Showing posts with label Sayang Palestine. Show all posts
Showing posts with label Sayang Palestine. Show all posts

Monday, February 15, 2010

Palestine's Conference


Assalamualaikum Wbt

Tahun lepas aku agak sedih kerana tidak dapat menyertai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis Anjuran Ikatan Muslimin Malaysia yang diadakan secara besar-besaran di Komplek PWTC Kuala Lumpur disebabkan keberadaan ku di UK ini. Tetapi Alhamdulillah, Allah telah memberikan peluang yang lain bagiku untuk bersama-sama merasai keperitan rakyat palestin dengan mengikuti sebuah majlis iaitu "Palestine Conference" yang juga diadakan secara besar-besaran di Manchester anjuran Federation Of Student Islamic Society (FOSIS).

Ini adalah sessi kedua macam sessi temuramah la..

Antara penceramah jemputan adalah seperti John Roze, Dr Azzam Tamimi yang sangat dikenali di seantero UK sebagai aktivis dalam memperjuangkan Isu Palestine ini. Saya sangat tertarik dengan semangat yang diberikan oleh mereka untuk menegakkan kebenaran. Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti bagaimana Palestine di tawan, Sejarah Zionisme, Ekonomi Palestine, Semangat juang rakyat palestine dan sebagainya.

Banyak isu yang timbul menyedarkan saya yang selama ini mungkin kurang teliti ataupun tidak sedar dengan kebangkitan rakyat palestine. Yang paling menarik minat saya dalah Dr Azzam Tamimi dengan ceramah yang sungguh bersemangat bergegar dewan conference tersebut dibuatnya. Antara isu yang dibangkitkan adalah kemana perginya semangat juang orang Islam dalam bersama-sama berusaha untuk menyelamatkan rakyat palestine. Semangat juang yang disebutkan bukanlah semata-mata pergi berjihad, kerana umat islam sekarang masih lemah tetapi semangat yang harus ada pada islam sekarang adalah dengan menyedarkan umat islam yang lain bahawa Palestine dalam bahaya. Kesemua umat islam di Dunia ini perlu sedar bahawa Palestine dan Baitulmuqaddis dalam bahaya. 

Sekiranya semangat ini dibangkitkan dari semasa ke semasa atau dipupuk dari kecil lagi bahawa umat islam di Palestine ditindas maka suatu hari nanti pasti akan lahir rijal-rijal dan nisa' nisa' yang kuat dan boleh berjihad di jalan Allah. Selain itu isu yang dibangkitkan adalah Hamas, hamas merupakan Ikhwanul Muslimin di Palestine, ada yang mengatakan Hamas itu jahat, tetapi sebernarnya sangkaan mereka adalah jauh sama sekali. Beliau berkata hamas merupakan manusia yang dipilih Allah untuk berjihad di bumi Palestine, maka mereka sangat beruntung, sekiranya hamas kalah sekalipun, pasti akan ada yang menggantikan hamas dalam memperjuagkan bumi palestine. Itu adalah janji Allah, Allah takkan membiarkan umat islam dan baitulmuqaddis dirampas sepenuhnya oleh Israel laknatullah.

Conference bermula pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 7 malam, segala pengalaman yang diambil cukup menyedarkan saya, walaupun saya terlepas satu sessi kerana pergi makan lunch huhu.. Saya sempat membeli jersey Palestine, mendapat topi palestine, bendera, pen dan juga gelang palestine, so lepas ni kalo nak pergi demo dah ada kelengkapan lengkap All palestine go go :)

Wassalam

Thursday, January 7, 2010

Kalau Firaun tu Firaun Jugak


Assalamualaikum Wbt..


Kalau cerita tentang artis semua korang tau

Cerita pulak pasal bola tak kesah dalam negara atau luar negara pun korang tau sampai tarikh match satu musim korang tau

Tanye lagi games, movie pe nak keluar kat wayang semua korang tau

Tapi bila tanye pasal palestin, haram tak tau ape2..

Ada yang tahu, tapi tak ambil peduli..


Ini ke umat islam?

Mana pergi kekuatan umat islam

Mane hilangnya, Salahuddin Al-Ayubbi sekarang...

Korang tahu tak Umat Islam di Palestin kene serang

Mat salleh pun tahu tau..

Dorang pun menentang tindakan zionis laknutullah ni

Dorang tentang atas dasar kemanusia


Baru-baru ni umat Islam ditindas lagi..


Ni pasal VIVA palestin pulak...Bersusah payah rakyat dunia ni kumpul bekalan makanan ubatan dan kesemuanya lah untuk orang palestin di GAZA, tetapi disekat oleh Anjing israel yang tut..ni sape lagi kalo bukan negara firaun ni..(Eee..bengang tul)..rombongan viva palestine tu lagi 60km nak smpi GAZA tp dihalang oleh polis mesir ni..Aku tul2 tak paham la pe yang si Hosni ni pikir..die ni tak rase bersalah ke as muslim, kalo amerika ni boleh diterima lagi orang kafir dorg ni orang islam hampeh tul.. (bookmark laman web ni)






Bukan itu sahaja, Pasukan Viva palestin ni terpaksa berundur ikut jalan jauh melalui laut mediterranean ke pelabuhan El-Arish di Mesir pada malam Ahad lalu dengan menaiki sebuah kapal kargo Turki yang dalam perjalanan ke semenanjung Gaza. (palestinkini info) jadi korang paham-paham la nak sewa kapal pulak satu hal lagi..





Ni kisah kat GAZA pulak, sebanyak 35 orang palestine kene tibai dengan tentera mesir ni..(aku kalo boleh nak tulis laknatullah tapi sbb mesir ni bukan semua jahat) dan mereke telah berjaya mencederakan kesemua 35 orang tersebut (pale otak die) setelah berlakunya demo membantah penyekatan viva palestin. (Korang bayangkanlah..bekalan tu semua untuk dorang mestilah dorang menentang..) selain itu 5 orang masuk hospital beb (tahniah kepada tentera mesir korang jawab kat akhirat nanti) ni untuk keterangan lanjut "The Voice Of Palestine" 





Lepas korang bace ni apa yang korang rase..??

Marah
Bengang
Tak tahu
Biasa je


Kalau aku memang bengang la tu pasal entry sebelum ni baik je bahasa..tapi pasal bab ni no compromise..aku bedal je kutuk..


Wahai umat islam semua..bangkitlah..doakan palestine itu semudah2 bantuan yang korang dpt berikan


Ambil ikhtibar dan ambil tahu pasal dorang sume, dorang tu saudara kita, tak kesian ke?


Banyak organisasi yang korang boleh menderma kalo kat Malaysia tu ada Aman Palestin, PACE macam2 la..Kalau kat UK ni ada Interpal. Jadi support la saudara kita ni, at least akhirat nanti Allah tanye, korang dengan besar hati jawab saya dulu rase prihatin dan sentiasa sedekah pada rakyat palestin


Ni ha aku bagi info pasal badan2 yang tolong palestin korang boleh derma kat sini


Aman Palestin 
Nama : Aman Palestine
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787 

Refence : Tabung Palestine



PaceMalaysia
Nama : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Bank : Maybank
No account : 562209608847.
Reference : VIVA Palestine


Interpal
Sila Derma ikut laman web ni


Untuk budak2 sheffield ade jugak untuk korang..
Name : A R B Mohmad
Bank : HSBC UK
Sort Code : 404131
Account Number : 41535366
Reference : Tabung Palestin 2010


Jom menderma...









Fikir-fikirkan 
Wassalam



Tuesday, December 29, 2009

Maafkan ku Palestin Ku Terleka Seketika




Assalamualaikum Wbt


Sebenarnye saya ingin meneruskan cerita saya berkenaan "hatiku basah kembali part 2" tetapi niatku terhenti apabila saya terbaca banyak artikel tentang saudara seislam kita..Terima kasih kepada senior saya saudara shahnom kerana menyedarkan saya yang lupe dengan keseronokkan dunia sementara ini.


Tahukah anda semua keadaan saudara-saudara kita di Palestin semakin hari semakin ditindas. Sedang kita sedang gembira bermain salji, sedang kita bergembira berukhwah sesama saudara islam kita di sini, kita lupa bahawa ada saudara islam kita di sana yang menderita, di sini mungkin salji turun dari langit, tetapi berbeza keadaannya di sana, peluru-peluru turun dari langit untuk memakan mangsa yang tidak bersalah. Maafkanku saudara-saudara seislam ku semua di sana. Aku sedikit terleka dan alpa dengan kesenangan di sini.





Tahukah kalian bahawa saudara kita semakin tedesak dan ditindas tanpa rasa kasian, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita besar tentang Mesir yang membina tembok besar yang memisah mesir dan gaza. MasyAllah, kenapa umat islam menindas umat islam sendiri, Implikasi dari tembok besar ini adalah bantuan akan tersekat SEPENUHNYA. Bagaimanakah keadaan saudara kita nanti





Sedarkah Anda


Sedarkah Anda


Tidak cukup dengan itu baru-baru ini sahaja tentera Israel laknatullah itu telah membunuh seramai 6 orang dalam 2 kejadian. 3 orang terbunuh semasa tentera israel mengenakan tembakan amaran kepada sekumpulan rakyat palestin yang cuba untuk melepasi kawalan keselamatan oleh pihak israel laknatullah daripada GAZA ke israel dan 3 orang yang syahid semasa pihak israel menyerang tebing barat.







Tak Sedar lagi ke?

Umat Islam makin di tindas masih lagi leka 


Tak Sedar lagi ke?


Korang tau tak keadaan di Palestin bagaimana sekarang?


Bukan itu sahaja, si tali barut israel laknatullah ni pun join sekali, sape tu? Mesir la.. ape lagi..Mesir ni lagi satu bukan sahaja dia membina tembok yang besar untuk menyekat makanan semua, tetapi ada agenda lain lagi yang mereka rancangkan untuk MUSNAHkan umat islam. Satu sumber rahsia sulit mendedahkan bahawa Mesir sedang merancang untuk menenggelamkan sempadan bahagian Palestin dengan Air laut.Tanah mesir takdelah terjejas sebab ade tembok tu..tengok tu pandai tak dorang, dalam masa yang sama menyelamatkan sempadan mesir. Antara sebab si Mesir ni nak tenggelamkan palestin ni adalah untuk mengelakkan palestin membina terowong baru ke Mesir selain itu meruntuhkan struktur terowong yang sedia ada. Air laut yang banyak garam tu boleh bagi menjejaskan kesuburan tanah palestin. ( Dipetik dari Blog Shahnom)



Masih berseronok lagi?


Seronok lah dengan apa yang korang ada sekarang


Kelak di akhirat saudara kita di Palestin menyanyakan mana kita pergi?


Kenapa tidak membantu mereka?


Apa yang kita jawab?


Kalau mereka tanya lagi..

Tahukah apa yang terjadi pada kami?


Bukankah Baitul Maqdis tu milik umat Islam?


Kenapa kamu semua tidak tolong kami?


Kamu bukan umat Islam kah?


Di mana kamu semasa kami perlukan pertolongan?


Apa kita nak jawab?


Apa kita nak jawab nanti?


Tak Malukah Kita?





Setidaknya kita mengambil tahu perkembangan yang terjadi di Palestin, ini tidak lebih pentingkan bola, EPL, politik, dunia hiburan, dan sebagainya yang melalaikan. Masing-masing bergaduh pasal masalah furu' yang kecil ni tanpa pedulikan masalah umat yang lebih besar..


Apa yang kita boleh buat?


Sebaik-baik jihad adalah berperang, sekiranya tidak mampu, lakukan apa yang termampu seperti demo Palestin di tempat masing-masing, Berdoa tu penting, tak payah tipu la tak boleh buat, semua pasti boleh buat, jangan pikirkan diri sendiri je, berdoa la untuk saudara kita yang lain juga. Banyak lagi cara yang boleh kita buat jadi jangan berlengah lagi, lakukan sesuatu untuk saudara kita seislam di Palestin, Palestin milik kita semua umat Islam..









Sedarlah Wahai Umat Islam
Sedarlah Wahai Umat Islam



Fikir-fikirkan 
Wassalam