Thursday, March 4, 2010

Bersentuhan Lelaki Wanita Wow... :)

Assalamulaikum Wbt

Jam menunjukkan 6.09 pagi, usai solat subuh aku membelek-belek facebookku untuk melihat update terbaru dari rakan-rakanku di Malaysia mahupun di seantero dunia. Tiba-tiba aku terpandang sebuah status seorang rakan perempuan yang cukup membuatkan ku terfikir. Statusnya berbunyi begini " alamak dah terbasuh tangan, hilang aroma bersalam dengan  Ali Rustam semalam" . Apa yang anda dapat simpulkan dari ayat tersebut?


Wahai sahabat yang kuhormati sekalian, bukanlah niatku untuk menjatuhkan beliau. Tetapi budaya bersalaman bukan muhrim antara lelaki dan perempuan sudah menjadi trend dan mereka sedikit pun tidak rasa bersalah dengan perbuatan mereka. Para Ulama' banyak berselisihan pendapat mengenai bersentuhan ini, tidak apalah mereka ada hujah mereka. Sedikit pun ku tidak meragui keilmuan meraka tentang hal ini. Tetapi yang aku tidak gemarkan adalah mereka yang memandang remeh perkara ini.


Sepanjang keberadaan ku di bumi UK ini, ada beberapa situasi yang memungkin kan aku untuk bersentuhan dengan wanita. Di sini walaupun kurangnya budaya bersalaman namun budaya berpelukan itu menjadi amalan. Berpelukan bukanlah atas dasar nafsu tetapi atas dasar menghormati ( berjumpa dan berpisah) . Ada suatu ketika aku hampir dipeluk oleh seorang gadis yang sangat comel (meow meow), sekiranya imanku tidak berbicara ketika itu pasti aku sudah hanyut dibuai pelukan seorang wanita british..huhu..namun Allah masih memeliharaku, aku menolak dan beliau ingin bersalaman pula, seterusnya aku hanya menunduk kepalaku (macam orang jepun tu) dan terus berlalu. Alhamdulillah walaupun banyak halangan yang terpaksa ku tempuhi sepanjang perjalanan kembaraku di Bumi UK ini, namun tanganku dan seluruh badanku masih terpelihara dari menyentuh wanita yang bukan muhrim dengan sengaja..harapnya akab berkekalan..

 
Secara logiknya, wanita dan lelaki yang SEBAYA bersalaman antara satu sama lain pasti akan timbul nafsu di dalam diri. Kalaupun tidak bernafsu sebelum bersalam, mungkin terjadi selepas bersalam. Dari persentuhan tersebut hati mulai berdebar, darah mulai laju jadi tidak hairan akan lahir sebuah perasaan suka. suka apa? Suka dengan kelembutan tangan wanita itu. Kelembutan tersebutlah yang seterusnya akan merangsang nafsu seseorang lelaki. Kelembutan tersebut lahir dari ciri-cari seorang wanita yang telah digariskan oleh Allah iaitu setiap inci dari wanita ini adalah perhiasan. (dengar suara sahaja boleh tergoda inikan pula bersentuhan) 


Berkata iman Qurtubi "Allah taala memulai dengan wanita kerana ramai manusia menginginkannya, juga meraka adalah jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki. Sebagaiman sabda Rasulullah SAW "Tidaklah aku tinggalkan selepasku ini fitnah yang lebih bahaya bagi laki-laki iaitu wanita" (HR Bukhari, Muslim, Tarmizi)


Wahai sahabat sekalian, kalaulah Allah swt berpendapat agar kaum lelaki wajib menjaga pandangan mereka terhadap lawan jenisnya yang bukan muhrim, maka tidak ragu-ragu lagi bahawa sentuhan antara satu sama lain lebih kuat dasar pengaruhnya terhadap naluri, watak dan lebih dahsyat lagi memungkinkan timbulnya fitnah daripada hanya memandang wanita. Setiap orang yang berlaku adil pasti akan mengetahui kebenaran ini. Maka renung-renungkanlah, mudah untuk menjadi muslim tetapi amat susah menjadi mukmin. Kerana bagi seorang mukmin dunia ini adalah penjara.


Fikir-fikirkanlah


Wassalam

2 comments:

Nur Madihah Hassan Borhan said...

salam..entri yg cukup menarik dan menyedarkan..

Memang tak dinafikan dunia hari ni seakan-akan manusia meletakkan Allah dan agama bukan lagi sebagai panduan utama..
Bukan lagi sebagai tujuan utama..

Nauzubillah..

Semoga kita semua terpelihara daripada murka Allah..

Ameen~~

huda.othman said...

may all of u will be under His protection against all the elements that could make us stray from the right path of a Muslim..

ameen...