Tuesday, May 11, 2010

Berjudi Tu Perkara Baik Ke? Kerajaan Bagi Je..






Assalamualaikum Wbt..

Bila syariat Islam tidak dijadikan sandaran maka, yang haram pun nampak halal. Merasakan telah berjaya menolak kemudharatan yang kecil tetapi pada hakikatnya telah membina kemudharatan yang lebih besar. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan oleh Timbalan Menteri Kewangan yang meng'halal'kan perkara yang sah-sah haram.

Berikut adalah kenyataan oleh beliau ( Ref Buletin Utama 6 Mei 2010)

"Aktiviti perjudian TANPA LESEN, merupakan satu aktivity yang MERUGIKAN kerajaan (berjudi takpe, jgn takde lesen je.. kerajaan rugi woo..), dan boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjan wang tanpa berlesen, jenayah terancang, penyuludupan, money laundering, dan lain-lain lagi, oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang 'prihatin' terhadap rakyat, maka kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya, sebagai langkah-langkah yang perlu dan berkesan bagi menangani masalah "buki" tanpa lesen, termasuklah MEMBENARKAN pertaruhan "buki" berhubung permainan bola sepak dilaksanakan". Riwayat Timabalan menteri Kewangan Malaysia huhu..


Apa cerita ni?

Yang bersorak adalah tauke-tauke perjudian, yang gelak adalah syaitan-syaitan, yang menangis adalah isteri-isteri, anak-anak penjudi dan sebagainya. Kononnya untuk menghormati aspek kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia ni      
(1 Malaysia beb), semua tu alasan semata-mata. Mana ada agama yang membawa kepada keburukan, mana ada agama yang menggalakan judi. Adakah mereka dapat jamin yang orang islam sendiri tidak akan berjudi sekiranya pertaruhan ini dijalankan.

Allah berfirman di dalam Al-quran


“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Sekiranya dianalisis secara teliti, kegiatan judi ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan, duit habis dipertaruhkan, tak cukup dengan duit sendiri, duit anak bini pula habis dicuri dan dirampas, keluarga diabaikan, apabila kalah pula, minum arak, pukul anak bini, pinjam ah long, yang jadi mangsa adalah keluarga, keluarga hidup dalam ketakutan, porak peranda, maka masyarakat lebih jauh dari agama, hilang pedoman, ramaja menjadi semakin rosak akhlak, negara boleh hancur.

Ingatlah wahai rakan sekalian, jangan menganggap dosa itu perkara yang mudah dan remeh, disebabkan kita mengetahui setiap dosa boleh diampunkan sekiranya kita bertaubat, tapi adakah kita tahu taubat kita diterima, jangan menyesal sekiranya di akhirat kelak, kita melihat timbunan dosa-dosa kita tidak diampunkan oleh Allah
(nauzubillahiminzalik), inikan pula dosa yang telah disebutkan dalam Al-Quran dimana setiap dosa tersebut merupakan dosa yang besar.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan masalah ini, membantah dengan sekeras-kerasnya... Walaupun saya mengetahui saya tiada hak untuk bercakap di parlimen, tetapi saya masih boleh menunjukkan rasa tidak setuju saya dengan mata pena.

Kepada rakyat Malaysia yang waras, sekiranya kita tidak menyokong perkara ini, maka kita seharusnya menyuarakan dengan segala apa bentuk. Biarlah kita tidak mendapat respond di dunia takpe..sebab setiap niat dan perbuatan kita untuk nahi mungkar diharap akan mendapat respond dari Allah.






Sebelum itu saya tinggalkan sebuah entry dari blog seorang sahabat saya tentang perumpaan judi dan anjing :



Ah Chong merupakan seorang penjual daging babi. Daging babi yang dijual oleh Ah Chong sangat laku dan dapat memberikan keuntungan yang banyak.

Satu hari, Ahmad secara kebetulan telah lalu di depan kedai Ah Chong lalu Ah Chong menyapanya.


Ah Chong : Halo Ahmad, how are u?


Ahmad : Baik baik...Amacam bisnes?

Ah Chong : Manyak baik...U tak mau tengok-tengok ka?

Ahmad : Adoi Ah Chong, saya mana boleh makan daging babi. Saya orang Islam.

Ah Chong : Takpa takpa. Jangan risau. Wa ada daging babi sembelih punya. Itu orang sembelih ada baca Bismillah sekali.

Ahmad pening. Daging babi sembelih? Baca bismillah? Ahmad terus pergi dari situ.
Cuba anda gantikan daging babi dengan perjudian bola sepak dan sembelihan itu digantikan dengan lesen daripada kerajaan.

Ada nampak persamaan di situ?


Kesimpulannya, yang Allah katakan haram tetap haram.


Fikir-Fikirkan 
Wassalam..

14 comments:

syaz123 said...

perumpamaan terbaik.memang kena.right on the spot..

Lun said...

yup agree .

Lun said...
This comment has been removed by the author.
Lun said...
This comment has been removed by the author.
joegrimjow said...

Sekiranya dianalisis secara teliti, kegiatan judi ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan,


judi ada kebaikan ke?
kekeke

Kejernihanku said...

hurm..sebenarnye nak relate dgn ayat quran tu..huhu..

Roy said...

terbaek!!

Kejernihanku said...

Itu dia mr president ku sayang telah bersuara..hehe..timecih kerana memberi idea ini..huhu..

IMmeHuda said...

i like the 'perumpamaan'..

couldn't agree more with the situation...kat Sg. Besar pun ada kedai judi Magnum/Toto..it serves the purpose for the Chinese community..(so they say)tp, ternampak jugak kelibat org Melayu, Islam..apa yg MDSB buat?
just letakkan signboard berbunyi begini:

"Perjudian ini adalah haram bagi orang Islam" (lebih kurang lah..tak ingat exact words)..

tapi..reinforcementnya mana? i don't think there is any..

wallahualam..

Kejernihanku said...

hurm..tul tu..ianya seperti merokok..padahal kat kotak rokok tu dah tulis dah merokok mebahayakan kesihatan..tapi ada orang kesah..serupa tak tulis pe2 kat kotak rokok tu..mcm tu gak judi oleh orang islam... walaupun dah tulis judi itu haram utk org islam tapi sekiranya nafsu tu menguasai..islam tolak tepi..hurm..

pejuang ALLAH said...

hahaha.. buat lesen utk judi then keuntungan guna utk pembangunan sukan.. habisla atlet2 makan duit haram.. kenapa ayat berita ni macam sgt x boleh diterima akal?

Kejernihanku said...

betul2..tak leh terima akal..

syaz123 said...

bukan sukan je.kebajikan,kebudayaan,kesihatan..
mmg adil dlm mengagih.semua dapat

Kejernihanku said...

erm..baru tau byk rupenye kerajaan menggunakan duit haram, patut la byk bende tak berkat...