Wednesday, February 3, 2010

Ibu Ibu Engkaulah Ratu Hatiku :) "The True Meaning Of Love"

Assalamualaikum Wbt
Sebenarnya aku sengaja menulis entry ini untuk diberikan kepada ibuku, tetapi oleh sebab si Joe budak presidente SMSA ni offer aku untuk masuk pertandingan menulis essei berkenaan dengan tajuk the "true meaning of love" so dah alang-alang macam kene je dengan tema aku pertaruhkan entry ni lah joe ye..hehe..So entry ini adalah untuk weekand @ sheffield.

Usai sudah solat Isyak, seperti biasa aku akan mula untuk memeriksa seluruh kawasan masjid sambil mengemas sedikit kelengkapan masjid, ketika itu ku tinggal keseorangan kerana kesemua jemaah telah pun pulang ke rumah masing-masing. Aku duduk berehat di depan heater untuk mengelakkan kesejukkan terlampau..sambil ku buka Al-Quran, ku membaca dengan cermat sekali, tiba-tiba sejernih air mata ku mengalir membasahi pipi, aku tiba-tiba teringatkan kampung halaman.

Aku ini bukanlah seorang yang homesick sangat yang mudah menyerah kalah pada keadaan, namun itu bukan bererti aku tidak menyayangi keluargaku di Malaysia, cuma aku tiba-tiba kalah dengan diriku sendiri, aku teringatkan emakku. 

Hurm..biarlah orang memangilku anak emak ke? aku tidak peduli..memang fitrah seorang anak mengasihi emaknya melebihi segalanya, kerana di situlah kebahagiaan ku dunia akhirat. Aku masih ingat lagi setiap pagi beliau tidak jemu mengejutku membangunkan aku untuk solat subuh. Yang peliknya, aku sudah set jam, tetapi aku tidak dengar langsung kecuali apabila emakku memanggil namaku untuk solat subuh. Itulah keajaiban seorang emak padaku. Apabila terdengar suaranya sahaja, menjadi mudah untuk bangun, denyutan nadiku laju, hatiku berdegup kencang dan bangunlah aku dari tidur walhal, aku tidur di bilik atas beliau hanya memanggil ku dari bawah, walaupun suaranya kecil sayup kedengaran namun impaknya sangat besar buatku.

Sewaktu aku kecil beliau selalu meletakkan bedak kat mukaku, aku jadi rimas. Tak suka sebab nanti orang tengok macam hantu cina. Tapi disebabkan itu jugaklah aku di sukai ramai akak-akak sebab dorang kate aku ni comel (hehe..perasan). Beliau selalu menyuapkan ku sewaktu kecil, best sungguh rasa suapan emak ni, hati rase berbunga sekiranya dapat makan dari suapan emak, tapi ego seorang lelaki yang mahukan kematangan yang rasakan dirinya sudah remaja malu untuk makan suapan emak lagi sewaktu itu membuatkan aku hilang salah satu nikmat dunia. Namun bila melihat adikku disuap oleh ibuku aku jadi jelous ( cemburu ). 

Umur ku mencecah 13 tahun, aku mula memasuki ke sekolah Agama, itu pun atas nasihat darinya. Beliau tidak pernah memaksaku malah selalu meminta pendapat aku dalam banyak hal. Yang paling aku ingat sepanjang aku berada di sekolah agama tersebut, setiap hari beliau memasak untukku untuk bekalan makanan tengah hari. Kawan-kawanku semua gelak je tengok aku bawak bekal, tapi apabila tiba waktu rehat, dorang yang makan dulu makanan tu, takpelah kongsi kan. Sampailah aku berada di tingkatan 3 aku masih diberi bekal makanan setiap hari tanpa jemu.

