Tuesday, December 29, 2009

Maafkan ku Palestin Ku Terleka Seketika




Assalamualaikum Wbt


Sebenarnye saya ingin meneruskan cerita saya berkenaan "hatiku basah kembali part 2" tetapi niatku terhenti apabila saya terbaca banyak artikel tentang saudara seislam kita..Terima kasih kepada senior saya saudara shahnom kerana menyedarkan saya yang lupe dengan keseronokkan dunia sementara ini.


Tahukah anda semua keadaan saudara-saudara kita di Palestin semakin hari semakin ditindas. Sedang kita sedang gembira bermain salji, sedang kita bergembira berukhwah sesama saudara islam kita di sini, kita lupa bahawa ada saudara islam kita di sana yang menderita, di sini mungkin salji turun dari langit, tetapi berbeza keadaannya di sana, peluru-peluru turun dari langit untuk memakan mangsa yang tidak bersalah. Maafkanku saudara-saudara seislam ku semua di sana. Aku sedikit terleka dan alpa dengan kesenangan di sini.





Tahukah kalian bahawa saudara kita semakin tedesak dan ditindas tanpa rasa kasian, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita besar tentang Mesir yang membina tembok besar yang memisah mesir dan gaza. MasyAllah, kenapa umat islam menindas umat islam sendiri, Implikasi dari tembok besar ini adalah bantuan akan tersekat SEPENUHNYA. Bagaimanakah keadaan saudara kita nanti





Sedarkah Anda


Sedarkah Anda


Tidak cukup dengan itu baru-baru ini sahaja tentera Israel laknatullah itu telah membunuh seramai 6 orang dalam 2 kejadian. 3 orang terbunuh semasa tentera israel mengenakan tembakan amaran kepada sekumpulan rakyat palestin yang cuba untuk melepasi kawalan keselamatan oleh pihak israel laknatullah daripada GAZA ke israel dan 3 orang yang syahid semasa pihak israel menyerang tebing barat.







Tak Sedar lagi ke?

Umat Islam makin di tindas masih lagi leka 


Tak Sedar lagi ke?


Korang tau tak keadaan di Palestin bagaimana sekarang?


Bukan itu sahaja, si tali barut israel laknatullah ni pun join sekali, sape tu? Mesir la.. ape lagi..Mesir ni lagi satu bukan sahaja dia membina tembok yang besar untuk menyekat makanan semua, tetapi ada agenda lain lagi yang mereka rancangkan untuk MUSNAHkan umat islam. Satu sumber rahsia sulit mendedahkan bahawa Mesir sedang merancang untuk menenggelamkan sempadan bahagian Palestin dengan Air laut.Tanah mesir takdelah terjejas sebab ade tembok tu..tengok tu pandai tak dorang, dalam masa yang sama menyelamatkan sempadan mesir. Antara sebab si Mesir ni nak tenggelamkan palestin ni adalah untuk mengelakkan palestin membina terowong baru ke Mesir selain itu meruntuhkan struktur terowong yang sedia ada. Air laut yang banyak garam tu boleh bagi menjejaskan kesuburan tanah palestin. ( Dipetik dari Blog Shahnom)



Masih berseronok lagi?


Seronok lah dengan apa yang korang ada sekarang


Kelak di akhirat saudara kita di Palestin menyanyakan mana kita pergi?


Kenapa tidak membantu mereka?


Apa yang kita jawab?


Kalau mereka tanya lagi..

Tahukah apa yang terjadi pada kami?


Bukankah Baitul Maqdis tu milik umat Islam?


Kenapa kamu semua tidak tolong kami?


Kamu bukan umat Islam kah?


Di mana kamu semasa kami perlukan pertolongan?


Apa kita nak jawab?


Apa kita nak jawab nanti?


Tak Malukah Kita?





Setidaknya kita mengambil tahu perkembangan yang terjadi di Palestin, ini tidak lebih pentingkan bola, EPL, politik, dunia hiburan, dan sebagainya yang melalaikan. Masing-masing bergaduh pasal masalah furu' yang kecil ni tanpa pedulikan masalah umat yang lebih besar..


