Assalamualaikum Wbt
Baru-baru ni saya telah mendapat jemputan ke walimah seorang ikhwah, namun apakan daya saya tidak dapat menghadirinya kerana keberadaan saya di bumi UK ini. Perkahwinan adalah satu tuntutan yang amat di galakkan dalam Islam, Rasulullah SAW suka pada setiap muslim yang berkahwin sehinggakan ada sebuah hadis menyatakan bahawa berkahwinlah sesungguhnya Aku suka pada bilangan umat Islam yang ramai. Namun begitu perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang mudah atau sesuatu yang diikut-ikut, perkahwinan merupakan satu titik perubahan dalam hidup, perubahan yang amat ketara sehinggakan yang muda boleh menjadi matang dan yang matang boleh menjadi dewasa itulah perubahan yang perlu ditanggung oleh setiap orang yang berkahwin.


Saya masih ingat lagi kata-kata mas'ul saya berkenaan penjagaan hati dan diri, tahukah rakan sekalian apa yang kita mahukan semuanya bermula daripada diri kita. Masakan kita ini seorang yang tidak baik akan mendapat seorang bidadari yang baik, sebab yang tidak baik itu pasti akan bertemu dengan yang tidak baik. Ini telah dijanjikan oleh Allah melalui firmannya " lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik"(An- Nur 26). Itu adalah hukum alam yang tidak dapat disangkal, secara logiknya seseorang yang berada dipersekitaran yang kurang elok akan mencari teman dipersekitaran yang kurang elok juga, jadi kita perlu lihat dan teliti bagaimana kita berjumpa dengan pasangan hidup kita adakah di kelab-kelab malam atau di Masjid atau di majlis ilmu.
Sesesiapa sahaja mahukan isteri solehah ataupun suami yang soleh, kalau ditanya berbagai-bagai kesempurnaan dilihat sebagai aspek utama, tapi bagaimana dengan diri anda. Adakah kita cukup sempurna untuk mendapatkan orang yang sempurna. Sebagai contoh, anda memang seorang yang baik, tetapi anda ini sering bersalaman dengan wanita bukan muhrim sebagai tanda penghormatan sahaja bukan kerana nafsu pun. (bersalaman dengan wanita yang bukan muhrim tidak berdosa asalkan tidak bernafsu, sila rujuk blog ustaz hasrizal). Ya..mungkin tidak berdosa, tetapi, itu kan tidak elok dan adalah lebih baik kita mengelak terus dari kita melakukannya walaupun itu satu penghormatan, terbayangkah kita sekiranya isteri kita kelak akan selalu bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim sebagai satu penghormatan juga, tentu kita tidak mahu. jadi bagaimana dengan diri kita?
Begitu juga dengan mencintai seseorang sebelum akad nikahnya atau dengan kata lain bercouple, lagi-lagi di waktu valentine day ini. Ianya disambut secara besar-besaran walaupun di negara yang pemerintahnya Islam. Baru-baru ini saya mendapat tahu melalui salah sebuah surat khabar berbahasa english, sewaktu valentine day tersebut para wanita tidak digalakkan memakai "penties" bagi membuktikan cinta mereka. Apa ni? cinta apa yang dimaksudkan? adakah cinta nafsu atau cinta syaitan yang ingin diagungkan?. Adakah ini persekitaran yang elok? adakah akan lahir rijal-rijal dan nisa'-nisa' seperti Umar Alkhattab, Usamah bin Ziyd, Hassan Al-banna, Siti khadijah, Siti Fatimah dan sebagainnya. Tidak mungkin berlaku kerana ianya dari persekitaran yang tidak diredhai.


Ingatlah rakan-rakan sekalian, Allah itu maha adil. Apa yang kita buat akan datang pada kita semula. Baik amalan kita baiklah hasilnya. Kepada wanita yang solehah, kamu ibarat buah yang berada di pohon yang tinggi, janganlah sekali-kali menjatuhkan martabat kamu. Kamu adalah seorang yang insan yang dipandang tinggi. Ingat suatu masa dahulu kamu semua tidak ubah seperti binatang dilayan hanya untuk memuaskan nafsu, tetapi Islam telah mengangkat kamu di makam yang tertinggi sehinggakan untuk memilikimu, puak adam ini terpaksa bersusah payah bekerja, belajar untuk mendapatkanmu.
Kepada wanita yang merendahkan martabat mereka, adakah kamu fikir mereka yang solehah, yang tidak bercakap langsung dengan lelaki, yang menjaga diri mereka agar tidak tercemar hatinya, yang selalu menundukkan pandangan itu tidak mempunyai sifat untuk berkasih sayang, tidak rasa untuk mencintai dan sebagainya tetapi apa yang kamu katakan pada mereka adalah mereka ini golongan anti-lelaki, yang hipokrit harapkan tudung sahaja labuh dan macam-macam lagi. Sungguh kamu ini tidak berfikir yang mana yang haq dan yang mana yang batil.
Hidup ini sekali, hiduplah dalam keindahan islam, mati ini juga sekali matilah dalam keindahan islam. Sekiranya mahu selamatkan umat islam saudara kita di Palestine, Iraq, dan juga ditempat-tempat lain semunya bermula dari keluarga yang baik. Mendapatkan keluarga yang baik dan bahagia harus disinari dengan iman.


Sebagai penutup saya sertakan sebuah nasyid yang bertajuk Keluarga bahagia oleh Nowseeheart . Sangat terharu dengan nasyid. Hayati betul-betul ye.. :)
Lagu : Keluarga Bahagia
By : Nowseeheart
Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya, yang menimpa
Derai airnya mata mengalir, di darah kita
Membina cita-cita
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta, SEMURNI CINTA KELUARGA
Huuu........
Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta semurni CINTA KELUARGA
Uuuuuuuu......
Langkah remaja mu ditusuk sembilu
Kembara dewasamu di andarsu
Ingatlah pesan ibu, dengarlah pesan ayah
Kembali ke jalan Allah
Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia
Sayangi keluarga, disitulah bahgia (ulang banyak2)
Wassalam