Setelah itu aku ditawarkan memasuki ke Sekolah berasrama penuh. Di sini betul-betul mengujiku, apabila pada mulanya emakku tidak bersetuju untukku memasuki sekolah tersebut kerana sekolah tersebut betul-betul dalam hujung dunia katanya. Tapi setelah ku berikan rasional mengapa aku perlu memasuki sekolah tersebut, beliau berat hati menerima pandanganku. Kini tiadalah orang yang mengejutku ketika subuh, tiadalah orang yang menyiapkan makanan kepada ku sebagai bekalan semasa rehat, kesemuanya berubah sama sekali tanpa kehadiran emakku. Aku jadi lemah pada mulanya, namun aku berdiri sendiri dengan penuh keazaman untuk berdikari.

Semasa aku berada di matrikulasi Melaka, tidak jauh dari Selangor, agak kerap beliau bersama ayahku datang melawatku. Aku selalu diberikan nasihat oleh emak agar menjaga diri baik-baik. Melangkah ke alam dunia sebenar bukan semudah yang dijangkakan, salah memilih kawan rosak lah aku, salah memilih persekitaran rosaklah aku. Namun berkat doa daripadanya aku masih menjadi diriku.

Kini aku memasuki sebuah institusi tempatan iaitu University Kebangsaan Malaysia (UKM) atas cadangan dari ibuku. Pada mulanya aku tidak mahu kerana aku mahu meneruskan pengajiaanku di University Teknologi Malaysia (UTM), kerana pada pandanganku UTM adalah sebuah university pengkhususan untuk bidang kejuruteraan. Tapi niatku terhenti aku masih ingat lagi kata-katanya " tinggal kat matrik je dah jauh, ayah nak ulang alik susah, ni sampai nak masuk UTM sampai johor, ayah nanti tak larat, nanti mak nak datang melawat susah, kami makin tua" kata-katu tersebut terus menusuk kalbuku. Tersentak aku dari lamunan, aku terus tersedar, dan aku terus memilih UKM sebagai university pilihan pertamaku. Last-last aku yang balik rumah selalu, dorang tak payah melawat pun kat UKM huhu..

Alhamdulillah, berkat mengikut kata-kata emak, aku melalu saat bahagia di UKM, walaupun hanya 3 bulan berada di UKM, aku dikurniakan ramai kenalan dan teman. Ukhwah terbina sangat utuh, di UKM mengajarku berorganisasi dan macam-macam lagi. Aku masih ingat lagi, semasa di UKM, tidak sampai 3 bulan aku telah melakukan bermacam-macam aktivity. Itu kesemuanya hasil dari mendengar nasihat emak. 

Suatu hari aku membonceng motosikal ke pusanika UKM, aku menerima panggilan dari emakku. Beliau menagis sangat-sangat, aku jadi terkejut, tidak sempat menanyakan apa-apa lagi beliau segera memberitahu, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ku University of Sheffield UK. Ku ingat tangisan itu tangisan kesedihan tetapi itulah tangisan kegembiraan, yang ku tidak paham mengapa begitu kuat tangisannya sedangkan aku baru mendapat tawaran, aku masih tidak tahu samada aku mahu menerimanya ataupun tidak. Tapi naluri seorang ibu yang mengetahui aku akan meninggalkannya jua suatu hari nanti itu kuat. Ku tinggalkan UKM untuk melanjutkan pelajaranku ke UK

Sekarang aku berada lebih jauh dari emakku, makin jauh fizikalku darinya tapi makin dekat hatiku padanya. Aku selalu mengenangkannya terutama sekali masakannya. Waa sedap..baru ku mengerti masak tu susah sebenarnya sebab aku ambil masa untuk memasak, itu baru satu hidangan, dengan penat lagi baru pulang dari kuliah, tapi bagi seorang ibu berlainan, tugas beliau lebih tinggi, beliau harus memasak, mengemas rumah, melipat kain, dan macam-macam lagi, tapi boleh memasak dengan baik dan sedap walaupun penat. Hebat dan mulianya seorang emak ni..SubhanAllah.

Aku teringat lirik dari sebuah nasyid " tangan yang menghayun buayan bisa menggegarkan dunia" itulah tangan-tangan ibu. Terima kasih ku ucapkan untuk emakku, Rashidah Binti Jasin kerana Jasanya yang tak terhingga mendidik anaknya yang degil ni. Beliau seorang yang biasa, tidak berpelajaran tinggi, tidak memasuki university, hanya gadis kampung namun dapat melahirkan dan membesarkan anak sehingga memungkin anaknya untuk belajar jauh di perantaun.  Siapa sangka seorang gadis kampung dapat melahirkan seorang jejaka yang tampan (ceewah) yang mungkin akan menggegarkan dunia suatu hari nanti. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa besarnya jasa seorang ibu datang dari hati kecil itulah "The true meaning of love".

 Bersama dengan emak sebelum berangkat ke UK..meow meow..

Pesanan : Ingatlah jasa ibu terutamanya..Sejauh mana kamu belajar, sejauh mana kamu berjaya, itu semua adalah dari tangan seorang ibu..Ok nak pergi call emak kat umah :)

 Bye Wassalam...


17 comments:

HiLMaN said...

Mendoakan ibu semoga sentiasa di bawah rahmat Ilahi di dunia dan di akhirat. Amin.. =)

Kejernihanku said...

InsyAllah Hilman..jangan sedih2 ye..doa anak yang soleh itu buat roh ibu sentiasa segar..ibu sentiasa memerlukan doa seorang anak..jgn sesekali lupa mendoakan ibu bapa ye... :)

~CaHaYa @gaMAkU~ said...

terima kasih kerana kenang jasa mak.bahagia hidup mak bila tengok anak-anak mak berjaya dlm pelajaran dan kerjaya masing-masing.semuga sopi ,kakak, abg dan adik2 berjaya dan bahagia dunia akhirat. mak terharu bila baca blog sopi,

Kejernihanku said...

ish mak jangan puji malu I hehe..

~CaHaYa @gaMAkU~ said...

gatai

joegrimjow said...

sopi memang gatai

die 'bayo' makcik ek soh komen ni nak markah lebih?
hehe



okes, ku dah update, thx u

chah~ said...

rindu mak aku... sob3...


nice entri saufi.. gud luck~

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam dik..
dtg mlawat dr blog dik joe..
hehe.. manje ngan mak ekk.. akk manje ngan abah.. :D

best kan klu ayah or ibu kita suapkan makan.. rindunya nak abah suap :(

Kejernihanku said...

huhu..timecih ye krn ziarah..joe si botak chin tu suruh masuk contest die..masuk jelah..tp sy takdelah manje sgt..cume besa la bike duk jauh ni teringat kat family lg2 kt mak huhu..lps ni entry pasal ayah pulak..
:D

rusydi said...

haha no comment :D

Mimpi said...

Masuk ke kalbu jugak entry ni.

FarhanaDr said...

Ohh.. Walau duduk dengan mak, baca entry ni, rindu lak kat mak.. Huhu.. Smoga jadi anak yang berjaya dunia akhirat ya sopi.. :)

Kejernihanku said...

huhu..ini bukan cerita rekaan ye..ini cerita benar luahan hati seorang anak kepada ibunya..ceewah.. :P

farah said...

salam ziarah :)
entry yang sangat sangat touching .


good luck ~_~

Kejernihanku said...

Perhatian entry ni bukan direka2 untuk masuk pertandingan si joe tu in fact entry ni dah disiapkan dulu baru tau joe ada buat contest entry cume memanjangkan kepada contest tersebut sahaja..

entry ni ku tujukan khas dgn satu niat untuk diberikan kepada emakku tak lebih dari itu...kerana aku bersyukur mempunyai emak yang sebaik itu..

Jadi jangan ada yang salah paham berkenaan contest dgn entry ini...

:)

huda.othman said...

mommy's boy! =)

Kejernihanku said...

memang anak mak but bukan manja ye..I'm in the middle from 5 of my siblings..anak ke 3 ni bese2 je...huhu...