Apa yang kita boleh buat?


Sebaik-baik jihad adalah berperang, sekiranya tidak mampu, lakukan apa yang termampu seperti demo Palestin di tempat masing-masing, Berdoa tu penting, tak payah tipu la tak boleh buat, semua pasti boleh buat, jangan pikirkan diri sendiri je, berdoa la untuk saudara kita yang lain juga. Banyak lagi cara yang boleh kita buat jadi jangan berlengah lagi, lakukan sesuatu untuk saudara kita seislam di Palestin, Palestin milik kita semua umat Islam..









Sedarlah Wahai Umat Islam
Sedarlah Wahai Umat Islam



Fikir-fikirkan 
Wassalam



Sunday, December 27, 2009

Hatiku Basah Kembali :) Part 1


Assalamulaikum


Huh..kepenatan masih terasa, kehangatan ukhwah masih dapat dirasai, namun begitu saya tidak sedikit pun menyesali perjalanan saya pada kali ini, walaupun assigment masih banyak, walaupun tarikh untuk menghantar design project makin dekat, walaupun saya terpaksa meninggalkan kerja, walaupun musim sejuk ini membuatkan saya tidak boleh duduk diam, namun saya mengharunginya semata-mata ingin membasahkan hati dan mencari persaudaraan di atas jalan dakwah itulah ukhwahfillah


Firman Allah
"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” 
(Al Anfaal ayat 63)


Antara salah satu nikmat yang paling baik selain dari nikmat iman dan islam adalah nikmat ukhwah itu sendiri, bayangkan bagaimanakah hidup kita tanpa ditemani oleh rakan-rakan yang bersama-sama dengan kita mengharungi badai dan ombak dalam kehidupan, bagaimanakah kita dapat berdakwah sekiranya tiada orang disekeliling kita yang sama-sama mempunyai fikrah yang sama dalam berdakwah..


Oleh itu, baru-baru ini saya telah menghadiri satu perkhemahan musim sejuk anjuran Ikatan Muslimin Malaysia Eropah di Edinburgh Scotland yang tujuan hanya satu untuk meraih nikmat ukwah fillah. Dengan bertemakan "We share a dream" Jalinan ukhwah musim sejuk ISMA (JUMS) ini dapat membuatkan hati saya basah kembali, basah dengan ilmu baru, basah dengan ukwah yang mengalir dalam diri bak air yang jernih mengalir dengan derasnya di sungai yang bersih, itulah yang dapat saya gambarkan dan ungkapkan untuk JUMS kali ini.





Masakan tidak, tanpa pogram ini, mana mungkin saya temui dan kenali dengan lebih dekat Ustaz Azizee yang lawak dan periang yang selalu kenekan saya (maaf ye ustaz) hehe.. Farid Wajdi (Newcastle), Daniel (Dublin), Naiman (Republic Czech), Amir (Cardiff) dan ramai lagi..susah nak sebut satu2 ni..so hantar wakil kawasan sudah la ye hehe..itulah nikmat ukhwah





Bertolak dari Sheffield seawal pukul 6.30 pagi ke Edinburgh dengan manaiki trains, jangan ingat tak penat tau, saya terpaksa tukar 3 buah trains dan menaiki teksi untuk sampai ke tempat pogram tersebut, perjalan mengambil masa kira-kira 6 jam sebelum sampai ke destinasinya. Saya terpaksa menempuh salji dengan keadaan cuaca yang sejuk, tapi itu semua sedikitpun tidak membantutkan niat saya ke sana. :)

Bersambung....

Wassalam..



Saturday, December 19, 2009

Wanita Solehah :)


Assalamualaikum Wbt


Teringat daku kisah lalu..
Membuatkan ku terfikir betapa tabahnya mereka
Menegakkan syiar Allah
Walaupun berada pada keadaan yang sangat tidak menyenangkan


Aku lalu terfikir
Betapa beratnya untuk menegakkan syiar ini
Namun aku betul-betul bersyukur
Allah telah membuka mata dan hatiku
Untuk aku mempelajari
Sebuah ketabahan..
Wanita solehah...







