Friday, August 19, 2011

Kehidupan harus diteruskan

Assalamualaikum wbt


Aku duduk termenung kerana kepenatan bermain bola malam tadi, Ya siapa kata di bulan puasa tidak boleh riadah? hak kepada badan juga harus dijaga. Kebetulan malam ini sungguh dingin dengan hujan yang turun membasahi bumi membuatkan aku mengelamun dengan lebih jauh.


Aku terkenangkan zaman persekolahanku, sungguh lucu dan indah walaupun ada padanya kenangan pahit namun itulah asam garam dalam kehidupan. Aku mempunyai banyak sekolah bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Aku banyak berpindah-pindah sekolah kerana banyak sebab, walaupun aku tidak menggemarinya namun perpindahan tersebut tidak dapat dielakkan untuk kebaikan diriku. Antara sekolah-sekolah yang pernah aku belajar suatu ketika dahulu termasuklah sekolah-sekolah tersebut




  1. Sekolah rendah kebangsaan Sg buloh
  2. Sekolah kebangsaan bandar baru sg buloh
  3. Sekolah rendah agama zahidiah
  4. Sekolah KAFA Al-Islah
  5. Sekolah agama menengah paya jaras
  6. Sekolah berasrama penuh integrasi Sabak Bernam


Banyak bukan? bermula dari sekolah inilah aku mula mengerti erti kehidupan, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Aku seperti budak-budak lain yang agak nakal. Cinta monyet? huhu aku pernah merasainya. Buat cikgu menangis ? aku pernah melakukannya. Bergaduh? aku pernah bertumbuk dengan rakan-rakanku. Bila mengenangkan balik, betullah apa yang dikatakan orang dahulu, kenangan pahit itulah yang buat kita terkenangkan suatu hari nanti dan pasti akan tersenyum mengenangkannya kembali. Itulah yang aku rasai sekarang.


Seperti yang ku katakan tadi, setelah zaman persekolah juga aku banyak berpindah randah. Namun aku bersyukur dengan sebab ini, aku mengenal manusia dengan lebih ramai. Antara insititusi-institusi yang pernah ku belajar adalah seperti berikut


  1. Kolej Matrikulasi Melaka
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia
  3. Malaysia Institute Chemical and Biological Technology
  4. Univeristy of Sheffield.
Di sini juga banyak dugaan yang aku hadapi dan harus kutempuhi. Aku mula mengenal sifat manusia dan mula memikir apabila berkhirnya zaman persekolahan. Bagaimana sifat ingin menjatuhkan orang lain, sifat tidak berpuas hati, sifat dengki namun begitu ada juga ramai yang bersifat baik, di sini aku mula mengenali dengan lebih luas apa itu ibadah yang sebelum ini hanyalah aku tumpukan pada solat semata-mata. Aku mengenali apa itu ukhwah, aku mengenali apa itu dakwah dan tarbiyah dan macam-macam lagi. 

Aku mula mengerti erti kehidupan sebenar apabila berada diluar negara. Negara yang maju hasil dari pemikiran manusia yang bertamadun. Manusia yang bertamadun adalah mereka yang mempunyai budi pekerti yang tinggi. Itulah yang dpt ku simpulkan hasil dari pemerhatian aku sepanjang 3 tahun berada di bumi UK. Walaupun ada segilintir dari mereka yang rosak akhlak, namun itu tidak mencacatkan pandangan aku kepada orang yang lain kerana aku yakin dalam sebuat masyarakat yang bertamadun pasti ada sebahagian kecil menjadi hasilan gagal kerana bukan semua manusia boleh terima sistem yang sama.

Dan sekarang aku telah pulang ke tanah air. Zaman belajar aku tidak terhenti sebegitu sahaja, aku masih boleh teruskan belajar, namun tidak senormal seperti dahulu. Sekarang aku perlu lebih berdikari, menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Hidup ini bukanlah indah seperti cerita-cerita fairy tale, tidak selalunya indah, pasti akan ada turun naiknya. Aku harus bersedia dengan sebaik mungkin untuk mengahrunginya kelak, insyAllah. Apa yang akan terjadi kepadaku nanti??? hanya Allah yang maha mengetahui. Apa yang aku tahu, kehidupan harus diteruskan. Aku akan terus berusaha menjadi khalifah yang baik di dunia ini kerana aku tahu, kehidupan di dunia ini adalah jambatan untuk akhirat, bukan matlamat tetapi hanyalah alat.

Wallahulam

Wassalam

Mohd Saufi Zaini
3 am
20 Ramadhan 
20 Ogos 2011

4 comments:

diba said...

alhmdulilah..slamt sume pgajian..thniah2..wish me luck;)

cik pulau said...

pengalaman mengajar kita erti hidup...
kenangan pahit tu yang jadi kenangan paling manis tuk dikenang.. papepun.
hidup mesti diteruskan..
moga kita semua sukses selalu..^^,

solanumdulcamara123 said...

Dah balik rupanya~selamat beramal~

Kejernihanku said...

huhu..dah lama tak update blog tgh mengalamun boleh plak update... :) terima kasih semua