Tuesday, March 5, 2013

Dua Ungkapan Magic

Assalamualaikum wbt

Kita sedia maklum, media memainkan peranan yang sangat penting dalam penyampaian sesuatu isu. Media juga adalah salah satu medium yang mencorak minda rakyat. Sekiranya mentiliti rakyat mahupun pemerintah yang baik, maka media akan menjadi agensi yang terus mencorak persekitaran agar menjadi modal insan yang unggul. 

Baru-baru ini, saya menonton sebuah iklan yang ditayangkan di kaca televisyen, mungkin saya boleh katakan video ini antara video yang bagus untuk tontonan ramai, saya lebih melihat maksud dari video ini bukan tujuan video ini disampaikan walaupun saya tahu mungkn ada sesetengah pihak yang ingin menonjolkan video ini sebagai salah satu video politik, saya tolak tepi politik, saya ingin ketengahkan ucapan "terima kasih" dikalangan Malaysia. 



Sepanjang perjalanan mengembara saya dalam usaha menuntut ilmu di benua Eropah telah mengajar saya, ucapan "Terima Kasih" dan " Maafkan Saya" adalah satu ungkupan Magic yang menentukan peribadi seseorang. Di sana, begitu mudah mendengar dua ungkapan tersebut di bibir mereka, tidak kiralah apa pangkat mereka sekalipun. Itulah yang menjadikan saya kagum dengan mereka. Mereka bukan orang Islam yang sentiasa mengajar untuk berbuat baik, mereka bukan orang melayu yang kita kenali sebagai orang yang lemah lembut dan penyantun, namun mereka orang yang sentiasa menghargai orang lain tanpa ada deskriminasi. 

Namun di Malaysia, jarang sekali kita boleh mendengar ungkapan tersebut, mungkin sifat orang kita yang terlalu "Malu" atau terlalu "ego" mahupun "memandang rendah" agaknya membuatkan ucapan "terima kasih" dan "maafkan saya" sukar dikeluarkan dari mulut kita. Hanya dua patah perkataan, namun sangat berat untuk  di sebut. Jadi marilah kita kembalikan nilai budaya menghormati antara kita dengan memulakan dan selalulah menyebut dua ungkapan ini dalam kehidupan kita. Tidak salah kita mengungkapkan "Terima Kasih" selepas kita membayar, turun dari bas, teksi, setelah mendapat pertolongan orang, hatta selepas orang memudahkan perjalanan kita. Dan ringankanlah mengucapkan "Maafkan Saya" sekiranya ada kesalahan besar mahupun kesalahan kecil yang kita lakukan.

Kita yang menentukan akhlak diri kita, bagaimana mulut berbicara, tangan kaki serta pancaindera lain berfungsi semuanya menentukan hati kita. Sentiasalah menerapkan budaya "Terima Kasih" dan "Maafkan Saya" dalam diri terutamanya di dalam keluarga tercinta.