Thursday, December 6, 2012

Sejernih Air Yang Mengalir 2


Hujan turun dengan lebatnya pada malam itu, air mengalir memecah kesunyian malam, itulah rezeki yang Allah berikan kepada hambanya, namun tidak ramai yang mensyukuri 

Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...(Surah al-Hijr, 22). 

Bunyi handphone memecah kesunyian malam

"Assalamualaikum, ye nisah ada apa", Umie memulakan

"Waalaikumsalam, Umie buat apa tu, aku rindulah kat kau", nisah menjawab manja

"Ish kau ngadalah, bilik sebelah je, kan baru jumpa tadi," umie tersenyum mendengar rengatan sahabatnya itu

" kalau rindu mari la datang bilik aku",

"Aku tengok bilik kau dah gelap la, tu yang aku malas nak masuk tadi, tapi takpelah, Umie esok kak Iza nak buat Usrah dekat Weston Park selepas asar",

"Eh Weston Park, wah macam menarik je, InsyAllah esok kita pergi sama-sama ye",

"Nisah jadi tak nak datang bilik aku ni?," umie meminta kepastian

"Takpelah, lagipun dah pukul 12 malam, tak elok anak gadis tidur lambat-lambat," Nisah bergurau

Umie tertawa kecil mendengar gurauan sahabatnya itu

"Yelah, aku nak tido la ni, terima kasih ye sayang ingatkan, ok Assalamualaikum selamat malam" umie senyum membalasnya

"hehe..Walaikumsalam "

___________________________________________________________________________

Asyraf duduk termenung memikirkan perihal semalam, bertemu dengan seorang gadis yang dikenalinya suatu ketika dahulu. 

( Mengapa Umie boleh berada di sini? Kenapa dunia sebesar ini, Umie boleh ditakdirkan bertemu dengan aku di sini? )

Sedang asyraf duduk termenung tiba-tiba

"Hoiii…"

Ilham menyergah asyraf dari belakang…

“ Termenung ape tu…fikir pasal awek ye..tapi macam tak logik je, ko kan ostaz, mana main awek-awek ni” Ilham menyakat

“ Ah kau ni, mandai-mandai je, aku tengah fikirkan pasal kampung aku la kat Malaysia, aku rindu dengan mak aku, aku kan anak mak” Asyraf bergurau bagi menghidupkan suasana. 

“ haha..ada-ada je kau ni Asyraf macam la kau sorang je tak balik, aku pun tak balik dah 3 tahun tau..ntah mak aku ingat lagi ke tak nanti”. Ilham membalas

“Kalau kau balik nanti aku pasti, kampung kau mesti meriah dengan kompang dan karpet merah, kau kan pemuda paling berjaya dan bergaya sekali di kampung kau”.
Ilham terus menyakat. 

“ Yelah-yelah kau menang, aku nak siapkan thesis aku ni cepat-cepat lepas tu nak balik MalaysiaKu yang tercinta,aku nak duk bawah ketiak mak.

Hahaha…kedua mereka gelak besar memecah kesunyian malam.

___________________________________________________________________________



“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang menciptakan langit dan bumi, banyak keagungan cipataan Allah yang kita selalu lupa, hari ini kita masih lagi di beri nikmat iman dan islam itu juga adalah satu anugerah, alangkah ruginya mereka yang hidup di dunia Allah tetapi tidak mengikut suruhan Allah, sangat-sangat rugi” Kak Iza memulakan usrah dengan tazkirah serba ringkas.

Ustazah Izzah atau lebih mesra dengan panggilan kak iza dikalangan adik-adik usrah merupakan pelajar lepasan Univeristi Yarmouk, Jordan mengambil bidang Syariah, keberadaan beliau di sini adalah kerana mengikuti suaminya yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Sheffield Hallam Univeristi dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Beliaulah yang memulakan usrah di kalangan adik-adik “undergrad” dan sangat aktif dalam mengadakan program berbentuk kerohanian hasil dari tarbiyahnya semasa menuntut di Jordan.

