 setelah saya menonton sebuah cerita yang bertajuk "Cinta Sempurna" yang ditayangkan di Astro Oasis sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Cerita tersebut mengisahkan bagaimana seorang ustaz yang berusaha untuk memperbaiki akhlak anak2 muda zaman sekarang, jadi bermula la perang dunia maya di mana remaja yang ditarbiyah tersebut mengutuk2 ustaz tersebut di dalam blognya dengan mengatakan ustaz tersebut berlagak sebagai holyman. Namun begitu jangan ingat seorang ustaz atau daie tidak maju beliau juga mempunyai blog dan sentiasa menceritakan kisah beliau tentang usaha bagi mentarbiyah remaja tersebut dengan harapan agar semua pembacanya mendoakan beliau berjaya. Waa..mantap kan dunia sekarang boleh berperang dalam dunia maya. Sebab tu saya tertarik beb..huhu..ok tinggalkan cerita ini..

Alhamdulillah selama saya membuka blog ini juga, saya telah menerima banyak sangat positif feedback dari pembaca, ada yang saya kenal mahupun yang tidak kenal, kadang2 rasa diri ini tidak layak untuk dibandingkan dengan ustaz mahupun ilmuan. Kebanyakkan entry ini adalah dari pengalaman saya, jadi saya lebih gemar bermain kata dalam masa yang sama menyampaikan ilmu yang ada di dada. Itu janji saya pada entry saya yang pertama sekali huhu..Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, saya sangat2 terharu dan akan berusaha memperbaiki ke arah yang lebih baik lagi selepas ini. InsyAllah

Ok tinggalkan mukaddimah, kita masuk kepada tajuk sebernar hehe..Kalau anda semua perasan ada entry2 sebelum ini ada berkaitan dengan design project yang saya lakukan. Alhamdulillah penat lelah selama ini berhasil, selama hampir 3 bulan menyiapkan design report serta beberapa discussion dengan group members akhirnya report project saya sempurna huhu..suke2. Tajuk individual report saya adalah "Incinerator Design for Clinical Waste Treatment". Saya menghantar design project On Time tanpa segan silu yeah..Banyak yang dipelajari melalui design project ini antaranya adalah :
  1. Perlu pandai membahagikan masa antara kerja, ibadah, main dan sebagainya kalau tak pandai bahagikan masa maka report akan siap lambat and setiap sehari lambat dari tarikh penghantaran design tersebut akan ditolak markah so sape susah kita gak.
  2. Sentiasa berfikiran kreatif untuk melakukan sesuatu, untuk menjadikan kita diri or pelajar terbaik, perlukan kelainan dalam pekerjaan. Terutama orang melayu selalu berasa puas hati dengan apa yang ada tidak ada kemahuan untuk terus mencipta kelainan.
  3. Saya agak kecewa dengan diri saya sebenarnya, tapi apakan daya disebabkan orang atasan adalah bukan dari orang islam, maka saya terpaksa design sesuatu yang ditegah dalam islam. 
  Overall Design Diagram huhu..

Saya ingin point out the third point kenapa saya rasa kecewa dengan diri saya. Sebenarnya design equipment saya adalah "incinerator". Incinerator adalah satu equipment untuk membakar segala bentuk waste. Jadi sebarang bentuk waste akan dibakar ini termasuk body part manusia. Dalam design project saya, body part manusia juga termasuk di dalam clinical waste. Walaupun saya sudah memberitahu supervisor saya bahawa orang Islam dilarang untuk membakar body part, tapi beliau menegasakan bahawa jangan memasukkan agama dalam akademik, which means agama lain akademik lain ok. Lagipun kita perlu mengikut kebiasaan bagi sesebuah negara. Disebabkan negara UK, tidak ada masalah untuk membakar body part maka there is no reason for me not to do so. Jadi nak tak nak kene masukkan juga body part.

Wahai kawan-kawan yang saya hormati sekalian. Ini adalah salah satu contoh kecil dalam kehidupan kita. Saya tidak salahkan supervisor saya kerana beliau mempunyai asas dan memang tiada masalah bagi beliau. Tapi bagi kita umat islam itu adalah salah. Jadi mana yang silapnya??

Yang silapnya adalah bermula dari pempimpin. Sebab itulah walau bagaimana dia sekalipun, kita perlu mencari pemimpin yang beragama islam supaya islam boleh tertegak di muka bumi ini. Bagaimana pemimpin itu mencorakkan rakyat nya. Kita kene ingat tidak akan redha orang bukan islam selagi orang islam tidak mengikut mereka. Mengikut mereka ini bukan dieertikan dengan mengikut agama meraka sahaja, ia juga boleh dieertikan dengan mengikut budaya meraka, pemikiran meraka, cara mereka, dan macam2 lagi sehingga kita jauh dari islam. Dan sekarang kita boleh lihat betapa ramai orang islam yang berjaya dirosakkan, semuanya bermula dari pemimpin dan fikrah pemimpin itu. Al-quran dan As Sunnah sudah diberi untuk dijadikan panduan tetapi apa yang pemimpin kita ambil sebagai rujukan? Hukum dunia? Siapa yang mencipta hukum dunia ni? 

Tepuk dada tanya iman...

Sama-sama kita fikir-fikirkan...

 Cover Page :)

 
Ni Salah satu combustion Chamber

 
 Ok ni total cost untuk membangunkan project tersebut (Mahal tak ) hurm...

Wassalam..   



Wednesday, February 3, 2010

Ibu Ibu Engkaulah Ratu Hatiku :) "The True Meaning Of Love"

Assalamualaikum Wbt
Sebenarnya aku sengaja menulis entry ini untuk diberikan kepada ibuku, tetapi oleh sebab si Joe budak presidente SMSA ni offer aku untuk masuk pertandingan menulis essei berkenaan dengan tajuk the "true meaning of love" so dah alang-alang macam kene je dengan tema aku pertaruhkan entry ni lah joe ye..hehe..So entry ini adalah untuk weekand @ sheffield.

Usai sudah solat Isyak, seperti biasa aku akan mula untuk memeriksa seluruh kawasan masjid sambil mengemas sedikit kelengkapan masjid, ketika itu ku tinggal keseorangan kerana kesemua jemaah telah pun pulang ke rumah masing-masing. Aku duduk berehat di depan heater untuk mengelakkan kesejukkan terlampau..sambil ku buka Al-Quran, ku membaca dengan cermat sekali, tiba-tiba sejernih air mata ku mengalir membasahi pipi, aku tiba-tiba teringatkan kampung halaman.

Aku ini bukanlah seorang yang homesick sangat yang mudah menyerah kalah pada keadaan, namun itu bukan bererti aku tidak menyayangi keluargaku di Malaysia, cuma aku tiba-tiba kalah dengan diriku sendiri, aku teringatkan emakku. 

Hurm..biarlah orang memangilku anak emak ke? aku tidak peduli..memang fitrah seorang anak mengasihi emaknya melebihi segalanya, kerana di situlah kebahagiaan ku dunia akhirat. Aku masih ingat lagi setiap pagi beliau tidak jemu mengejutku membangunkan aku untuk solat subuh. Yang peliknya, aku sudah set jam, tetapi aku tidak dengar langsung kecuali apabila emakku memanggil namaku untuk solat subuh. Itulah keajaiban seorang emak padaku. Apabila terdengar suaranya sahaja, menjadi mudah untuk bangun, denyutan nadiku laju, hatiku berdegup kencang dan bangunlah aku dari tidur walhal, aku tidur di bilik atas beliau hanya memanggil ku dari bawah, walaupun suaranya kecil sayup kedengaran namun impaknya sangat besar buatku.

Sewaktu aku kecil beliau selalu meletakkan bedak kat mukaku, aku jadi rimas. Tak suka sebab nanti orang tengok macam hantu cina. Tapi disebabkan itu jugaklah aku di sukai ramai akak-akak sebab dorang kate aku ni comel (hehe..perasan). Beliau selalu menyuapkan ku sewaktu kecil, best sungguh rasa suapan emak ni, hati rase berbunga sekiranya dapat makan dari suapan emak, tapi ego seorang lelaki yang mahukan kematangan yang rasakan dirinya sudah remaja malu untuk makan suapan emak lagi sewaktu itu membuatkan aku hilang salah satu nikmat dunia. Namun bila melihat adikku disuap oleh ibuku aku jadi jelous ( cemburu ). 

Umur ku mencecah 13 tahun, aku mula memasuki ke sekolah Agama, itu pun atas nasihat darinya. Beliau tidak pernah memaksaku malah selalu meminta pendapat aku dalam banyak hal. Yang paling aku ingat sepanjang aku berada di sekolah agama tersebut, setiap hari beliau memasak untukku untuk bekalan makanan tengah hari. Kawan-kawanku semua gelak je tengok aku bawak bekal, tapi apabila tiba waktu rehat, dorang yang makan dulu makanan tu, takpelah kongsi kan. Sampailah aku berada di tingkatan 3 aku masih diberi bekal makanan setiap hari tanpa jemu.

Setelah itu aku ditawarkan memasuki ke Sekolah berasrama penuh. Di sini betul-betul mengujiku, apabila pada mulanya emakku tidak bersetuju untukku memasuki sekolah tersebut kerana sekolah tersebut betul-betul dalam hujung dunia katanya. Tapi setelah ku berikan rasional mengapa aku perlu memasuki sekolah tersebut, beliau berat hati menerima pandanganku. Kini tiadalah orang yang mengejutku ketika subuh, tiadalah orang yang menyiapkan makanan kepada ku sebagai bekalan semasa rehat, kesemuanya berubah sama sekali tanpa kehadiran emakku. Aku jadi lemah pada mulanya, namun aku berdiri sendiri dengan penuh keazaman untuk berdikari.

Semasa aku berada di matrikulasi Melaka, tidak jauh dari Selangor, agak kerap beliau bersama ayahku datang melawatku. Aku selalu diberikan nasihat oleh emak agar menjaga diri baik-baik. Melangkah ke alam dunia sebenar bukan semudah yang dijangkakan, salah memilih kawan rosak lah aku, salah memilih persekitaran rosaklah aku. Namun berkat doa daripadanya aku masih menjadi diriku.

Kini aku memasuki sebuah institusi tempatan iaitu University Kebangsaan Malaysia (UKM) atas cadangan dari ibuku. Pada mulanya aku tidak mahu kerana aku mahu meneruskan pengajiaanku di University Teknologi Malaysia (UTM), kerana pada pandanganku UTM adalah sebuah university pengkhususan untuk bidang kejuruteraan. Tapi niatku terhenti aku masih ingat lagi kata-katanya " tinggal kat matrik je dah jauh, ayah nak ulang alik susah, ni sampai nak masuk UTM sampai johor, ayah nanti tak larat, nanti mak nak datang melawat susah, kami makin tua" kata-katu tersebut terus menusuk kalbuku. Tersentak aku dari lamunan, aku terus tersedar, dan aku terus memilih UKM sebagai university pilihan pertamaku. Last-last aku yang balik rumah selalu, dorang tak payah melawat pun kat UKM huhu..

Alhamdulillah, berkat mengikut kata-kata emak, aku melalu saat bahagia di UKM, walaupun hanya 3 bulan berada di UKM, aku dikurniakan ramai kenalan dan teman. Ukhwah terbina sangat utuh, di UKM mengajarku berorganisasi dan macam-macam lagi. Aku masih ingat lagi, semasa di UKM, tidak sampai 3 bulan aku telah melakukan bermacam-macam aktivity. Itu kesemuanya hasil dari mendengar nasihat emak. 

Suatu hari aku membonceng motosikal ke pusanika UKM, aku menerima panggilan dari emakku. Beliau menagis sangat-sangat, aku jadi terkejut, tidak sempat menanyakan apa-apa lagi beliau segera memberitahu, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ku University of Sheffield UK. Ku ingat tangisan itu tangisan kesedihan tetapi itulah tangisan kegembiraan, yang ku tidak paham mengapa begitu kuat tangisannya sedangkan aku baru mendapat tawaran, aku masih tidak tahu samada aku mahu menerimanya ataupun tidak. Tapi naluri seorang ibu yang mengetahui aku akan meninggalkannya jua suatu hari nanti itu kuat. Ku tinggalkan UKM untuk melanjutkan pelajaranku ke UK

Sekarang aku berada lebih jauh dari emakku, makin jauh fizikalku darinya tapi makin dekat hatiku padanya. Aku selalu mengenangkannya terutama sekali masakannya. Waa sedap..baru ku mengerti masak tu susah sebenarnya sebab aku ambil masa untuk memasak, itu baru satu hidangan, dengan penat lagi baru pulang dari kuliah, tapi bagi seorang ibu berlainan, tugas beliau lebih tinggi, beliau harus memasak, mengemas rumah, melipat kain, dan macam-macam lagi, tapi boleh memasak dengan baik dan sedap walaupun penat. Hebat dan mulianya seorang emak ni..SubhanAllah.

Aku teringat lirik dari sebuah nasyid " tangan yang menghayun buayan bisa menggegarkan dunia" itulah tangan-tangan ibu. Terima kasih ku ucapkan untuk emakku, Rashidah Binti Jasin kerana Jasanya yang tak terhingga mendidik anaknya yang degil ni. Beliau seorang yang biasa, tidak berpelajaran tinggi, tidak memasuki university, hanya gadis kampung namun dapat melahirkan dan membesarkan anak sehingga memungkin anaknya untuk belajar jauh di perantaun.  Siapa sangka seorang gadis kampung dapat melahirkan seorang jejaka yang tampan (ceewah) yang mungkin akan menggegarkan dunia suatu hari nanti. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa besarnya jasa seorang ibu datang dari hati kecil itulah "The true meaning of love".

 Bersama dengan emak sebelum berangkat ke UK..meow meow..

Pesanan : Ingatlah jasa ibu terutamanya..Sejauh mana kamu belajar, sejauh mana kamu berjaya, itu semua adalah dari tangan seorang ibu..Ok nak pergi call emak kat umah :)

 Bye Wassalam...