Tuesday, January 12, 2010

Hatiku Basah Kembali Final Part :)


Assalamualaikum Wbt..

Maaf sekiranya entry "hatiku basah kembali" asyik diselingkan dengan entry-entry yang lain, maka dengan itu saya ingin meringkaskan entry ini dan mungkin inilah adalah entry yang terakhir bagi hatiku basah kembali

Ya mudah untuk mengatakan ukhwah itu indah jika disandarkan kepada Allah..lidah mudah mengucapkan kata tapi di mana perbuatannya, di mana buktinya mendapatkan ukhwah itu..dan apakah bukti ukhwah itu disandarkan kepada Allah..mari kita berfikir sejenak..


Sayang Allah

Hari seterusnya saya serta ikhwah lain berniat untuk bermain sky, tapi apakan daya terdapat syarat-syarat untuk bermain sky di tempat tersebut seperti setiap kami perlulah mendapatkan latihan selama sejam sebelum boleh bermain sky (kami semua tiada kepakaran langsung untuk bermain sky). Tujuan mereka berbuat demikian adalah kerana tempat sky tersebut agak curam dan ianya digunakan oleh pemain-pemain ski handalan..jadi apakah daya kami untuk bermain ski di sana..  


Tapi tak mengapa, Allah sentiasa menyayangi kami, jadi plan diubah serta merta dan diganti dengan pendakian bukit di scotland, ini adalah pengalaman paling baik dan berharga dalam seumur hidup saya. Memang sebelum ini saya selalu mendaki bukit tak pun gunung di Malaysia semasa mukhayyam tetapi kali ini adalah lebih mencabar kerana bukit ini 100% disaluti dengan salji putih yang suci. Jadi setiap penjuru bukit sini berwarna putih..

 
Permadangan Bandar Edinburg Dari Atas Bukit SubhanAllah Cantik kan :)

Jadi yang mencabarnya adalah, licin dan juga ada yang tebal di sebahagian tempat, jadi susah untuk bergerak, tapi dengan kerjasama dengan ikhwah-ikhwah dapat juga saya meneruskan perjalanan..oh indahnya ukhwah, sepanjang perjalanan kami diminta untuk bertasbih dan bersyukur dengan pemandangan yang indah ciptaan Allah, sedangkan sehelai rambut pun manusia tidak dapat mencipta inikan pula seketul salji. (ABC bukan salji ye ) hehe..


Salju Sakinah

Sepanjang perjalanan mendaki bukit bersalji tersebut, terdapat beberapa checkpoint untuk berehat dan diselangi dengan permainan serta tazkirah. Saya diberi tugas untuk memberikan tazkirah pada checkpoint kedua dan saya mengambil tajuk dari salah satu individu muslim iaitu "Luas Ilmu Pengetahuan" saya betul-betul berminat dengan tajuk ini kerana membuatkan saya berfikir betapa kerdilnya saya sekiranya nak dibandingkan dengan ilmu Allah itu, kenapa ye?

Baiklah saya ingin membuka minda kalian semua tentang ilmu yang selama ini kita semua belajar, saya ambil contoh diri saya, ini bukan berlagak atau menunjuk-nunjuk cume sekadar contoh semata-mata. Semasa saya bersekolah rendah saya mengambil pelajaran sains, akhirnya masuk ke sekolah menengah pelajaran sains itu dipecahkan lagi kepada 3 iaitu fizik,kimia, dan biologi. Seterusnya memasuki matrik makin menjerus kepada fizik dan kimia sahaja malah biologi sudah ditinggalkan tak lupa dengan pelajaran agama seperti B.Arab, Pendidikan Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah juga terpaksa ditinggalkan walaupun saya pernah belajar semasa di ting 4 dan 5.


Tengoklah makin kita belajar makin sikit ilmu kita, semua perasan tak :)

Sekarang saya memasuki university, saya mengambil kejuruteraan kimia, jadi dalam kimia itu juga dipecahkan lagi, bukan itu sahaja untuk kejuruteraan kimia sahaja ada banyak pengkhususan dan saya mengambil pengkhususan process, jadi fullnya nama kos saya adalah chemical engineering and process. Manalah tau sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran maka makin mendalam saya belajar,makin skit ilmu saya.
Jadi adakah anda semua perasan, kita belajar-belajar tapi ilmu kita makin sikit, mana hilangnya biologi, agama dan juga lain-lain yang saya pernah belajar dulu. Betullah ilmu kita ini ibarat setitik air dilautan, MasyAllah..


Islam itu indah
Jadi berbalik kepada perjalanan mendaki bukit tersebut, yang paling saya suka adalah, pengalaman bersolat berjemaah di atas bukit yang sejuk, dan seluruhnye dikelilingi salji dengan orang lalu lalang di situ. MasyAllah sungguh mudah islam itu, sungguh Islam itu fleksible di mana-mana sahaja kita boleh beramal. Mengambil wuduk dengan menggunakan salji bersujud di atas salji, itulah pengalaman berharga dalam mencari keredhaan.

Pengalaman berharga suke-suke :)

Untuk perjalanan turun dari bukit, kami tidak turun biasa, malah kami membuat pertandingan snowboarding. Waa best..snowboarding ni sesuai dimainkan dari atas bukit hingga ke bawah..macam-macam aktiviti diadakan dengan menggunakan snowboard ni best2..


Snowboarding time 

Malam tersebut memang penat, tapi saya ditugaskan masak nasi (tugas biasa) hehe..jadi saya puas hati sebab semua makan dengan lahapnya (dah lapar and penat kan) ..banyak lagi yang boleh diceritakan..tidak mudah untuk diungkapkan satu per satu selain kita sendiri yang merasainya.



Setiap masa tangkap gambar patutlah sampai atas lambat hehe..
 Jadi kepada sesiapa yang mahu merasainya sendiri, jom sertai saya bersama ikhwah lain dalam JUMS 2010 yang insyAllah akan diadakan pada bulan disember ini dengan acara yang lebih menarik dan mencabar..

InsyAllah..carilah ilmu..carilah kawan dan sahabat yang mendekatkan diri kita kepada Allah nescaya hatimu akan basah kembali :)



Waa..seronoknye bile masa korang lompat tak ajak seh..
 
 Kami berjaya menawan bukit Edinburgh ini Alhamdulillah
 
 Macam biasalah nak interframe skit hehe..
  
Haa..ni special saje letak hehe.. :p




Terima kasih kepada semua sahabat yang telah menyertai pogram JUMS 09 ini semoga ukhwah kita kekal selamanya :)


Wassalam..

4 comments:

azlini said...

waa..mcm best jew sopi..
daki bukit..solat jemaah sesama atas salji..
buat snowboarding siap..
huh..ble la aku bleh rase ni sume..

azlini said...

waa..mcm best jew sopi..
daki bukit..solat jemaah sesama atas salji..
buat snowboarding siap..
huh..ble la aku bleh rase ni sume..

M.Z.Zainal said...

Salam sheikh,

Bila tengok carta alir pelajaran tu, aku perhatikan ia hanya meliputi penggunaan otak sebelah kiri sahaja iaitu IQ.
Bagaimana pulak dengan EQ, otak kanan?

Subhanallah, betapa banyaknya ilmu yang perlu kita pelajari,bukan sahaja ilmu yang melibatkan syaria'tullah tetapi ilmu sunnatullah yang tidak tercatat dalam manual kehidupan manusia. Cuma tercatat secara halus dan tersirat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah...

Teruskan menyampaikan Al-Haq melalui penulisan blogmu wahai sopi..Moga hang diberi Allah kekuatan melalui jalan penuh liku ni..

Wassalam

Kejernihanku said...

Itu yang kita nampak..kenapa kite rasa kagum bile orang buat dwi degree..sebab die dapat kuasai 2 ilmu..itu baru 2 ilmu..macam mane dengan ilmu2 lain..ilmu agama pun byk syariah, bahasa arab, usuluddin macam-macam la..even pelajaran yg mengambil agama pun hanya ambil pengkhususan dalam syariah contohnye..yang lain belajar sikit2 je..mcm tu gak akedemik..mane pg biologi yang kite belajar..mane pergi goegrafi semua tu..tapi manusia lupa..die sangka die bijak..pandai..tak tau ilmu die sangat cetek..imlu Allah jauh lebih besar dari yang disangka..thanks sheikh komen blog aku.. huhu..