Last summer
Ku pijakkan kakiku kebumi An-Biya'
Alhamdulillah setelah lame ku ingin memijakkan kaki di sana
Aku menjadi sangat tertarik dengan keindahan islam di sana
Namun tidak dapat dinafikan
Yang Indah itu pasti ada keburukan
Tapi bukan itu yang ingin ku sampaikan


Sedang aku berjalan bersama ikhwah yang lain
Di panas terik matahari bumi Mesir
Aku menjadi gelisah dengan kepanasan di sini
Bagaimanakah kepanasan neraka nanti


Tiba-tiba ku terlihat sekumpulan manusia
Yang betudung labuh litup
Berpurdah rapat
Aku tidak tahu meraka itu orang Malaysia atau bukan
Tapi itu bukanlah penting bagi diriku
Yang membuatkan ku terpikir
Adalah ketabahan mereka..


Ya Allah..
Betapa kuatkah mereka
Memakai tudung labuh
Menutup mahkota suci
Di panas terik matahari ini
Sedangakan aku
Memakai T-shirt selapis
Pun sudah buat ku rimas dengan kepanasana di sini


Ya Allah..
Betapa kuatkah mereka menjaga kesucian di kepanasan ini
Sedangkan di bumi UK itu
Tempatku belajar
Dunia yang sejuk
Dunia yang nyaman
Ramai di antara mereka tidak dapat memakai tudung labuh seperti itu
Ramai antara mereka yang lebih rela membuka mahkota berharga


Namun itulah yang membuatku terfikir
Bagaimana Allah menguji iman manusia
BAru ku sedari
Ujian keselesaan adalah lebih berat dari ujian kesusahan
Kerana ujian keselesaan itu menjauhkan kita dari Allah
Manakala ujian kesusahan itu mendekatkan kita dari Allah


Fikir-fikiran
Wassalam








Monday, December 14, 2009

Antara Sebuah Al-Quran Dengan Kereta Sport

Assalamualaikum Wbt


Hari ni aku mendapati Seorang sahabatku di sini membeli sebuah kereta,
Tujuan die beli kereta tu untuk mempermudahkan gerakan dakwahnya di sini..
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusannya..
Semoga sahabatku ini terus tsabat di jalan Allah..


Jadi aku teringat sebuah kisah yang berkaitan dengan Kereta ni
Tapi kisah ni lebih menarik..huhu..
Kupetik cerita ini dari blog seorang akak yang telah memberikan aku kebenaran
Untuk Aku postkan di dlm blog aku
Kerana bagi beliau..
Cerita ini adalah milik Allah :)







Kalo korg diberi 2 hadiah kat atas ni mane satu korg nak pilih..hehe jujur la..



Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya..

lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya,
seorang hartawan yang ternama..
si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin,
andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya 



Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..
telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...
Satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..
si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...

sianak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
  biru yang selama ini menjadi idamannya itu



Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak,
menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...
kotak itu bertukar tangan...matanya terarah
kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya 



Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???

Sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..
tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...
si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...
amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... 
ayah sengaja mempermainkan saya...
ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...
bukannya ayah x mampu utk membelikannya...
sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras....
Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...
Si anak terus meninggalkan si ayah..
tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...
pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas,
dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...
memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya 


10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...
punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...
cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... 
Sudah 10 tahun..
sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...
sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...
dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...
dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...
si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan
perwarisan harta



Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...
si anak pulang ke banglo ayahnya...
memerhatikan banglo yg
menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...

hatinya sebak..bertambah sebak
apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...
Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia
berada disitu...



Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...
perlahan2 langkahnya menuju ke situ...
mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...


Tiba-tiba...
jatuh sesuatu
dari Al-quran itu...

segugus kunci...
di muka belakang Al-quran itu...
sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...
hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...
di dalam sampul surat itu...
terdapat resit pembelian kereta idamannya...
dibeli pada hari konvokesyennya... 
Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...
sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..
hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....
air mata si anak menitis deras...
hatinya bagai ditusuk sembilu..
penyesalan mula bertandang
 Namun semuanya sudah terlambat...


Sekadar renungan bersama
Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah
Hanya semata-mata kerana nikmat itu
"dibungkus" didatangkan atau diberi
Dalam keadaan yang kita hajati





Fikir-fikirkanlah
 

Friday, December 11, 2009

Kerjaku Sebagai Caretaker


Assalamualaikum Wbt..


Caretaker ? pe bendu tu?
Caretaker atau name popular die adalah tok siak kat malaysia
Merupakan kerja baruku di sini..


Wei jangan pandang rendah dgn tok siak kat sini
Aku bersusah payah kene interview tau dengan org masjid
Sebelum  ni mane pernah kene interview dgn orang yang bukan malaysia..
So kali ni kene interview dgn omputih + pak arab


Dapat la aku menjadi caretaker
Ada orang kate susah jadi caretaker ni..
Gaji tak berbaloi..
Nak kene bangun awal bukak surau waktu subuh
So ramai la yang dah letak jawatan huhu..

Aku ni baru first week jadi caretaker..
Agak leceh gak la..
Tapi Alhamdulillah sbb aku duk atas masjid je pun
So senang keje..turun je bukak pintu..
Macam bukak pintu rumah aku je..


Cume nak bangun awal tu jelah yang liat skit
huhu..

Tok siak kat sini bukan macam kat malaysia maa..
Lain..beban keje lebih skit kot..
Sebab kan kat sini sume carpet macam Malaysia
So kene vacuum satu masjid..
Lepas tu basuh toilet, tempat wudu'
Yang mencabar tu skrang ni musim winter..
Tandas kat luar..
MasyaAllah punyelah sejuk air die..
Nak kene basuh gak tandas ni
Adoi...

Hari ni hari yang memenatkan buatku..
Nape ye? 
Sebab hari ni hari Jumaat
Jumaat beselah org solat jumaat
So tambah lagi keje
Macam hampar carpet lebih sebab orang solat sampai luar
Pastu lepas solat jumaat
Kutip duit derma

Pegang bekas duk depan pintu buat muke tak malu

Orang bagi derma 
Kita cakap 
JazakAllah je
Tu lah ayat aku yang selalu diulang



Takpelah walau berat mane pun keje die..
Kita buat untuk Allah kan
Ade gak member kate
Sopi boleh la ko dapat gaji
Tu pasal baru nak buat keje


Aku pun menjawab
Aku ni kire bekerja bukan bergorong royong
Bekerja pun dikira ibadah
Ibadah kalau buat dengan ikhlas dapat pahala gak..


So kepada dak2 sheffield khususnya
Mai2 datang Masjid..
Jangan takut masjid sentiasa bersih dibawah kawalanku

Kalu korang buat sepah siap korg
Penat-penat aku vacuum huhu..


Wassalam

Thursday, December 3, 2009

Sedarlah Diri..

Assalamualaikum Wbt


Aku hamba yang lemah
Kerana itu aku sentiasa melakukan dosa
Kerana itu aku sentiasa rasa hina
Kerana itu aku sentiasa alpa


Aku hamba yang lemah
Kenapa aku lemah?
Kerana aku iman ku parah
Hatiku sentiasa marah
Aku jauh dari Allah


Aku hamba yang lemah
Aku selalu membuat dosa
Dosa yang menyebabkan aku sengsara
Sengsara di api neraka


Namun Allah masih sayangkan aku
Allah masih memberikan aku nyawa
Allah masih memberi peluang kedua ketiga dan seterusnya
Allah masih bersedia menerima
taubat dari hamba yang hina..


Namun Allah masih sayangkan aku
Aku masih ada harapan
Sekiranya aku meletakkan sepenuh kepercayaan
Bertaubat setelah menerima ujian
Sesungguhnya Allah Maha penyayang dan pengampun


Sedarlah diri
Kau ini insan hina
Dari setitis air mani yang hina
Dari tempat yang hina


Sedarlah diri
Allah telah mengangkat darjatmu
Ketempat yang tidak sangka olehmu
Menjadi khalifah pentadbir bumi
Menjadi insan disanjung ramai


Sedarlah diri
Hidupmu dibawah kekuasaan Allah
Janganlah membuat Allah marah
Kelak hidupmu tidak tentu arah



Sedarlah diri...
Hidupmu tidak lama
Jangan sia-siakannya
Hiduplah berbakti dan beramal kepada Maha Esa

Tidak lupa kepada ibu bapa


Sedarlah diri...
Jangan samakan dirimu dengan haiwan
Yang makan dan minum tanpa henti dan tanpa tujuan
Hidupmu dalam kecundang

Menunggu ajal datang bertandang


Sedarlah diri..
Kau masih mempunyai masa membaiki diri
Islam agama yang murni
Ikutilah jejak langkah Rasul yang suci
Kelak kau di tempat yang terpuji

Sedarlah..
Sedarlah..  
Sedarlah.. 

 


Sekadar bermuhasabah diri..
Fikir-fikirkan

Peringatan Buat Aku Kamu Dan Kamu :)


Assalamualaikum Wbt 


Rasenye dah lama tak update blog ni, agak berhabuk dan bersarang huhu..
Sebelum ditegur baik update dulu blog ni..
Raya korban atau leboh sinonim raya haji baru sahaje lepas kan..
Lepas tgk kawan dari NZ balik beraya kat malaysia..terasa jeles yelah dorg kan summer skrang
Lepas tu dapat beraya bersama family tercinta (lagi2 jeles)..
Tapi bile pikir balik..aku dulu waktu summer dapat beraya gak dengan family
So mana lebih baik?
Hari raya Aidilfitri ke Hari raya Aidiladha..

(Jawab la sendiri)



Kite sering mengeluh dalam sesuatu situasi...
Kadang-kadang kite tak tau yang Allah telah berikan kite yang terbaik..
Tapi kite sendiri tak pernah nak bersyukur dengan pemberian Allah..
Apa yang selalu buat adalah mengeluh mengeluh dan mengeluh...


Assigment banyak mengeluh..
Test mengeluh..
Design project mengeluh...


Adoi..banyaknye keje kan??


Dah name pun student beb..
Tak rock la takde keje.. hehe..


Ada yang kate aku takde mase la nak buat keje sume ni..
Nak kene attend kelas lagi..Nak kene bace untuk exam lagi..macam2 la alasan


Tapi yang peliknye..dalam mase ko kate ko bz tu..
Boleh plak bukak facebook.., boleh plak layan citer anime..
Boleh plak update blog :p


Jadi mane perginye mase ko tu kan?
Masa sentiasa ada..ko je yang tak pandai gunakan die..


Sebenarnye entry kali ini adalah untuk aku sendiri..bermuhasabah diri...
Saje masukkan kat blog, sebab aku tau..ramai orang macam aku kat luar sane..


Dah namenye sudent buat la cara student..
Tak payah la nak mengeluh..and alasan masa lagi tak boleh pakai..
Ingat kalo ko dapat bukak facebook atau pe2 jelah yang tak perlu dibuka dikala waktu dah suntuk ni..
Jangan cakap ko takde masa..

Sebelum tu saje nak uji korang tengok korang stress ke tak
Cara die..Korang tgk gambar ni lame-lame..
Jangan kelip-kelip mata..
Datang la ribut taufan ke, putin beliung ke, Tsunami ke, Perompak Masuk,
Jangan Kelip Mata.. :)


Kalo korang tgk gambar ni bergerak makenye korang tengah stress macam aku
Jadi same-same kite muhasabah diri



Peringatan buat aku sendiri..
Mari kite bermuhasabah diri..
Besar fadhilatnye..


Fikir-fikirkan
Wassalam :)

Entry kali ini bersifat santai
Maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar :)