Monday, October 17, 2011

Susah ke mencari titik persamaan di Malaysia?

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan kepulanganku ke bumi tercinta Malaysia setelah selesai berjihad di bumi UK yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Semasa keberadaanku di UK, aku selalu dinasihatkan dan diingatkan bahawa perjuangan di bumi Malaysia sebenarnya lebih mencabar dengan perangai manusia yang pelbagai ragam dan sifatnya. Aku hanya mendengar dan cuba memahami apa yang murabbiku sampaikan tanpa berkata apa-apa. Memang keadaan semasa di alam univeristi adalah salah satu alam yang paling ideal untuk menyampaikan dakwah, bergerak ke sana ke sini, program di situ dan di sini namun realitinya bukanlah berdakwah di UK itu matlamatnya hanya mengambil pengalaman, mencedok segala ilmu serta mengambil ibrah dari perjuangan di sana dan Malaysia tetap menjadi medan juang yang sebenar. 


3 bulan ini banyak menyedarkan aku betapa lemahnya umat Islam di Malaysia, 3 bulan ini baru aku tahu betapa jauhnya perpaduan umat islam di Malaysia dan 3 bulan ini baru aku tahu betapa politik itu mempengaruhi kehidupan rakyat umat islam di Malaysia. Aku berasa sedih melihatkan perpecahan yang berleluasa dikalangan umat islam sehingga ada yang menganggap umat islam di Malaysia ini lebih teruk dari orang kafir. Perbezaan politik sahaja membenarkan mereka bersengketa sehingga lupa Allah berfirman
"“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujurat (49:10)]".



Aku sebenarnya agak tersinggung bilamana mereka di luar sana banyak mengutuk dan mengumpat antara satu sama lain. Inikah yang dikatakan politik dalam Islam. Aku sangat kagum dengan suasana politik di UK, mereka boleh duduk semeje dan boleh berdiskusi serta menyampaikan pendapat parti mereka dalam sesebuah isu dan perkara. Aku sendiri yang menyaksikan dan aku sendiri yang mengendalikan majlis tersebut ketika sessi temuramah bersama wakil-wakil parti di Muslim Welfare House Sheffield. 


Namun keadaan di Malaysia sangat berbeza, dan bilamana ada isu melibatkan akidah umat Islam sekali lagi aku nampak keretakan perpaduan ukhwah di situ. Bilamana ada sesetengah golongan cuba untuk naikkan islam, orang Islam sendiri yang memperlekehkan usaha tersebut. Mereka lebih melihat hasil dari usaha. Hasil itu adalah urusan Allah kita tidak berhak untuk menilainya apa yang penting kita harus hormati orang lain melakukan kerja dakwah mereka, kalau tak sokong tidak mengapa namun tidak perlu menzahirkan kepada orang lain penentangan terhadap kerja dakwah orang lain. At least mereka ada buat kerja dakwah, kita hanya tahu mengumpat kat belakang tanpa memberi sebarang pertolongan. Biarlah dia nak berdakwah macam mana sekalipun, terpekik terlolong sekalipun itu juga kerja dakwah. Kelak di akhirat itu juga dikira oleh Allah untuk bekalan menyelamatkan diri. 




Aku hanya berharap umat islam di Malaysia ini mencari titik persamaan, sekiranya terdapat perbezaan maka berlapang dadalah, tak guna mengutuk antara umat islam sendiri. Bukankah elok kita bersatu atas nama Islam bagaimana caranya itu hak masing-masing, namun perkara yang melibatkan akidah umat Islam itu tiada kompromi kita mesti bersatu menzahirkan ketidakpuasan sebagai umat Islam yang prihatin. Sehubungan itu aku ingin mengajak mereka yang sayangkan akidah untuk berHIMPUN dengan tujuan untuk menzahirkan ketidakpuasan hati kita terhadap masalah isu umat islam dan juga usaha kritianisasi yang semakin berleluasa sekarang. Aku melihat ramai sahabat2 ku diluar negara yang bersatu mempromosi aktiviti ini dan aku sangat terharu, aku tahu sekiranya mereka diberi peluang berada di Malaysia sekarang ni pasti mereka semua akan sertai himpunan tersebut.




Jom bersatu di atas akidah...


Wassalam


Pangkor, Perak



1 comment:

cik mimie said...

insyaAllah..tak kira la walau apa wasilah sekalipun..jika niat untuk bawa Islam dan rasa apa yang kita buat x salah..teruskan..!
jangan lihat kepada negatifnya seseorang..tetapi lihatlah kepada positifnya orang2 yang support kerja usaha anda.
jangan juga memandang kepada negatifnya sesuatu jemaah kerana setiap jemaah pasti membawa misi yang sama cuma cara yang berbeza.. sebab tu kita perlu jaga diri dengan baik dan jangan jadi fitnah terhadap jemaah.."dalam setandan pisang tak semuanya busuk.."
berusahalah ke arah pembentukan sebuah negara Islam..sungguh politik dan Islam memang tidak dapat dipisahkan..kerana Islam itu syumul..barangsiapa menolak politik bermakna dia menolak kesyumulan Islam..mungkin susah untuk dapatkan politik Islam kat malaysia..tetapi itu tidak mustahil..
dengan tertegaknya sebuah negara Islam..insyaAllah..akan mudah lagi untuk kita perkembangkan Islam. sebab tu zaman Rasulullah dahulu..baginda berusaha menguasai pemerintahan dan menakluk beberapa tanah jajahan untuk diperkembangkan lagi dakwah islam..perjuangan Rasulullah diteruskan lagi oleh sultan muhammad al fateh dan salahuddin al ayyubi..moga kita mampu menjadi mata rantaian perjuangan Rasulullah agar tertegaknya sebuah negara Islam.

lastly..walau apa jua jemaah sekalipun..ayuhh..strengthen each other..do it for ummah..! ^_^