Tuesday, October 27, 2009

Semoga Berjaya Sahabatku Semua :)

Assalamualaikum Wbt

Sejak akhir2 ni agak buzy dengan kerja2 design and ade plak beberapa aktivity kene join.
Lama tak update blog ni..sampai ditegur sebab dah berhabuk dgn entry lama huhu...
Asif (maaf) ye..

Kini aku mempunyai sedikit masa..
Satu hari aku terasa letih sangat badanku ini
Dan aku rase nak tido
So aku pun tido la..
Aku masih ingat pesanan Ustaz Ahmadi (sewaktu ku f4)
Beliau kata kalau kita mengantuk jangan teruskan belajar
Tapi tidurlah..jangan memaksa diri untuk terus belajar

Ku tanya pada ustaz ku Kenapa tak boleh aku nak belajar salahkah ku??
Ustaz ku berkata
Ketahuilah Saufi sesungguhnya Manusia itu dicipta tidak semuanya sempurna
Tidak sempurna di sini adalah keterbatasan manusia itu..

Sebut saja manusia..
Pasti ada had limitnya
Jadi apa kaitannya dengan aku belajar kan?

Walaupun seseorang itu belajar memaksa diri sampai letih..
Namun otaknya fikirannya juga bekerja..
Ketahuilah Otakmu dan fikiranmu harus berhenti juga
Sebab semuanya ada hadnya

Jadi apakah jalan penyelesaiannya
TIDUR

Tidur ustaz? tanyaku
Ustaz dengan senyumnya (aku masih ingat senyumnya)
berkata kepadaku..
Tidurlar dan bangunlah pagi esok
Bangun awal2 diwaktu orang lain mungkin tidur
Bangunlah awal..dan mulakan pembelajaranmu dengan solat tahajjud
Bangunlah awal semoga hatimu fikiranmu tenang utk menerima ilmu setelah berehat ( tidur)

And Sekarang ???
Segala pesanan nya aku ingati dan ku ikuti
Alhamdulillah dia menjadi asbab kepada ku
Berjaya setakat ini..
Aku berasa bersyukur dengan kurniaan Allah padaku

Wahai sahabatku..
Tahukah manusia ini mempunyai limit..
Lagi2 time exam (di IPTA dan IPTS ) malaysia
Sekiranya kamu letih tidur lah
Berilah masa pada tubuh badanmu untuk berehat
Jangan memaksa diri
And perbanyakkan Solat

Sebab
Kejayaan itu bukan hak milik kita
Tapi hak milik Allah
Allah bagi kita pinjam je buat sementara waktu
Sebab sekali kita berjaya bukan bermakna selamanya kita akan berjaya
Jadi kejayaanmu tidak kekal
Yang kekal adalah ketaqwaanmu pada Allah
Oleh itu perbanyakkan doa kepada Allah ok..

Akhir kata
Semoga berjaya kepada sahabatk2u di Malaysia
Buatlah yang terbaik untuk Dirimu, Agamamu, Negaramu

Best regard
Mohd Saufi

4 comments:

Anonymous said...

hm..
nice entry nak2 tgh exam nih..kalau tak belajar pon mengantuk jer...camne tuh..??=)

Kejernihanku said...

kalau tak beljar lagi bagus tidur..huhu..aku pernah dengar tau orang kate lah tak tau betul ke tak..tidur tu salah satu nikmat dunia..huhu..nnti kalo dah tak dpt tidur hilang nikmat dunia..tp jgn tidur lebih2..nnti pening :D

Anonymous said...

salam....

nak tegur sikit. maalish tu maksudnya 'x pe-x pe' bukannya maaf. dia lahjah 'ammi misr.

Asif baru maksudnya maaf.

Kejernihanku said...

huhu..syukran..mmg pun sbb aritu pg mesir perkataan tu je yg terkuar dari mulut ni..saje nak cakap lahjah ammi misir..pe pe pun syukran ye..:)