Sunday, March 21, 2010

Bila Menderma Dapat Pahala :)

BismillahiRahmaniRahim..


Hari ini aku sungguh gembira melihat matahari yang cukup indah, sudah lama ku menantikan matahari muncul untuk tempoh yang panjang. Kita seringkali lupa dengan nikmat yang Allah berikan depan mata, ataupun lupa untuk bersyukur dengan segala pemberiannya. Ya mungkin di Malaysia, mataharinya sedang terik menyinar, tetapi tidak bagi sesetengah tempat yang begitu susah untuk melihat kelibatnya, barulah ku tahu nikmat matahari pada bumiku tercinta. 


Jumaat yang baru-baru ini, seperti biasa aku ditugasakan untuk mengutip derma selepas Solat jumaat, di sini tidak seperti Malaysia, tiada tabung bergerak, kerana ditakuti akan diambil oleh sesetengah pihak, maka disebabkan itu setelah habisnya solat jumaat aku berlari keluar untuk memegang tabung di hadapan pintu utama masjid. Tidak seperti jumaat-jumaat yang lepas, Jumaat kali ini agak istimewa, kerana inilah kali pertama, kesemua masjid di Sheffield bersepakat untuk mendermakan duit jumaat bagi pembelian City Scanner untuk kegunaan Children Hospital. Niat yang satu, masing-masing bersama-sama menderma sambil beramal.


Children hospital tersebut bukanlah dimiliki oleh orang Islam, namun bukanlah itu menjadi penghalangnya, sebelum ini aku agak jahil kerana memikirkan bahawa duit hasil kutipan solat jumaat hanyalah boleh digunakan untuk orang islam sahaja, tetapi minggu ini, ianya terus mengubah pemikiranku sama sekali. Islam itu indah, dan menyeluruh bukankah kita digalakkan untuk menderma walaupun memberi kepada orang yang bukan islam, di mana ada kekurangan kita "top up" kan, itulah yang diajarkan dalam islam.


Berbeza denagn jumaat-jumaat lalu, setelah khutbah yang mantap diberikan oleh khatib berkenaan menteliti umat islam dan juga kelebihan bersedekah, maka inilah kali pertama sejak aku mula mengutip derma masjid merupakan kutipan paling tinggi sekali. Alhamdulillah, hasil dari kutipan ini telah menunjukkan, muslim di sini sangat pemurah, dan juga sekaligus menukar menteliti orang bukan islam di bumi uk ini tentang peribadi muslim di sini. Semoga Allah merahmati pada mereka yang menderma dan juga melakukan amal kebaikan. 


Berbagai-bagai ragam penderma telah kusaksikan, terkadang membuatkan ku tergelak dengan gelagat mereka, ada yang memasukkan tangannya dengan cepat sehingga nak jatuh tabung dibuatnya, ada yang masukkan 50 pound kemudian ambil 10 pound, ada yang gunakan tabung tersebut untuk tukar duit kecil, ada pula yang ingin menukarkan duit kertas kepada duit syiling untuk membayar parking kereta, tapi aku tahu kesemua mereka iklas menderma kerana Allah :)


Oleh itu, wahai teman-temanku, ringankanlah tangan untuk menderma, biarlah sedikit sekalipun, namun ingatlah ganjaran yang besar di sisi Allah. 


Wassalam

2 comments:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Kadang2 kita sukar nak kuarkan duit utk sedekah.. Kalau sedekah pun, duit merah sangat susah nak jumpa tabung tu, asyik duit biru je..

Tapi bila kita berbelanja, beribu-ribu kita keluarkan. Itulah tanda kita cintakan dunia.. Emm.. Sama2lah kita meningkatkan amalan sedekah kita, sekurangnya senyum dengan orang lain..

MiE MaeL said...

yang penting ikhlas kan sopie.. tol tak?? walaupun 1sen yang didermakan begitu barakah di bandingkan derma sejuta.. aplikasi niat itu penting..