Monday, November 16, 2009

Multi Level Marketing vs Dakwah Islamiah :)

Assalamualaikum Wbt


Sebut pasal Multi Level Marketing (MLM) ni,
Banyak cerita menarik yang boleh dijadikan pengajaran untuk menegakkan Syiar Islam
Apa kene mengena MLM dengan Syiar Islam?
hurm..


MLM adalah satu pernigaan sistem penjualan yang melibatkan pelanggan sebagai tenaga penyalur secara langsung. Harga barang yang ditawarkan di setiap tingkat pelanggan adalah harga produk ditambah komision yang menjadi hak pelanggan karena secara tidak langsung telah membantu kelancaran perniagaan tersebut.


Banyaklah hukum hakam tentang MLM ni, tapi bukan itu yang saya ingin ceritakan,
Kerana saya bukan ustaz, mahupun muallim yang tahu secara detail tentang hukum hakam tersebut.


Apa yang menarik tentang MLM ni adalah setiap pelanggan mereka adalah duit..
Tidak kiralah sesiapa yang mereka lihat, seperti kawan, cikgu, lecturer, mahupun orang sekitar itu adalah duit..


Saya mempunyai seorang kawan yang bergiat aktif dalam MLM ni, beliau pernah memberi tahu saya sesautu fakta yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi..


"Saufi..bagi kami (orang yang bergiat aktif dalam MLM) ni setiap orang yang lalu, adalah pelanggan..kami tak lihat seorang itu, sebagai seorang, tetapi kami melihat seorang itu sebagai ramai. Katakanlah ahmad membeli produk aku..sebenarnya bukan ahmad sahaja yang akan membeli produk akan tapi dibelakang ahmad itu ramai lagi yang berpotensi untuk dia tarik membeli produk aku, seperti adik beradik dia, rakan-rakan dia, and kenalan dia, dan dibelakang mereka ramai lagi yang boleh tarik orang lain..Jadi  AKU TIDAK LIHAT SEORANG ITU SEBAGAI SEORANG, TETAPI SEORANG ITU SEBAGAI RAMAI"




Jangan tiru aksi ini, bahaya Allah marah, haram pegang tangan bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim :)


Wahai rakan-rakanku yang dihormati,
Apa yang saya coretkan di atas adalah menteliti seorang sahabat bergiat aktif dalam perniagaanya, saya bersyukur kerana dia telah membuka minda dan fikiran saya dalam melihat seseorang..


Bukan bermaksud saya minat dengan perniagaan MLM ni, saya cume berminat dengan cara dia melihat orang dan dengan itu saya ingin kaitkan dengan  DAKWAH ISLAMIAH



Anggaplah Pelanggan tersebut adalah Mad'u, orang yang bergiat aktif adalah Daie, dan produk tersebut adalah dakwah, maka apakah yang terlintas di fikiran anda?
Sebenarnya orang Islam semua terlibat dengan MLM, tapi MLM kita berbeza,
Saya ingin membuka minda para pembaca dari sudut dakwah..


Jom sertai kami dalam berdakwah takbir "Allahu Akhbar" :)


Dalam konteks dakwah, seorang daie melihat orang disekeling mereka sebagai mad'u, dan harus melihat seorang mad'u bukan sebagai seorang tetapi sebagai ramai kerana lagi mad'u yang berpotensi dibelakangnya..Ini adalah aplikasi dari MLM yang saya sebutkan tadi


Sekiranya para daie melihat setiap orang dari sudut tersebut, maka mereka pasti akan lebih bersungguh-sungguh dalam usaha berdakwah..bayangkan sorang daie boleh menarik seorang hamba Allah ini, dan hamba Allah ni menarik rakan-rakan atau keluarganya yang lain dan yang lain pun menarik yang lain berapa banyakkah pahala seorang daie ni akan dapat...MasyaAllah sungguh besar pahalanya..


Seorang peniaga MLM sekiranya mereka tidak bergiat aktif, maka tiada keuntungan bagi mereka, jadi perkara yang sama harus dilakukan oleh daie seorang daie harus bergiat aktif dalam mencari "pelanggan", mungkin kita tidak nampak hasilnya di dunia, tetapi hasil yang Allah berikan sangat jauh lebih bernilai di akhirat nanti, sehingga kita tertanya-tanya dari manakah pahala yang sebesar ini kita dapat..Maka jawab Allah "Ini adalah hasil dari perniagaanmu (dakwah) di dunia" 


Asyik Tidur Je Tak Boring Ke?



Jadi sebagai kesimpulan mari kita bandingkan perniagaan mana yang lebih untung MLM vs Dakwah


Multi Level Marketing MLM
Bagi peniaga MLM perniagaan mereka adalah product yang mereka ingin jualkan, pelanggan mereka adalah manusia sekeliling, harga yang mereka dapat adalah duit dan pangkat


Dakwah
Perniagaan daie adalah mengajak manusia kembali kepada Allah, pelanggan daie adalah manusia sekeliling, harga yang diperolehi adalah pahala yang berpanjangan


Fikir-Fikirkan
Wassalam :)

1 comment:

madrasatuna said...

jazakallah atas analogi yang menarik..teruskan usaha..moga dakwah kita diterima amalannya..

just nak tambah sedikit..

siapa yang paling untung dalam sistem MLM..sudah tentu pengasasnya..dan begitu juga yang paling susah adalah pengasas..kerana pengasas MLM bergerak berdasarkan teori bukan praktikal..kenapa saya kata begini..

kerana ketika di awal perniagaan keuntungan tidak dapat dilihat.. hanya teori yang mengatakan perniagaan MLM ini akan mendapat keuntungan..tetapi benda itu masih teori dan belum diterjemahkan dlm bentuk yang praktikal..

ini lebih menguji pengasas MLM berbanding pelanggan2 MLM setelah itu..pelanggan2 setelah itu.. yang sudah melihat berjayanya sistem MLM ini.. barulah mereka nak join...

itu yang lainnya antara pengasas dgn org2 yang datang setelah itu..pengasas hanya bergerak dgn teori yang ada..tetapi dia tidak melihat dgn matanya sendiri kejayaan sistem MLM ini tetapi org2 setelah itu join kerana melihat sendiri berjayanya sistem MLM..

siapakah yang lebih susah..?? sudah tentulah pengasas..dan siapa yang lebih beruntung dan mendpat duit yang paling byk..sudah tentulah pengasas..

cuba kaitkan dengan dakwah kita...sori tulis2 byk2 pula kat blog org ni