“ Kak iza, ana ingin meminta pendapat akak tentang isu yang heboh diperkatakan oleh masyarakat tidak kiralah di Malaysia mahupun di Negara-negara lain iaitu tentang “The diffusion of responsibility”.

Ya ana ada tengok juga video tu, sangat menarik apa yang ingin disampaikan oleh mereka dalam bentuk video, itu adalah salah satu bentuk dakwah professional dan unik” Kak Iza memulakan katanya. 

“ Jadi berbalik kepada soalan adik Umie yang comel ni, diffusion of responsibility ini adalah penyakit sebenarnya, kalau dalam bahasa melayu mungkin kita boleh cakap, jaga tepi kain sendiri jangan jaga tepi kain orang lain. Sebenarnya itu adalah istilah yang salah, kita patut menjaga tepi kain orang lain tapi biar berbatas, kita patut ada rasa tanggungjawab pada masyarakat sekeliling kita apatah lagi masyarakat sekeliling kita orang yang beragama islam. Dalam hadis popular yang selalu kita dengar, Rasulullah bersabda  :Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim).” Terang kak iza, adik-adik usrah semua mengangguk tanda setuju. 

Kak iza meneruskan penjelasannya lagi

“Jadi apa yang berlaku pada saudara kita atau masyarakat disekeliling kita, kita harus mengambil tahu, baru kita boleh memupuk rasa cintakan kepada saudara kita. Kita mengambil contoh mudah, kita nampak ada batu di tengah-tengah jalan raya, walaupun jalan raya tersebut ramai orang yang lalu lalang namun tiada siapapun pun yang teringin membuang batu tersebut, masing-masing akan fikir, alaa…orang lain nanti buang la batu tu...jika ada kemalangan terjadi, katakan tiba-tiba ada kereta langgar batu tersebut dan terbabas baru kita nak menyesal, waktu tu dah terlambat, sebab masing-masing lepas tangan sebelum ni, jadilah golongan pemula, jangan takut nak mulakan sesuatu yang baik biarpun nampak pelik, kerana Islam itu juga datang dalam keadaan asing, dan akan pulang juga dalam keadaan asing ” Jelas Kak iza panjang tapi padat. 

____________________________________________________________________________

“Asyraf ko nak ke mana tu, pakai elok-elok ni, tak ajak pun!!!” tanya Ilham 

“Aku nak pergi university la”

“pergh…rajin gilerr bakal doktor falsafah ni,”

“dah-dah jangan merepek, aku pergi dulu ye, aku nak cepat ni,”

“Yelah nanti singgah kedai "Popeye" jap, belikan aku Fish and Chip, nah ambik 2.5 pounds ni, kalau ada baki nanti ko simpan,” kata ilham membuatkan Asyraf tersenyum kerana harga fish and chip memang 2.5 pounds pun dan tak berbaki.


Asyraf berlari-lari anak ke stesen bas berhampiran dengan rumahnya beliau perlu cepat kerana siang bakal melabuhkan tirainya, dan maghrib akan tiba. 

Ketika beliau melintas jalan, tiba-tiba beliau dilanggar dengan kuat oleh dua orang pemuda berkulit gelap yang sedang berlari dari arah yang bertentangan, Asyraf jatuh tersunkur, cermin mata nya terpelanting jauh, kedua-dua pemuda tersebut menggelabah dan melarikan diri tanpa meminta maaf sedikit pun kepada asyraf.

Kepala asyraf terhentak kuat di bahu jalan menyebabkan darah mengalir keluar, dalam keadaan menahan sakit, Asyraf meraba mencari cermin matanya, tetapi yang dicapainya adalah sebuah beg tangan wanita, lalu tangan kiri asyraf meraba lagi di jalan tersebut, penglihatan Asyraf kurang jelas tanpa cermin mata.

Setelah beberapa saat meraba-raba sekitar jalan tersebut, beliau berjaya mencapai cermin matanya, tiba-tiba…

Piiin piiiiiiiiiiiiiiin……. !!!!!!!!!!!!

Please Stoooop!!!!!

Bersambung…………………………….

No comments: