Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Tinggalkan Isteri Kerana Sayangkan Allah



Assalamualaikum wbt



Mari kita tanya diri kita, apakah cita-cita atau matlamat tertinggi kita hidup di dunia? pasti ada yang meletakkan wang, anak isteri, bercuti sebagai target mereka. Adakah kita lupa tujuan penciptaan kita di dunia ini adalah semata-mata beribadat kepada Allah. Perkara yang simple, hidup di dunia ni ibarat alat untuk kebahagiaan di akhirat. Bagi sesiapa yang lupa atau mengerjar kemewahan dunia, sedarlah kebahagian di dunia ini sementara.

Sempena malam-malam terakhir Ramadhan, banyakkanlah bermuhasabah apa ntah lagi beribadat kepada Allah. Beberapa hari lalu saya baru mengetahui tentang sebuah hadis ini,

 Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, ”Bila telah memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, Nabi menghidupkan malam, membangunkan keluarganya (istrinya) dan meninggalkan istrinya (tidak berhubungan suami isteri). (HR Bukhari dan Muslim)

Apa yang saya tertarik adalah nabi meninggalkan isterinya di 10 malam terakhir. Inilah yang saya rasakan perkara yang agak sukar dilalukan bagi orang yang sudah berkahwin. Namun begitu, malam semalam semasa saya berikitkaf di salah sebuah masjid, saya merasakan masih ada yang mempraktikkan hadis ini. Saya berkenalan dengan seorang hamba Allah ini, beliau hanyalah seorang engineer bukan seorang ustaz. Isterinya seorang doktor. Apa yang saya tertarik mengenainya adalah, beliau selama 3 hari ini tidak pernah bertemu isterinya. 

Kesimpulannya, sesiapa pun kita, sekiranya ditarbiyah dengan baik, dan sanggup berkorban untuk agama, kita akan dipandang mulia oleh Allah. 

Fikir-fikirkan dan selamat beramal
Wassalam

P/s : Kalau die seorang engineer boleh lakukan, insyAllah aku juga seorang engineer boleh lakukan juga suatu hari nanti :)

Friday, August 19, 2011

Kehidupan harus diteruskan

Assalamualaikum wbt


Aku duduk termenung kerana kepenatan bermain bola malam tadi, Ya siapa kata di bulan puasa tidak boleh riadah? hak kepada badan juga harus dijaga. Kebetulan malam ini sungguh dingin dengan hujan yang turun membasahi bumi membuatkan aku mengelamun dengan lebih jauh.


Aku terkenangkan zaman persekolahanku, sungguh lucu dan indah walaupun ada padanya kenangan pahit namun itulah asam garam dalam kehidupan. Aku mempunyai banyak sekolah bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Aku banyak berpindah-pindah sekolah kerana banyak sebab, walaupun aku tidak menggemarinya namun perpindahan tersebut tidak dapat dielakkan untuk kebaikan diriku. Antara sekolah-sekolah yang pernah aku belajar suatu ketika dahulu termasuklah sekolah-sekolah tersebut




  1. Sekolah rendah kebangsaan Sg buloh
  2. Sekolah kebangsaan bandar baru sg buloh
  3. Sekolah rendah agama zahidiah
  4. Sekolah KAFA Al-Islah
  5. Sekolah agama menengah paya jaras
  6. Sekolah berasrama penuh integrasi Sabak Bernam


Banyak bukan? bermula dari sekolah inilah aku mula mengerti erti kehidupan, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Aku seperti budak-budak lain yang agak nakal. Cinta monyet? huhu aku pernah merasainya. Buat cikgu menangis ? aku pernah melakukannya. Bergaduh? aku pernah bertumbuk dengan rakan-rakanku. Bila mengenangkan balik, betullah apa yang dikatakan orang dahulu, kenangan pahit itulah yang buat kita terkenangkan suatu hari nanti dan pasti akan tersenyum mengenangkannya kembali. Itulah yang aku rasai sekarang.


Seperti yang ku katakan tadi, setelah zaman persekolah juga aku banyak berpindah randah. Namun aku bersyukur dengan sebab ini, aku mengenal manusia dengan lebih ramai. Antara insititusi-institusi yang pernah ku belajar adalah seperti berikut


  1. Kolej Matrikulasi Melaka
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia
  3. Malaysia Institute Chemical and Biological Technology
  4. Univeristy of Sheffield.
Di sini juga banyak dugaan yang aku hadapi dan harus kutempuhi. Aku mula mengenal sifat manusia dan mula memikir apabila berkhirnya zaman persekolahan. Bagaimana sifat ingin menjatuhkan orang lain, sifat tidak berpuas hati, sifat dengki namun begitu ada juga ramai yang bersifat baik, di sini aku mula mengenali dengan lebih luas apa itu ibadah yang sebelum ini hanyalah aku tumpukan pada solat semata-mata. Aku mengenali apa itu ukhwah, aku mengenali apa itu dakwah dan tarbiyah dan macam-macam lagi. 

Aku mula mengerti erti kehidupan sebenar apabila berada diluar negara. Negara yang maju hasil dari pemikiran manusia yang bertamadun. Manusia yang bertamadun adalah mereka yang mempunyai budi pekerti yang tinggi. Itulah yang dpt ku simpulkan hasil dari pemerhatian aku sepanjang 3 tahun berada di bumi UK. Walaupun ada segilintir dari mereka yang rosak akhlak, namun itu tidak mencacatkan pandangan aku kepada orang yang lain kerana aku yakin dalam sebuat masyarakat yang bertamadun pasti ada sebahagian kecil menjadi hasilan gagal kerana bukan semua manusia boleh terima sistem yang sama.

Dan sekarang aku telah pulang ke tanah air. Zaman belajar aku tidak terhenti sebegitu sahaja, aku masih boleh teruskan belajar, namun tidak senormal seperti dahulu. Sekarang aku perlu lebih berdikari, menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Hidup ini bukanlah indah seperti cerita-cerita fairy tale, tidak selalunya indah, pasti akan ada turun naiknya. Aku harus bersedia dengan sebaik mungkin untuk mengahrunginya kelak, insyAllah. Apa yang akan terjadi kepadaku nanti??? hanya Allah yang maha mengetahui. Apa yang aku tahu, kehidupan harus diteruskan. Aku akan terus berusaha menjadi khalifah yang baik di dunia ini kerana aku tahu, kehidupan di dunia ini adalah jambatan untuk akhirat, bukan matlamat tetapi hanyalah alat.

Wallahulam

Wassalam

Mohd Saufi Zaini
3 am
20 Ramadhan 
20 Ogos 2011

Monday, February 21, 2011

Cinta Kepada Allah itu Fitrah Manusia

Assalamualaikum wbt


Saya masih teringat, pada hari lahir sahabat saya, kami menyambutnya dengan meriah walaupun sederhana, menampakkan keakraban kami semua, setiap orang pasti akan melahirkan azam dengan usia yang makin meningkat. Apabila ditanya apakah azam sahabat saya, maka dia menjawab ingin menjadi seorang yang lebih baik. Saya pun terfikir, bagaimanakah yang dinamakan baik tu? apakah ciri-cirinya? dan apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi orang yang baik?






Bagaimanakah kita mahu menjelaskan kebaikan itu? 


Bagi saya, seorang yang baik adalah orang yang berusaha untuk mem"baik"kan orang lain ataupun dengan erti kata lain mereka ingin membawa orang menjadi baik bersama-sama kita. 


Jadi bagaimana caranya? 


Caranya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan membawa manusia kembali kepada PenciptaNya dan memandu mereka ke jalan yang benar. Tiada yang Maha Baik selain dari Allah. Maka harus berusaha mendekatinya dengan apa cara sekalipun. 


Di dalam diri manusia ada sebuah aset yang dinamakan "Aset Fitrah". Aset ini adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Ianya datang bukan kehendak manusia tetapi Allah yang meletakkan dalam diri manusia. Antara contoh Aset Fitrah adalah konsep ketuhanan. Setiap manusia pasti mempunyai fitrah untuk bertuhan, tidak kira lah ianya dari agama Islam, Kristian, Hindu, Budha dan lain, mereka yakin adanya suatu kuasa yang lebih besar daripada mereka yang menciptakan alam ini. Mari kita selokar sirah, sebagai contoh Nabi Ibrahim seperti yang termaktub dalam Al-Quran :


" Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar : Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat dan kaummu dalam kesesatan yang nyata. Dan demikian Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim Kebesaran dan Kekuasaan Kami di langit dan di bumi supaya menjadilah dia dari orang-orang yangn percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka keitka dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang(bersinar-sinar) lalu dia berkata : Inilah tuhanku? Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula : Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata : inikah Tuhanku? maka setelah bulan itu terbenam berkatalah dia : Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat. (Surah An-An'am, 76-79).


Jadi tanyalah diri sendiri mengapakah Allah merakamkan kisah ini di dalam Al-Quran? bukanlah untuk dijadikan cerita kanak-kanak tetapi untuk dijadikan tauladan kepada kita bahawasanya dalam diri manusia itu ada fitrah untuk mengagungkan Tuhan. Tetapi apabila kita telah mengenal tuhan, tahu kehebatan Allah, tahu Keagungan Allah, kita masih lagi boleh alpa. Seolah-oleh kita telah berlaku zalim pada fitrah untuk bertuhan. 


Ramai yang lupa, mereka ada Allah yang sentiasa bersama mereka. Biarpun seluruh dunia membenci mereka namun Allah itu Maha Menyayangi diri mereka yang sentiasa bersama mereka ketika susah dan senang, biarpun seluas lautan dosa mereka kepada Allah namun Allah itu Maha Pengampun yang sentiasa akan mengampunkan diri mereka.


Selepas mengenal tuhan maka Aset Fitrah seterusnya hadir iaitu inginkan kebaikan. Ya sahabat, fitrah manusia inginkan kebaikan, walau sejahat mana dirinya pasti ada sekelumit kebaikan dalam hatinya. Itulah fitrah yang Allah berikan kepada semua makhluk ciptaanya. 


Dengan kebaikan dalam dirinya, maka dia terpanggil untuk membaikkan orang lain dengan mendekatkan diri kepada Allah atau berdakwah kepada yang Esa. Dia tidak mahu merasai kebaikan seorang diri, dia merasakan syurga itu terlalu besar untuk dirinya seorang, maka tanpa berfikir panjang dia akan bersusah payah untuk menjadikan orang sekelilingnya baik, biarpun terpaksa menempuh dengan pertelingkahan, kutukan, cacian dan sebagainya namun azamnya tidak pernah luntur untuk membaikkan orang lain.


Sebagai konklusinya, orang yang baik adalah orang yang berjuang @ berdakwah kepada Allah, kerana Allah itu Maha Baik dan mendekatkan diri kepada yang baik akan menjadikan kita, orang yang baik.




Carilah Allah..
Kembalilah kepada Allah
Bantulah agama Allah

Nescaya kamu akan termasuk dalam golongan yang "baik" bukan sahaja di mata manusia bahkan di mata yang Maha Pencipta Allah Azzawajalla..





Sempat lagi update blog dalam lab hehe..

Thursday, June 24, 2010

Antara UK Dan Mesir :)

Assalamualaikum Wbt


Bumi Uk, bumi yang penuh ketengangan, suasana yang cantik, aman damai, cuaca yang sentiasa dingin seperti berada di dalam bilik ber air cond. Persekitaran yang hijau, sejuk mata memandang. Taman yang indah dihiasi dengan bunga-bungaan cantik yang berwarna warni. Namun... hatiku tetap tidak aman melihat cara hidup mereka yang jauh dengan cara hidup islam. Pemakaian yang semakin terbuka akhir-akhir ini membuatkan aku letih. Pergaulan yang melampaui batas memeningkan kepalaku. Tetapi aku tetap bersyukur kerana masih lagi berada di persekitaran yang baik di bumi UK tersebut.




Bumi Mesir, bumi yang panas, yang payah, yang penuh dengan pancaroba. Cuaca yang panas membuatkan aku terguling-guling ketika tidur. Persekitaran yang berdebu jauh berbeza dgn persekitaranku sebelum ini. Sampah sarap bersepah-sepah. Sentiasa letih dan berpeluh. Orangnya yang suka mengambil kesempatan. Sistem yang susah dan sebagainya. Namun...aku masih boleh bergembira, Masjid dapat dilihat merata-rata. Azan dapat dilaungkan dengan megahnya dan saling sambung menyambung. Pembacaan Quran dilakukan di mana-mana.  Hatiku kembali basah ketika berada di sini. Aku menjadi mudah untuk beramal. Imanku kembali bersuara. Jiwaku kembali berbicara. Resahku hilang. Walaupun hidup di sini tidak seindah di UK, namun aku tetap mampu tersenyum kerana aku mampu belajar untuk bermujahadah. Keselesaan yang melampau di UK menyebabkan aku jauh dari yang Maha Pencipta. 






Setelah seminggu exam berlalu, keadaan di Sheffield begitu lengang sekali, Menjadi lumrah pelajar Malaysia di sini untuk pulang bercuti pada setiap tahun, duit bukan menjadi masalah bagi pelajar di sini. Jadi tidak hairanlah pelajar-pelajar di sini hidup dalam keadaan mewah .Hanya segelintir pelajar Malaysia yang masih sanggup untuk mendaki bukit bagi menunaikan solat fardhu yang terbaik iaitu solat secara berjemaah di Masjid. Ya..di Sheffiled hanya orang yang layak sahaja yang dipilih Allah untuk ke Masjid. Manakan tidak, Masjid yang terletak di atas bukit memerlukan pengorbanan untuk dijejaki. Mengambil masa selama lebih kurang 20 minit (jika berjalan biasa) untuk ke sana menyebabkan hanya sebahagian manusia sahaja mampu ke sana.






Berbeza pula di Mesir, walaupun telah beberapa hari exam berlalu, namun suasana di sini semakin meriah, lebih banyak aktiviti dijalankan ketika waktu cuti. Kerinduan di tanah air ditolak ketepi. Penerusan dakwah dilakukan malah diperbanyakkan. Ukhwah dibina lebih utuh. Walaupun hidup tidaklah seindah dan semewah di UK namun itu bukan penghalang bagi mereka membelanjakan duit mereka ke jalan dakwah.






Terkadang aku terfikir, sekiranya Allah menukar cuaca dan persekitaran di Mesir ini menjadi UK dan di UK menjadi mesir kan lebih elok. Persekitaran yang cantik menunjukkan Islam itu cantik. Cuaca yang baik membuatkan Islam mudah diamalkan. Namun sangkaanku meleset sama sekali apabila aku ditegur oleh sahabatku di sini. Sekiranya Allah menukar UK kepada Mesir dan sebaliknya, maka Islam akan lebih mudah jatuh dan hanyut dalam arus duniawi. Islam akan tenggelam habis dengan kemodenan. Dan yang paling teruk adalah tiada Islam lagi di Dunia ini. Jadi bersyukurlah kepada Allah yang menjadikan Islam bertapak di Bumi yang panas dan susah ini. Kerana dengan kesusahan inilah, umat Islam dapat bangkit, lebih kuat dan dapat beramal dengan lebih banyak untuk mendapatkan syurga yang dijanjikan nikmat terbaik yang tidak tercapai oleh akal manusia.


Wallahulam...

Monday, May 10, 2010

Dimanakah Letaknya Kecantikan Wanita :)

Assalamualaikum Wbt


Dimanakah Letaknya Kecantikan Wanita ??
Adakah Pada Lirikan Mata Yang Menggoda
Senyuman Yang Mempersona
Gelakan Yang Manja
Atau Pakaian Yang Menjolok Mata


Ramai Yang Berpendapat Kecantikan Luaran Menjadi Ukuran 
Hanya Segelintir Berpendapat Agama Menjadi Nilaian

Tetapi Ingatlah Wanita Yang Cantik Itu
Adalah Wanita Yang 

Menjaga Maruahnya
Menjaga Pergaulan 
Menjaga Tatatertibnya 
Menjaga Keimanannya 
Menjaga Kesetiaanya

Sopan Santunnya Penyejuk Rasa
Pakaianya Sopan Melambangkan Kegadisan Islam
Menghormati Orang Yang Lebih Tua Menunjukkan Keperibadiannya Mulia

Itulah Ciri-Ciri Kecantikan Seorang Wanita Islam....





Adakah anda ingin menjadi golongan di sebelah kanan ini ataupun disebelah kiri ??

Fikir-fikirkanlah
Wassalam..

Thursday, April 22, 2010

Masihkah Adakah Karat Jahiliyah Dalam Dirimu...

Assalamualaikum Wbt...


Agak lama saya meninggalkan blog ini, sehingga ditegur oleh beberapa orang sahabat,  minta maaf atas segalanya. Sejak akhir2 ini, rasa diri ini seperti tidak layak untuk menyampaikan ilmu di dada kerana ketidaksempurnaan diri. Akhir-akhir ini rasa seperti banyak membuat dosa, tapi tidak mengapa, kita hanya manusia lemah, hanya tuhan tempat mengadu.


Teringat kata-kata dari naqib saya baru-baru ini, kata-katanya lebih kurang begini, Jangan meletakkan diri kita seperti apa yang dipandang orang pada kita, tetapi letaklah diri kita pada pandangan kita. Agak complicated kan..maksudnya, kadang-kadang orang melihat kita ni seperti tidak baik, mereka meletakkan diri kita pada tempat yang tidak baik, tetapi kita dan Allah yang mengetahui bagaimana diri kita. Begitu juga dengan kebaikan, apa yang dilihat orang akan kebaikan kita, lalu mereka menyatakan kebaikan pada diri kita tidak seharusnya kita meletakkan diri kita pada kata mereka, kerana barangkali dibelakang mereka kita ada membuat banyak kesilapan yang hanya diketahui oleh Allah. Jadi kita sendiri mengetahui kehebatan dan kelemahan kita dan disitulah kita mula memperbaiki diri.






Sedar tak kita sebenarnya banyak amalan jahiliyah yang telah meresap dalam diri kita. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, bahawasanya salah satu perbuatan jahiliyah yang tidak akan ditinggalkan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah meratapi atau menangisi dengan berlebihan akan musibah yang Allah berikan.  Setiap manusia tidak akan terlepas daripada diuji  Allah, kerana ujian tersebut dapat membuktikan iman kita kepada Allah. Namun begitu, apabila Allah  memberikan musibah dan ujian, kita sering mengeluh. Sebagai contoh, mungkin ada yang mengatakan " Kenapa Allah ni, punyalah ramai manusia di muka bumi kenapa aku juga yang kena, Kenapalah Allah ni turunkan musibah padaku sedangkan aku punyalah susah bersembahyang kepadaMu kenapa tidak diturunkan kepada mereka yang kufur padamu?" dan macam-macam lagi..sedarkah kita? mestilah kita tidak sedar,sebab kita memang sedih bangat ketika itu.Tapi ingatlah berwaspadalah dalam percakapan terutamanya ketika diuji dengan musibah, percakapan seperti tersebut adalah salah dalam agama, ianya menunjukkan seperti kita tidak berpuas hati pada takdir Allah. Dalam menghadapi kesedihan, dibolehkan untuk kita menangis, maka menangis lah sekiranya ingin menangis kerana menangis itu harus, tetapi janganlah berlebihan sehinggakan meraung dan meratapi musibah tersebut. Meratap, meraung inilah yang tidak dibolehkan dan merupakan perbuatan jahiliyah suatu ketika dahulu.


Perbuatan jahiliyah seterusnya yang dilakukan oleh umatnya sehingga hari kiamat adalah sikap suka mencaci, mencela dan mengutuk keturunan orang lain. Hurm ada apa dengan keturunan? "Siapa dia Kassim Selamat, lawyar, Majistrit...tidak...ahli muzik, ahli muzik !!!! ...memang pantang datuk nenek aku ahli muzik" petikan dari kisah ibu mertuaku, ayat yang simple tapi membawa maksud yang mendalam huhu.. Keturuanan bukanlah satu aset untuk kita banggakan. Islam itu mudah, kemuliaan Allah bukanlah pada keturunan, tetapi pada amalan hambanya seperti firman Allah dalam Surah Hujarat : Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih bertakwa di kalangan kamu." (Surah al-Hujrat ayat 13). Apa salah seseorang itu sekiranya dia berasal dari keluarga yang miskin, penoreh getah, penggali kubur, dan sebagainya, mengapa keluarganya dan keturunannya dicela dan diejek sebegitu sekali, bukankah mereka juga mencari makanan yang halal. Dimanakah keadilan Allah sekiranya keturunan menjadi sandaran untuk memasuki syurga? Tidak kiralah kita berketurunan raja, mahupun golongan bangsawan, kita tetap sama disisi Allah, jadi janganlah berbangga dengan keturunan kita.




Sahabatku, mari kita refleksi diri kita semula adakah masih ada karat jahiliyah yang bertapak dalam diri. Tidak guna kita bersusah payah menasihati manusia lain, menjalankan dakwah kepada orang lain sekiranya diri kita ataupun keluarga kita sendiri masih terbelenggu dengan karat jahiliyah ini. Islam datang menyuburi akidah, menyinari akhlak, dan membuang jahilyah, janganlah kita menanam semula sifat jahiliyah yang telah lama hilang dalam diri setiap muslim.


Layan dulu cite P.Ramlee hehe..





Fikir-fikirkan
Wassalam

Tuesday, April 20, 2010

Bersyukurkah Kita Beragama Islam?

Assalamualaikum..


Shh..shh..bunyi hembusanku..membuang habuk di blog ku ini huhu...agak lama ditinggalkan kerana kesibukan kerja dan jawatan. Ada orang yang menulis blog untuk melepaskan perasaan, ada yang menulis blog untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, ada juga yang tulis blog untuk berdakwah terpulang la pada niat seseorang untuk menulis blog asalkan tidak menggunakan blog ini untuk mengutuk ataupun merendahkan orang lain sudah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang masih memberikan aku 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tajuk kali ini lebih santai kerana ingin memanaskan kembali keringatku dalam menulis blog :) . Teringatku di masa dahulu, ketika aku masih belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), aku sangat rapat pada seorang seniorku. Beliau merupakan seorang ketua pelajar di sebuah kolej di mana tempat ku menetap. Setelah lama ku kenali dia, barulah ku ketahui bahawasanya beliau seorang muallaf dari seoarang kristian memeluk agama islam. Beliau berasal dari Serawak, dan merupakan seorang anak melayu. Kenapa aku mengucapkan syukur ke atas dua nikmat terbesar ini? kerana bukan semua orang lahir di dunia ini mendapat 2 nikmat tersebut.


Berbalik kepada seniorku dahulu, aku masih ingat lagi ceritanya ketika kecil. Beliau seorang yang sangat ramah dengan orang lain. Sejak dari kecil beliau selalu bergaul dengan orang melayu yang beragama islam, sehingga beliau tertarik dengan keindahan islam. Aku bertanya apakah yang menyebabkan Islam itu indah di matanya. Jawapanya mudah iaitu AZAN. Beliau suka mendengar lauangan Azan, setiap kali laungan tersebut bergema di seluruh pelusuk udara rumahnya beliau mula berasa takjub dengan kalimah yang diperkatakan satu persatu.






Setelah melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah beliau aktif dalam bersukan dan menjadi wakil sekolah dalam pertandingan bola sepak. Yang peliknya adalah, beliau tidak menceritakan minatnya terhadap Islam kepada ustaz-ustaz mahupun ustazah sebaliknya beliau hanya menceritakan kepada guru sukannya sahaja. Jadi dengan pertolongan guru sukannya, beliau telah memeluk agama Islam. Tetapi jangan ingat mudah sahaja Allah memberikan hidayah kepada seseorang, tanpa disertakan dengan pengorbanan terlebih dahulu.


Suatu hari ibu bapanya terjumpa sebuah songkok dan sebuah Al-quran di dalam biliknya di bawah bantal, beliua pun berterus terang tentang keislaman beliau, tidak tertahan dengan pengakuan tersebut, ibu bapa beliau menghalau beliau dari rumah, kebetulan sewaktu itu beliau telah mendapat tawaran ke UKM, walaubagaimana Allah mengujinya, tetapi Allah jualah yang memberikan pertolongan kerana Allah sebaik2 pertolongan. Beliau mempunyai saudara yang telah memeluk agama Islam, dan saudaranya lah yang banyak membantu beliau ketika beliau dalam kesusahan terutamanya ketika beliau kekurangan duit.


Sekarang beliau sudah berjaya, telah menamatkan pelajarannya di University dan juga telah menjadi seorang pegawai Imegresen. Beliau telah berkahwin, dan mempunyai seorang anak, saya sendiri tidak tahu adakah beliau telah berjumpa ibu bapanya. Tetapi ingatlah wahai kawan-kawan ku, Islam kita bukanlah datang dari titik peluh kita, Islam kita bukanlah datang dari pengorbanan kita, tetapi islam kita datang dari keturunan kita, yang sememangnya islam suatu hari dulu. Maka beruntunglah kita yang telah memeluk islam seadanya, kerana bahawasanya orang lain begitu susah untuk terima hidayah Allah, maka bersyukurlah kepada Allah dengan keislaman kita.


Fikir-fikirkan
Wassalam

Sunday, March 21, 2010

Bila Menderma Dapat Pahala :)

BismillahiRahmaniRahim..


Hari ini aku sungguh gembira melihat matahari yang cukup indah, sudah lama ku menantikan matahari muncul untuk tempoh yang panjang. Kita seringkali lupa dengan nikmat yang Allah berikan depan mata, ataupun lupa untuk bersyukur dengan segala pemberiannya. Ya mungkin di Malaysia, mataharinya sedang terik menyinar, tetapi tidak bagi sesetengah tempat yang begitu susah untuk melihat kelibatnya, barulah ku tahu nikmat matahari pada bumiku tercinta. 


Jumaat yang baru-baru ini, seperti biasa aku ditugasakan untuk mengutip derma selepas Solat jumaat, di sini tidak seperti Malaysia, tiada tabung bergerak, kerana ditakuti akan diambil oleh sesetengah pihak, maka disebabkan itu setelah habisnya solat jumaat aku berlari keluar untuk memegang tabung di hadapan pintu utama masjid. Tidak seperti jumaat-jumaat yang lepas, Jumaat kali ini agak istimewa, kerana inilah kali pertama, kesemua masjid di Sheffield bersepakat untuk mendermakan duit jumaat bagi pembelian City Scanner untuk kegunaan Children Hospital. Niat yang satu, masing-masing bersama-sama menderma sambil beramal.


Children hospital tersebut bukanlah dimiliki oleh orang Islam, namun bukanlah itu menjadi penghalangnya, sebelum ini aku agak jahil kerana memikirkan bahawa duit hasil kutipan solat jumaat hanyalah boleh digunakan untuk orang islam sahaja, tetapi minggu ini, ianya terus mengubah pemikiranku sama sekali. Islam itu indah, dan menyeluruh bukankah kita digalakkan untuk menderma walaupun memberi kepada orang yang bukan islam, di mana ada kekurangan kita "top up" kan, itulah yang diajarkan dalam islam.


Berbeza denagn jumaat-jumaat lalu, setelah khutbah yang mantap diberikan oleh khatib berkenaan menteliti umat islam dan juga kelebihan bersedekah, maka inilah kali pertama sejak aku mula mengutip derma masjid merupakan kutipan paling tinggi sekali. Alhamdulillah, hasil dari kutipan ini telah menunjukkan, muslim di sini sangat pemurah, dan juga sekaligus menukar menteliti orang bukan islam di bumi uk ini tentang peribadi muslim di sini. Semoga Allah merahmati pada mereka yang menderma dan juga melakukan amal kebaikan. 


Berbagai-bagai ragam penderma telah kusaksikan, terkadang membuatkan ku tergelak dengan gelagat mereka, ada yang memasukkan tangannya dengan cepat sehingga nak jatuh tabung dibuatnya, ada yang masukkan 50 pound kemudian ambil 10 pound, ada yang gunakan tabung tersebut untuk tukar duit kecil, ada pula yang ingin menukarkan duit kertas kepada duit syiling untuk membayar parking kereta, tapi aku tahu kesemua mereka iklas menderma kerana Allah :)


Oleh itu, wahai teman-temanku, ringankanlah tangan untuk menderma, biarlah sedikit sekalipun, namun ingatlah ganjaran yang besar di sisi Allah. 


Wassalam

Friday, March 12, 2010

Akhlak Mulia dan Daie Tidak Dapat Dipisahkan


Assalamulaikum wbt

Semasa sessi persekolah dulu, saya pernah menjawat jawatan sebagai pembimbing rakan sebaya, (PRS) ada yang kate "perosak rakan sebaya" huhu..and the sewaktu saya berada di Matrikulasi saya pernah menjawat jawatan sebagai pembimbing rakan dinamik (PRD), kerja yang sama cuma berbeza nama. Sebenarnye agak mencabar menjadi seorang PRS/ PRD, mungkin ramai antara mereka yang memandang rendah seseorang PRS kerana siapalah saya untuk menegur orang atau memberi nasihat sedangkan mereka mengetahui bagaimana diri saya ini. Bukan mudah untuk membuatkan orang lain percaya pada kita, dan seterusnya mampu berkongsi masalah dengan seorang PRS, bukan mudah untuk mereka meminta pendapat dengan rakan sebaya sendiri sedangkan masih ada guru atau orang yang lebih tua untuk diminta nasihat.Jadi itulah cabaran yang harus saya tangani.

Seorang PRS mestilah mempunyai sifat-sifat seperti caring, understanding, patient, postive thinking dan sebagainya (itu yang saya pelajari dulu la huhu..). Dengan adanya sifat-sifat seperti itu, barulah seseorang PRS akan layak menjadi pendengar yang baik. Apabila difikir balik, sebenarnya sifat-sifat seperti itulah yang diperlukan oleh seorang daie. Mana mungkin, mad'u akan percaya (Siqah ) pada daie sekiranya para duat tidak mempunyai sifat-sifat yang hasanah. 

Memang sukar untuk membuatkan orang lain percaya kepada kita, dan sekiranya kepercayaan itu hilang maka susah untuk mendapatkan semula. Saya selalu diingatkan oleh mas'ul saya berkenaan dengan penjagaan diri hati dan iman, kerana dari situ sahaja orang lain dapat menilai kita baik dan buruk. Sekiranya mereka melihat kita buruk maka hilang kepercayaan meraka untuk mengikut mahupun mendengar kata-kata kita (daie). 

Dari setiap segi, seorang daie harus menjadi qudwah yang baik kepada mereka yang lain, tidak kiralah semasa bermain bola, makan, belajar hatta tidur sekalipun haruslah dengan elok sekali. Kita lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW menjadi qudwah yang baik dari setiap segi kehidupan beliau, dari sekecil-kecil perkara seperti adab bercakap sehingga sebesar-besar perkara seperti berperang telah ditunjukkan qudwah hasanah kepada mereka yang lain. Dan kebanyakkan mereka yamg memeluk islam ketika itu adalah kerana melihatkan sifat-sifat mulai Nabi kita SAW.

Jadi pengaruh akhlak itu sangat tinggi, tidak perlu bercakap banyak, hanya tunjukkan dengan perbuatan sudah menarik hati mereka untuk mengikut para daie. Ya.. bukan mudah untuk menjadi seorang yang baik akhlaknya kerana kadang-kadang kita pasti akan terlanjur, tapi ingatlah kita hanya insan yang biasa, maka sekali tersasar dari landasan berbalik la semula dan janganlah mengalah, jadi marilah sama-sama bermuhasabah diri, saya juga masih banyak yang perlu dibetulkan, bukankah kita sesama islam harus ingat mengingati. 


InsyaAllah fikir-fikitkanlah
Wassalam

Thursday, January 14, 2010

Ada apa dengan Exam :)


Assalamualikum Wbt


Sekarang di Uk masing-masing sibuk study untuk menghadapi exam yang bakal menjelang nanti..Semuanya bertungkus lumus untuk memastikan mereka mendapat yang terbaik. Alhamdulillah satu mode yang baik bagi semua. 


Bila kite renung sejenak, kita mesti mahukan yang terbaik dalam exam, supaya kita berjaya nanti. Exam ini seakan-akan penentu bagi kita pada masa akan datang, sekiranya teruk result kita, maka gelaplah masa hadapan kita. Jadi tidak hairan masing-masing bertungkus lumus untuk menghadapi exam ini.


Dipetik dari rusydee

Cuba kita fikir kembali, sebanyak mana kita study, itu semuanya adalah exam untuk di dunia, dan sekiranya kita lulus dengan cemerlang semuanya akan cerah di dunia. Tapi bagaimanakah dengan akhirat anda? bagaimanakah dengan exam akhirat pula. Adakah kita bertungkus lumus untuk lepasinya sepertimana kita lakukan untuk exam di dunia ini. 


Kaedah nya sama, lulus exam ini akan membuatkan hidup kita cerah di masa mendatang, begitu juga dengan exam akhirat, lulus exam akhirat hidup akan kekal bahagia. Tapi bilakah exam akhirat itu? apakah yang perlu kita bersedia untuk exam akhirat nanti..Jawab-jawab





Exam akhirat wajib dan pasti akan diambil oleh setiap manusia yang hidup dalam dunia Allah ini, exam akhirat akan tiba di dalam kubur. Penjaga exam adalah Malaikat mungkar dan nakir. Dewan exam adalah liang lahad. Tarikh result keluar hari akhirat dan Result dia pastilah di Syurga atau neraka. Konsep yang sama diaplikasi dalam exam dunia ini. Mudah..


Persediaan seperti exam di dunia juga.Sesiapa yang mempunyai ilmu yang banyak maka mudahlah untuk beliau berjaya, sekiranya kita belajar pasti perlukan pengorbanan, sesiapa yang belajar lebih pasti akan dapat lebih, itu sunnatuAllah, sesiapa yang berusaha lebih pasti akan dapat hasil yang lebih. Jadi kita tengok pulak dari sudut akhirat. Sesiapa yang mempunyai iman yang lebih, akan mudah berjaya pada exam akhirat nanti, jadi yang pentingnya adalah bagaimana untuk mencari iman itu? 


Iman ini sungguh indah dan unik. Indah sebab membuatkan seseorang yang hitam boleh jadi putih, membuat hati yang sakit menjadi elok, membuat hati yang resah menjadi tenteram dan sebagainya manakala yang dikatakan unik adalah iman seseorang itu tidak dapat diwarisi. Jangan sangka ibu dan ayah yang alim akan selalunya dapat menghasilkan anak yang alim dan soleh juga, kerana iman ini adalah sesuatu yang unik, tak berusaha tak dapat. No pain no gain ok..


 Ni gambar saya waktu kecik..eceh.. hehe..



Jadi kepada semua, sama-sama kita renungkan, kita tidak mahu berjaya di dunia sahaja, kejayaan itu penting tapi dunia ini bukanlah segalanya. Kejayaan akhirat lebih utama, berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya insyAllah kita akan menjadi insan syumul yang disayangi Allah dan para malaikat nanti. Jadi marilah kita penuhkan masjid sheffield, kedatangan kalian amat dinantikan. Kita isi diri kita dengan iman :-) ok..



Selamat menjawab exam kepada ke semua sahabat saya di Sheffield khususnya dan di seantero UK dan juga dimana-mana sahaja yang akan mengambil exam. May Allah bring you a good fortune. Bittaufiq wannajah :)


Fikir-fikirkan


Wassalam





Thursday, December 3, 2009

Sedarlah Diri..

Assalamualaikum Wbt


Aku hamba yang lemah
Kerana itu aku sentiasa melakukan dosa
Kerana itu aku sentiasa rasa hina
Kerana itu aku sentiasa alpa


Aku hamba yang lemah
Kenapa aku lemah?
Kerana aku iman ku parah
Hatiku sentiasa marah
Aku jauh dari Allah


Aku hamba yang lemah
Aku selalu membuat dosa
Dosa yang menyebabkan aku sengsara
Sengsara di api neraka


Namun Allah masih sayangkan aku
Allah masih memberikan aku nyawa
Allah masih memberi peluang kedua ketiga dan seterusnya
Allah masih bersedia menerima
taubat dari hamba yang hina..


Namun Allah masih sayangkan aku
Aku masih ada harapan
Sekiranya aku meletakkan sepenuh kepercayaan
Bertaubat setelah menerima ujian
Sesungguhnya Allah Maha penyayang dan pengampun


Sedarlah diri
Kau ini insan hina
Dari setitis air mani yang hina
Dari tempat yang hina


Sedarlah diri
Allah telah mengangkat darjatmu
Ketempat yang tidak sangka olehmu
Menjadi khalifah pentadbir bumi
Menjadi insan disanjung ramai


Sedarlah diri
Hidupmu dibawah kekuasaan Allah
Janganlah membuat Allah marah
Kelak hidupmu tidak tentu arah



Sedarlah diri...
Hidupmu tidak lama
Jangan sia-siakannya
Hiduplah berbakti dan beramal kepada Maha Esa

Tidak lupa kepada ibu bapa


Sedarlah diri...
Jangan samakan dirimu dengan haiwan
Yang makan dan minum tanpa henti dan tanpa tujuan
Hidupmu dalam kecundang

Menunggu ajal datang bertandang


Sedarlah diri..
Kau masih mempunyai masa membaiki diri
Islam agama yang murni
Ikutilah jejak langkah Rasul yang suci
Kelak kau di tempat yang terpuji

Sedarlah..
Sedarlah..  
Sedarlah.. 

 


Sekadar bermuhasabah diri..
Fikir-fikirkan

Peringatan Buat Aku Kamu Dan Kamu :)


Assalamualaikum Wbt 


Rasenye dah lama tak update blog ni, agak berhabuk dan bersarang huhu..
Sebelum ditegur baik update dulu blog ni..
Raya korban atau leboh sinonim raya haji baru sahaje lepas kan..
Lepas tgk kawan dari NZ balik beraya kat malaysia..terasa jeles yelah dorg kan summer skrang
Lepas tu dapat beraya bersama family tercinta (lagi2 jeles)..
Tapi bile pikir balik..aku dulu waktu summer dapat beraya gak dengan family
So mana lebih baik?
Hari raya Aidilfitri ke Hari raya Aidiladha..

(Jawab la sendiri)



Kite sering mengeluh dalam sesuatu situasi...
Kadang-kadang kite tak tau yang Allah telah berikan kite yang terbaik..
Tapi kite sendiri tak pernah nak bersyukur dengan pemberian Allah..
Apa yang selalu buat adalah mengeluh mengeluh dan mengeluh...


Assigment banyak mengeluh..
Test mengeluh..
Design project mengeluh...


Adoi..banyaknye keje kan??


Dah name pun student beb..
Tak rock la takde keje.. hehe..


Ada yang kate aku takde mase la nak buat keje sume ni..
Nak kene attend kelas lagi..Nak kene bace untuk exam lagi..macam2 la alasan


Tapi yang peliknye..dalam mase ko kate ko bz tu..
Boleh plak bukak facebook.., boleh plak layan citer anime..
Boleh plak update blog :p


Jadi mane perginye mase ko tu kan?
Masa sentiasa ada..ko je yang tak pandai gunakan die..


Sebenarnye entry kali ini adalah untuk aku sendiri..bermuhasabah diri...
Saje masukkan kat blog, sebab aku tau..ramai orang macam aku kat luar sane..


Dah namenye sudent buat la cara student..
Tak payah la nak mengeluh..and alasan masa lagi tak boleh pakai..
Ingat kalo ko dapat bukak facebook atau pe2 jelah yang tak perlu dibuka dikala waktu dah suntuk ni..
Jangan cakap ko takde masa..

Sebelum tu saje nak uji korang tengok korang stress ke tak
Cara die..Korang tgk gambar ni lame-lame..
Jangan kelip-kelip mata..
Datang la ribut taufan ke, putin beliung ke, Tsunami ke, Perompak Masuk,
Jangan Kelip Mata.. :)


Kalo korang tgk gambar ni bergerak makenye korang tengah stress macam aku
Jadi same-same kite muhasabah diri



Peringatan buat aku sendiri..
Mari kite bermuhasabah diri..
Besar fadhilatnye..


Fikir-fikirkan
Wassalam :)

Entry kali ini bersifat santai
Maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar :)