Tuesday, January 5, 2010

Hatiku Basah Kembali :) Part 2




Assalamualaikum WBT


Saya tiba di tempat pogram pada pukul 1.30 petang. Walaupun kepenatan perjalanan masih terasa, namun apabila berjumpa dengan kawan-kawan lain di sana kepenatan itu hilang, sambil memeluk kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa melihat senyuman mereka mengucapkan selamat datang kepada saya, hati saya menjadi berbunga, itulah yang dikatakan nikmat berukhwah.







Pada hari pertama saya datang lambat ke pogram kerana menolong kawan saya memasak nasi dalam kuantiti yang besar, ini adalah pengalaman pertama, walaupun hanya memasak nasi namun penelitian itu perlu sebab sekiranya nasi kurang air atau terlebih air datanglah lauk yang sedap sekalipun pasti kesedapannya akan hilang disebabkan nasi dan Alhamdulillah berkat kerjasama, semuanya berjalan dengan lancar. Jadi sesiapa yang nak saya masak silakan hehe..


Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan, Pogram Jalinan ukhwah musim sejuk ISMA (JUMS 09) ini sepatutnya dirasmikan oleh Dr Juanda (Mufit Perlis), namun disebabkan flight penerbangan beliau terpaksa delay akibat salji yang tebal di udara maka Ustaz Azizee sebagai YDP ISMA Negeri 9 merasmikan dan seterusnya menyampaikan sedikit ceramah yang bertajuk "ke mana hala tuju kita"



Sengih Ustaz Azizee bagi ucapan :)



Seterusnya sesi ice breaking macam biasalah untuk mencairkan ais2 dalam hati supaya kesemua hati-hati ini dapat bersatu untuk mencapai objektif pogram ni :) . Seterusnya sessi makan-makan..waa bestnye makan dalam talam beramai-ramai, kepada sesiapa yang tidak boleh makan dalam talam adalah sangat rugi kerana ini adalah sunnah, Rasulullah menggalakan kita makan ramai-ramai bersama dalam satu pinggan untuk menautkan hati-hati kita..Sebelum tu apa-apa pun kene suap kawan dulu, tak kesah la kawan sebelah ke kawan depan ke, kawan kat belakang ke semua kene suap best2 :)


 Hambik makan-makan suap lagi hehe..



Pada malamnya diadakan sessi bersama ustaz Azizee, sessi ni memang menarik, yang saya tertarik apabila tiba2 ustaz azizee memberi sebuah kertas putih besar dan menyuruh setiap kumpulan untuk melukis peta dunia dengan tepat dan tandakan dimana GAZA. Tujuaan dia adalah nak tau adakah kita peka dengan situasi umat islam sekarang, kat mana meraka berada, adakah kita ini berasa jauh atau dekat dengan mereka, jadi macam-macam jenis peta la wujud tak sampai dek akal kalo tengok peta dorang hehe..


Agak-agak ni peta dunia ke? kalau tak dunia mana agaknye hehe..



Untuk games seterusnya ustaz menyuruh setiap kumpulan untuk melukis muka salah seorang daripada ahli kumpulan dan tiba-tiba ustaz mengambil dan mengoyakkan kesemua kertas tersebut menjadi cebisan kertas yang kecil dan menyuruh semua kumpulan untuk menyambungkan kembali gambar tersebut. Nah hambik punyelah susah nak mencari mane mata hidung semua, objektifnya adalah bagi kesemua ahli kumpulan mengingati wajah kawan walaupun samar-samar namun harus berusaha untuk mengingati kembali :)


Sama tak..? rambut tu mahal :p



Hari pertama habis dengan perasaan yang gembira, tak larat dah nak gelak macam-macam aksi dorg tunjuk huhu..


 
 Senyum team ni menang main ice breaking

  
 Ustaz pun senyum gak

  
 No komen :D





Bersambung...


4 comments:

joegrimjow said...

abg hensemmmmmmmm

fasihah said...

wah...lawa gmbr yg bwh nie..cute..smpai akak dh xbleh nk kenal..hansome sngt..kuikuikui..

sUtErA_nAjm2 said...

waaa sumelnye saufi... cam patung salji huhu [xdekaitanlangsung]

Kejernihanku said...

adoi kak seha dgn kak gee..org cite pasal pogram die tgk gmbr plak..huhu..