Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Semoga Berjaya Sahabatku Semua :)

Assalamualaikum Wbt

Sejak akhir2 ni agak buzy dengan kerja2 design and ade plak beberapa aktivity kene join.
Lama tak update blog ni..sampai ditegur sebab dah berhabuk dgn entry lama huhu...
Asif (maaf) ye..

Kini aku mempunyai sedikit masa..
Satu hari aku terasa letih sangat badanku ini
Dan aku rase nak tido
So aku pun tido la..
Aku masih ingat pesanan Ustaz Ahmadi (sewaktu ku f4)
Beliau kata kalau kita mengantuk jangan teruskan belajar
Tapi tidurlah..jangan memaksa diri untuk terus belajar

Ku tanya pada ustaz ku Kenapa tak boleh aku nak belajar salahkah ku??
Ustaz ku berkata
Ketahuilah Saufi sesungguhnya Manusia itu dicipta tidak semuanya sempurna
Tidak sempurna di sini adalah keterbatasan manusia itu..

Sebut saja manusia..
Pasti ada had limitnya
Jadi apa kaitannya dengan aku belajar kan?

Walaupun seseorang itu belajar memaksa diri sampai letih..
Namun otaknya fikirannya juga bekerja..
Ketahuilah Otakmu dan fikiranmu harus berhenti juga
Sebab semuanya ada hadnya

Jadi apakah jalan penyelesaiannya
TIDUR

Tidur ustaz? tanyaku
Ustaz dengan senyumnya (aku masih ingat senyumnya)
berkata kepadaku..
Tidurlar dan bangunlah pagi esok
Bangun awal2 diwaktu orang lain mungkin tidur
Bangunlah awal..dan mulakan pembelajaranmu dengan solat tahajjud
Bangunlah awal semoga hatimu fikiranmu tenang utk menerima ilmu setelah berehat ( tidur)

And Sekarang ???
Segala pesanan nya aku ingati dan ku ikuti
Alhamdulillah dia menjadi asbab kepada ku
Berjaya setakat ini..
Aku berasa bersyukur dengan kurniaan Allah padaku

Wahai sahabatku..
Tahukah manusia ini mempunyai limit..
Lagi2 time exam (di IPTA dan IPTS ) malaysia
Sekiranya kamu letih tidur lah
Berilah masa pada tubuh badanmu untuk berehat
Jangan memaksa diri
And perbanyakkan Solat

Sebab
Kejayaan itu bukan hak milik kita
Tapi hak milik Allah
Allah bagi kita pinjam je buat sementara waktu
Sebab sekali kita berjaya bukan bermakna selamanya kita akan berjaya
Jadi kejayaanmu tidak kekal
Yang kekal adalah ketaqwaanmu pada Allah
Oleh itu perbanyakkan doa kepada Allah ok..

Akhir kata
Semoga berjaya kepada sahabatk2u di Malaysia
Buatlah yang terbaik untuk Dirimu, Agamamu, Negaramu

Best regard
Mohd Saufi

Thursday, September 24, 2009

Selamat Bermujahadah



Assalamualaikum wbt


Pejam celik pejam celik sudah 2 bulan berlalu.. 

Kini aku tinggal sehari saje lagi untuk ku berangkat ke Negara orang 

Namun begitu aku betul2 bersyukur
 
Kerana sepanjang keberadaan ku di Malaysia ini




Aku telah manfaatkan masa ku dengan aktivity2 tersendiri

Segala perancangan yang ku atur sewaktu aku berada di Negara orang

Telah ku jalankan di sini

Aku ingin memohon maaf kepada kesemuanya sahabatku

Mungkin ada diantara mereka tidak sempat ku lawati

Disebabkan kekangan masa
(kadang2 malas huhu..)

Tapi korang sume tetap berada dalam ingatanku sampai bile-bile

Sekarang ini ku harus persiapkan diri untuk meneruskan perjuangan

Berjuang bagi memperbaiki diri menambahkan ilmu jauh di sana





Semoga perjumpaan ku dengan ikhwah2 baru di Malaysia membawa seribu makna

Terjalin hubungan dan berpisahnya kita kerana Allah

Yang paling sedih tak dapat men dengan kucing jiran waktu subuh wuu..





Kucing Malaysia ni bagus jinak kucing kat sane harap bulu je tebal tapi penakut huhu..

Akhir kate selepas ini ku akan ceritakan pengalaman ku negara orang pulak

Good bye Malaysia..

Sebelum Balik aku nak hirup udara Malaysia banyak2...

Doakan perjuanganku

Tunggu Dr Pitt aku datang padamu hehe  :)
( Dr Pitt "lecturer kesayangan" Students Malaysia Chemical Engineering Department ) 
haha...


Wassalam...





Saturday, September 5, 2009

Permulaan Segalanya...





Assalamualaikum..


Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpuh kurina dan Inayah Nya, ana dapat bukak blog ni
( cee mcm nak bg speech pulak ),


Actually macam ni, mule2 banyak gak pikir2 nak bukak atau tak,

kalau bukak blog ni takut langho kene update sentiasa,

tapi kalau tak bukak pun, ana mmg dah byk buat keje langho pun, huhu..

bile pikir2 balik,bukak jelah update or tak tu len citer, at least boleh gak luah perasaan and yang paling penting nak berdakwah la skit2,kalo orang leh terima,

sebenarnye ana tertarik untuk bukak blog ni sebab lepas tengok satu cite ni,

hurm cite pe ek..

Cerita die tajuk
" Cinta Sempurna"
Jiwang seh..
( korang tengok la dulu baru nilai beb..)



Cite tu kat astro oasis kul 3 petang ( promote la pulak) setiap weekdays..




Menariknye cite tu, die berdakwah ikut blog jugak, sorang pensyarah ni lah..

So ramailah pelajar2 die ikut cerita dakwah die..

Ana pun rase macam menarik je..( harap dapat jadi mcm die la tu insyAllah )
Macam tu la kisahnye...

Tak tau nak cakap pe dah..

Nak petik sabda Nabi Muhammad (SAW)
" Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

Bermakna hadis tu..

Sekian Wassalam