Tuesday, April 20, 2010

Bersyukurkah Kita Beragama Islam?

Assalamualaikum..


Shh..shh..bunyi hembusanku..membuang habuk di blog ku ini huhu...agak lama ditinggalkan kerana kesibukan kerja dan jawatan. Ada orang yang menulis blog untuk melepaskan perasaan, ada yang menulis blog untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, ada juga yang tulis blog untuk berdakwah terpulang la pada niat seseorang untuk menulis blog asalkan tidak menggunakan blog ini untuk mengutuk ataupun merendahkan orang lain sudah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang masih memberikan aku 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tajuk kali ini lebih santai kerana ingin memanaskan kembali keringatku dalam menulis blog :) . Teringatku di masa dahulu, ketika aku masih belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), aku sangat rapat pada seorang seniorku. Beliau merupakan seorang ketua pelajar di sebuah kolej di mana tempat ku menetap. Setelah lama ku kenali dia, barulah ku ketahui bahawasanya beliau seorang muallaf dari seoarang kristian memeluk agama islam. Beliau berasal dari Serawak, dan merupakan seorang anak melayu. Kenapa aku mengucapkan syukur ke atas dua nikmat terbesar ini? kerana bukan semua orang lahir di dunia ini mendapat 2 nikmat tersebut.


Berbalik kepada seniorku dahulu, aku masih ingat lagi ceritanya ketika kecil. Beliau seorang yang sangat ramah dengan orang lain. Sejak dari kecil beliau selalu bergaul dengan orang melayu yang beragama islam, sehingga beliau tertarik dengan keindahan islam. Aku bertanya apakah yang menyebabkan Islam itu indah di matanya. Jawapanya mudah iaitu AZAN. Beliau suka mendengar lauangan Azan, setiap kali laungan tersebut bergema di seluruh pelusuk udara rumahnya beliau mula berasa takjub dengan kalimah yang diperkatakan satu persatu.






Setelah melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah beliau aktif dalam bersukan dan menjadi wakil sekolah dalam pertandingan bola sepak. Yang peliknya adalah, beliau tidak menceritakan minatnya terhadap Islam kepada ustaz-ustaz mahupun ustazah sebaliknya beliau hanya menceritakan kepada guru sukannya sahaja. Jadi dengan pertolongan guru sukannya, beliau telah memeluk agama Islam. Tetapi jangan ingat mudah sahaja Allah memberikan hidayah kepada seseorang, tanpa disertakan dengan pengorbanan terlebih dahulu.


Suatu hari ibu bapanya terjumpa sebuah songkok dan sebuah Al-quran di dalam biliknya di bawah bantal, beliua pun berterus terang tentang keislaman beliau, tidak tertahan dengan pengakuan tersebut, ibu bapa beliau menghalau beliau dari rumah, kebetulan sewaktu itu beliau telah mendapat tawaran ke UKM, walaubagaimana Allah mengujinya, tetapi Allah jualah yang memberikan pertolongan kerana Allah sebaik2 pertolongan. Beliau mempunyai saudara yang telah memeluk agama Islam, dan saudaranya lah yang banyak membantu beliau ketika beliau dalam kesusahan terutamanya ketika beliau kekurangan duit.


Sekarang beliau sudah berjaya, telah menamatkan pelajarannya di University dan juga telah menjadi seorang pegawai Imegresen. Beliau telah berkahwin, dan mempunyai seorang anak, saya sendiri tidak tahu adakah beliau telah berjumpa ibu bapanya. Tetapi ingatlah wahai kawan-kawan ku, Islam kita bukanlah datang dari titik peluh kita, Islam kita bukanlah datang dari pengorbanan kita, tetapi islam kita datang dari keturunan kita, yang sememangnya islam suatu hari dulu. Maka beruntunglah kita yang telah memeluk islam seadanya, kerana bahawasanya orang lain begitu susah untuk terima hidayah Allah, maka bersyukurlah kepada Allah dengan keislaman kita.


Fikir-fikirkan
Wassalam

2 comments:

joegrimjow said...

yg islam dari keturunan ni kadang2 lupa dengan kemanisan islam
kena cari sendiri baru dapat feel sendiri

Kejernihanku said...

erm..konsep die senang..bile sesuatu bende tu kite senang dpat senang la hilang..mcm tu gak sebaliknya..