Tuesday, June 28, 2011

Keluarga Tarbiyah




Assalamualaikum wbt


Hurm..bersarang jugak lah blog ni selama ianya ditinggalkan atas banyak urusan, namun Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk terus berkongsi sedikit ilmu di sini. Pikir punya pikir nak bagi nama apa entry ni, tiba-tiba datang idea untuk ku coretkan tentang "keluarga tarbiyah".


Cakap pasal keluarga je, sering aku diusik oleh ikhwah-ikhwah lain, maklumlah perkara ni agak sensitif, kalau naik je umur, ada je orang akan ungkitkan pasal kahwin.." eh sopi dah besar dah boleh kawin". Kalau tamat belajar je " saufi enta dah habis belajar dah boleh kawin ni". Bila dah ada kerja nanti macam-macam orang akan cakap lagi mesti dikaitkan pasal perkahwinan. (sekadar introduction cerita ini)


Ramai orang inginkan keluarga bahagia? bahagia boleh dinilai dengan banyak maksud, ada yang bahagia apabila keluarganya ada harta yang banyak, ada yang bahagia apabila keluarganya dianugerahkan dengan anak yang ramai, ada yang bahagia berkeluarga dengan kekasih hatinya, dan macam-macam lagi jenis kebahagian di dalam sesebuah rumah tangga. Bagiku kebahagiaan yang paling indah apabila keluarga itu tertegak atas dasar dakwah, dan seluruh keluarganya ditarbiyah dengan baik. 


Suami yang ditarbiyah dengan baik, dididik dengan agama, akan menjadi qudwah dalam pembentukan keluarga. Hari-harinya dipenuhi dengan tazkirah kepada keluarganya. Siangnya mencari rezeki yang halal dan malamnya menjadi imam untuk keluarganya. Akhlaknya baik hasil didikan tarbiyah menjadi role model kepada isteri dan anak-anak. Halaqah menjadi teman hidupnya. Isu umat sentiasa menjadi buah mulutnya. Mendidik isteri dan  anak-anak menjadi soleh dan solehah adalah tanggunjawabnya. Kesemuanya adalah hasil dari tarbiyah yang didapatinya sebelum berkeluarga.


Isteri yang ditarbiyah dengan baik, sentiasa memahami penat lelah suami tersayang. Berusaha membantu menjadi sayap kiri suaminya. Bersama suami dikala suka dan duka sudah menjadi hobby nya. Mendidik anak-anak mengenal dan mengamalkan Islam sentiasa menjadi keutamaanya. Qudwah yang baik ditunjukkan kepada anak-anaknya. Sentiasa memberi semangat kepada suami untuk terus berjuang. Kesemuanya adalah hasil dari tarbiyah yang didapatinya sebelum berkeluarga.






Anak-anak yang ditarbiyah dengan baik, akhlak mereka terjaga. Budi pekerti mereka terserlah. Sentiasa menunjukkan akhlak yang baik kepada rakan dan sahabat lain. Menasihati dan dinasihati sentiasa bersama mereka. Sentiasa menjadi rujukan orang ramai. Hati mereka sentiasa tertaut kepada Allah. Jiwa mereka sentiasa dekat dengan Allah. Mereka adalah orang yang ditarbiyah dengan baik oleh ibu bapa mereka. 


Adakah wujudnya keluarga sebegini. Ya....pastinya wujud...kesemuanya bermula dari tarbiyah maka akan lahirlah keluarga yang dinamakan "keluarga tarbiyah".





Fikir-fikirkan
Wassalam


P/s : ISMA akan menganjurkan KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM pada 9 Julai 8 pg- 5 ptg. Nak pergi tapi tak balik lagi kepada sesiapa yang ada kesempatan boleh lah pergi ye huhu..